RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 12 Julai 2013

TAZKIRAH LAGI.....TAZKIRAH TV3 SUKU LEBIH AFDHAL?

MASIH lagi aku mahu memperkatakan tentang isu "Tazkirah yang boleh merosakkan Ibadat Solat" sepertimana 'fatwa' oleh seorang makhluk yang tinggi jawatannya di dalam bidang agama.  Benarlah kata orang, ilmu tidak boleh dipandang melalui jawatan atau zahirnya tetapi boleh dilihat daripada amalan dan kata-kata.

Soalnya benarkah Tazkirah itu boleh merosakkan ibadat Solat?  Bukankah kewajipan Solat itu sendiri pun bermula dari ilmu yang dipelajari serta tazkirah juga?  Bila kita dituntut menuntut ilmu tentang Solat semenjak kecil lagi, ibu bapa kita dan guru agama kita selalu mengingatkan kita agar jangan tinggalkan Solat yang telah kita pelajari itu.  Bukankah itu juga satu 'tazkirah'?  Bagaimana mungkin Tazkirah ini boleh merosakkan ibadat Solat melainkan yang lojiknya Tazkirah ini boleh menjahanamkan hasutan-hasutan Syaitan dan ejen-ejen mereka.  Sebab itu, kerja-kerja Syaitan ini akan berterusan sehingga Kiamat melalui ejen-ejen mereka termasuk yang berkopiah dan berjawatan agama.

Aku mahu sebut, seandainya anda benar-benar 'yakin' bahawa Tazkirah itu boleh merosakkan Solat anda, maka anda WAJIB menjauhkan diri dari Tazkirah kerana benda yang "memudharatkan" itu wajib dijauhi.  Anda mungkin boleh pergi ke program Jom Hebuh atau Pertandingan Suara Emas jika pun tidak mahu peri ke Genting Highland untuk bermain daun kerana semua perkara itu tiada yang berani sebut hukumnya.  Tentulah tiada 'mudharat' di situ.

Apa yang aku pelik, belum dengar lagi Jemaah yang terang-terang mengkritik Tazkirah sewaktu Solat Tarawikh walaupun ada seorang dua yang mungkin tidak setuju dengan amalan tersebut.  Malangnya, belum pun terdengar suara Jemaah yang mengeluh tentang Tazkirah ini, Tok Peti pula yang awal-awal lagi bersuara mengkritik dan menentang amalan tersebut.  Mengapa jadi begitu jika tidak untuk menunjukkan sifat 'ampu sana ampu sini"?

Syabas kepada pengurusan-pengurusan Masjid dan Surau yang meneruskan amalan yang baik ini tanpa menghiraukan suara-suara Syaitan yang mahu mencari makan ini.  Sekarang terpulang kepada kita, jika kita mahu diri dan keluarga kita sentiasa diperingatkan oleh orang lain, kita boleh hadir mendengar Tazkirah tetapi jika kita merasakan bahawa kita dan keluarga kita sudah cukup sempurna dan yakin boleh ke Syurga maka eloklah kita duduk di rumah sahaja menanti berita TV3 Suku yang kita rasakan banyak memberi 'tazkirah' berharga buat kita.

Rabu, 10 Julai 2013

TAZKIRAH BOLEH ROSAKKAN SOLAT ? AJARAN SESAT YANG DIPENGARUHI OLEH IBLIS


MAKA, Tok Peti ini pun berkata, "Umat Islam yang akan menyambut Ramadan dinasihatkan supaya jangan merosakkan solat tarawih dengan menganjurkan majlis tazkirah di antara solat sunat itu kerana ia boleh mengganggu kekhusyukan jemaah."  

Solat boleh rosak dengan tazkirah?  Samada tazkirah itu dibuat sebelum atau selepas solat, di mana hujahnya yang mengatakan tazkirah itu boleh merosakkan Solat?   Mengapa takut sangat Tok Peti ini dengan tazkirah?  Setahu kita, makhluk yang paling takut dengan amalan tazkirah (ingat-mengingati sesama Muslim) itu adalah Iblis Laknatullah.  Iblis memang tidak mahu umat Islam saling ingat mengingati.  Masakan seorang berjawatan Tok Peti boleh bercakap bagi pihak Iblis?

Di dalam Solat Tarawikh misalnya, amalan tazkirah biasanya dilakukan selepas 4 Rokaat sekitar 5 minit kemudiannya Solat Tarawikh disambung lagi.  Jika Solat tarawikh dilakukan 8 Rokaat, ertinya tazkirah hanya ada dua kali.  Adakah dengan hanya dua kali tazkirah di sekitar 10 ke 20 minit kesemuanya itu boleh merosakkan keseluruhan Solat Tarawikh?  Bukankah Solat Tarawikh itu adalah Solat di dalam keadaan rehat atau 'santai' tanpa tergesa-gesa?  Oleh itu, setiap kali selesai satu-satu Rokaat itu adalah lebih baik ahli Jemaah diberi sedikit ruang untuk berehat seketika sambil mendengar tazkirah yang tentunya tidak merugikan mereka.

