RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 24 April 2010

STATISTIK TERKINI - PAKATAN 51.7 PERATUS, BN 48.3 PERATUS


Zentrum: Pakatan 51.7 peratus, BN 48.3 peratus

Hafiz YatimApr 24, 1012:27pm

Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor terpaksa melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini.Apapun, yang pasti pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit.

Sehingga saat ini, kedua-dua parti menggunakan tempoh kurang daripada 10 jam berkempen untuk menggerakkan jentera masing-masing hingga ke saat terakhir dalam misi menawan hati pengundi, apabilah pengundian bermula jam 8 pagi esok.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai jentera BN menggempur kawasan-kawasan yang dipercayai kubu pembangkang.Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin lain bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis, 198 undi datipada jatuh ke tangan BN.

Mursyidul Am PAS yang jelas uzur dan terpaksa bertongkat juga sedang berkempen dan bertemu pengundi di Hulu Selangor.Lim Kit Siang dan Nik Aziz bertungkus memainkan peranan untuk tawan hati pengundi.Jika semalam Ilham Centre dalam kaji selidiknya mendakwa kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional, kajian sebuah lagi pertubuhan bebas menunjukkan pengundi Hulu Selangor mula mendekati Pakatan Rakyat.Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional.

Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua Pakatan dan BN apabila menuju penghujung kempen yang mungkin akan pengaruhi bagaimana pengundi membuat keputusan esok.Keputusan kajian yang diperolehi sebelum tengah malam semalam menunjukkan BN memperolehi 51.4 peratus sokongan manakala Pakatan pula mendapat sokongan 48.6 peratus pengundi.Ia akan menjadi menarik bagaimana keputusan malam terakhir hari ini sebelum pembuangan undi samada dapat memberi gambaran jelas siapa mendahului.

Zentrum yang diketuai pengasas dan presidennya Abu Hassan Hasbullah, dari Universiti Malaya mengumpulkan data secara harian kerana ia merasakan perubahan tertentu boleh mempengaruhi sentimen pengundi.Menurutnya sokongan kecil memihak kepada Pakatan atas alasan komunikasi dan peranan media baru, di samping kain rentang, poster dan ceramah yang kini dikatan memberi kesan.Zentrum berharap kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk menentukan corak pengundian pada masa depan.Pemuda sokong PakatanKajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.

Namun sokongan kaum Cina kepada PKR berada pada tahap yang tinggi, iaitu 78 peratus.Golongan lelaki pula dilihat sebagai penyokong kuatan Pakatan dengan 58 peratus manakala wanita (69 peratus) menyokong BN.Apa yang lebih menarik ialah kajian menunjukkan 37 peratus wanita Melayu masih belum membuat keputusan sejak semalam berbanding wanita India dan Cina yang kebanyakkan mereka telah membuat keputusan.Turut mencuri tumpuan ialah kajian mendapati 57 peratus golongan muda iaitu responden yang berusia antara 21 hingga 30 tahun menyokong pembangkang manakala 58 peratus daripada golongan mereka yang berumur 31 hingga 40 juga menyokong calon PKR.Manakala golongan tua dan warga emas seperti mereka berumur yang 40 hingga 59 serta golongan berumur 60 ke atas adalah penyokong kuat BN.Peranan media baruKajian Zentrum juga menunjukkan 72 peratus penduduk kawasan bandar bergantung pada media baru. Manakala kajian juga menunjukkan media baru berjaya menembus 42 peratus ke kawasan pendalaman.

Beberapa faktor mempengaruhi corak mengundi setelah tempoh berakhir kempen hampir tamat iaitu:• pengaruh dan kehadiran pemimpin berpengaruh, • pengaruh media baru dan tradisional,• pengaruh atmosfera demokrasi seperti ugutan kepada kakitangan awam, masyarakat dan keluarga serta,• pengaruh budaya dalam isu agama.Kajian juga menunjukkan faktor yang akan menentukan kemenangan seseorang calon bergantung pada faktor pengundi yang akan keluar mengundi. Ia mengambil kira faktor umur dan jantina mereka. /Malaysiakini

ANAK TUN GHAFAR, BEKAS MP MCA DALAM CERAMAH ANWAR MALAM TADI


Anak Ghafar Baba di pentas Anwar


Jimadie Shah OthmanApr 24,

Ramai yang terkejut dengan kehadiran anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba ke pentas PKR bersama ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam.Dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Felda Sungai Buaya, Tamrin, anak tokoh besar Umno itu tidak berceramah, sebaliknya duduk di atas pentas bersama pemimpin lain gabungan pembangkang.Bagaimanapun, kehadirannya dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh Pakatan apabila Anwar sendiri memperkenal dan memuji kehadiran Tamrin bagi “bersama-sama” mereka dalam ucapannya.“Ini kawan lama waktu kami dalam Umno dulu... waktu (dalam Umno) dulu-dulu,” katanya kepada lebih 5,000 pengunjung dalam ceramah di kawasan kubu kuat BN.
Tamrin yang kemudiannya bangun dan tunduk sedikit kepada penyokong Pakatan mendapat tepukan bergemuruh. Bapa beliau, Tun Ghafar – yang mendapat jolokan 'ahli Umno yang setia' - sebelum ini pernah pernah mempunyai hubungan yang 'tegang' dengan Anwar apabila dicabar pengasas Angkatan Beliau Islam Malaysia (Abim) itu bagi merebut kerusi timbalan presiden Umno lama dahulu.Ghafar yang mempunya rekod tanpa kalah – sama ada dalam pilihan raya atau pemilihan parti – bagaimanapun menarik diri apabila Anwar yang mendominasi pencalonan bertanding yang jauh melebihinya.
Tamparan balas
Turut berceramah malam semalam ialah Naib Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung Saifudddin Nasution. Musryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turun pertama kali ke Hulu Selangor malam semalam bagaimanapun gagal turut serta, difahamkan disebabkan keletihan.Sementara itu, Saifuddin berkata, ketika terdapat segelintir pemimpin PKR yang melompat, kehadiran Tamrin mampu memberikan tamparan balas kepada BN.“Kehadirannya malam ini membawa satu mesej, di sebalik tindakan keluar parti daripada beberapa pemimpin sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita ceramah selepas tamatnya ceramah tengah malam tadi.Menjawab soalan, ahi parlimen Machang itu berkata, kehadiran Tamrin tidak dirancang, sebaliknya ia merupakan hasratnya sendiri.“Kamu boleh tengok sendiri. Dia datang sendiri, dia balik pun sendiri. Tiada yang ambil, tiada yang hantar. Tiada sebarang sambutan bunga manggar,” jelas Saifuddin.
Ditanya sama ada Tamrin telah menyertai parti, setiausaha agung PKR itu berkata, perkara itu hanyalah “formaliti semata-mata”.“Saya belum semak rekod di pejabat (setiausaha agung),” katanya.Usaha pemberita mendapatkan ulasan Tamrin selepas ceramah bagaimanapun gagal apabila beliau terus bergegas pulang selepas tamat ceramah.
Dalam ceramah tersebut juga, bekas ahli parlimen Sungai Besi daripada MCA Farn Seong Than (dipilih pada 1974) turut hadir menyatakan sokongan. Bercakap kepada pemberita, Farn berkata keluar daripada MCA kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan baru parti Cina itu selepas Datuk SeriDr Chua Soi Lek dipilih sebagai presiden yang baru. /Malaysiakini

