RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 10 Oktober 2009

WARAN TANGKAP UNTUK SALAHUDIN AYOB ?

Saya bertanggungjawab penuh dan dah jumpa polis, kata Salahudin
Harakahdaily
Fri | Oct 09, 09 | 9:19:50 pm MYT
TELOK KEMANG, 9 Okt: Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.

"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112 (keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang tadi.

Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.

Ini berikutan dari berita Harakahdaily yang menyiarkan gambar seorang mangsa yang berdarah kepala kerana dipukul dalam kejadian Rabu lepas.

Gambar mangsa yang sama juga telah diedarkan oleh sidang media yang dibuat oleh Salahudin dan pasukannya dalam sidang media harian mereka.

Pihak polis mendakwa, mangsa kepala berdarah itu tidak membuat sebarang laporan polis. Laporan polis hanya dibuat oleh beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam serangan kepada Markas Pemuda PAS.

PAS pula berkata, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis ekoran kejadian serangan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ke atas petugas dan markas mereka.

Image(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)

Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.

Image

(Gambar kejadian:Bob diselamatkan oleh petugas PAS selepas dibelasah oleh sekumpulan Pemuda Umno)

Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob kepada Harakahdaily.

14 ulasan:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Masa'allah kenapa degil sangat si Salahudin Ayub ni !Kenapa tuduh Ketua Polis negeri 9 penipu .Hello Salahudin lu ni nak masuk lokap ke!
    Ketua Polis Negori 9 ni , sholat lima waktu tak pernah beliau tinggalkan, malah sholat jumaat pun beliau menyeru semua kakitangan PDRM Negori 9 jangan tinggalkan ,tiap tiap malam jumaat beliau syor kan kakitangan PDRM Negori 9 supaya baca surah yassin .
    So Salahudin janganlah kamu menuduh Ketua POLIS Negori 9 menipu .Kalau nak bezakan waraknya KETUA POLIS NOGORI 9 dengan kamu Salahudin ibarat langit dengan bumi . Kamu ni Salahudin kena ingat taraf waraknya KETUA POLIS NOGORI 9 sama dengan TUAN GURU NIK AZIZ. So saya cadangkan Salahudin mohon maaf kat KETUA POLIS NOGORI 9 sebelum terlambat.Nanti kamu Salehudin boleh masuk neraka jahanam.hj jamaludin

    BalasPadam
  2. kalau warak, buatlah tugas seperti org yg warak. mufti perak pun warak gak...tapi....:mandor

    BalasPadam
  3. Banyak yang buat solat, suruh orang solat sentiasa dimasjid malah punya tempat duduk tetap dimasjid....tapi perangai tetap tidak berubah. Sekiranya KPN9 tu warak secara automatik dia akan tersingkir dari kerajaan yang zalim, korupsi dsb.

    BalasPadam
  4. sudahh..la warak taik minyak apa...berak adalah...hampa pengkomen pertama di atas tuu..tau ke makna warak tuuu....abdullah bin ubai shahlul wal bahlul,bapak munafik di madinah pun solat belakang nabi saw lagi...ta warak punn...jadi kerak lagi... kerak neraka.....peeerah warak kunun....solat yg diterima Allah SWT dapat mendidik dan memandu akhlak seseorang benci kepada korupsi di dalam semua aspek kehidupan...tidak menyokong orang zalim, akan menyokong perjuangan islam...

    BalasPadam
  5. Sembahyang semua orang pun sembahyang, tapi adakah kau pasti sembahyang dia tu diterima Allah?

    Sembahyang yang diterima Allah salah satu tandanya akan mencegah diri kita dari melakukan kemungkaran dan maksiat. Tapi kalu Pemimpin BN Negeri 9 menyalah guna kuasa dan gagal memikul amanah rakyat serta merompak harta rakyat disiang hari- beratus laporan dibuat pada Ketua Polis N9 dan tiada apa-apa tindakan diambil, itu namanya warak?

    BalasPadam
  6. WARAK APA KALU IKUT MENYOKONG REGIM ZALIM MACAM YAHUDI ! WARAK BERMAKNA AMAL MAKRUF & NAHI MUNGKAR WALAU KERAJAAN ATAU SAPA SAJA ,SOKONG PERASUAH PUN SALAH SATU KERJA DAJAL ! AYAH PIN PUN WARAK DEPA KATA ,MUFTI PERAK PUN WARAK DEPA KATA, GURU YAHYA PUN WARAK JUGA :) WARAK TAIK KUCING ! KALU MENYOKONG SEMUA KEBEJATAN & PENYELEWENGAN NAMANYA BUKAN WARAK TAPI FIKIR FIKIRKAN ... ALLAHU AKBAR !

