RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 6 Januari 2020

SAYA HANYA JADI PM DUA TAHUN SAJA, SAYA AKAN PATUH PADA PERJANJIAN - TUN M

Ini di antara beberapa petikan dari kenyataan yang keluar dari mulut Tun M sendiri. Bercakap di dalam media resmi kerajaan iaitu RTM, secara jelas dan tepat, Tun M menyatakan bahawa beliau hanya menjadi PM untuk dua tahun dan beliau berikan sebab-sebabnya.

Selepas itu, mungkin kerana merasakan seronok atau merasakan terlalu diberi kebebasan dan kuasa oleh Majlis Presiden PH, maka sedikit demi sedikit Tun M mula cuba untuk menjadi watak Tun M yang ke 4 dulu. Beliau lebih berani kerana melihat semua yang berada di dalam kepimpinan Majlis Presiden PH yang dulunya sewaktu menjadi Pembangkang ibarat harimau malaya yang mengaum hebat sehingga tersungkur rejim zalim Umno/Bn di Putrajaya, tetapi kini dilihat seperti kucing parsi yang dibelai dan dimanja serta dijamu dengan makanan mahal.

Oleh itu, jangan marah kepada Tun M kalau dia lupa diri. Dulu, kita yang peringatkan dia tentang reformasi dan agenda perjuangan kita selama ini. Sekarang, siapa lagi mahu peringatkan Tun M? Kamu yang berada di dalam Majlis Presiden itu pun dilihat semakin lupa agenda reformasi, bagaimana mahu peringatkan Tun M? Kamu lihat dan dengar sendiri bagaimana ligatnya lidah Tun M, berbelit-belit bila berbicara tentang peralihan kuasa dan kamu biarkan dia bebas berbicara, tetapi kamu cegah kami di bawah ini untuk berbicara hal yang sama kononnya itu di bawah kuasa Majlis Presiden.

Kami mahu kamu yang dulu memimpin kami di dalam Pembangkang, yang hebat berpidato sehingga membaling microphone, hebat berjuang merempuh segala ujian, keluar masuk lokap, semuanya kamu lakukan untuk.rakyat dan reformasi, kini telah menuju dua tahun kamu berada di kerusi empuk Putrajaya. Di Putrajaya, kami yakin kamu mesti mempunyai cermin yang besar di setiap pejabat mewah kamu. Luangkan sedikit masa, berdiri di hadapan cermin seketika, pejamkan mata dan jujurlah bertanyakan diri sendiri, " Adakah aku telah menunaikan amanah rakyat?".

Kami mengkritik Tun M dan kerajaan adalah kerana kami mahu kerajaan PH terus berkuasa selepas PRU15 nanti. Rakyat akan ditimpa musibah lebih besar jika kuasa yang kita rampas dari penyamun dulu kita serahkan semula kepada mereka. Bayangkan, penyamun yang telah berlapar selama 5 tahun kemudian diberikan kuasa, apa akan jadi kepada negara ini? Justeru itu, kita tiada pilihan lain selain dari balik ke landasan asal perjuangan. Jelas, Tun M tidak mampu memikul hasrat kita untuk melakukan reform kepada negara. Percaturan politiknya semakin cerca merba. Musuh semakin mudah mencari modal untuk menyerang kita.

Sudah tiba masanya Majlis Presiden bangun dari lena. Apabila musuh semakin kuat mempertahankan PM tetapi tidak PH, ertinya apa? Mei 2020, adalah penentu keberanian Majlis Presiden PH untuk membuktikan bahawa mereka bukan 'kucing parsi" tetapi tetap seekor harimau gagah dan garang meskipun dikalungkan dengan rantai berlian. Itu harapan kita.

Tonton juga di SINI

5 ulasan:

  1. 8 January 2020 Anwar Gathers ‘Celeb Muslim Scholars’ To Counter Dr Mahathir’s KL Summit

    IIIT institute is to be funded by Saudi donors and has long been linked to Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood), the pan-Arabian Islamist movement seen as the more “progressive offshoot” of "Wahhabism" the strand of Islam practised in Saudi Arabia.

    IIIT is a "US-based Muslim institute" whose members include university academics long associated with Anwar, who now chairs the institute.

    The Taha Jabir Al-Alwani and the "Ismail al Faruqi" Libraries of the International Institute of Islamic Thought (IIIT) provide students, faculty, and researchers

    (Pembunuhan Prof. Ismail Al-Faruqi Ada Kaitan dengan Kegiatan Homoseksual?