KRITIKAL - ANAK PERANTAU WAJIB PULANG MENGUNDI

Gabungan PR telah menasihati semua penduduk di Hulu Selangor agar menjauhi parti yang bersekongkol dengan APCO/Yahudi serta yang terus melakukan rasuah dan kezaliman. PR juga telah menawarkan calon yang tidak hipokrit, merendah diri serta insaf di atas perbuatan lampaunya untuk terus memperjuangkan nasib rakyat di Hulu Selangor.
Tidak sampai 48 jam lagi, rakyat Hulu Selangor sendiri akan membuat pilihan. Meskipun beberapa ratus orang dari mereka telah `diusir' dari menunaikan kewajipan untuk memilih calon mereka angkara dari SPR, namun kita masih mengharapkan agar kecerdikan pengundi-pengundi yang ada untuk membuat keputusan. Kepulangan anak-anak Hulu Selangor dari perantauan mungkin boleh menyelamatkan kaum keluarga dan saudara mereka yang masih diulit oleh tipu daya sekutu APCO ini. Pimpinan serta jentera PR telah berikhtiar dan berusaha untuk menyedarkan mereka dari mengalami nasib yang menimpa pengundi-pengundi di Bagan Pinang sekarang. Di sana mereka ditipu hidup-hidup termasuklah perajurit-perajurit di sekitar kem Bagan Pinang.
Sebelum itu, di Manek Urai juga rakyat di tipu hidup-hidup dengan sebuah jambatan jutaan ringgit. Butakah mata kita setelah Tuhan tunjukkan semua tipu muslihat golongan ini? Mengundi mereka bererti kita menggalakkan mereka terus menipu dan menipu seperti di awal-awal pencalonan lagi mereka sudah menipu rakyat di hulu Selangor. TPM berjanji dengan calon tempatan dari MIC, tetapi apa yang terjadi? Calon mereka pula mengikut jejak pemimpin penipu ini dengan sijil yang beliau ada.Isu APCO diselesaikan di Parlimen sahaja tanpa ada jawapan dari Najib. Jawapan mereka adalah DS Anwar mesti dikenakan tindakan kerana tidak mahu bersekongkol dengan APCO. DS Anwar sebaliknya berani mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka di Hulu Selangor pada malam ini berkaitan APCO dan keselamatan negara. Soalnya, adakah Najib punyai keberanian seperti Obama yang beliau agung-agungkan itu?
Amat rugi sekali Najib sewaktu bertemu Obama tidak meminta tips atau petua dari pemimpin sekutu Israel itu bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berani berhujah. Obama terkenal kerana berani berdebat sewaktu pemilihan Presiden Amerika sebelum ini. Mengapa tidak dengan Najib? Mengapa yang baik tidak diikut, tetapi yang buruk begitu cepat diikuti oleh Najib?Kembalilah wahai anak jati Hulu Selangor di perantauan. Satu undi dari kamu sama seperti sebutir peluru yang kamu halakan ke arah sekutu APCO. Teruskan perjuangan.

RELAKS DULU, REHATKAN MINDA ANDA DENGAN MELIHAT FOTO INI

EEeeeeee.....

Siapa kata saya tidak boleh baca Al_quran?

Dan....siapa kata saya tidak mempunyai nilai kasih sayang?

Lihat wajah saya dan songkok saya ini, adakah saya layak berada dalam PAS? Sebab itu saya istihar keluar dari PAS.....

Aktiviti begini Apco kata ok jer....jadi aku pun buatlah!!

Umno kunun mahu taruk dia punya calon kaa?? Uweeeekkk...sekarang MIC jugak taruk, mintak satu MIC dapat dua...satu Senator siap jadi menteri lagi....Umno U dapat apa?

Deyy Machaaa...jangan undi saya wokeyyy...saya bukan Kamal, Alan atau Nathan tau...

Orang Bagan Pinang sabar dulu yo...janji2 den maso pilihanrayo dulu tu biar la bilo2 den buek la....Ni hah, den kono buek janji den nak kawen ni dulu....amacam? samo tinggi tak?

Hehehehe....Hidup PERKOSA!! Hidup Kamal-Anan-Nathan!!

Mari...mari....Silakan Blair...silakan Obama..datang ke sini....

Dulu, kini dan sampai ke mati.....

Isshhh...ishhh...dacing + lembu?

Ehhh...kenapa ni? " Kesian..... "Aku tanya, kenapa dia nih??..."kesiannnn....."

FOTO CERAMAH PR DI SG BUAYA MALAM TADI



ceramah zaid ibrahim at sg buaya





di satu ceramah tempat lain. mat sabu tgh ceramah..suara mat sabu dah serak banyak ceramah...ramai pemimpin PR berkejar keseluruh hulu selangor utk program ceramah...memang betul2 all out malam ni. kredit untuk mereka semua yang terlibat...

Sumber: Loserkidz/Forum Tranungkite

DEBAT PERDANA - SAH, NAJIB TIDAK AKAN HADIR

Kain rentang dakwa debat perdana Najib-Anwar
Apr 23, 10


Dengan tinggal hanya satu hari saja lagi untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, beberapa kain rentang dipasang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyertai debat perdana di Kuala Kubu Baru esok.

Kain rentang tersebut yang dipasang di sekitar Kuala Kubu Baru, menjemput orang ramai menghadiri debat perdana antara Najib dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Kuala Kubu Baru pada pukul 9 malam esok.

Ia menyatakan isu berkenaan Apco, Israel dan keselamatan negara akan dibincangkan pada debat itu.

Hebahan media mengenai program kempen calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pula menunjukkan Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Zaid akan hadir pada ceramah di situ.

Bagaimanapun, seorang pegawai pejabat perdana menteri ketika dihubungi menafikan Najib akan menyertai majlis debat itu.

Sebaliknya, Najib yang turun padang hari ini dan esok untuk membantu calon BN P Kamalanathan dalam pilihan raya kecil itu, akan menghadiri Grand Finale 1Malaysia di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung pada masa yang sama.

Program Najib di Hulu Selangor bermula dengan Sarapan 1Malaysia di Padang Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang pada jam 9 pagi, diikuti tinjauan mesra di Kampung Baru Cina di Kuala Kubu Baru (10.45 pagi), Kampung Baru Rasa, Kampung Bukit Rasa, Kampung Baru Kalumpang dan Hulu Bernam.

- Bernama

MENGAPA PISAHKAN POLITIK DENGAN AGAMA? - NIK AZIZ

Nik Aziz: Serangan peribadi 'kerja bodoh'
Abdul Rahim Sabri
Apr 23, 10


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mursyidul am PAS itu menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan".

"Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

"Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi.

"Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," katanya sambil menjelir lidahnya sedikit menyebabkan kira-kira 50 wartawan termasuk hadirin ketawa.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi Zaid yang didakwa seorang peminum arak tegar dan berjudi, dalam kempen pilihan raya.

"Ini satu perkara yg memalukan. Memalukan politik Malaysia," katanya di Kuala Kubu Baharu malam ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siangdan naib presiden PKR Azmin Ali.

Dalam sidang media yang sama juga, Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan menteri besar Kelantan itu.

Menurutnya, beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor./Malaysiakini

Jumaat, 23 April 2010

STATISTIK TERKINI HULU SGOR - 40 PERATUS LAGI UNDI SIAPA?

Ilham Centre: Melayu berpendapat BN menang
Apr 23, 10


Kaji selidik terbaru yang dijalankan oleh Ilham Centre mendapati pengundi Melayu berpendapat Barisan Nasional akan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Ahad ini.

Hampir 40 peratus dari keseluruhan responden yang ditinjau meramalkan kemenangan berpihak kepada BN manakala hanya 16 peratus yang yakin PKR mampu membuat kejutan.

Namun tinjauan itu juga mendapati kebanyakkan pengundi masih belum dapat menyatakan pendirian dan menjangkakan pertembungan sengit.

BN dikatakan masih mendahului PKR di beberapa kawasan luar bandar dan pedalaman terutama di kawasan atau kampung majoriti Melayu , termasuk di Felda.

Namun begitu, pola sokongan dan trend pengundian seakan berpihak kepada Pakatan Rakyat-PKR terutama di lokaliti bandar dan di kalangan pengundi muda.

Prestasi cemerlang pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat dilihat juga memberi kesan kepada keputusan pengundi pada Ahad ini.

Bancian itu juga mendapati lebih 34 peratus pengundi Melayu menganggap dasar kebajikan baru yang diperkenalkan dan diberikan oleh kerajaan Selangor amat penting bagi mereka serta sangat wajar diteruskan.

Antrara program itu termasuk projek Usia Emas, Tawas, pemberian air percuma.

Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, bagaimanapun dikatakan masih mempunyai peluang untuk menang tetapi berdepan dengan laluan yang sukar kerana diserang secara peribadi.

Namun begitu, lebih 50 peratus daripada responden tidak bersetuju dengan kempen yang berbentuk serangan peribadi dan bersifat provokatif pada pilihan raya kali ini.

Mereka menganggap kempen BN kali ini dianggap terdesak.

Sebanyak 36 peratus pengundi Melayu itu juga tidak bersetuju dan berpandangan bahawa penggunaan agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri dalam pilihan raya adalah tidak wajar manakala 29.5 peratus yang bersetuju.

Selain itu, menurut bancian itu, kemenangan Zaid sangat bergantung kepada keupayaan dan keberkesanan jentera parti PKR sendiri.

Sokongan kepada BN dilihat ketara di kawasan luar bandar terutama Felda dan kampung Melayu adalah disebabkan oleh keupayaan jentera BN beroperasi serta bergerak kerja./Malaysiakini

BODOH TAHAP GABAN!!

KUALA LUMPUR : Semenjak kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil(PRK) Hulu Selangor media-media tempatan memaparkan kononnya pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah keluar daripada parti itu.

Media semalam juga melaporkan secara meluas kononnya Setiausaha Angkata Muda Keadilan (AMK) Kelantan keluar parti sedangkan sekarang semua maklum dia tidak lagi memegang jawatan tersebut.

"Benar dia bekas Setiausaha AMK Kelantan. Muhammad Ezri Zainal Abidin yang telah lama dipecat diumumkan keluar parti bersama dengan Ketua AMK Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad padahal mereka sebenarnya kecewa selepas hasrat untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai," kata Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam blognya

Terdahulu, seseorang wanita bernama Roshanita Mohd Basir yang mendakwa dirinya Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai juga dilaporkan media keluar daripada PKR.

Namun, Ketua PKR Cabang Serai, Md. Nasib Rahim keras menafikan perkara itu dan menyatakan wanita tersebut tidak memegang apa-apa jawatan dalam organisasi wanita PKR Cabang Bagan Serai.

PKR Bagan Serai itu menjelaskan bahawa pada satu masa memang Roshanita pernah datang dan menawarkan diri untuk memangku jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai tetapi Pimpinan Cabang sudah mengetahui bahawa wanita itu merupakan proksi Umno dan Pimpinan Cabang tidak pernah memberikan apa-apa jawatan dalam parti atau organisai wanita cabang kepadanya.

Menurut Khalil ini merupakan cara kempen Umno yang dilihat terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja cara untuk memburukkan dan menggambarkan parti lawan lemah walaupun terpaksa menipu.

"Sehari dua ini kalaulah sesiapa yang mahu dapat habuah bolehlah pergi berjumpa dengan pemimpin Umno dan mengaku pemimpin PKR mana-mana bahagian dan saudara maklumkan akan mengumumkan keluar parti sekaligus masuk Umno.

"Pasti mereka akan menerima saudara sebagai pelakon tambahan seterusnya," kata Khalil lagi.

PKR capai sasaran sokongan di Felda Hulu S'gor


Jimadie Shah Othman
Apr 23, 10


Tinggal dua hari lagi tarikh pengundian Ahad ini, PKR mendakwa sudah mencapai sokongan yang disasarkan dari pengundi di gugusan Felda Hulu Selangor.

Pegawai penyelaras biro Felda PKR, Suhaimi Said yang mengetuai misi khas memikat kira-kira 7,000 pengundi - kesemuanya di Hulu Bernam - berkata, pihaknya kini sudah mendapat sokongan tambahan lebih daripada 6 peratus.

"Di sini kita 'underdog'. Kebanyakan mereka masih tegar dengan BN. Tetapi sebelum ini, kita dapat 22 peratus sokongan.

"Kita cuma sasar peningkatan 5 hingga 6 peratus. Ini sudah cukup baik," katanya Ketika ditemui di karnival Felda di Felda Sungai Tengi.

Katanya, dengan tenaga 60 petugas khas dari Pahang, PKR hanya perlu terus bertemu dan berkunjung dari rumah ke rumah bagi mengekalkan sokongan.

"Program-program lain seperti karnival ini cuma sampingan," katanya merujuk kepada karnival anjuran sebuah NGO Felda pro-Pakatan./Malaysiakini

BANYAK LAGI TEMPAT MAKSIAT DAN JENAYAH, POLIS KAWAL MASJID?

Nik Aziz dilarang berceramah di masjid Hulu S'gor
Apr 23, 10


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilarang menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor.

Peng
arah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu bukan ditujukan kepada menteri besar Kelantan sahaja tetapi mencakupi semua pihak.

Katanya, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin (kanan, bertali leher belang) menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.

Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.

Katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.

Sehubungan dengan larangan itu juga beberapa jadual Mursidul Am PAS hari ini di beberapa masjid di Hulu Selangor terpaksa disusun semula.

