TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Rabu, 30 Ogos 2017

RELEVENKAH LAGI KONGRES KHAS KEADILAN ?

ALHAMDULILLAH.  Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi telah membuat satu keputusan yang bukan sahaja bijak, malah menepati citarasa majoriti rakyat bawahan yang semakin ghairah untuk melihat tumbangnya rejim Umno/Bn di dalam PRU14 nanti.

Kesemua pemimpin utama mewakili keempat-empat parti di dalam Pakatan Harapan menandatangani kenyataan dan penegasan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Pas setelah begitu lama masa diberikan kepada parti berlabel Islam itu untuk memilih samada bersama arus kebangkitan rakyat atau untuk terus 'bertaawun' dengan Umno/Bn. Usaha rundingan dengan Pas sememangnya menjadi hajat Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak awal penubuhan meja bulat membentuk Pakatan Harapan lagi. Secara resminya parti itu dijemput dan secara resminya juga parti itu menolaknya dengan berbagai alasan dan syarat-syarat yang diberikan.

Namun, melalui Keadilan salah sebuah parti di dalam Pakatan Harapan, usaha memujuk Pas berterusan dengan berbagai cara dan kaedah. Di dalam mengharungi suasana itu, Keadilan teruk dikecam oleh marhaen dan juga rakan-rakan sekutu di dalam Pakatan Harapan sendiri, namun demi menunaikan hasrat mulia Anwar, Keadilan tabah menghadapinya. Sebelum kewujudan Amanah lagi, hubungan Keadilan dan Pas semakin dingin. Semakin kencang di dalam mesyuarat-mesyuarat Pas kawasan yang meminta Pas memutuskan "Tahalluf Siyasi" dengan Keadilan. Ulamak-ulamak di dalam Pas sepatutnya tampil menampilkan akhlak "Ulamak" sebenar iaitu menjadi pendamai, malangnya mesyuarat Dewan Ulamak sendiri lebih hebat mencerca Keadilan. Sehingga ke saat beberapa hari menjelang Muktamar Pas yang menyaksikan sekumpulan pimpinan Pas yang mahu mempertahankan Pakatan Rakyat telah tumbang di dalam pemilihan, Keadilan terus memujuk Pas agar sedikit positif paling tidak memikirkan situasi di Selangor sekiranya tiada perdamaian dapat dicari. Wakil Pas Selangor telah membawa masalah ini ke pihak Pas Pusat sewaktu di Muktamar, namun Pas Pusat terus membuat keputusan melalu Muktamar tanpa bahas iaitu terputusnya "Tahalluf Siyasi" dengan Keadilan. Sebelum itu, Dap telah pun menjadi mangsa kerakusan parti pimpinan Hadi Awang itu. Maka, wujudlah Amanah untuk membawa legasi pemikiran Almarhum Tok Guru Nik Aziz bagi menggantikan Pas.

"Tahalluf Siyasi" bererti kerjasama politik. Putus Tahalluf Siyasi bererti putus segala kerjasama politik. Jawatan Exco di dalam sesebuah kerajaan negeri adalah lantikan politik. Lazimnya, MB atau Ketua-Ketua Menteri akan melantik Exco di kalangan Wakil Rakyat yang menyokong dasar politik sesebuah kerajaan. Pelik lagi ajaib, Pas melalui Majlis Syura dan Muktamar mereka 'menghukumkan' putus "Tahalluf Siyasi" dengan Keadilan yang mereka sedar sedang memimpin Negeri Selangor, tiada satu pun arahan dari Pas untuk para Exco mereka meletakkan jawatan sebagai Exco di Selangor demi menjaga maruah Pas. Malahan sebaliknya iaitu Exco-Exco mereka diminta terus kekal, begitu juga dengan lantikan-lantikan politik yang disandang oleh ahli-ahli Pas di Selangor seperti Ahli Majlis dan sebagainya. Ramai yang mempertikaikan maruah Pas ketika itu apabila berdepan dengan jawatan dan kedudukan.

