RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 30 Oktober 2010

DALAM PWTC BERDEGAR HEBAT, AKHIRNYA "AMPUNKAN KAMI...AMPUN KAN KAMI..."

Kenyataan Rasis: Johari Mohon Maaf

Sumber MerdekaReview

KUALA LUMPUR: Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa Johari Abdul Ghani hari ini memohon maaf dan menyatakan bukan niatnya untuk mengguris hati atau meminggirkan masyarakat Cina dan India di kawasan parlimen di bawah tanggungjawabnya.Ketika menjawab komen dalam blognya www.joharighani.blogspot.com hari ini, beliau mendakwa ucapannya dalam mesyuarat tertutup bersama ahli-ahli Umno pada Julai lalu telah disalah erti.

Beliau berkata, "bukan niat saya untuk memperkecilkan sumbangan pengundi Cina dan India sehingga saya dilabel sebagai rasis. "Tetapi saya lebih bimbang tentang undi Melayu yang semakin merosot yang diperolehi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum (PRU) 2008 di mana BN tewas kepada PAS di Parlimen Titiwangsa," jelas beliau.

Menurut beliau, mesyuarat tertutup itu berkisar kepada para pengundi Melayu dan pendekatan yang perlu diambil oleh Umno untuk meraih kembali keyakinan dan sokongan orang-orang Melayu. Ujar beliau, "bukannya saya tidak peduli tentang pengundi Cina dan India. Fokus saya ialah perpecahan undi di kalangan pengundi Melayu dan bagaimana berdasarkan analogi yang mudah, 70% sokongan pengundi Melayu boleh membawa kepada kemenangan.

Johari dilaporkan berkata dalam Youtube, bahawa Umno tidak perlu kepada undi kaum Cina dan India jika mendapat 70% pengundi Melayu untuk menang kerusi Parlimen Titiwangsa. Kenyataan yang panas ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan daripada orang-orang Umno sendiri, lebih-lebih lagi daripada masyarakat Cina dan India./Tranungkite

Kenyataan rasis: Johari mohon maaf

KETUA AMK - SHAMSUL MASIH MENDAHULUI CHEGU BARD

Pemilihan AMK: Shamsul hanya dahului 9 undi
Okt 30, 10

Persaingan merebut jawatan Ketua Pemuda PKR (AMK) antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dengan pencabarnya ahli Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shaharin bermula dengan amat sengit.

Selepas sembilan cabang selesai bermesyuarat semalam, Shamsul Iskandar mendahului Badrul Hisham - atau lebih dikenali sebagai Chegubard - hanya dengan perbezaan sembilan undi sahaja.

Menurut keputusan rasmi daripada ibu pejabat PKR, Shamsul Iskandar mendapat 136 undi, manakala Badrul Hisham memperolehi 127 undi.

Manakala, bagi jawatan nombor dua pula, Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin - yang merupakan regu Shamsul - meraih 193 undi.

Sementara ADUN Teja Chang Lih Kang - gandingan Chegu Bad - mendapat 54 undi.

Tiga calon yang memperolehi undi terbanyak bagi mengisi jawatan naib ketua AMK, setakat ini, ialah Azmizam Zaman Huri (156), Erveana Ansari Ali (113) dan V Sivam mendapat 96 undi.

Wanita: Zuraida bermula baik

Bagi jawatan ketua Wanita pula,- seperti yang dijangka, penyandangnya Zuraida Kamaruddin setakat ini mendahului dua lagi pesaingnya dengan 178 undi.

Suraya Sudin mendapat 98 undi, manakala Aniamah Ferrar memperolehi 32 undi.

Bagi jawatan timbalan ketua Wanita, penyandangnya, Rodziah Ismail mendahului pencabarnya Asmah Abd Kadir.

Rodziah yang juga exco kerajaan Selangor mendapat 192 undi berbanding Asmah yang dengan hanya 35 undi.

Tiga calon mendapat undi terbanyak bagi jawatan naib ketua Wanita iaitu timbalan speaker DUN Selangor Haniza Talha (138), ADUN Rawang (125) dan Noor Sham Abu Samah (120)./Malaysiakini

PIALA MALAYSIA - SIAPA KATA PAS DAN UMNO TIDAK BOLEH BERSATU ?



