RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 19 April 2010

IBLIS TIDAK SUKA MELIHAT FOTO INI

Mengapa foto ini tidak disiarkan? Ini adalah kerana Iblis tidak suka melihat foto ini.

BETAPA jahat dan busuk serta Munafiknya mereka yang sengaja membawa kisah buruk calon Dato' Zaid. Dato' Zaid dengan jujur, berani dan insaf mengaku bahawa dahulunya ketika berada di dalam Umno bukan manusia yang bersih seperti Malaikat. Bahkan, tiada manusia yang boleh menjadi Malaikat suci dan bersih dari dosa. Cuma, manusia itu lebih mulia di sisi Allah apabila bertaubat dari melakukan dosa-dosa terdahulu.

Apabila seseorang manusia itu mengakui kesilapannya dan ingin menuju ke jalan yang benar, menjadi kewajipan kita membantu serta membimbingnya bukan mengutuk dan mancaci apatah lagi membuat fitnah yang berlebihan. Apakah kita ingin mengambil alih kerja Syaitan dan Iblis yang tidak suka manusia itu bertaubat?

Biar beribu foto yang disiarkan, biar beribu kisah aib yang dihebahkan dari mulut-mulut Syaitan dan Iblis ini yang dibantu oleh media berlidah Syaitan dan Iblis laknatullah, kita wajib membantu seorang insan ini yang mahu kembali ke pangkal jalan. Saya terharu dengan sokongan PAS kepada Dato' Zaid dan ini menggambarkan bahawa PAS akan sentiasa menyokong sesiapa sahaja yang sanggup berubah ke arah jalan agama. InsyaAllah, semakin kuat Syaitan dan Iblis ini menjaja keburukan Dato' Zaid, pasti Allah akan bersamanya.

Seandainya Dato' Zaid tewas sekalipun, beliau tetap menang di sisi Allah kerana orang yang menang itu sebenarnya adalah mereka yang sanggup meninggalkan dosa-dosa terdahulu. Bagaimana pula dengan puak mereka? Apakah mereka telah berubah? /wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. Saya sedang menunggu pemimpin-pemimpin UMNO Melayu nak siar mengatakan mereka dah bertaubat tak togok air kencing syaitan lagi.

    Jika SEMUA pemimpin UMNO dari menterinya hingga ke jawatankuasa Bahagiannya mengaku dah bertaubat jika pernah menegok air kencing syaitan itu.Saya nak tunggu mereka BERIKHLAS dengan diri dan pengundi.

    BalasPadam
  2. aku kalau lihat seorang je pemimpin umno yg mengaku buat dosa, kemudiannya mengaku sudah bertaubat...kompom aku pangkah mic....ada berani??

    BalasPadam
  3. umno tidak pernah fitnah orang dalam kempen2 yg terdahulu malah membuka aib orang jauh sekali. hanya pihak lawan yg sering menyerang srategi bagini.entah mengapa hari ini umno yg melakukan.dosa tetap dosa. tapi bagaimana perasaan anda.kalau anda semua tidak selesa.bagitu juga umno yg kena dulu.sama2 kita mengislamkan politik kita.

    BalasPadam
  4. pandai pulak cakap orang munafik...
    dulu padahal lagi teruk pemimpin-pemimpin UMNO kena...
    gambar najib n rosmah depan kaabah pun korang boleh kata macam2...
    pening2...
    kalau benda tu kena kat korang tak boleh, kena kat orang lain takpe...

    BalasPadam
  5. masalahnyer yg buat salah tu dh bertaubat ke....bkn nk bertaubat, bertambah lg fitnah org...

    BalasPadam
  6. takkan depa nak mengaku,..azman hoi...!!taubat tu mungkin adalah,mengaku rasanya tidak...dah 50 tahun lebih merdeka ... pernah depa mengaku....,terlepas cakap tu mungkinlah..itupun masih nak cover line lagi,

    BalasPadam
  7. gapodio...masalahnya tak bertaubat di mekah berlakon pakai tudung sampai Malaysia buka balik nampak jambul...bukan ini satu penghinaan ke...lagi nampak hipokrit berdoa depan kaabah habis satu akhbar siarkan bukan ni mempermainkan Islam ke

    BalasPadam
  8. yang bestnyer..bila launch kekayaan produk baru terus hilang tudong nyerr..

    (maaf bro, terkomen plak..gatal tgn nih..hehehehe)

    BalasPadam