Sekali lagi Keadilan menunjukkan sikap teramat berlembut demi untuk terus mengajak Pas bersama-sama arus perdana bersungguh-sungguh menentang rejim 'kleptokrasi' yang ada di hadapan mata sekarang. Sikap MB Selangor yang tidak memecat atau menyingkirkan Exco-Exco Pas dianggap oleh segelintir penyokong Pas sebagai bukti Keadilan takut kehilangan Pas. Walhal, 'fatwa' putus Tahalluf Siyasi dengan Keadilan dibuat oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas, sewajarnya mereka yang mematuhi keputusan 'fatwa' parti mereka sendiri, mengapa perlu desak dan harapkan MB Selangor dari Keadilan untuk mematuhi fatwa mereka? Mungkin, nawaitu mereka adalah untuk memaksa MB memecat Exco-Exco mereka dan kemudiannya mereka akan menjaja cerita bahawa sememangnya Keadilan ingin menyingkirkan Pas demi mengikut telunjuk Dap. Maka mereka akan mainkan isu perkauman di Selangor dan menuduh kerajaan Selangor kini dikuasai oleh Dap (kaum Cina).

Keadilan terus digasak kiri dan kanan, depan dan belakang, bahkan dari dalaman sendiri apabila terus memelihara kedudukan Exco-Exco dari Pas ini. Saya sendiri amat menentang tindakan luar biasa MB Selangor tersebut kerana ianya amat bertentangan dengan prinsip dan amalan berkerajaan. Paling saya khuatir adalah bahawa Pas akan memperkukuhkan kedudukan dan pengaruh mereka di Selangor melalui lantikan-lantikan politik tersebut dan akhirnya akan menentang Keadilan dan Pakatan Harapan di dalam PRU14 nanti? Akhirnya saya tidak lagi membicarakan isu tersebut apabila diberitahu bahawa langkah yang dibuat oleh MB Selangor itu adalah untuk memujuk Pas dan mengambil hati mereka agar kembali bersama kebangkitan rakyat. Kita tidak mahu dilihat sebagai pihak yang benci kepada penyatuan.

Sehingga begitu sekali Keadilan bertindak untuk membawa Pas menyertai perjuangan bersama melawan Unmo/Bn. Tidak mudah, sukar dan menyedihkan. Terlalu banyak untuk diceritakan betapa terlalu berlembutnya Keadilan dengan Pas walaupun setiap hari kepala-kepala kami diketuk oleh marhaen yang bencikan parti yang menunjukkan simpati kepada Umno/Bn. Semua ini dilakukan kerana Keadilan mahu merealisasikan pesanan Anwar agar 'cubalah pujuk Pas". Di samping pesanan itu, kita jangan lupa satu lagi amanat Anwar iaitu perkukuhkan Pakatan Harapan.

PRU14 semakin hampir dan tanda-tandanya semakin dekat. Pengagihan Kerusi di kalangan parti-parti di dalam Pakatan Harapan sedikit terbantut dan tidak berjalan lancar kerana rundingan dengan Pas masih berjalan. Di dalam masa yang sama, Pas terus mengumumkan satu demi satu kawasan yang mahu dirampasnya termasuk di Permatang Pauh, Kajang bahkan di Gombak sendiri. Di Pahang, kawasan yang diumumkan oleh Pas untuk bertanding adalah di kawasan yang Keadilan menang iaitu di Kuantan dan Indera Mahkota meliputi seluruh Dun di dalamnya termasuk di dalam 30 Kerusi Dun yang lain. Ertinya, Pas telah bersedia serapinya untuk menentang Keadilan dan Pakatan Harapan. Pakatan Harapan pula masih belum selesai dan lancar di dalam pengagihan Kerusi terutamanya di peringkat Pusat yang melibatkan kawasan Parlimen seluruh negara.