Oleh: WFAUZDIN NS

BERHENTI seketika pasal politik, tapi mahu juga selit sedikit politik di dalam menceritakan tentang Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia malam ini di antara Kelantan bertemu Negeri Sembilan. Perlawanan Akhir malam ini menemukan pasukan yang serupa tahun lepas di mana waktu itu Negeri Sembilan membawa piala berprestij itu balik ke Seremban.

Tahun ini, lebih tepat lagi malam ini mungkin giliran Kelantan pula untuk membawa piala tersebut ke Kota Bharu. Ramalan ramai pihak termasuk di dalam blog ini (semasa artikel ini dibuat) menunjukkan Kelantan akan berjaya menumpaskan Negeri Sembilan. Diberitakan kehangatan kempen PRK Dun Galas tergencat seketika gara-gara keghairahan rakyat Kelantan menumpukan sepenuh erhatian kepada perlawanan malam nanti.

Umno Kelantan diberitakan telah menyediakan sekurang-kurangnya 13 buah bas untuk membawa penyokong-penyokong Kelantan, manakala PAS pula menyediakan 5 buah bas ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Itu masih belum dikira rakyat Kelantan yang hadir dengan kenderaan persendirian dan mereka yang bermastautin di Lembah Kelang dan sekitarannya. Apa yang pasti, stadium kebangsaan kita malam ini pasti meriah dan lebih hangat dari kempen PRK Dun Galas.

Jika selama ini kita sering bercakap tentang perpaduan Umno-PAS yang tidak pernah dapat direalisasikan, kali ini sejarah akan membuktikan di dalam sebuah stadium akan `menyatukan' Umno-PAS. Penyokong-penyokong Umno Kelantan bersama penyokong-penyokong tegar PAS Kelantan malam ini akan duduk bersama, bersorak dan mengibarkan bendera negeri Kelantan. Jika ada juga bendera bulan dikibarkan, maka akan ada juga bendera keris tanpa sarung dikibarkan. Kibaran kedua-dua bendera ini mempunyai satu matlamat iaitu untuk membawa Piala Malaysia ke Kota Bharu.

Malam ini kesemua penyokong Kelantan akan melupakan seketika kempen PRK Dun Galas. Umno-PAS Kelantan akan bersorak dan bercakap dengan satu nada iaitu `Kami Mahu Piala Malaysia Di Bawa Ke Kota Bharu'. Itulah slogan mereka, itulah penyatuan Umno-PAS yang mungkin mampu kita lihat buat seketika ini.

Bagaimana pula dengan Negeri Sembilan? Sudah tentu saya anak jati Negeri Sembilan akan mengharapkan kemenangan untuk negeri yang terkenal dengan adat Perpatih ini. Secara jujurnya, saya yakin Negeri Sembilan pasti akan memberikan tentangan sengit kepada Kelantan. Malangnya, cita-cita saya untuk melihat kelibat MB Kelantan untuk hadir ke stadium malam ini tidak tercapai. Diberitakan Tuan Guru Nik Aziz tidak dapat hadir malam ini dan beliau akan diwakili oleh TMB Kelantan.

Adalah diharapkan kesemua penyokong yang hadir ke stadium malam ini akan dapat menjaga disiplin diri masing-masing serta mempamirkan semangat kesukanan yang tinggi. Pihak stadium dan FAM juga diminta dapat menentukan aspek keselamatan yang ketat agar kesemua penyokong berada di dalam keadaan selamat sepanjang perlawanan sehingga selesai. Jangan pula berlaku perkara-perkara yang tidak mampu dikawal oleh pihak keselamatan sedangkan para penyokong telah dikenakan harga tiket yang tinggi. Tingginya harga tiket, maka tinggilah juga aspek kawalan. Itulah harapan kita. Semoga Negeri Sembilan berjaya. Hoben Jang Hobennnn..../wfauzdin.blogspot.com

PEMILIHAN PKR - TIDAK PERLU BATAL, KELEWATAN KERTAS UNDI TETAPI MASA MENGUNDI DILANJUTKAN

KENYATAAN MEDIA:
29 OKTOBER 2010


Sukacita ingin dimaklumkan bahawa pemilihan peringkat Pusat dalam Pemilihan KEADILAN 2010 ini telah bermula pada hari ini dengan memperlihatkan 9 cabang-cabang KEADILAN di negeri Kedah dan Kelantan mengadakan pengundian bagi 12 kerusi jawatan-jawatan utama dan 60 kerusi ahli majlis pimpinan pusat dan ahli majlis pimpinan sayap Wanita KEADILAN dan Angkatan Muda KEADILAN masing-masing.

