Saya asalnya malas mahu ambil tahu tentang Mahathir, orang tua yang semakin merapu cakapnya. Namun, apabila beliau terus berleter bukan-bukan semenjak hilang kuasa angkara perbuatan khianat presiden partinya sendiri dan dibantu pula oleh Si Kitol dan juak-juaknya, maka saya terpaksa mengulasnya bagi menenangkan fikirannya yang meroyan bagai kematian bini.
Kita faham, Mahathir sukar untuk mempercayai beliau hilang kuasa yang beliau cuba pertahankan sehingga mati itu, tetapi kita lebih tidak faham mengapa begitu cepat mantan PM ke 7 ini nyanyuk. Sepatutnya kita yang menyalahkannya awal lagi apabila beliau gagal menunaikan banyak janji di dalam manifesto PH termasuk janjinya untuk menyerahkan jawatan PM apabila Anwar dibebaskan dari penjara. Namun kita bertahan untuk tidak menghentam beliau demi untuk menjaga perpaduan di dalam PH. Malangnya, selepas hilang kuasa, beliau tidak pernah mahu mengaku kesilapannya tetapi berterusan menyalahkan Anwar yang terlalu banyak mengalah untuk memuaskan nafsu tamak dan rakus beliau itu.
Hari ini di dalam Sinar, beliau menyatakan Anwar tidak mendapat sokongan orang-orang Melayu. Seterusnya beliau menuduh Anwar itu berfahaman liberal seolah-olah beliau seorang yang Islamik. Tidak perlu pergi jauh, lihat latar belakang dan cara hidup keluarga Anwar dan dibandingkan dengan keluarga Mahathir, di situ kita boleh tahu jawapan siapa yang Islamik dan siapa yang liberal sebenarnya. Hidup penuh mewah dan jutawan, adakah keluarga Anwar atau keluarga Mahathir?
Semua tahu, di dalam undian MP-MP di Istana baru-baru ini, Anwar jauh mengatasi Mahathir. Anwar dikenali sebagai pemimpin semua kaum bukannya hanya untuk orang-orang Melayu meskipun Anwar paling tegas mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Islam yang termaktub di dalam Perlembagaan. Jika Anwar seorang liberal, mana mungkin Anwar dikenali dan begitu rapat dengan negara-negara Islam di merata dunia? Turki sebuah negara yang amat tidak disukai oleh barat, tetapi Erdogan adalah sahabat Anwar paling dekat.
Hakikatnya, Mahathir yang bukan sahaja ditolak oleh orang-orang Melayu tetapi turut ditolak oleh kaum Cina, India, Iban, Kadazan bahkan ditolak oleh kaum orang Asli. Jika ada pun yang menyokong beliau mungkin dari keturunan mamak tebar roti canai. Buktinya, di dalam PRU14 yang lalu, parti Bersatu di bawah pimpinannya diberi kerusi bertanding di 52 kawasan Parlimen majoriti Melayu, namun partinya hanya dapat 13 Kerusi sahaja. Separuh pun tidak dapat. Melayu tolak Mahathir. Itu fakta. Partinya dikatakakan mahu menggantikan Umno sebagai sebuah parti mewakili kaum Melayu, namun berapa jumlah keahlian Bersatu sekarang?
Anwar pernah bertanding di kawasan majoriti Melayu di Permatang Pauh dan beliau tidak pernah kalah. Anwar bertanding di kawasan campuran iaitu di Port Dickson, dan Anwar menang. Ertinya, Anwar diterima semua. Untuk menjadi pemimpin negara ini mestilah seorang yang diterima oleh semua kaum. Muhyidin sekarang pun tidak dapat dibuktikan dapat sokongan semua kaum untuk menjadi PM kerana beliau menjadi PM ikut pintu belakang.
Cukup-cukuplah Mahathir mencari salah orang lain. Sudah sampai masanya Mahathir bersara dari politik sebelum namanya menjadi terlalu busuk dan menjadi kutukan seperti di era Mahafiraun dahulu.