Alhamdulillah, di Pahang, Keadilan dan Pakatan Harapan berjaya menyusun kerjasama dan berunding tentang agihan Kerusi tanpa melibatkan Pas. Kebijaksanaan Pengerusi Pakatan Harapan Pahang yang juga Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abdulrahman yang mempunyai sikap toleransi yang tinggi di samping sikap terbuka pimpinan-pimpinan dari Amanah, Dap dan PPBM di Pahang amat membanggakan kami.

Menyedari PRU14 semakin hampir dan jentera pilihanraya harus digerakkan segera, isu hubungan dan rundingan dengan Pas perlu dimuktamadkan segera. Tunggu dan lihat tidak akan membantu keberkesanan gerak kerja pilihanraya Pakatan Harapan. Maka, digerakkan usaha untuk mengadakan Kongres Khas Keadilan bagi mencari satu keputusan jelas, jitu dan muktamad tentang hubungan dengan Pas. Kongres Khas ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan Presiden, Timbalan Presiden atau mana-mana pemimpin tetapi untuk menzahirkan suara sebenar akar umbi. Ini bukan suara Rafizi Ramli seorang dan bukan untuk menaikkan tokoh muda yang mungkin (Na'Uzubillah) merengkok di dalam penjara dan tidak akan dicalonkan sebagai Wakil Rakyat atau pimpinan di dalam parti. Suatu kerja yang sia-sia untuk berbuat demikian. Tetapi ini suara akar umbi yang harus didengar dan ianya menepati kaedah di dalam Perlembagaan Parti Keadilan.

Tiada apa yang harus dirisaukan tentang Kongres Khas ini jika ianya berjalan. Seandainya Kongres Khas membuat keputusan setelah dibahas dan diundi oleh perwakilan, maka itulah keputusan parti yang wajib dipatuhi oleh semua. Paling tidak, usul untuk putuskan kerjasama dan rundingan dengan Pas itu dibahas dan diundi. Ertinya, kita lebih demokrasi berbanding dengan Pas yang putuskan hubungan dengan Keadilan di dalam Muktamar mereka tanpa bahas. Itu pun mereka langgar juga seperti di Selangor. Kongres Khas ini medan terbaik untuk parti apabila ada beberapa isu besar yang mendatangkan dilema kepada pimpinan parti. Keadilan ada MPP dan Biro Politik, tetapi tidak semua perkara dapat diselesaikan oleh dua badan ini maka sebab itu di dalam Perlembagaan Parti terdapatnya syarat-syarat dan keperluan Kongres Khas.

Tidak sampai 24 jam Badan Bertindak Harapan Keadilan mengumumkan semalam untuk memohon mengadakan Kongres Khas atas satu maudhuk sahaja iaitu menghentikan kerjasama dan rundingan dengan Pas, Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi di dalam satu mesyuaratnya mengambil keputusan bahawa Pakatan Harapan tidak lagi bekerjasama atau berunding dengan Pas di dalam PRU14 akan datang. Keputusan sebulat suara ini ditandatangani oleh kesemua pimpinan tertinggi mewakili parti-parti di dalam Pakatan Harapan termasuk Presiden Keadilan, Dato' Seri Wan Azizah.

Sewajarnya keputusan ini dihormati oleh semua parti dan pimpinan di dalam Pakatan Harapan. Difahamkan, petang ini Biro Politik Keadilan akan bermesyuarat dan saya penuh yakin kesemua ahli di dalam Biro Politik menghormati keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang turut ditandatangani oleh Presiden mereka sendiri. Usahlah mencetuskan krisis baru kerana para penyokong di bawah telah mulai rasa penat dan jemu dengan kemelut yang tidak kesudahan.