9 cabang-cabang utama ini adalah Tumpat, Kota Bharu, Rantau Panjang dan Pasir Mas di Kelantan sementara di Kedah pula adalah Alor Setar, Langkawi, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Kubang Pasu.

Pemilihan peringkat Pusat dalam Pemilihan KEADILAN 2010 ini akan diadakan di 222 lokasi cabang-cabang KEADILAN di seluruh negara dan akan dijalankan pada 10 hari-hari mengundi hujung minggu sehingga tarikh 21 November 2010 nanti.

Pengundian hari pertama hari ini telah dapat dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang permasalahan. Berhubung dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kelewatan masa pengundian dimulakan telah menjejaskan kewibawaan proses pengundian ini sehingga meminta untuk keseluruhan proses ini dibatalkan, ingin dijelaskan bahawa kelewatan ini adalah disebabkan oleh kertas-kertas undi yang lewat sampai ke cabang-cabang di Kelantan dan telah melewatkan sedikit permulaan proses pengundian yang sepatutnya dimulakan pada jam 10 pagi. Walaubagaimanapun masa pengundian telah dilanjutkan satu jam sehingga jam 5 petang bagi membolehkan anggota-anggota Parti melaksanakan hak demokrasi mereka dalam kaedah pemilihan satu anggota-satu undi ini.

Merujuk kepada berita yang di siarkan di laman portal berita freemalaysiatoday.com berhubung dengan dakwaan bahawa Pengerusi JPP Dr Molly Cheah tidak lagi terlibat dengan pengurusan Pemilihan Parti, Ibupejabat Parti KEADILAN Rakyat juga ingin mengesahkan bahawa beliau masih lagi merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sehingga hari ini dan bahawa jawatankuasa bebas yang ditubuhkan khusus untuk mengawalselia hal-ehwal pemilihan Parti ini sememangnya terlibat secara langsung untuk menyemak dan menyediakan tatacara proses pemilihan peringkat Pusat berpandukan beberapa kelemahan yang dikenalpasti (sewaktu pemilihan peringkat Cabang tempohari) melalui jawatankuasa kecil teknikal yang dianggotai oleh ahli-ahli JPP lainnya iaitu sdr Rajen Devaraj, sdr Wong Hoy Cheong dan sdri Stephanie Bastian.


Saifuddin Nasution bin Ismail
Setiausaha Agung
Parti KEADILAN Rakyat

* Melalui email

PRK DUN GALAS - UNDI CINA SASARAN PAS

PAS: Tingkatkan undi Cina, kekalkan undi kaum asli

Wong Shu Qi | Oct 29, 2010

Undi Melayu kepada PAS-Pakatan Rakyat mungkin berkurang seandainya keputusan PRK Manek Urai dijadikan rujukan. PAS mungkin tidak bermasalah dengan undi Cina, yang sentiasa melebihi paras 50%. Justeru itu, cabaran PAS dalam PRK Galas ini adalah meningkatkan undi majoriti Cina, untuk menutup penurunan undi Melayu, di samping mengekalkan 33% undi kaum asli yang diperolehi pada PRU ke-12.

Gelanggangnya sama, iaitu Kelantan, negeri yang ditadbir kerajaan PAS-Pakatan Rakyat. Apa yang membezakan antara PRK Galas dengan Manek Urai adalah komposisi pengundinya. Sejumlah 99.2% pengundi Manek Urai terdiri daripada Melayu, di samping beberapa keluarga Cina dan India, yang sudah tentu gagal memainkan peranan untuk menjadi penentu.

Namun demikian, pengundi di kawasan DUN Galas terdiri daripada 20.08% pengundi Cina, sementara 1,891 undi daripada kaum asli, iaitu 16.7%. Menurut ahli parlimen Kota Bahru, Wan Abd Rahim Wan Abdullah, PAS memperolehi kira-kira 54% undi Cina dan 33% undi orang asli pada PRU ke-12.

Contohnya, Kampung Bharu terdiri daripada 2,168 orang pengundi, dan 52.6% daripadanya adalah pengundi Cina. Secara puratanya, PAS memperolehi sokongan 58% di situ. Di Kampung Pulai pula, 83% daripada 473 pengundi adalah penduduk Cina. PAS hanya memperolehi 46.52% sokongan, kalah dengan 25 undi.