Antaranya, Nik Aziz akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm)./Malaysiakini

NYANYOK MAHATHIR TERSERLAH DI HULU SELANGOR

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA parti pimpinan Najib diserang di setiap penjuru terutamanya berkaitan APCO dan juga isu moral, tergerak pula hati mantan PM Tun Mahathir ingin menyelamatkan maruah Bn di Hulu Selangor. Pada mulanya beliau menyatakan tidak akan berkempen di Hulu Selangor, tetapi cakap-cakap Mahathir semenjak dari dahulu tidak boleh dipercayai. Sifat pembohong sudah sebati bagi pemimpin di dalam Umno terutamanya termasuklah Najib, Muhyiddin serta calon dari parti sekutu mereka iaitu MIC itu sendiri. Bukankah salah satu sifat Yahudi itu adalah pembohong dan putar belit? Dan, bukankah APCO itu penasihat kerajaan sekarang? Jadi tidak pelik jika kesemua mereka itu kaki pembohong dan putar belit.

Mahathir yang suatu ketika pernah digelar `Mahafiraun' dan `Mahazalim' sewaktu di era reformasi kini sudah tua tetapi perangainya tetap sama. Bezanya, jika dahulu sifat pembohong dan putar belitnya sukar dibaca, tetapi oleh kerana telah dimakan usia maka apa sahaja yang beliau perkatakan tidak sedikitpun menampakkan Mahathir itu pemimpin yang cerdik. Mungkin bak kata orang secerdik mana sekali pun tetapi bila sudah nyanyuk terserlahlah kebodohan. Saya ingin mengulas sedikit kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir seperti yang dilaporkan di sini.

Beliau menyebut calon dari PKR Dato' Zaid boleh diumpamakan seperti katak kerana dahulunya dari Umno. Kini Dato' Zaid berjuang di dalam parti PKR dan dijadikan sebagai calon di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor pada 25hb ini nanti. Mahathir mungkin lupa bahawa beliau juga pernah keluar dari Umno sebelum ini. Keluar dari lubuk Umno, masuk kembali ke lubuk yang sama. Ini bermakna Mahathir adalah sejenis katak juga tetapi `katak selubuk'. Mungkin kerana nyanyoknya beliau, maka dia lupa bahawa dia juga adalah spesis katak yang lebih teruk dan dhaif kerana masih ingin memasuki lubuk yang sama yang pernah didiaminya walaupun diketahui bahawa lubuk tersebut teramatlah busuknya. Manakala Dato' Zaid tinggalkan lubuk yang busuk, jijik dan hanyir itu dan mencari tempat lain yang lebih baik, indah dan jauh dari pencemaran. Siapa lebih hina, Mahathir atau Dato' Zaid?

Mahathir merasa pelik kenapa Dato' Zaid mempunyai kuda lumba tetapi tidak berjudi? Ini menunjukkan bahawa Mahathir beranggapan sesiapa yang mempunyai kuda lumba mestilah berjudi. Mungkin juga anak beliau yang terlibat di dalam Litar F1 Sepang perlumbaan kereta lumba itu juga lagi kuat judinya? Saya rasa Tuanku Mirzan juga mempunyai kuda lumba, apakah mahu kita guna pakai tafsiran bodoh Mahathir itu? Jika Mahathir beranggapan bahawa anaknya di Litar Sepang itu terlibat di dalam perjudian secara langsung atau tidak langsung, jangan pula anggap orang lain pun sama dengan anaknya.

Sebelum ini Mahathir juga memberi komen terhadap serangan peribadi terhadap calon. Itu biasa, katanya. Sebab itulah juga Mahathir turut memainkan isu peribadi Dato' Zaid dengan menyindirnya dalam isu mabuk.

Paling melucukan, Mahathir berkata beliau tidak mahu orang tahu bahawa beliau akan berkempen di Hulu Selangor. Sebab itulah kununnya sebelum ini beliau berkata beliau tidak akan turun berkempen. Apakah beliau merasa perasan atau syok sendiri seolah-olah PR takut sangat dengan kehadirannya di Hulu Selangor? Pembangkang bahkan rakyat sudah tidak hairan lagi dengan Mahathir kerana beliaulah punca segala masalah politik di negara ini. Beliau jugalah punca perpecahan orang-orang Melayu bahkan beliau juga adalah punca di mana suatu ketika kedaulatan raja Melayu dipermainkan.

Tiada siapa yang lupa segala dosa-dosa Mahathir. Oleh itu, kehadiran Mahathir sedikit pun tidak memberi kesan kerana cakap orang yang telah nyanyuk hanya layak dijadikan bahan ketawa beramai-ramai./wfauzdin.bogspot.com

Khamis, 22 April 2010

Sesumpah Panas Dan Gelisah Di Dalam Kotak

Ezam cabar Anwar, Azizah dedah kandungan 6 kotak
Apr 22, 10


Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor, hari ini mencabar ketua umum PKR dan presiden parti itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, supaya menjelaskan kedudukan enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Berita Harian Online memetik Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, mereka berdua sepatutnya mendedahkan kandungan kotak berkenaan yang dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Sambil menegaskan beliau tidak pernah menyimpan kotak berkenaan atau membaca kandungan dokumen di dalamnya, Ezam berkata beliau hanya ditunjukkan kotak berkenaan ketika disimpan di kediaman Anwar selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat.

"Selepas dipenjara, Anwar memesan melalui Wan Azizah supaya saya sentiasa membangkitkan soal kandungan kotak berkenaan pada ceramah dan saya hanya menurut perintah....Saya difahamkan kotak berkenaan kemudian diberi kepada beberapa saudara dan rakan untuk disimpan di dalam dan luar negara.

"Sebaliknya, apabila saya keluar daripada PKR, mereka menyatakan saya yang menyimpan kotak berkenaan untuk menjejaskan kredibiliti saya....Justeru, saya mencabar Anwar dan Wan Azizah mendedahkan kandungan kotak berkenaan," kata Ezam di Rumah Kelantan di Bukit Beruntung, tengah hari tadi.

Ezam diminta mengulas isu kotak berkenaan yang sebelum ini menjadi modal ceramah beliau serta pemimpin PKR untuk memburuk-burukkan pemimpin kerajaan kepada rakyat.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, beliau bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Semalam, Ezam mendakwa mempunyai dokumen lengkap yang dapat membuktikan Anwar mempunyai hubungan dengan pemimpin Yahudi.

Malah, katanya, beliau bercadang menyerahkan dokumen berkenaan kepada Parlimen sebagai bukti yang Anwar memang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Yahudi./Malaysiakini

Blogger Said:

Sudahlah wahai raja kotak. Kamu dulu bercerita pasal berkotak-kotak, rupa-rupanya kamu tak tahu apa yang berada di dalam kotak itu? Habis, yang kamu pergi seluruh Balai Polis bawa laporan rasuah dulu tu kamu tak bawa apa-apa ke? Bawa air liur kamu saja ke? Nampak sangat kamu ini bodoh senang-senang saja ikut arahan bos kamu. Tidak hairanlah sekarang ni kamu juga sondol je apa Najib dan Apco cakap, pasal kamu memang kaki sondol tak guna otak. Siapa lagi nak percaya pada orang yang tak guna otak seperti kamu ini, wahai raja sesumpah?

