Kamu buat status aibkan maruah orang, gelar org "sundal", maka atas itu orang buat report terhadap kamu. Tiada kaitan dgn kritikan kamu terhadap YB Fuziah di dalam isu Lynas, ok. Faham?
Berminggu status itu berlegar, kami perhatikan banyak komen yang menegur kamu dan tidak kurang juga yang turut bersama memaki, mencarut dan terus mengaibkan, dibiarkan di dalam FB kamu. Kamu tidak hiraukan teguran di dalam komen status kamu yg menasihati kamu agar guna perkataan yang baik. Menuduh YB
Fuziah Salleh sebagai " Sundal" dan kaitkan maruahnya dengan Adun Dap, itu adalah satu ayat yang tidak harus keluar dari seorang yang kononnya dikatakan dulu penyokong kuat isu Lynas bersama YB Fuziah dan juga dikatakan pula seorang bekas wartawan. Begitukah caranya mengkritik seseorang dengan menggelarnya perempuan "sundal" atau "pelacur"? Apa perasaan YB Fuziah yang ketika isu ini hangat, berada di Tanah Suci Mekah bersama suaminya? Apa perasaan anak-anak, menantu dan ahli keluarganya?
Untuk pengetahuan, " Wallahi", YB Fuziah tidak pernah menyuruh jauh sekali mengupah kami untuk membuat laporan polis terhadap pemilik akaun berkenaan. Beliau hanya tahu apabila kami telah bersedia untuk membuat laporan polis apabila kali terakhir kami periksa pemilik akaun berkenaan masih tidak memadamkan status jijik tersebut. Kami tidak meminta beliau campur tangan kerana kami tidak mahu ganggu beliau sedang menunaikan ibadah haji waktu itu.
Apa yang berlaku seterusnya? Pemilik akaun telah memadam status jijik tersebut sebaik sahaja diketahui report polis telah dibuat. Ertinya, teguran kawan-kawan di dalam FB tidak boleh menghentikan perbuatan jijiknya itu kecuali report polis. Maka, itu yang kami lakukan.
Seterusnya, telah berlaku perbincangan dua hala, antara pemegang akaun FB tersebut dengan YB Fuziah melalui WhatsApps. Permohonan maaf disiarkan di dalam akaun FB berkenaan sebelum itu. Aku pun turut dihubungi oleh beberapa kenalan untuk bincang isu ini. Isunya, minta kami tarik balik report.
Aku nak nyatakan bahawa kesalahan mamat ini adalah mengaibkan YB Fuziah secara peribadi. Dia telah mohon maaf, dan aku yakin bahawa YB Fuziah telah pun memaafkannya. Itu selesai. Yang masih tidak selesai adalah report polis. Harus diingat, YB Fuziah tidak buat report polis bahkan tidak mengarahkan kami pun untuk buat report polis. Tidak timbul isu YB Fuziah perlu tarik balik report kerana yang berhak menarik balik report adalah penama yang buat report itu.
Bagaimana kami mahu tarik balik report kerana sehingga kini kami tidak dihubungi oleh pemilik akaun berkenaan untuk berbincang? Bagaimana kami mahu yakin dengan keikhlasannya, apabila perbualannya dengan YB Fuziah melalui WhatsApp telah di"printscreen" dan diviralkan oleh rakan-rakannya? Satu perbuatan khianat dan tidak jujur apabila berbuat demikian. Apa tujuannya berbuat begitu?
Atas sebab itulah, kami menolak nasihat YB Fuziah selepas itu untuk kami tarik balik report. Bahkan, difahamkan esok lusa dan beberapa hari akan datang akan ada lagi report polis atas isu yang sama akan menyusul. Apakah kami membuli? Siapa buli siapa? Siapa khianat ?
Kamu yang mahu buli kami. Kamu hanya guna orang lain untuk berhubung dengan kami. Sepatutnya, hilangkan keegoan dan ikhlas untuk berunding, bukan dengan cara memperlekehkan kami. Sukar sangatkah untuk terus berhubung dengan kami? Kami bersedia untuk berunding dengan kamu, bukan dengan mereka yang tidak terlibat.
Itu kisahnya. Siapa yang membuli dan siapa yang tidak ikhlas? Lu fikir sendiri !!