Dari kedudukan geografinya, PAS tewas di tujuh peti undi bahagian Timur, dari enam kawasan orang asli yang berdekatan dengan Tanah Tinggi Cameron, termasuk Lojing, sehinggalah Kampung Pulai yang berada di kawasan desa-bandar di Gua Musang. PAS mendahului secara mendadak selepas memasuki kawasan bandar di bahagian barat Gua Musang, dan di situlah faktor penyumbang kepada kemenangan PAS.

Abdul Rahim (gambar kiri, kedua dari kiri) tidak menafikan bahawa salah satu matlamat yang digariskan dalam PRK ini adalah melepasi palang "25 undi", menewaskan BN di peti undi Kampung Pulai.

Calon PAS Zulkefli Mohamad jarang menjejak ke kawasan orang asli setakat ini, sebaliknya lebih melawat ke kawasan pengundi Cina dan Melayu mengikut jadual DAP dan PKR. Namun, PAS telah memasuki kawasan kaum asli sebelum PRK Galas membuka tirai.

Pengundi tua Cina cenderung kepada PAS?

Seandainya dikupas mengikut faktor usia, kecenderungan sokongan terhadap PAS menyongsang dari pola pengundian di kawasan lain. Contohnya di Kampung Bharu yang mempunyai empat saluran, PAS memperolehi undi yang paling banyak dari saluran satu 62.64%, menurun kepada saluran dua (56.81%), saluran tiga (54.19%), dan saluran empat (52.83%).

Terdapat 52.6% pengundi Cina di Kampung Bahru, kawasan yang mempunyai nisbah pengundi Cina kedua tertinggi, hanya selepas Kampung Pulai.

Ketika menjelaskan pola yang "songsang" ini, pasukan kempen DAP dan PAS perlu mengimbas sejarah. Mereka berkata, BN mengambil alih banyak tanah yang diterokai penduduk Galas, seperti ladang getah pada tahun 1980-an, atas nama pembangunan, malah ahli parlimennya, Tengku Razaleigh Hamzah juga memiliki banyak tanah di situ.

Pengundi tua yang melalui pengalaman - pengambil-alihan oleh kerajaan selepas tanah dicurahkan titisan peluh - kebanyakannya bersyukur kepada PAS memerintah di Kelantan sejak tahun 1990. Kerajaan negeri PAS bukan sahaja tidak merampas tanah mereka, malah meluluskan geran kepada mereka.

Terdapat pengundi Cina yang memberitahu MerdekaReview bagaimana mereka terkagum dengan bekas kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang sudi meluluskan permohonan hak milik pegangan bebas kepada penduduk Cina di kampung baru.

Bagaimanapun, penjelasan DAP dan PAS tersebut mungkin boleh dipertikaikan kerana Kampung Bahru adalah kawasan campuran kaum.

Undi Cina: PAS tidak bimbang

Namun demikian, proses meluluskan permohonan tanah yang lambat turut menjadi rungutan ramai pengundi Cina dan Melayu. Ketua MCA Bahagian Gua Musang, Chee Sien Chen berkata, penyokong PAS adalah mereka yang mendapat geran tanah. Chee mengkritik bahawa prosesnya terlalu lambat, dan penduduk perlu mengikuti perkembangannya dengan kerap.

Wan Abdul Rahim memberitahu MerdekaReview bahawa Pengerusi MCA Perhubungan Negeri Kelantan, Ng Yen Yen hanya menyasarkan 50% undi Cina. Wan Abdul Rahim tidak menganggap bahawa MCA mampu meningkatkan undi Cina kepada BN, malah isu seperti Negara Islam tidak akan berkesan.

Mengikut statistik pasukan kempen DAP, daripada 2,300 orang pengundi Cina, sebanyak 368 orang bekerja di luar kawasan Galas. Angka ini belum termasuk kira-kira 1,000 orang pengundi Melayu yang juga bekerja di luar kawasan Galas. Justeru itu, "medan perperangan" dijangka diperluaskan ke Kuala Lumpur. Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat akan melawat ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini untuk memujuk agar anak watan Galas kembali mengundi.

Undi Melayu dijangka berkurang

Pada dasarnya, undi Melayu tidak akan mengalami perubahan yang mendadak. Wan Abdul Rahim memberitahu MerdekaReview, sambil merujuk kepada PRK Manek Urai, bahawa jumlah undi akan menurun 6%. Jadi, mengikut perkiraan PAS, undi mereka mungkin jatuh dari 54% semasa PRU ke-12, kepada 48%.

