RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 10 Januari 2020

KABUR ATAU DIKABURKAN?

Kabur. Tidak memeranjatkan langsung dan telah dijangka. Ertinya, pengakuan Haziq sebelum ini juga kabur. Video semburit kabur. CCTV hotel pun kabur. Buku rekod keluar masuk hotel pun kabur. Siapa yang kata kabur sebenarnya? Pakar dari Universiti ke atau Peguam Negara atau mamak bendahara? Kita tahu, semua tu akan jadi terang benderang kalau dlm video itu adalah Anwar. Video hitam putih pun mereka tetap nampak itu adalah Anwar.

Katanya fail tidak ditutup. Kalau ada bukti baru, kes ini boleh dibuka semula. Mudah untuk dibaca. Fail akan disimpan rapi, kalau kamu lawan aku atau kamu gagal tarik seramai mungkin MP sokong aku, aku akan buka balik fail kamu. Bertambah ligat la si Kitol ini mencari sokongan dari MP-MP Umno kerana terhutang budi dan fail masih ada.

Reformasi masih jauh. Anwar perlu segera selamatkan negara ini sebelum semua sistem dan institusi dlm negara ini hancur. Mei 2020, angkat Anwar jadi PM dan kita tamatkan semua mimpi buruk selama dua tahun PH memerintah sejak Mei 2018. Takkan Majlis Presiden masih tunggu dan lihat?

Isnin, 6 Januari 2020

ATAS ISU RAKYATLAH MAKA ISU PERALIHAN KUASA DIPERKATAKAN - JAWAPAN KEPADA RAIS YATIM DAN DR AFIFF


Membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Rais Yatim 'orang baru' di dalam Bersatu dan PH serta kenyataan Dr Afiff (Keadilan) Exco P.Pinang tentang isu peralihan kuasa jawatan PM, saya melihat kedua-duanya meletakkan asas tentang ' menangani masalah rakyat dan janji-janji manifesto' untuk memberikan hujah tidak perlu memperkatakan tentang isu peralihan kuasa.

Jika isu rakyat dan janji manifesto dijadikan sebagai hujah utama untuk memperkatakan tentang peralihan kuasa, maka itulah juga asasnya ramai pihak bercakap tentang perlunya Tun M mengotakan janjinya untuk menjadi PM sekitar dua tahun sahaja iaitu sehingga Mei 2020 atau lebih awal lagi.

Oleh kerana banyak perkara yang telah di'langgar' oleh Tun M yang bertentangan dengan semangat reformasi dan janji-janji manifesto sehingga kini, maka semakin kuat rakyat akan memperkatakan tentang bila Tun M mahu serah jawatan kepada Anwar? Sekiranya rakyat semakin selesa dan Tun M dilihat tidak melanggar beberapa janji manifesto dan kehendak rakyat sebelum PRU14 yang lalu, saya tidak fikir isu peralihan kuasa ini begitu lantang disebut. Bahananya kita lihat PRK terakhir tahun 2019 di Tg Piai di mana PH telah diaibkan begitu teruk sekali. Amaran telah diberikan kepada PH bahawa apa yang telah dilakukan di bawah kepimpinan Tun M sekarang tidak disenangi oleh rakyat.

Bagaimana kita boleh sebut utamakan masalah rakyat terlebih dahulu dan jangan fikir soal peralihan kuasa, sedangkan ibu segala permasalahan yang tidak diselesaikan itu terletak di bawah PM sekarang. Bagaimana kamu mahu menutup mulut rakyat dari berbicara soal peralihan kuasa sedangkan mulut Tun M sentiasa menyebutnya di dalam berbagai bahasa dan maksud yang berbeza serta memeningkan kita semua. Jika isu peralihan kuasa itu adalah hak mutlak Majlis Presiden untuk menentukan, mengapa Tun M bebas bercakap tentang isu ini mengikut sesuka hatinya? Beliau bercakap soal dua tahun, beliau bercakap soal memulihkan ekonomi terlebih dahulu dan beliau bercakap juga tentang selepas persidangan APEC. Apakah kita mahu beliau terus bercakap sesuka hatinya tanpa memperdulikan kuasa Majlis Presiden?