    Anda kenal Prof. Ismail Faruqi?

    Beliau juga bertanggungjawab mengasaskan dan mempengerusikan Program Pengajian Islam di Temple University di samping menubuhkan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

    Pada 27 Mei 1986, beliau bersama isteri dan seorang anak perempuannya telah diserang di rumah mereka di Wyncote, Pennsylvania, oleh salah seorang pelajarnya, Joseph Louis Young yang ketika itu baru sahaja memeluk Islam. Dalam serangan tersebut, Prof. Ismail Faruqi dan isteri telah terbunuh manakala anak perempuan mereka selamat tetapi menerima 200 jahitan.

    Namun, sekurang-kurangnya tiga orang penulis dan wartawan yang menyiasat kes tersebut membuat analisa dan kesimpulan yang senada. Berdasarkan kenyataan pihak polis Philadelphia dan rekod saksi semasa perbicaraan di Mahkamah Montgomery County, mereka mendapati Prof. Ismail Faruqi dan keluarga diserang oleh tertuduh kerana menggalakkan dan "memaksa para pelajarnya melakukan aktiviti homoseksual" bagi mendapatkan biasiswa di Temple University.

    Amy S. Rosenberg, seorang wartawan dari Philadelphia Inquirer, melaporkan bahawa Joseph Louis Young telah membuat pengakuan bertulis kepada pihak polis Philadelphia mengatakan dia terpaksa membunuh keluarga Al Faruqi kerana mereka mendorong amalan homoseksual dalam kalangan pelajarnya dari Malaysia.

    Bridgett M. Davis, wartawan dari Philadelphia Inquirer pada 8 Julai 1987 melaporkan Ismail Faruqi, mentor kepada John Esposito dibunuh kerana aktiviti homoseksual

    Anwar Ibrahim has gathered a group of Muslim scholars seen as more “theologically aligned” with Saudi Arabia for an international conference in Kuala Lumpur this month, viewed as the PKR chief’s response to the KL Summit shunned by Riyadh and its allies.

    Tujuan kami membuat pendedahan ini di sini bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak melainkan untuk berkongsi pengajaran.

    Produk intelektual Orientalis Islamis Amerika. Almarhum Ismail Al Faruqi (Universiti Temple), John Esposito dan Anwar (Universiti Georgetown).

    Almarhum Ismail Faruqi telah mati dibunuh. Menurut laporan akhbar Philadelphia Inquirer bertarikh 11 Julai 1987, Yusuf Ali (tertuduh yang didakwa membunuh) memberi keterangan dalam mahkamah bahwa dia terpaksa membunuh Al Faruqi kerana beliau terlibat mendorong kegiatan "homoseksual" di kalangan para pelajarnya, di Universiti Temple.

    Georgetown Universiti di sini Nurul menyambung pelajaranya. Universiti ini pula terkenal sebagai universiti mengkaderkan pemikiran orientalis pemimpin Islam diseluruh dunia.

    Hubungan Anwar dengan orientalis tidak dapat disangkal lagi, terutamanya dengan John L Esposito dan John O Voll.

    Hubungan Anwar dan John Esposito bermula dari 1980-an lagi melalui perantaan almarhum Ismail al Faruqi, kerana Esposito merupakan anak buah kepada Al Faruqi di Temple University.

    Malah Al Faruqi merupakan pendorong Esposito untuk mendalami 'pengajian Islam' dan menumpukan perbandingan antara Kristian dan Islam

    Pengajaran nya adakah Brader Anwar Bin Ibrahim masih perjuangkan LGBT GAY dan PLURALISMA masih jadi ikutannya..!!??

    Ini kah PM ke 8 yang kita mahukan..!??

    FormulaElakDiBangangUlangKali = BMF + Pop Corn Tambah + Tepuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg ko melalut sgt ni. Org upahan azmin dgn zuraida agaknye dia ni

      Padam
    2. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
      senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

      Padam
  2. Kau letak tuduhan orang upahan sesapa saja yg melalut melilit tu no 2 no 1 ko cuba cari fakta dolu....


    ada brann...!?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ingat madey tu peduli sgt ttg islam? Dia cuma nak org angkat dia sbg pejuang islam. For SELF GLORY semata2. Sifat munafik menyelubungi fake islamist ini

      Padam