Soalannya, perlukah Kongres Khas Keadilan diteruskan dengan pengumuman resmi dari Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi yang memuktamadkan tiada kerjasama politik dengan Pas ? Jawapannya bagi saya, Kongres Khas ini dituntut kepada Parti Keadilan untuk melaksanakannya, jika Keadilan telah bersetuju dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi, ertinya objektif Kongres Khas telah tecapai dan tiada keperluan dan tidak releven lagi untuk memperkatannya, melainkan jika sebaliknya berlaku.

44 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SEMUA ORANG AZMIN MARAH SANGAT BILA RAFIZI BUKA PEKUNG PKR. KENAPA YER?

      TAPI AHLI AKAR UMMBI PKR BERSYUKUR KERANA PEKUNG INI DAPAT DIKESAN LEBIH AWAL SEBELUM MEREBAK.

      Padam
  2. Wajar kerana mangkok2 yg memimpin pkr lebih kpd agenda peribadi,pas Tau semua permainan mereka

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah keputusan majlis PH akan memudahkan lagi golongan pengundi di kalangan melayu islam membuat keputusan utk memilih PAS di kawasan PAS bertanding manakala mereka boleh memilih samada UMNO/BN ataupun PPBM/PH ataupun memilih utk boikot di kawasan PAS tidak bertanding.. tak perlu pening kepala lagi.. sebelum ni jika nak boikot mereka jadi serba salah kerana PAS berada dalam PH.. boikot PH bermakna boikot PAS; ini yg mereka tak mahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la wan.
      Hadi tu mulut longkang.
      Ikut kepala dia je.
      Muktamar kata jangan ug dia buat ug. Tu yg arwah tgna marah kat dia tu

      Padam
    2. Oh UG dah jadi rupanya.. bila tu? keh keh..

      Ulamak pangkor 2 punya angkara.. nasib baik pan shj yg percaya.. keh keh

      Padam
  4. Kita memang nak sangat tengok BN ditumbangkan oleh gabungan semua parti pembangkang dan sama2 merayakan kemenangan itu. Malangnya pemimpin pas dan sekumpulan kecil pemimpin pkr mengkhianati sokongan kita kepada mereka. Mereka ini mengkhianati kita kerana mereka ingin terus kaya walaupun sudah terlalu kaya. Tak apalah, kita cuma mampu melihat lakonan mereka.

    BalasPadam
  5. Dulu pas kata PAS UNTUK SEMUA tetapi rupa2nya tidak. Pas selalu mengubah motto parti ikut keadaan yang sesuai dengan mereka sahaja.

    BalasPadam
  6. Dulu pernah kata menyokong pas itu wajib. Kalau tak sokong dosa. Sekarang ubah pulak, sokong pas tak wajib dan hanya satu pilihan politik sahaja. Suka betul ubah2 pendirian macam tu. Saya pun jadi bingung dibuatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas kata sokong perjuanagn islam wajib tapi pan nampak sokong perjuangan dap wajib.. camner tu?

      Padam
  7. Saya tak tau mengapa pas boleh mengubah hukum yg mereka buat sendiri.

    DULU pemimpin pas tu kata haram sokong umno sebab umno mengekal dan mengamalkan undang2 penjajah kafir. SEKARANG umno masih kekalkan dan amalkan undang2 penjajah kafir tapi pemimpin itu jugalah yang bekerjasama menyokong pemimpin umno yang saya rasa lebih teruk drp pn pertama hingga kelima.

    Saya suka pas tapi pas buat saya bingung, terpinga2 dan bercelaru. Tak taulah, sebab saya masih simpan amanat pemimpin itu kemas2 walaupun saya dah turunkan dari dinding rumah saya di pasir putih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ke kata sokong umno haram? Kalau ada pun hanya utk org pas.. ingat org pas bodoh macam barua dua ekor di selangor tu ke? Menang tiket pas tapi sokong pkr.. sekarang pkr pulak yg gelabah bila pas tak nk pkr.. keh keh..