    BalasPadam
  7. "Semua yang hidup pasti merasai mati" hak ini semua wajib beriman, bukan datang manusia spt KPN9 waima YB Salehuddin sekalipun sebab ianya datang dari Allah SWT. Kalu ikut adat yang akan jalan dulu mereka yang lebih dulu hidup, so sendiri kena fikirlah.

    Yang menghairankan kalau orang yang luka dan berdarah tu tak buat repot tapi yang lain dah buat bermakna provokasi dan serangan dah berlakukan. Tu pasal banyak kes mudah tak boleh diselesaikan. Sebab tak beretika dengan etika yang sebenarnya. Bukan nak banggakan dengan penjajah tetapi mereka lebih telus dan beretika dengan agensi kerajaan yang ada di sini. Salah tetap salah, tangkap tetap tangkap, bicara tetap bicara dan keputusan juga ditangan hakim yang beretika. Bukan kira peribadi seseorang, kalau hal peribadi dimasukkan sekalipun bukan jadi satu ukuran yang tetap.Kalau dulu kita selalu dibentangkan filem disebuah negara benua malabari tu semua sistem kerajaan nya rosak disebabkan rasuah dan tidak beretika, kita yang lihat pun naik jelik. Tapi mengapa hendakkan orang yang luka parah tu sendiri datang? Sedikit nasihat kepada pemuda yang ditetak tu bila nak pergi ke balai buat laporan tu harap bawa ramai saksi termasuk peguam atau presiden Majlis Peguam sekali pun tidak mengapa, siap ambil gambar , jangan pakai tali pinggang takut jadi kes macam Teoh Boon Hock kelak atau yang dah jadi kes rujukan kes KUGAN.

    So berkhidmatlah dengan penuh ikhlas , letakkan kerana Allah dahulu bukan kerana sipolan. Sebabnya kehidupan yang kekal tu di sana kelak. Didunua ini hanya sementara, dengan berkat mengumpul kekayaan yang sedia ada ini dan untuk hidup yang singkat di dunia ini rasanya lebih dari cukup dah. Fikirkanlah....

    BalasPadam
  8. nilai mukmin bukan sekadar solat lima waktu beb lu sekolah tak? mukmin yg tulin tak ambil islam separuh2...kena ambil semua...apa sifat orang munafik? bila bercakap dia bohong, bila diberi amanah khianat, banyak lagi lah...lu belajar islam biar habis ambik semua jangan tolak satu pun...islam akhir zaman ada 73 golongan...nabi kata...1 je yg masuk syurga .....cermin diri sendiri

    BalasPadam
  9. Salam semua,

    Lucu sungguh baca komen Hj. Jamaludin, pemikiran otak beku umno, takat tu je dia punya seruan, baca surah yasin je (kenapa tak disuruh baca 1 quran bersekali dengan hadis nabi dan juga paham betol2), kalo nk banding pun dgn MB Kelantan, pakai la otak, buat kajian, ni dak pikir guna kepala lutut ka, apo hal jang...

    BalasPadam
  10. buang je title hj. tu ..buat malu je . Daftar hj lain n buat taubat nasuha sebelum terlambat

    BalasPadam
  11. Rugi tambang haji..baik sedekah pada fakir miskin tambang haji tu daripada dapat title hj tapi tak tahu menilai. Konon KPN9 tu warak lebih dari TGNA. Jauh panggang dari api.
    Ini belajar sekolah mana ni.Baik overhaul otak tu masuk workshop wad sakit otak. Mungkin waktu tulis komen tu ada orang umno letak pistol kat kepala tak?

    BalasPadam
  12. Bukan lagi solat, pergi mekah pun berkali kali, perangai mashaallah. Porah! KPN9 kalau solat perangai mau eloklah. Ini masih tak kenal buruk dan baik.

    BalasPadam
  13. Bagi nama din sudah. Hj Jamaluddin tak payahlah. Aku malu dengan haji pariah yg macam ni.

    BalasPadam
  14. Haji? Jamaluddin..bandingkan KPN9 sama dengan TGNA??? Ada mata tapi buta, ada telinga tapi pekak, ada mulut tapi bisu. Ada tangan pula tulis komen yang memuakkan. Kalau cuma sembahyang, baca surah yasin kaum Yahudi lagi lebih hebat malah ada yang baca Al Quran macam air mencurah, faham pula maknanya tu, tapi perangai mengatasi setan. Baik Haji? Jamaludin bertaubat, tengok cermin, naik haji yang betul-betul hajinya bukan sekadar ketayap putih dikepala tapi otak disalaputi simen.

    BalasPadam