BERUK DAN FIRAUN BESAR SEBAGAI PENGLIPUR LARA NAJIB DI LUAR NEGARA

Oleh: WFAUZDIN NS

TERAMATLAH girangnya Najib apabila beliau dikunjungi oleh `seekor berok' bersama Firaun Besar ke dalam bilik tidornya sewaktu beliau berada di luar negara. Sebelum ini Najib dikatakan terpaksa membayar untuk bertemu pemimpin agung dunia iaitu tali barut Israel itu dan media pun heboh menjulang nama Najib. Megah sangat kununnya dapat bertemu tali barut Israel seolah-olah dapat bertemu alim ulamak terkenal. Dan sekarang, Najib bertambah megah bila seekor berok yang dibawa sebagai temannya bersama Firaun besar ke luar negara memasuki bilik tidornya.

Secerdik-cerdik Najib dapat juga di kelentong oleh beruk dan Firaun besar. Sudah diketahui bahawa beruk dan firaun besar itu tidak boleh bercakap di negara sendiri perihal DS Anwar kerana takut terkena batang hidung sendiri. Sebelum ini pun beruk dan firaun besar terlondeh juga dimalukan oleh DS Anwar dan para pemimpin PR apabila mereka mencuba untuk kelentong di Parlimen. Tiada jalan lain untuk tunjuk taat kepada tuannya, maka mereka menceritakan apa jua yang mereka ingin ceritakan pada tuannya itu.

Kita ingin juga dengar Najib menceritakan kembali kepada kita tentang kelentong beruk dan firaun besar itu darihal DS Anwar. Mungkin cerita tentang beruk dan firaun besar juga pernah diliwat oleh DS Anwar. Najib pun berkata beliau kini sudah tahu semuanya tentang DS Anwar sehinggakan kisah seluar dalamnya. Nasib kita lah dapat PM yang otaknya macam budak-budak sekolah. Patutlah pemimpin dunia luar bila berjumpa Najib macam berjumpa dengan budak pejabat saja layanannya. Tetapi oleh kerana dikatakan pertemuan itu bukan percuma, terpaksalah juga melayan pemimpin kita yang pendek akal ini.

Kita lihatlah nanti samada rakyat Hulu Selangor mahu mengaku Najib itu cerdik atau tidak. Seorang PM merasa megah bila dapat bertemu dalam bilik dengan seeokor beruk dan firaun? Tidakkah meluckan? Ini bererti kedua-dua makhluk yang dibuang oleh kita, dikutip dan dipuja oleh Najib. Bahkan diterima segala cakapnya sebagai rujukan atau nas. Hebat !!

Beruk dan firaun besar itu memang cerdik mungkin lebih cerdik dari Ketua Pemuda Umno tentang cara-cara mengampu. Tidak mustahil salah seekor makhluk itu akan jadi menteri lebih awal dari Ketua Pemuda Umno yang amat tidak disenangi oleh seorang peminat kari dan garpu iaitu Parpukari. Patutlah Najib bawa beruk dan firaun besar ini makan angin, mungkin di samping sebagai pengilat kasut atau pembawa beg boleh juga digunakan sebagai pencerita kisah dongeng atau penglipur lara sebelum Najib melelapkan mata. /wfauzdin.blogspot.com

SELINGKAR KISAH DI SEBUAH CERAMAH ANWAR DI HULU SGOR

Kira-kira 30 orang pemuda UMNO berada di luar pagar padang Pekan Kerling, memekik dan mengganggu sepanjang ceramah politik anjuran Pakatan Rakyat, yang membariskan ahli panel seperti Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayup, EXCO Selangor Xavier Jeyakumar, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar dan sebagainya.

Malah, ketibaan Anwar Ibrahim disambut dengan pekikan "Anwar babi" oleh pemuda UMNO, sementara dibalas dengan laungan "Reformasi" daripada penyokong PR. Suasana menjadi tegang apabila air botol dilontarkan dari luar ke dalam padang, mencungkil kemarahan beberapa orang penyokong PR.

Lantas beberapa orang penyokong PR meluru ke arah kumpulan pemuda tersebut, walaupun cuba dihalang dan ditenangkan oleh rakan PR-nya. Pada ketika ini, polis yang sebelum ini membiarkan kelakuan tersebut masuk campur tangan untuk meleraikan kedua-dua pihak. Keadaan hanya reda sepenuhnya selepas ketibaan sebuah trak Light Strike Force, kira-kira lima minit kemudian.

"Menyorok belakang punggung Saiful"

Kira-kira 100 meter dari luar padang, satu ceramah politik anjuran Bilik Gerakan UMNO cawangan Pekan Kerling yang bertemakan "Penipuan Pakatan Rakyat", menarik kehadiran kira-kira 150 orang. Ceramah tersebut berjalan lancar tanpa gangguan oleh mana-mana pihak. Antara isu yang dibangkitkan oleh penceramahnya termasuklah "Ketuanan Melayu", dan "Parti Kelentong Rakyat". 【UMNO ulangi retorik Ketuanan Melayu】

Ceramah politik PR pula diganggu sepanjang perjalanannya. Melihat kepada gelagat pemuda UMNO, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar menyindir, "Kita ubah dari yang buruk kepada yang baik. Bukan berubah daripada yang buruk, kepada yang macam beruk."

Beliau sambung, "BN mampu berubah, ubah apa? Ini saya nak bagi tahu. Terjerit macam orang gila. Ketua kamu, Presiden UMNO-Barisan Nasional, Perdana Menteri, lantik agen Yahudi, Zionis, nasihatkan kerajaan persekutuan..."

Shamsul Iskandar membangkitkan isu APCO, mengkritik bagaimana wang dibelanjakan untuk melantik syarikat berlatar belakangkan Yahudi sebagai penasihat. "Sebab itu, mereka tak ada isu, mereka menyorok belakang punggung Saiful."

"Bagi RM100, dia jerit setengah mampus"

Anwar juga menyelar UMNO kerana mengupah pemuda untuk berpekik di tepi padang, "Orang bacul kekuatan dia, diupah 50 ringgit, bangsanya boleh gadai."

"Dia boleh jerit. Dia jerit, dia hina saya, aibkan saya. Dia ingat saya rasa apa? Tahu siapa yang pertahankan saya? Bukan kutu haprak di tepi jalan ini, yang pertahankan saya Sheikh Yusuf al-Qaradawi," kata Anwar sambil mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah dalam kes liwat seperti yang dituduh Saiful Bukhari.

Anwar (gambar kiri) juga mengambil kesempatan untuk menyindir, "Vincent Tan, satu gunung, satu bukit...(dapat) Ini pemuda UMNO jerit, dia dapat tanah mana? Taukeh judi dapat satu bukit, Genting, 16 ribu ekar, taukeh judi kedua, satu bukit, Bukit Tinggi. Yang pemuda UMNO ini dapat apa? Pemimpin dia dapat, yang bawah dapat 100 ringgit, dia jerit setengah mampus."

