RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 10 Oktober 2009

ANTARA ZULKEFLI DAN ISA, SIAPA ANDA PILIH JADI IMAM?


Oleh: WFAUZDIN NS

SUKAR sangatkah untuk memilih pemimpin ? Islam mengajar kita bagaimana untuk memilih pemimpin sepertimana kita memilih seseorang untuk dijadikan Imam sembahyang. Bayangkan jika anda bermusafir bertiga iaitu bersama Zulkefli (calon PAS) dan Isa (calon Bn). Sampai di satu tempat, anda berhenti untuk solat secara berjemaah. Maka, di antara keduanya siapakah agaknya pilihan anda untuk dijadikan Imam?

Sekiranya pula, anda masih bertiga dalam perjalanan dan anda ditakdirkan sakit terus meninggal dunia di suatu tempat yang jauh dari masyarakat. Seandainya anda diberi pilihan sesudah mati, siapakah yang anda terlalu harapkan untuk menguruskan jenazah anda agar sempurna serta mengimamkan jenazah anda? Siapa pilihan anda untuk mentalkin dan mendoakan anda ketika anda berada di liang lahad? Isa atau Zulkefli? Sedangkan anda tahu peribadi Isa Samad dan juga anda tahu peribadi Zulkefli.

Adakah anda ingin memilih di antara mereka yang berharta, berkedudukan atau yang suka berjanji dan berbohong? Atau yang pernah melakukan rasuah dan tidak pernah bertaubat malahan ego dan sombong dengan menyatakan bahawa politik wang itu bukan rasuah tetapi melanggar etika sahaja?

Fikir-fikirkanlah wahai saudara. Tutup sebentar matamu dari melihat harta keduniaan dan janji kemewahan kerana yang suka menjanjikan kemewahan dan keduniaan itu adalah perangai Syaitan. Percayalah, Isa telah diberi peluang terlalu lama menjadi pemimpin tetapi apa yang dilakukannya sewaktu menjadi MB N.Sembilan serta Adun Linggi? Apa kenangannya yang boleh anda kenangkan kalau tidak selain dari peristiwa didapati melakukan rasuah politik? Itukah jasanya sehingga anda mahu dia menjadi pemimpin? Fikirkan sebelum anda memangkah./Kembali ke laman asal di sini.

1 ulasan:

  1. Diharapkan pengundi2 diBagan Pinang memileh
    Saudara Zul drp memileh Isa Samad. Pilehlah
    orang yg benar2 bersih drp memileh Isa Samad
    yg terang2 perasuah. Beliau telah melakukan
    politik wang dlm pemilihan UMNO tiga tahun yg
    lalu. Politik wang sebenarnya rasuah, hanya
    orang2 UMNO sahaja yg panggil rasuah itu politik wang, itu hanya utk sedap didengar saja. Perasuah tidak bolih jadi pemimpin.
    Apatah lagi pemimpin itu datangnya dari parti
    UMNO, nanti habis duit kita disapu. Contohnya
    pemimpin2 yg pernah kita dengar seperti Anwar
    Musa dgan wang PPRT, kIR Toyo dgn istana mewahnya, Rafidah Aziz dgn APnya,Nazri Aziz dgn
    permit teksi, Najid dgn kapal selam dan jet2nya, Mat Taib dgn wang berjuta2 bawa ke
    Australia.. tapi sehingga kini SPRM tidak
    ambil tindakkan. Usah nak hukum panggil soal
    siasat pun tidak. Jadi aku fikir pengundi2
    diBagan Pinang, akan menentukan segala2nya utk
    masa depan kita. Janganlah pileh mahkluk
    perosak utk memusnahkan khazanah negara kita.
    Pilehlah calun yg benar2 berahklak, beriman
    dan berjiwa raayat.

    BalasPadam