      Padam
  8. Saya dah tau siap taukeh urus niaga balak di negeri saya tapi saya tak malu nak meminta2. Cumanya saya tak tau siapa taukey yang uruskan durian musang king atau durian kunyit yang ditanam dalam hutan simpan dekat kampung nenek saya tu. Hajat tu nak mintak sebiji dua nak buat bubur durian kacang hijau. Bubur ni sedap makan panas2 time musim bah besar macam sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah rasa naik keretapi laju ke hasil dari usaha org salor? Best wooo.. rugi seumur hidup kalau kena kencing keh keh..

      Padam
  9. Maafkan sayalah, bukan saya tak nak masuk Amanah, Pkr atau Bersatu. Saya masuk pas sebab masuk pas boleh automatik masuk shurgha kerana pemimpin pas kata dulu masuk pas wajib. Masuk pas dapat no keahlian yg boleh guna untuk tiket masuk shurgha. Tiket shurgha tu saya simpan elok2 dan bungkus dengan kain warna kuning simpan bawah bantal. Kalau hilang habislah tak masuk shurgha.

    Saya pun tak taulah orang2 islam kat arab saudi tu boleh masuk shurgha ke tak sebab arab saudi tak ada parti pas. Saya kesian dengan orang arab saudi sebab dia orang tak ada tiket masuk shurgha.

    Saya happy sebab saya ada tiket shurgha dengan menyertai pas saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah keyakinan sebegini yg kita mahu.. takkan sokong kit siang boleh masuk syurga kut..

      Padam
  10. Akhir2 ni saya down sikit bila tengok pemimpin saya berbaik2 dengan pemimpin umno. Pemimpin umno mana ada tiket masuk shurgha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa kita ajak sekali org umno masuk syurga.. takkan nak ikut kit siang masuk neraka sekali kut..

      Padam
  11. Ada orang kata kerajaan negeri parti kesayangan saya sapu balaklah, pakai duit potongan gaji cikgulah, jual karbon dioksidlah, ambik tanah cina buat bangunan dan tugulah dan macam2. Tapi saya 100% tak percaya sebab saya duduk kuala lumpur. Kalau betulpun tak apa sebab kami ada no keahlian parti. Tunjuk no boleh terus masuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah jgn mintak masuk neraka bersama kit siang sudah la

      Padam
  12. Sekarang parti saya kata tak boleh kerjasama dengan Amanah, pkr dan bersatu sebab itu parti sokong dap. Tapi dulu kami sokong Dap sebab dibenarkan kalau nak menang macam perjanjian hudaibiah tu.

    Ubah2 sikit hukum tu biasalah, kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana boleh ubah2.. perjuangan islam kita kena yakin dpat ganjaran syurga .. perjuanagn komunis kit siang tak kan kita nak yakin dapat tiket syurga pulak kan?

      Padam
  13. Memang betul pemimpin saya ada cakap tuduh orang pkr tu taukeh pil kuda. Itu kat mulut saja. Tapi niat dalam hati bukanlah macam tu. Yang penting ialah niat. Kalau tak ada niat maka tak apalah. Lagipun kami ada no keahlian parti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak jadi calon janganlah jual pil kuda tau.. apatah lagi kalau sokong marxist dan komunis ataupun sosialis..

      Padam
  14. Saya dah masukkan anak saya umur 13 tahun masuk pas. Saya taknak la saya masuk surga tapi anak saya tingkatan 1 tu tak dapat masuk surga sebab tak ada no keahlian parti. Sukur sebab sekarang anak saya 13 tahun tu dah ada no keahlian parti. Lega rasanya sebab tak perlu susah payah ajar anak saya ilmu sebab dah ada no keahlian parti tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan bawak anak masuk neraka bersama kit siang sudah la..