Kata-katanya dibalas dengan sorakan daripada kira-kira 500 hadirin, "Sebab itu, kita jangan lawan cara mereka. Tanya saya, jangan lawan cara mereka. Orang ini jahil. Orang ini tak ada ilmu. Orang ini you bayar dia 100 ringgit, suruh dia maki, dia maki. Kemudian esok kalau kita bayar 200 ringgit, dia maki balik (orang yang beri 100 ringgit)."

Sumber: *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

HARAPAN ZAID CERAH - PAS SELANGOR

PAS S'gor optimis Zaid menang Ahad ini

Oleh: BtJong

"PAS Selangor optimis setakat ini calon Pakatan Rakyat mendahului calon BN dari sudut sokongan rakyat khasnya para pengundi di Hulu Selangor, kata ketua penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Katanya, kempen yang dilakukan secara bersepadu antara petugas PAS, PKR dan DAP terus menerus mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk tempatan.

"Dari tinjauan didapati bahawa rekod buruk perkhidmatan wakil MIC dari Barisan Nasional sebelum pilihanraya umum 2008 lalu, telah menyedarkan rakyat untuk tidak lagi memberi peluang pada BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini, tegasnya, ditambah dengan pencapaian memberangsangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) ternyata menyentuh hati rakyat jelata.

"Dan ini memberi kesan langsung kepada harapan Datuk Zaid Ibrahim hari Ahad ini, lantaran rakyat selesa dengan kesungguhan dan keikhlasan pimpinan dan kerajaan PR Selangor sejak berkuasa Mac 2008 lalu sehinggalah hari ini," tegasnya.

Menurut Roslan, PAS Selangor menjangkakan jumlah petugas parti itu dari seluruh negara, akan terus meningkat menjelang fasa terakhir tempoh berkempen dan pada hari mengundi bagi menyokong dan membantu jentera PKR.

"PAS Selangor mengambil kesempatan menyeru seluruh pengundi berdaftar di Hulu Selangor agar keluar beramai-ramai pada hari mengundi Ahad ini dan memberikan undi kepada calon PKR yang mewakili Pakatan Rakyat bagi memberikan isyarat kesungguhan rakyat mahu melihat PR terus memerintah negeri Selangor ini.

"Begitu juga kepada para pengundi pos yang berjumlah 799 orang. PAS Selangor mengharapkan agar mereka nanti akan berani menyalurkan suara melalui undi masing-masing demi membina sebuah negeri Selangor yang maju, bersih dan berkebajikan buat semua," tambahnya. "/Tranungkite

Rabu, 21 April 2010

EZAM, TIDAK LAKU DALAM CERAMAH KINI PILIH PARLIMEN PULA

Ezam serah bukti kaitkan Anwar dengan Yahudi, esok
Apr 21, 10


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Nor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai dakwaan kaitan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.

Katanya, “dossier” (maklumat) itu akan diserahkan kepada anggota-anggota Parlimen esok.

"Anwar duduk di Foundation for the Future untuk kepentingan Israel dan Yahudi. Saya cabar Datuk Seri Anwar untuk jawab ini,” katanya pada sidang akhbar di Hulu Selangor hari ini.

Ezam berkata, beliau sanggup menjadi saksi di mahkamah atau mana-mana peringkat jawatankuasa parlimen berhubung perkara itu.

- Bernama

Blogger Said:

Raja sesumpah seperti biasa. Ada saja pilihanraya beliau mesti muncul dengan sumpah, cabaran dan bukti-bukti basi yang murahan itu. Apabila semua usaha beliau mendedahkan kununnya salah laku DS Anwar di dalam ceramah-ceramahnya tidak mendapat sambutan dan diperlekehkan, kini raja sesumpah beralih pula ke Parlimen. Mungkin selepas ini beliau akan bawa pula isu basinya itu ke persidangan PBB pula. Asalkan beliau dilihat `hero' dan pengampu serta pencacai Nombor Wahid kepada Najib. Raja sesumpah ini tidak akan puas hati selagi rakyat menyanjung perjuangan DS Anwar kerana hajatnya untuk melihat DS Anwar dan PKR lumpuh setelah beliau keluar dari parti KeADILan tidak tercapai. Dendam kesumat beliau tidak akan tamat selagi hayat dikandung badan. Mana isu rasuah dan perjuangan asas Melayu yang kununnya menjadi sebab utama beliau menyertai Umno? Semuanya itu hilang kerana bak kata beliau sendiri " Siapakah Yang Masuk Umno Itu Ikhlas? "


MACAM GAMPANG!!

SPR Terus DiPertikai Kerana Pindah Pengundi

Sumber HarakahDaily

HULU SELANGOR, 21 April: Gara-gara lebih 50 pengundi dari Kampung Tanjong mengadu bahawa nama mereka tidak terdapat dalam Buku Daftar Pemilih mengakibatkan inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengubah nama pengundi Hulu Selangor ke Parlimen Selayang terus dibongkar.

Calon Pakatan Rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, SPR seharusnya bersikap lebih adil dalam menguruskan pilihan raya kecil kali ini.

“Sebagai calon, saya harap SPR boleh bersikap lebih adil, sebab itu (Pakatan Rakyat) menyertai pilihan raya (kecil ini),” ujar Zaid di Pusat Informasi Media, Kuala Kubu Baru petang tadi.

Beliau yang juga Koordinator Pakatan Rakyat berkata, SPR sewajarnya bertindak pantas memindahkan semula para pengundi terbabit ke senarai asal dalam Buku Daftar Pemilih sebelum Hari Mengundi, Ahad ini.

Gesaan Zaid itu, termasuk membuka banyak kaunter SPR di sekitar Parlimen Hulu Selangor supaya para pengundi boleh membetulkan kesilapan teknikal yang dilakukan oleh SPR sendiri.

“Saya harap SPR bertindak, bukalah kaunter agar para pengundi dipindahkan semula ke tempat asal. Saya berharap suatu tindakan yang luar biasa,” ujarnya.

Sekiranya SPR gagal berbuat demikian sekali pun, bagi beliau, para penyokong Pakatan Rakyat dan pengundi sendiri tidak seharusnya berputus asa.

Sebaliknya, mereka diminta terus bekerja kuat agar amalan tidak demokratik sepanjang pilihan raya kali ini boleh diminimumkan.

“Saya harap, kita tidak berputus asa pada jalan yang salah,” ujar beliau.

Selain memberi isyarat yang jelas kepada SPR, beliau turut merayu kepada para pengundi terbabit supaya membantu SPR.

Bercakap pada sidang media yang sama, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh (gambar) tidak menolak kemungkinan bahawa motif di sebalik pemindahan para pengundi terbabit adalah inisiatif strategik sempena pilihan raya kali ini.

Katanya, ini kerana berdasarkan pada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, undi dari kampung tersebut majoritinya menyebelahi calon Pakatan Rakyat.

Selain menyalahkan SPR, beliau turut mempertikai Dewan Rakyat kerana menolak dua kali berturut-turut usulnya berhubung isu kelemahan SPR.