DR Rais Yatim di dalam kenyataannya lebih menunjukkan kebodohan bekas Menteri Umno itu. Beliau cuba berhujah dengan mengungkit kembali soal pengampunan Agong terhadap Anwar. Mengapa sewaktu proses ini sedang berjalan atau lebih awal dari itu beliau tidak menyentuh atau mengulasnya? Mengapa disaat Anwar semakin disebut untuk mengambil alih jawatan PM dari Tun M, baru sekarang Dr Rais Yatim mahu mengulasnya? Apakah beliau suka sekiraya kes beliau berkaitan Amah Indonesia pada tahun 2007 itu diungkit dan dipertikaikan kembali? Apakah kerana melihat ada kekosongan jawatan Menteri Pendidikan yang ditinggalkan oleh Mazlee Malik, maka Dr Rais harus muncul sebagai 'hero jadian' agar namanya turut dijeling oleh Tun M?

Rakyat memilih PH kerana manifestonya walaupun Tun M sebut manifesto bukan kitab suci. Benar, manifesto bukan Al-Quran, tetapi menunaikan janji itu disebut di dalam Al-Quran. Rakyat pilih PH kerana mahu melihat reformasi ke atas semua institusi kerajaan bukannya membuang Menteri yang beriltizam untuk melakukan reformasi. Rakyat tidak mahu melihat PH menang, Bn yang senang. Usah bicara soal permasalahan rakyat, janji-janji manifesto atau reformasi sekiranya PM yang ada sekarang cuba untuk kembali menjadi PM ke 4 dahulu.

Seperti kata Dr Afiff, memetik dari kajian 70% rakyat mahu berbicara tentang kos sara hidup dan janji-janji manifesto. Kajian dari Merdeka Centre berakhir Nov 2019 juga turut menyatakan 62% mahu Anwar menjadi PM. Di kalangan 70% yang disebut oleh Dr Afiff itu berkemungkinan besar berada di dalam 62% yang mahu peralihan kuasa berlaku tidak lebih dari dua tahun seperti yang Tun M sendiri pernah janjikan.

SAYA HANYA JADI PM DUA TAHUN SAJA, SAYA AKAN PATUH PADA PERJANJIAN - TUN M

Ini di antara beberapa petikan dari kenyataan yang keluar dari mulut Tun M sendiri. Bercakap di dalam media resmi kerajaan iaitu RTM, secara jelas dan tepat, Tun M menyatakan bahawa beliau hanya menjadi PM untuk dua tahun dan beliau berikan sebab-sebabnya.

Selepas itu, mungkin kerana merasakan seronok atau merasakan terlalu diberi kebebasan dan kuasa oleh Majlis Presiden PH, maka sedikit demi sedikit Tun M mula cuba untuk menjadi watak Tun M yang ke 4 dulu. Beliau lebih berani kerana melihat semua yang berada di dalam kepimpinan Majlis Presiden PH yang dulunya sewaktu menjadi Pembangkang ibarat harimau malaya yang mengaum hebat sehingga tersungkur rejim zalim Umno/Bn di Putrajaya, tetapi kini dilihat seperti kucing parsi yang dibelai dan dimanja serta dijamu dengan makanan mahal.

Oleh itu, jangan marah kepada Tun M kalau dia lupa diri. Dulu, kita yang peringatkan dia tentang reformasi dan agenda perjuangan kita selama ini. Sekarang, siapa lagi mahu peringatkan Tun M? Kamu yang berada di dalam Majlis Presiden itu pun dilihat semakin lupa agenda reformasi, bagaimana mahu peringatkan Tun M? Kamu lihat dan dengar sendiri bagaimana ligatnya lidah Tun M, berbelit-belit bila berbicara tentang peralihan kuasa dan kamu biarkan dia bebas berbicara, tetapi kamu cegah kami di bawah ini untuk berbicara hal yang sama kononnya itu di bawah kuasa Majlis Presiden.

Kami mahu kamu yang dulu memimpin kami di dalam Pembangkang, yang hebat berpidato sehingga membaling microphone, hebat berjuang merempuh segala ujian, keluar masuk lokap, semuanya kamu lakukan untuk.rakyat dan reformasi, kini telah menuju dua tahun kamu berada di kerusi empuk Putrajaya. Di Putrajaya, kami yakin kamu mesti mempunyai cermin yang besar di setiap pejabat mewah kamu. Luangkan sedikit masa, berdiri di hadapan cermin seketika, pejamkan mata dan jujurlah bertanyakan diri sendiri, " Adakah aku telah menunaikan amanah rakyat?".

Kami mengkritik Tun M dan kerajaan adalah kerana kami mahu kerajaan PH terus berkuasa selepas PRU15 nanti. Rakyat akan ditimpa musibah lebih besar jika kuasa yang kita rampas dari penyamun dulu kita serahkan semula kepada mereka. Bayangkan, penyamun yang telah berlapar selama 5 tahun kemudian diberikan kuasa, apa akan jadi kepada negara ini? Justeru itu, kita tiada pilihan lain selain dari balik ke landasan asal perjuangan. Jelas, Tun M tidak mampu memikul hasrat kita untuk melakukan reform kepada negara. Percaturan politiknya semakin cerca merba. Musuh semakin mudah mencari modal untuk menyerang kita.

Sudah tiba masanya Majlis Presiden bangun dari lena. Apabila musuh semakin kuat mempertahankan PM tetapi tidak PH, ertinya apa? Mei 2020, adalah penentu keberanian Majlis Presiden PH untuk membuktikan bahawa mereka bukan 'kucing parsi" tetapi tetap seekor harimau gagah dan garang meskipun dikalungkan dengan rantai berlian. Itu harapan kita.

Tonton juga di SINI

Ahad, 5 Januari 2020

TAHNIAH KEPADA JENERAL TAN SRI AFFENDI BUANG KERANA DILANTIK SEBAGAI PANGLIMA ATM YANG BARU


Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Affendi sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-21 adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang bersara wajib hari ini. Pelantikan itu juga menyaksikan Affendi menjadi Panglima TUDM kedua dilantik ke jawatan terbabit selepas Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin yang berkhidmat sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-17 bermula 1 September 2009 hingga 14 Jun 2011.

Saya percaya perlantikan ini dibuat adalah kerana prestasi beliau yang cemerlang sepanjang perkhidmatan dan saya yakin beliau akan mampu memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Beliau beruntung kerana dinaikkan pangkat yang tertinggi di dalam ATM di bawah kerajaan PH. Sudah tentu kerajaan sekarang menuntut komitmen yang tinggi daripada beliau untuk membawa reformasi di dalam pentadbiran dan pengurusan ATM.

Saya berharap agar beliau dapat menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh warga ATM terutamanya darihal kebajikan anggota peringkat bawahan. Masalah anggota seperti masalah rumah terbengkalai masih banyak belum diselesaikan meskipun mereka telah menerima potongan gaji bertahun-tahun lamanya. Masalah ini telah KOBAT adukan kepada pihak kementerian pertahanan dan kementerian perumahan, namun sehingga kini belum ada tanda2 masalah ini boleh diselesaikan.

Selaku Panglima ATM, saya berharap beliau lebih banyak meninjau permasalahan anggota bawahan untuk dibawa kepada pihak kerajaan agar ianya diatasi dengan segera. Moral warga tentera perlulah dipelihara agar mereka dapat menumpukan perhatian kepada tugas dan peranan masing2 di dalam menjaga keselamatan negara. Sehubungan itu, sebarang masalah yang menimpa warga tentera perlulah diberi perhatian dan tindakan yang serius agar moral dan kebajikan mereka terjamin.