RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 22 April 2010

HARAPAN ZAID CERAH - PAS SELANGOR

PAS S'gor optimis Zaid menang Ahad ini

Oleh: BtJong

"PAS Selangor optimis setakat ini calon Pakatan Rakyat mendahului calon BN dari sudut sokongan rakyat khasnya para pengundi di Hulu Selangor, kata ketua penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Katanya, kempen yang dilakukan secara bersepadu antara petugas PAS, PKR dan DAP terus menerus mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk tempatan.

"Dari tinjauan didapati bahawa rekod buruk perkhidmatan wakil MIC dari Barisan Nasional sebelum pilihanraya umum 2008 lalu, telah menyedarkan rakyat untuk tidak lagi memberi peluang pada BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini, tegasnya, ditambah dengan pencapaian memberangsangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) ternyata menyentuh hati rakyat jelata.

"Dan ini memberi kesan langsung kepada harapan Datuk Zaid Ibrahim hari Ahad ini, lantaran rakyat selesa dengan kesungguhan dan keikhlasan pimpinan dan kerajaan PR Selangor sejak berkuasa Mac 2008 lalu sehinggalah hari ini," tegasnya.

Menurut Roslan, PAS Selangor menjangkakan jumlah petugas parti itu dari seluruh negara, akan terus meningkat menjelang fasa terakhir tempoh berkempen dan pada hari mengundi bagi menyokong dan membantu jentera PKR.

"PAS Selangor mengambil kesempatan menyeru seluruh pengundi berdaftar di Hulu Selangor agar keluar beramai-ramai pada hari mengundi Ahad ini dan memberikan undi kepada calon PKR yang mewakili Pakatan Rakyat bagi memberikan isyarat kesungguhan rakyat mahu melihat PR terus memerintah negeri Selangor ini.

"Begitu juga kepada para pengundi pos yang berjumlah 799 orang. PAS Selangor mengharapkan agar mereka nanti akan berani menyalurkan suara melalui undi masing-masing demi membina sebuah negeri Selangor yang maju, bersih dan berkebajikan buat semua," tambahnya. "/Tranungkite

1 ulasan:

  1. jangan optimis memanjang je. rasa now dah 60 - 40 menyebelahi BN. tingga 3 hari saja lagi kena kerja lebih kuat

    BalasPadam