RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 10 Oktober 2009

SAIFUDDIN NASATION AKAN IRINGI KETUA PEMUDA RASUAH BUAT LAPORAN POLIS

Rasuah Anwar: Saifuddin cabar Khairy
Posted on Saturday, October 10

Pengarah pilihanraya PKR pusat Saifuddin Nasution Ismail hari ini mencabar Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya meneruskan hasrat beliau untuk mengarahkan pihak polis menyiasat semula kes berhubung pendedahan timbalan gabenor Bank Negara Datuk Murad berhubung kenyataan beliau mengani anwar yang dikatakan mempunyai wang berjumlah 3 billion pada tahun 1999

Abdul Murad keudiannya menarik semula kenyataan beliau dengan berbagai alasan , namun ketua pemuda umno tersebut menjelaskan bahawa pihak polis harus meneruskan semula siasatan berhubung dakwaan tersebut demi kepentingan awam.

Menurut Saufuddin lagi, dalam satu sidang akhbar,menjelaskan “memang kami menyetujui pandangan ketua pemuda umno bahawa semua pimimpin harus bersih sebersihnya, bukan hanya Anwar sebagai seorang pemimpin pembangkang tetapi semua pimpinan dan ahli politik”.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang, kemudiannya menjelaskan bahawa beliau juga akan membuat semula laporan terbaru mendesak agar dilakukan semula siasatan ke atas Abdul Razak Baginda yang dikatakan CEO syarikat Perimakar Bhd yang menjadi orang tengah di dalam kes penjualan senjata dan pembelian kapal selam dari Perancis.Kes ini membuka mata umum apabila syarikat beliau yang dikatakan menerima komisyen di atas pembelian kapal selam tersebut.

Saifudin juga kemudiannya menjelaskan bahawa Khairy juga akan disiasat berhubung bagaimana , beliau yang masih baru dalam dunia politik , menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi , mengambil kesempatan untuk membeli saham ECM Libra Avenue Bhd.

Kahairy dikatakan membeli sebanyak 1.23% ECM Libra Avenue Bhd pada harga 71 sen sesaham bernilai RM10.2 juta saham pada disember 2005 dan kemudiannya apabila dikritik beliau dengan segera menjualnya dengan harga 65 sen sesaham pada 11 Ogos 2006.

“Kami mememang mengalu-alukan Khairy Jamaluddin melakukan laporan,Untuk memastikan semua ahli politik bersih , malah rakyat begitu mengharapkan wakil rakyat dan ahli politik dalam negara bersih dan ini memberikan kami peluang untuk mengulangi semula laporan dan mengkajinya semua kes-kes yang pernah kami laporkan”, demikian jelas Ahli Parlimen Machang lagi.

Saifuddin juga sempat bertanya dimana Khairy mahu melakukan laporan dan beliau sendiri akan mengiringi Khairy Jamaluddin untuk membuat laporan tersebut.

Dalam satu kenyataan pada 6 Oktober lepas, menurut Khairy, Pemuda Umno akan melakukan laporan terhadap apa yang didakwa Anwar mempunyai 3 billion ringgit sebagaimana yang didakwa Datuk Murad dan mahukan kes tersebut di semak semula dan dilakukan siasatan.

“Ini adalah kes yang cukup serius , dan kami mahukan ianya disiasat dan sama ada ianya benar sebagaimana yang didakwa , dan apa kah langkah seterusnya yang harus di ambil bagi meneruskan siasatan “, demikian jelas Khairy dalam kenyataan beliau pada 6 Oktober.

Ketua pemuda tersebut menjawab satu kenyataan yang disebut oleh Datuk Nalla Karuppan dalam sebuah akhbar tempatan bahawa pihak pembangkang mempunyai banyak sumber kewangan.Nalla kemudiannya menentang Anwar akibat tidak dilantik sebagai calon DUN Ijok./Detikdaily

1 ulasan:

  1. Khairy tak layak nak bercakap tentang rasuah
    dan menfitnah Anwar tampa fakta dan bukti.
    Bagaimana dgn drinya sendiri dengan membeli
    saham ECM Libra Avenue Bhd berharga berjuta2.
    Dari mana wang begitu banyak yg beliau perolehi
    tanpa menberi perjelasan kpd seluruh raayat di
    negara ini. Apakah dgn umor beliau yg begitu
    muda beliau bolih mengumpul wang sebanyak itu?
    Munkin beliau sendiri terpalit dgn rasuah.
    Bagaimana dgn Khir Toyo, Najib ketua beliau
    Mat Taib, Annuar Musa, Rafidah Aziz, Mathadir,
    Nazri Aziz, Kroni beliau Samy Vellu dan banyak
    lagi kroni2 beliau yg belum diambil tindakan.
    Aku sokong seratus peratus sekirannya beliau
    nak ambil tindakkan terhadap perasuah tapi
    biarlah adil tanpa memileh bulu dan kawan.
    Bolih dikatakan kebanyakan perasuah semuanya
    lahir dari UMNO mahkluk perosak kpd ekonomi
    negara. Jangan hanya pandai memberi kenyataan
    dan mencari publisiti politik murahan untok
    kepentingan peribadi. Kemenangan jawatan
    pemuda UMNO Malaysia pun melalui rasuah. Untok
    mengaburi mata raayat, rasuah dipanggil politik
    wang. Begitulah bodohnya UMNO. Aku harap2kan
    diPru 13 ini UMNO akan hancor ditelan zaman
    dan terkubor buat selama2nya..insyaallah..

    BalasPadam