Seandainya ada Jemaah yang merasakan tazkirah itu membebankan mereka, apakah salah mereka pulang ke rumah dan selesaikan Solat Tarawikh yang mereka mahu lakukan?  Mengapa perlu dihalang atau dikecam Jemaah yang sukakan peringatan?  Jika pihak pemerintah mahu pun Tok Peti itu sendiri tidak suka memperingatkan Umat Islam tentang kebaikan, jangan pula cuba menghalang orang lain.  


Berkata lagi Tok Peti ini, " Umat Islam jangan terkeliru sehingga menganggap majlis tazkirah itu sebagai amalan wajib sehingga boleh merosakkan amalan yang sunat. "Ada pihak yang mengatakan bahawa tazkirah lebih wajib daripada tarawih yang sunat. Tazkirah wajib pada masa-masanya; yang sunat ada masanya. Jangan kita buang yang sunat kerana kononnya yang melaksanakan yang wajib sedangkan dalam itu kita merosakkan yang sunat dan merosakkan yang wajib," katanya.  Cuba Tok Peti beritahu masa bila wajibnya Tazkirah ini?  Jika dilakukan di luar Solat Tarawikh iaitu di hari-hari lain yang bukan di bulan Ramadhan, adakah Tok Peti ini mahu beri jaminan Tazkirah boleh dilakukan juga?  Tidakkah beliau tahu sudah berapa banyak kes orang-orang yang memberi tazkirah ditahan dan didakwa atas alasan tiada tauliah pula?  

Alasan demi alasan diberi oleh puak yang bencikan amalan tazkirah ini.  Bila bulan Ramadhan, alasannya merosakkan Solat Tarawikh.  Di luar bulan Ramadhan pula, alasannya tiada Tauliah pula.  Mengapa susah sangat mahu menerima amalan Tazkirah ini?  Mengapa tidak dipermudahkan seperti mana mudahnya golongan kaki maksiat menganjurkan program melalaikan seperti Jom Heboh, konsert, Gang Nam dan sebagainya itu?  Sehingga kini, tiada seorang pun yang didakwa memberikan Tazkirah tanpa Tauliah itu telah memberikan Tazkirah yang menyesatkan.  Jadi, apa yang tidak kena dengan Tazkirah ini pada pandangan Tok Peti?  Mungkin Tazkirah yang amat dilarang itu adalah kerana ianya tidak membodek pemimpin kerajaan?

Aku menyokong penuh Dewan Pemuda PAS Malaysia yang menyifatkan langkah tersebut tidak wajar dan lebih sebagai satu tindakan politik dan Pemuda PAS bersedia beri khidmat bantuan guaman kepada penceramah yang dikenakan tindakan.  Kita harus berani melanggar arahan yang dihasut oleh Iblis yang sentiasa mahu menjauhkan Umat Islam dari saling ingat-mengingati.  Pedulikan Tok Peti yang mahu mencari makan walaupun terpaksa memakan bara-bara dari api neraka.

Isnin, 8 Julai 2013

BUKAN TUKAR PEMBEKAL, TUKAR PENGERUSI SPR


Henti sandiwara dakwat kekal, pengerusi SPR mesti letak jawatan

KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menggesa SPR menghentikan sandiwara dakwat kekal untuk menutup kelemahan badan itu, kata ahli jawatankuasa pemandu, Dr Wong Chin Huat.

“Jangan beralasan. Mahu tukar pembekal jadi sandiwara murahan untuk menutup kelemahan SPR dalam pilihanraya yang lepas.


“Ganti pengerusi lain. Bukan ganti pembekal dakwat kekal,” katanya kepada Suara KeadilanBeliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang merancang membeli dakwat kekal dari pembekal baru untuk digunakan dalam PRK DUN Kuala Besut.

“Dalam keadaan sekarang kepercayaan rakyat terhadap SPR tercalar. Apa yang rakyat mahu dengar ialah pengerusi SPR itu sendiri letak jawatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Chin turut Huat menggesa SPR memanggil parti politk dan pemerhati bebas bagi memantau penggunaan dakwat kekal.

“SPR perlu telus. Badan-badan pemerhati bebas perlu dijemput bagi menilai sendiri penggunaan dakwat kekal ini.

“Kualiti dakwat ini perlu disemak. Proses penggunaannya perlu dipantau pemerhati pilihan raya yang bebas” tergasnya./KD