“Dua kali Parlimen menolak usul saya, SPR pula terus dalam penafian selepas saya mengeluarkan bukti,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Walaupun SPR dianggap cuba bersikap tidak demokratik dalam menguruskan pilihan raya kali ini, beliau berkata, jentera PKR akan membuka kaunter-kaunter untuk mengenal pasti para pengundi berbaki yang dipindahkan ke Kampung Tanjong.

Demi memudahkan mereka yang terbabit membuat sebarang aduan berkaitan SPR dan pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor, jentera PKR turut membuka talian perkhidmatan bebas, 019-3260874.

Pun begitu, dalam nada menyindir, beliau berkata inisiatif Pakatan Rakyat bukanlah disebabkan bersetuju dengan sikap tidak progresif SPR sendiri.

“Kita (seolah-olah) melakukan kerja-kerja SPR,” ujarnya.

Tuntas dari kes pemindahan pengundi tersebut, beliau mewakili Pakatan Rakyat mendesak para pemimpin tertinggi SPR supaya meletak jawatan sesegera mungkin, sekiranya masing-masing masih mempunyai maruah diri./

ISU ARAK - MEREKA MULAKAN, SEKARANG KJ PUAS HENDAK TEPIS!!

Berikut wawancara berkenaan.

Wartawan: Adakah Pakatan hiprokit kerana menyerang BN berhubung kontroversi arak itu?

Khairy: Jika saya melayan soalan ini, ia akan berlarutansepanjang kempen Hulu Selangor. Anda juga sepatutnya dipersalahkan kerana bertanyakan mereka soalan berkenaan dan kemudiannya mengajukannya kepada saya.

Cukupla. Saya saya jawap ia akan berlarutan.

Adakah anda menyalahkan media?

Anda cuba memaksa saya berkata-kata demikian. Saya tidak kata saya menyalahkan media. Anda cuba membuat saya berkata-kata demikian.

Jadi, apabila merujuk kepada 'anda juga' siapa mereka sebenarnya?

Semua pihak - politik dan juga media. Perkara ini semakin tidak terkawal. Jika anda ingin menghentikannya dan media mengambil berat terhadap isu itu, anda sepatutnya berhenti daripada membuat laporan daripada kedua-dua pihak.

Hentikan kempen propaganda berdasarkan serangan peribadi di kedua-dua pihak dan hentikan heret ahli politik dengan menbdapatkan ulasan mereka. Saya berminat untuk melihat bagaimana anda akan menulis.

(Ketika meninggalkan parlimen, Khairy sekali lagi 'diserbu' oleh sekupulan wartawan lain dan ditanya isu yang sama).

Wartawan:
YB, Saya berharap anda tak keberatan menjawap soalan...

Khairy:
Saya mesti pergi, saya mesti pergi.

Pembangkang menyerang anda dan mendakwa anda juga seorang kaki botol...

Siapa? Saya mesti pergi...Huh? Apa yang perlu diserang?

Boleh komen mengenainya?

Apa yang perlu diserang?

Mereka menggunakan foto yang kontroversial...


Foto kontroversial apa itu?

...menunjukkan seorang lelaki sedang minum...

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu?

Ya, saya sudah melihat gambar itu.

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?

Saya tidak pasti sama ada orang itu adalah anda...


Saya tidak minum.

Petikan: Malaysiakini

VIDEO TERKINI - CERAMAH ANWAR TENTANG ARAK DAN LOMPAT PARTI

Bukti APCO Zionis Dan Anti-Islam

Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASEROmerupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet –David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecothanak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan – termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?

Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng – seorang bekas polis Singapura.

Apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa depan dan kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana diamenuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai kebencian?

Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

Beginilah senarai pemimpin yang kini disertai oleh Perdana Menteri Najib, yang seandainya tidak mengenal malu.

Adakah ini sebuah pengakuan diam bahawa Perdana Menteri mempunyai beberapa kesamaan dengan pemimpin-pemimpin yang dituduh berasuah dalam negara kaya dengan minyak, gagal menghentikan konflik perkauman, serta mengakibatkan kematian?

Keputusan Perdana Menteri untuk membuka Malaysia kepada pengaruh Zionis dan anti-Islam serta berganding bahu dengan para perasuah yang paling parah di dunia harus dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil dengan mengekalkan kontrak APCO ini, maka tergadailah negara dan terjejas keselamatan serta maruah kita semua. Kita hanya boleh harap kita masih belum terlambat.

Sumber: zaiduntukrakyat.com

Zaid: Saya Bukan Kaki Judi, Orang Umno Selalu Ke Kasino

HULU SELANGOR 20 APR: Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mendedahkan pimpinan Umno yang terlibat dalam kegiatan perjudian tetapi memutar belit fakta dengan menuduh beliau bagi merosakkan reputasinya sebagai calon pilihan raya.

Tanpa gentar, bekas Menteri Undang-Undang itu turut mencabar mana-mana pihak supaya meneliti senarai nama pengunjungi kasino dan yakin nama pimpinan Umno yang bakal terpapar.

Sebuah blog yang mesra Umno BN menyatakan Zaid Ibrahim terlibat dalam aktiviti perjudian semata-mata beliau pernah memiliki seekor kuda lumba yang dinamakan 'Kelantan' ketika belum menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Ini adalah serangan peribadi kedua terhadap Zaid selepas dituduh sebagai peminum arak wal hal pelakuan itu berlaku ketika masih muda, malah beliau sudahpun bertaubat.

Sambil menafikan terlibat dalam anasir perjudian, Zaid Ibrahim juga tidak mahu mengambil endah kewujudan blog tajaan Umno BN yang giat mereka-reka bukti palsu termasuk mengubah suai gambar beliau.

“Blog begini tak usah layanlah," katanya.

Bagaimanapun, Zaid Ibrahim secara tegas mengganggap serangan peribadi yang dibidikkan kepada beliau ibarat meludah ke langit.

"Mengatakan saya seorang kaki judi, itu tidak benar. Itu fitnah. Kaki judi semuanya dalam Umno," katanya.

“Kalau pergi kasino, tak akan jumpa nama saya tapi akan jumpa satu nama tapi saya tidak mahu dedah, tidak mahu mengaibkan orang itu," katanya./TVSelangor

Selasa, 20 April 2010

CERAMAH ANWAR HAMBAR, DIHADIRI 30 ORANG SAHAJA SELEPAS RAMAI KELUAR PARTI




JANGAN TERPEDAYA!! Ini gambar semua tipu . Sebenarnya ada 30 orang sahaja hadir mendengar pidato DS Anwar di Kuala Kubu Bharu, Selangor baru-baru ini. Kalau tidak percaya tanya Utusan Meloya atau TV3 Suku dan juga Blogger pro Apco tu. Anwar kini tiada penyokong lagi sebab semua sudah keluar parti seperti kata raja sesumpah.

ISU ARAK - DAP PULA CABAR UMNO

DAP cabar Umno buat pengakuan tak minum arak
Apr 20, 10


Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi./Malaysiakini

JENTERA PAS BARU 20 PERATUS, LEPAS INI KITA SERANG - MUSTAFA ALI

PAS perjelas isu jentera 'agak lemah'
Jimadie Shah Othman
Apr 20, 10


PAS menjelaskan, jentera pilihan raya pembangkang "agak lemah sedikit" sebelum ini kerana mereka baru menyumbang 20 peratus tenaga dan kepakarannya bagi membantu rakan mereka dalam gabungan pembangkang, PKR.

"Saya tidak semak satu-satu, tetapi jentera baru-baru ini agak lemah sikit. PKR pun beritahu, di mana kamu (PAS) rasa kamu perlu buat, kamu buatlah, tanpa perlu merujuk kepada kita (PKR) terlebih dahulu.

"Baru-baru ini kita rujuk," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika ditanya tentang 'kelesuan' parti itu dalam kempen awal pembangkang di Hulu Selangor sejak tiga hari lalu.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung PAS di ibu negara hari ini, Mustafa berkata, setelah diberikan lampu hijau oleh PKR - sebagai parti yang bertanding - pihaknya akan meningkatkan bantuan mereka kepada 60 peratus.

"Tak (beri) habis juga. Sebab kalau datang semua (petugas PAS), tak boleh bergerak Hulu Selangor, sesak. Kita pun tak mahu sesak macam itu," katanya sambil berseloroh.

Mustafa juga berkata, sebagai parti paling berpengalaman dalam Pakatan Rakyat, mereka mempunyai sumber manusia yang tidak terbatas.

"Kalau mereka (PKR) hendak lagi boleh, kita akan berikan," katanya yang pernah mengetuai jentera pilihan raya pusat PAS sesi lalu.

Mustafa juga berkata, sebelum ini PAS - yang terkenal dengan kekuatan jenteranya - hanya memberikan bantuan kepada PKR "seperti yang diminta" sahaja.

"Kita terlibat daripada awal lagi. Tetapi PKR kata, tak apa, tak payah turun ramai-ramai. Mereka kata awal-awal lagi hendak berapa orang.

"(Jadi) kita turun (membantu) setakat apa yang mereka hendak. Tetapi sekarang mereka sudah bagi lampu hijau. Jadi, kira turun dengan sepenuh kekuatan," katanya.

Malah, tambahnya, selepas pulang daripada menunaikan umrah, mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz sendiri dijadual turun berkempen bermula 23 April ini.

"Kita akan pertingkatkan kekuatan. Dalam dua tiga hari ini, baru panaskan badan," katanya sambil ketawa lagi.

Mustafa juga menafikan 'kelemahan' jenteranya sebelum ini disebabkan masalah penyelarasan dengan PKR./Malaysiakini

GEMPAR - PAS DAKWA MAJORITI MANTAN PM DARI UMNO MINUM ARAK?

PAS dakwa majoriti mantan PM minum arak
Jimadie Shah Othman
Apr 20, 10


BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agas (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid./Malaysiakini

KAEDAH YAHUDI MEMBUATKAN SYAITAN DAN IBLIS TERKEJUT

Ini Gambar asal....

Menggunakan akal yang diberi oleh Allah, mereka lakukan kerja yang Syaitan sendiri tidak mampu lakukan..

APABILA fitnah berkenaan arak yang mengaitkan foto Dato' Zaid kantoi, mereka beralih pula kepada fitnah kedua iaitu judi. Selepas ini kita tidak tahu apa pula. Walaupun Dato' Zaid secara jujur memaklumkan bahawa beliau melakukan kesilapan dan dosa sewaktu bersekongkol dengan Umno dan telah pun insaf setelah berada di luar Umno, puak-puak ini terus mengada-ngadakan cerita tentang keburukan Dato' Zaid terdahulu. Jika dilihat cara puak-puak sekutu APCO Yahudi laknatullah ini, seolah-olah pihak mereka paling anti kepada arak dan judi.

Kilang arak terbesar di Shah Alam didirikan atas kelulusan siapa? Shah Alam memang di bawah kerajaan PR di Selangor tetapi kuasa mengeluarkan lesen itu hak siapa? Pusat judi di Genting, Pahang itu pula atas kelulusan siapa? Dan, siapa yang tahu dan kenal pemimpin yang mempunyai saham atau memiliki kilang arak di luar negara? Kita lupakan persoalan ini kerana semua sudah tahu jawapannya termasuk para-para Mufti yang mulia di negara ini.

Berbalik kepada isu Dato' Zaid. Kita ingin bertanya kepada para-para Mufti yang mulia dan bijaksana terutamanya kepada Dato' Harussani yang dilihat lebih arif serta sensitif dengan isu agama sebelum ini. Seseorang yang telah melakukan kesalahan dan telah bertaubat, harus atau haram sekiranya kita menghebahkan atau menceritakan kesalahan-kesalahan lampaunya? Apatah lagi dengan mengada-adakan gambar yang dicipta untuk mengaibkannya? Tentu ada hukumnya yang para Mufti lebih arif. Jika ada, mengapa para Mufti diam seribu bahasa? Bukankah sebelum ini bukan main lancar mulut berbicara?

Fitnah akan menjadi lebih merebak sekiranya mereka yang alim atau para Ulamak menjadi `Syaitan Bisu'. Puak-puak ini adalah di dalam golongan jahil apatah lagi berada di dalam kelompok sekutu Yahudi laknatullah, maka kewajipan para alim ulamak memberikan tunjuk ajar dan nasihat serta teguran terhadap mereka. Makhluk yang tidak suka atau benci kepada manusia yang bertaubat kepada Allah hanyalah Syaitan. Percayalah, selepas ini puak-puak itu akan terus menjaja cerita buruk kisah silam seorang manusia yang ingin menuju ke arah kebenaran. Seandainya Sayyidina Omar masih hidup dan menentang puak-puak sekutu Yahudi ini, nescaya puak-puak itu akan menyiarkan gambar atau cerita Sayyidina Omar meminum arak sewaktu zaman jahilliyyahnya.

Inilah yang berlaku di depan mata kita. Pelik bin ajaib, tukang bina kilang arak dan judi menjaja dan menghina orang yang pernah meminum arak dan judi ciptaannya semata-mata orang itu telah insaf. Syaitan dan Iblis pasti terkejut dengan perilaku puak-puak ini kerana Syaitan dan Iblis tidak sehebat mereka. Semoga Allah laknat ke atas mereka yang menghalang seseorang Hamba Allah yang ingin mendekati Tuhannya. Mereka ini sanggup menyanjung seorang yang tidak beriman dengan Allah daripada menyanjung seseorang yang ingin menghampiri Allah.

Tidak mendukacitakan sekiranya Dato' Zaid tewas di tangan pengaruh puak-puak seperti ini kerana Dato' Zaid dianggap pemenang di sisi Allah kerana keberaniannya mengakui kesilapan serta bertaubat kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan terus memberikan taufik dan hidayah kepada Dato' Zaid dan kita semua. Biarkan mereka mempraktikkan apa jua cara dan kaedah yang mereka pelajari dari Yahudi laknatullah itu./wfauzdin.blogspot.com