      Padam
  15. Tak apalah. Kita tengok nanti parti mana yg akan jadi pilihan rakyat. Lama2 rakyat akan tahu parti mana yg munafik, parti mana yg berjuang utk rakyat

    BalasPadam
  16. ok..setuju..tutup buku.
    harap jgn ada lagi macai2 yg gatai pungkok nak berunding dgn parti Tok Lobai lg. Tumpukan pada PH. Tarik pengundi2 baru. PRU dh nak mai. Bincang pembahagian ketusi dan muktamat kan. Jgn jd mcm yg lepas2. Nak bg calun pun bertelagah masa tiba pencalunan.
    MEMALUKAN laaaaa...
    TAK PREPARE LANGSUNG...
    HANCUR HARAPAN RAKYAT TENGOK MCM NI..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sud ah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di šŸ£PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBALšŸ£

      Padam
  17. DAH ADA BINI
    BARU KAWIN
    MSH GATAI NAK BERBINI LG
    KONON NAK TAMBAH ANAK
    PERGHHHHHHHH....
    PADAN MUKA
    SELEPEK KENA BALING DGN TAIK DGN YG ORG DIGILA2KAN TU

    BalasPadam
  18. Tujuan kongres adalah utk menentukan keperluan berkerjasama dgn PAS. Keputusan Majlis Presiden yg ditanda tangani oleh semua Pemimpin parti gabungan telah diputuskan, ini bermakna keperluan diadakan kongres sudah tidak ada. Lain lah kalau PKR merasai tidak perlu berada dlm PH.

    Sikap berlembut PKR kpd PAS sudah sampai ketahap yg paling tinggi dan sudah sesuai utk dihentikan. Kita boleh rasa ramai ADUN2 dan MP PAS ramai yg suka utk bergambung dgn PH tapi kerana mereka2 ni terlalu wala dan diikat oleh pucuk pimpinan PAS jadi mereka tidak berani. Mereka ni tahu mereka akan kalah dlm PRU nanti jika keadaan begini berterusan, tapi kerana wala terpaksalah diteruskan. Kepada mereka2 ni berfikir dan bertindaklah secara ikhlas, nak wala kpd pemimpin yg sudah terpesong atau memenuhi tuntutan pengundi yg mengundi mereka dulu.

    Spt kata Mat Sabu pilih PH dulu dan kalau PH tidak boleh membuat perubahan sebagaimana yg dijanjikan jatuhkan pula PH dan angkat kembali BN. Kuasa undi ditangan rakyat, janji jgn undi itu boleh dijualbeli pulak.

    BalasPadam
  19. Azmin masih percaya ahli pas nak undi dia lagi kot...Dah kena ludah pun masih nak cium kaki lagi.

    Begitulah besarnya kuasa jawatan mb hingga maruah pun sanggup gadai.

    BalasPadam
  20. Azmin gabung pas ke, azmin tak gabung pas ke, aku akan tetap undi PH. Dah tak larat kos hidup tinggi sebab gst dan 1mdb

    BalasPadam
    Balasan
    1. betol tu.. formula aku senang je, bandingkan dgn saving last 2 year. klu dok sama je, so pembangkanglah yg akan aku pangkah. kelemahan pentadbiran kerajaan kesannya pd ekonomi majoriti rakyat.

      Padam
    2. Undilah pas dan boikotlah bn & ph...

      Padam
  21. Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    Agen Togel
    Agen Bola
    Agen Kasino
    Togel SGP
    Togel Hongkong
    Togel Sydney

    hubungi kami di :
    Line : togel118
    Bbm : D8AF7278
    Wa : +85592985834

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    >>>>>TOTO TOGEL 2D 3D 4D KLIK DISINI <<<<<
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL















    ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    >>>>>TOTO TOGEL 2D 3D 4D KLIK DISINI <<<<<
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL















    BalasPadam
  24. Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    Agen Togel
    Agen Bola
    Agen Kasino
    Togel SGP
    Togel Hongkong
    Togel Sydney

    hubungi kami di :
    Line : ALLSBOBET
    Bbm : D60E1BF8
    Wa : +855974832357

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini