SEMALAM ada rakan yang juga seorang Blogger beritahu aku, beruk-beruk yang menjerit meroyan sewaktu nama Dato' Fauzi diumumkan oleh DS Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Indera Mahkota, Kuantan baru-baru ini adalah beruk-beruk 'upahan'.
Aku tidak mahu percaya sebab aku kenal dua tiga ekor yang menjerit malam itu bukan calang-calang orang. Mereka adalah penyokong kuat seorang tokoh yang tergila-gila mahu jadi calon di Indera Mahkota, malangnya tidak tidak terpilih. Mustahil mereka kemaruk kepada upah sehingga sanggup 'memalukan' DS Anwar Ibrahim malam itu. Memang dua tiga ekor ini 'hebat' mengutuk Dato' Fauzi di dalam FB sebab mereka bukan jantan sejati yang berani berdepan. Hero FB lah katakan. Mereka kutuk Dato' Fauzi bukan kerana Dato' Fauzi dipilih sebagai calon, tetapi sejak dari awal dulu mereka sentiasa mengutuk Dato' Fauzi hanya kerana mereka terasa terpinggir di dalam parti.
Siapa pinggirkan mereka? Kerja maki hamun memang mereka pakar, bila diajak berjumpa dan berbincang di dalam mesyuarat tidak minat untuk hadir. Boleh dikatakan tidak pernah hadir mesyuarat parti pun, tetapi banyak komplen di dalam FB. Jadi, siapa yang pinggir siapa?
Inilah jenis yang bermuka-muka kononnya pejuang. Tidak suka kepada individu mereka sanggup cuba merosakkan program parti. Aku tahu bos mereka tidak ajar melakukan kerja bodoh seperti itu, tetapi mereka lakukan juga kerana hasad dengki. Jika benar-benar jujur untuk menegur pemimpin atau sesiapa sahaja, rajin-rajinlah datang mesyuarat. Bukan 'bermesyuarat' dua tiga kerat sesama mereka di dalam FB, kemudian kutuk mengutuk orang lain.