TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KLIK "PLAY" DENGAR RADIO KOBAT FM

Khamis, 12 Mac 2020

KALAU TUN M SUDAH TIDAK YAKIN UNTUK MEMPERJUANGKAN KEMBALI MARUAH PH, BELIAU BOLEH BEREHAT DAN ANWAR AKAN MENERUSKANNYA

Terbaru, Tun M menyatakan bahawa kerajaan pintu belakang Muhyiddin tidak boleh dijatuhkan melalui undi tidak percaya di Parlimen Mei nanti. Alasan beliau, sudah tentu MP-MP yang ada sekarang akan diberi 'dedak' secukupnya oleh Muhyiddin dan undi tidak percaya itu pasti gagal.

kita sedar tidak mudah untuk mendapatkan sokongan MP-MP yang jujur dan bersih di kalangan 222 MP yang ada. Ramai di antara mereka sanggup menggadaikan prinsip dan maruah demi jawatan dan kedudukan, tetapi tidak semua yang kemaruk kepada habuan dan dedak yang diberikan.

Sewajarnya Tun M tidak mudah mengalah dan berputus asa. Tidak wajar Tun M berpendapat eloklah kerajaan pintu belakang ini terus berkuasa sedangkan ini bukan kerajaan pilihan rakyat. Jika Tun M benar-benar mahu meperjuangkan hak rakyat, beliau harus berusaha tanpa mengalah. Tetapi, kita faham, mungkin Tun M sudah terlalu tua dan tidak bertenaga untuk itu semua.

Oleh yang demikian, PH harus berdiri teguh di belakang Anwar Ibrahim. Perjuangan harus bermula dari sekarang, samada melalui Parlimen atau PRU15, kerajaan pintu belakang ini wajib kita tumbangkan. Rakyat menuntut pembelaan dari kita.

Tiada lagi PM yang PH boleh tampilkan kecuali yang benar-benar bersemangat dan berdaya juang tanpa kenal menyerah. Insan itu adalah Anwar Ibrahim. PH boleh lupakan Tun M, dan kita tidak boleh memaksa beliau untuk menjadi panglima kita lagi. Kalau perlu, tiada lagi kerja pujuk memujuk untuk beliau kembali dalam perjuangan kerana perjuangan ini perlu ikhlas dan tiada paksaan.

Kita telah lakukan segala-galanya untuk Tun M selama ini. Anwar sudah terlalu banyak mengalah hinggakan Anwar sendiri lupa kepada janji-janji manifesto akibat mahu melayani kehendak Tun M sehinggalah kerajaan mandat rakyat ini tumbang secara kotor dan jijik. Apakah kita perlu ulangi drama pujuk memujuk sekali lagi?

4 ulasan:

  1. Buang masa layan orang macam tu.

    BalasPadam
  2. Yang paling tak berperinsip adal sinuwar..ada ke dulu matimati mamposmampos lawan madey pastu angkat madey...
    Wakaka.. apa punya bahlol ...

    BalasPadam
  3. Atok rehatlah jaga kesihatan dan banyak-banyak ingat Tuhan tapi jangan ingat-ingat harta dan korni-korni. Jangan jadi belut dan jadi orang licik. SEMUA orang dah TAHU.

    BalasPadam
  4. Hai semua

    Nama saya Ahamad Faudzi Abd dari MALAYSIA. Saya mengalami trauma kewangan kerana saya ditipu dan ditipu oleh banyak syarikat pinjaman dalam talian dan saya fikir tiada apa yang baik boleh keluar dari urus niaga dalam talian tetapi semua keraguan saya segera diambil untuk berehat dan pergi apabila rakan saya memperkenalkan saya pada mulanya ke syarikat SEMUA GLOBAL PINJAMAN GERAN, saya fikir ia masih menjadi permainan cheaters yang sama, tetapi rakan saya meyakinkan saya, dan saya juga melihat testimoni yang lain, saya terpaksa memaksa diri untuk mengikuti semua proses, pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua keperluan, saya mendapat pinjaman sebanyak RM 5.000.000 dalam akaun bank MUAMALAT saya Apabila saya dimaklumkan di telefon saya, saya tidak pernah percaya, nampaknya saya bergegas ke bank untuk memastikan ia benar dan benar, dan pinjaman itu ada di dalam saya akaun, saya menarik diri tanpa komplikasi dan melabur dalam perniagaan saya Venture.

    Sekiranya anda ingin pinjaman hari ini untuk perniagaan dan memulakan hidup, syarikat, dan kontrak besar anda, sila hubungi SEMUA GERAN GLOBAL GLOBAL pada e-mel mereka di bawah.
    E-mel ............. allglobalgrantloan@gmail.com

    Dan jika anda mahukan maklumat yang betul dari saya, maka anda boleh menghubungi saya melalui e-mel peribadi saya (aahamadfaudziabdlatif5@gmail.com)

    Saya seorang pemandu TRUCK biasa, tetapi sekarang saya mempunyai TRUCKS dan saya menjadi penyokong besar, saya memberi jaminan kepada anda semua bahawa anda akan mendapat pinjaman anda daripada SYARIKAT yang baik ini.

    SYARIKAT: SEMUA GANJARAN PELANGGAN GLOBAL
    Tel ............. +1 (304)997-4034
    e_mail .......... [aahamadfaudziabdlatif5@gmail.com]

    BalasPadam