RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 10 Julai 2013

TAZKIRAH BOLEH ROSAKKAN SOLAT ? AJARAN SESAT YANG DIPENGARUHI OLEH IBLIS


MAKA, Tok Peti ini pun berkata, "Umat Islam yang akan menyambut Ramadan dinasihatkan supaya jangan merosakkan solat tarawih dengan menganjurkan majlis tazkirah di antara solat sunat itu kerana ia boleh mengganggu kekhusyukan jemaah."  

Solat boleh rosak dengan tazkirah?  Samada tazkirah itu dibuat sebelum atau selepas solat, di mana hujahnya yang mengatakan tazkirah itu boleh merosakkan Solat?   Mengapa takut sangat Tok Peti ini dengan tazkirah?  Setahu kita, makhluk yang paling takut dengan amalan tazkirah (ingat-mengingati sesama Muslim) itu adalah Iblis Laknatullah.  Iblis memang tidak mahu umat Islam saling ingat mengingati.  Masakan seorang berjawatan Tok Peti boleh bercakap bagi pihak Iblis?

Di dalam Solat Tarawikh misalnya, amalan tazkirah biasanya dilakukan selepas 4 Rokaat sekitar 5 minit kemudiannya Solat Tarawikh disambung lagi.  Jika Solat tarawikh dilakukan 8 Rokaat, ertinya tazkirah hanya ada dua kali.  Adakah dengan hanya dua kali tazkirah di sekitar 10 ke 20 minit kesemuanya itu boleh merosakkan keseluruhan Solat Tarawikh?  Bukankah Solat Tarawikh itu adalah Solat di dalam keadaan rehat atau 'santai' tanpa tergesa-gesa?  Oleh itu, setiap kali selesai satu-satu Rokaat itu adalah lebih baik ahli Jemaah diberi sedikit ruang untuk berehat seketika sambil mendengar tazkirah yang tentunya tidak merugikan mereka.

Seandainya ada Jemaah yang merasakan tazkirah itu membebankan mereka, apakah salah mereka pulang ke rumah dan selesaikan Solat Tarawikh yang mereka mahu lakukan?  Mengapa perlu dihalang atau dikecam Jemaah yang sukakan peringatan?  Jika pihak pemerintah mahu pun Tok Peti itu sendiri tidak suka memperingatkan Umat Islam tentang kebaikan, jangan pula cuba menghalang orang lain.  


Berkata lagi Tok Peti ini, " Umat Islam jangan terkeliru sehingga menganggap majlis tazkirah itu sebagai amalan wajib sehingga boleh merosakkan amalan yang sunat. "Ada pihak yang mengatakan bahawa tazkirah lebih wajib daripada tarawih yang sunat. Tazkirah wajib pada masa-masanya; yang sunat ada masanya. Jangan kita buang yang sunat kerana kononnya yang melaksanakan yang wajib sedangkan dalam itu kita merosakkan yang sunat dan merosakkan yang wajib," katanya.  Cuba Tok Peti beritahu masa bila wajibnya Tazkirah ini?  Jika dilakukan di luar Solat Tarawikh iaitu di hari-hari lain yang bukan di bulan Ramadhan, adakah Tok Peti ini mahu beri jaminan Tazkirah boleh dilakukan juga?  Tidakkah beliau tahu sudah berapa banyak kes orang-orang yang memberi tazkirah ditahan dan didakwa atas alasan tiada tauliah pula?  

Alasan demi alasan diberi oleh puak yang bencikan amalan tazkirah ini.  Bila bulan Ramadhan, alasannya merosakkan Solat Tarawikh.  Di luar bulan Ramadhan pula, alasannya tiada Tauliah pula.  Mengapa susah sangat mahu menerima amalan Tazkirah ini?  Mengapa tidak dipermudahkan seperti mana mudahnya golongan kaki maksiat menganjurkan program melalaikan seperti Jom Heboh, konsert, Gang Nam dan sebagainya itu?  Sehingga kini, tiada seorang pun yang didakwa memberikan Tazkirah tanpa Tauliah itu telah memberikan Tazkirah yang menyesatkan.  Jadi, apa yang tidak kena dengan Tazkirah ini pada pandangan Tok Peti?  Mungkin Tazkirah yang amat dilarang itu adalah kerana ianya tidak membodek pemimpin kerajaan?

Aku menyokong penuh Dewan Pemuda PAS Malaysia yang menyifatkan langkah tersebut tidak wajar dan lebih sebagai satu tindakan politik dan Pemuda PAS bersedia beri khidmat bantuan guaman kepada penceramah yang dikenakan tindakan.  Kita harus berani melanggar arahan yang dihasut oleh Iblis yang sentiasa mahu menjauhkan Umat Islam dari saling ingat-mengingati.  Pedulikan Tok Peti yang mahu mencari makan walaupun terpaksa memakan bara-bara dari api neraka.

6 ulasan:

  1. Dunia akir zaman ,yang baik untuk umat ditafsirkan buruk dan yang buruk dan mendatang musibah disanjung dan dimuliakan ,Allah Maha Mengetahui apa yang dijadikanNya,oleh itu pada hambaNya yang bersabar dan takut padaNya dengan beriman dihati yang ikhlas InsyaAllah akan mendapat bantuan dariNya. Diakhir zaman para alim ulama sendiri akan menjatuhkan agama sendiri ,sebab itulah Nabi pernah bersabda diakhir zaman umat Ku akan berpecah kepada 70 golongan hanya satu saja yang boleh dipakai ,jadi sekarang bunga-bunga ulama suk ini telah mula tumbuh macam cendawan mekar selepas hujan.

    BalasPadam
  2. dibulan ramadhanlah kaum muslimat ramai bersembahyang dimasjid,apalah salahnya mendengar tazkirah?.siapalah pulak mangkok hanyun yang mengatakan merosakkan ibadah.kalau tak suka pada ilmu dalam tazkirah yang disampaikan oleh pendakwah/ustaz dipersilakan pulang kerumah.janganlah keluarkan pandagan yang anti tazkirah atau menafikan jemaah yang lain untok mencari ilmu.

    BalasPadam
  3. "berpesan-pesan dgn kebenaran dan berpesan-pesan dgn kesabaran" kalau tak diingatkan, akan jadi lupa... maklumlah manusia ni amat lemah... ada org kata "...mudah lupa". Jadi kalau diri sendiri dah ada tanggungjawab utk mengingatkan jemaah tapi tak mau buat sebab takutkan manusia... dudok diam2 ajelah... tunggulah balasan azab dari Allah kelak... tapi janganlah tambah dosa lagi dan tambah azab lagi dengan menghalang orang lain yg nak berpesan-pesan kpd jemaah dgn TAZKIRAH... apasal berani sangat nak halang perintah Allah nih... atau memang bodoh sombong... kuasa manusia tak kemana beb... selagi makan nasi berak kelur taik... jangan cuba tunjuk berani utk durhaka kpd Allah... ni berpesan2 jugak lah ni... tanya diri sendiri yg nak sangat halang TAZKIRAH ni sebab politik ke sebab apa... tepuk dada tanya IMAN... Allah akan menyaksikannya... bila Allah dah bagi senang bagi pangkat sket janganlah sombong dan lupa diri. Kelak akan binasa...Wallahualam..

    BalasPadam
  4. Bagi mereka Islam itu satu perniagaan, jika ia tidak melalikan umat Islam maka hukumnya haram tetapi jika ia melalaikan maka hukumnya halal. Kenapa artis-artis di Malaysia akan menghentikan aktiviti mereka pada bulan Ramadhan dan akan meneruskannya sampai 24 jam selepas bulan Ramadhan berakhir. maka sendiri fikirlah yang mereka tahu perbuatan mereka itu salah jika apa yang mereka lakukan itu halal, kenapa tidak meneruskannya tanpa mengira bulan apa pun.

    BalasPadam
  5. Imam Abdullah bin Alawi bin Ali Al-Haddad 1634-1720 (pengasas ratib Al-Haddad) telah menjelaskan kepada para sahabatnya, Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan amal, perkurangkanlah /tinggalkan sementara ilmu semata-mata untuk beribadah dalam bulan ini. Seterusnya dapat dilihat orang-orang yang ramai mengurangkan kelas-kelas ilmu kecuali selepas Asar, sebagai peringatan beliau kepada sahabat-sahabat yang utamakan amal bersungguh-sungguh dan membersihkan dalaman (batin).

    BalasPadam
  6. PERMAINAN ONLINE TERBESAR DI INDONESIA

    Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
    Memiliki Banyak Permainan yang digemari oleh Penggemar Online

    - SPORTBOOK
    - TANGKAS
    - LIVE CASINO
    - TOGEL
    - POKER DOMINO
    - SLOT

    Promo Yang Berlaku Di LIGA UTAMA
    HOT PROMO :
    - Bonus New Member 15%
    - Bonus Deposit Harian Pertama 10% dan Ke Dua 5%
    - Bonus Cashback Mingguan Di Sportbook 5% - 15%
    - Bonus Cashback Mingguan Di Slot Up to 15%
    - Bonus Refrensi 2,5% Seumur Hidup Di Permainan Sportbook
    - Bonus Rollingan Mingguan Sportbook Refferal 0,1%
    - Bonus Rollingan Casino 0.8%
    - Bonus Rollingan Poker 0.2%

    Discount 4D : 65% , 3D : 59% , 2D : 29%
    Kombinasi = 5%
    Shio = 12%
    Colok Angka (1A) = 5%
    Colok Macau (2A) = 15%
    Colok Naga (3A) = 15%
    Colok Jitu = 8%

    Contact Us
    Website : utamasbobet.com
    WA : +6281388610064
    Instagram : ligautamapluss
    Line : ligautama88

    BalasPadam