"Tapi, selepas Barisan mengumum calon ni, kami meningkatkan 1%," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin pernah menyindir PAS kerana meletakkan "pemborong ikan" sebagai calon dalam PRK Manek Urai, namun kini BN meletakkan calon, yang hanya berkelulusan SPM. Maka, belum lagi PAS menyerang, BN sudah mula untuk membelanya.

Wan Abdul Rahim menekankan bahawa PAS hanya berharap untuk mempertahankan 33% undi orang asli yang diperolehi ketika PRU ke-12.

Razaleigh: 70-80% undi kaum asli

Sementara itu, Pengarah pilihan raya kecil BN Tengku Razaleigh yang melawat dua kawasan kaum asli semalam, Hau dan Balar, yakin untuk memperolehi 70% undi kaum asli, malah mungkin mencecah 80% seandainya mengikut anggaran optimis.

Kini, PRK Galas telah memasuki hari keempat, dan BN dijangka akan menyasarkan pengundi Cina selepas memantapkan undi kaum asli.

Di samping itu, suasana kempen Pakatan Rakyat belum hangat, memandangkan kehadiran ceramah masih rendah meskipun Pakatan Rakyat menurunkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bekas Menteri Besar Perak Mohd Nizar Jamaluddin ke padang. Dalam ceramah di Kampung Pulai semalam, kehadiran tidak mencecah ratusan orang - sesungguhnya hujan lebat mungkin menjadi punca, namun ceramah itu dijalankan dalam dewan tertutup.

*Wong Shu Qi ialah Wartawan Senior MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

KEPUTUSAN PEMILIHAN PKR SETAKAT INI, ZAID MENDAHULUI

Berikut keputusan yang diperoleh setakat ini:

Rantau Panjang
Timbalan Presiden: Azmin Ali (69), Zaid Ibrahim (2), Mustaffa Kamil Ayub (0)
Naib Presiden: Fuziah Salleh (68), Mansor Othman (68), Tian Chua (63), R Sivarasa (61)

Ketua Wanita: Zuraida Kamaruddin (30), Animah Ferrar 0, Suraya Sudin (0)
Timbalan ketua wanita: Rodziah Ismail (30), Asmah Abd Kadir (0)
Naib: Gan Pei Nei (26), Haniza Talha (26), Noor Sham Abu samah (25)

(Seramai 72 daripada 281 anggota hadir mengundi)

Kota Bharu
Timbalan: Zaid Ibrahim (174), Azmin Ali (11), Mustaffa Kamil Ayub (25)

Naib Presiden: Nurul Izzah Anwar (147), N Gobalakrishnan (88), Baru Bian (74),
Jonson Chong (60)

(Seramai 206 daripada 1,935 anggota hadir mengundi)

Pengkalan Chepa
Timbalan presiden: Azmin Ali (14), Zaid Ibrahim (8), Mustaffa Kamil Ayub (1).

(Hanya 23 daripada lebih 300 yang layak, hadir membuang undi)

Rantau Panjang
Ketua AMK: Shamsul Iskandar Md Akin (14), Badrul Hisham Shaharin (0)
Timbalan: Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (14), Chang Lih Kang (0)
Naib: Azmizam Zaman Huri (14), Erveana Ansari Ali (13), V Sivam (13), Abdul Yunus Jamahri (1)

Alor Setar
Timbalan: Zaid Ibrahim (59), Azmin Ali (20), Mustaffa Kamil Ayub (5)

Pokok Sena
Timbalan: Zaid Ibrahim (20), Azmin Ali (2), Mustaffa Kamil Ayub (1)

Naib: Tian Chua (20), Sivarasa (17), Nurul Izzah Anwar (15), Mansor Othman (10), N Gobalakhrisnan (9), Fuziah Salleh (5), Suresh Kumar (3), Baru Bian (1), Xavier Jayakumar (1)

Ketua AMK: Badrul Hisham Shaharin (3), Shamsul Iskandar (0)
Timbalan: Chang Lih Kang (2), Kharul Anuar Ahmad Zainuddin (1)
Naib: Azmizam Zaman Huri (3 undi), S Kesavan (2) dan Lee Khai Loon (2 undi).

Ketua Wanita: Animah Ferrar (1), Suraya Sudin (2), Zuraida Kamarudin (0)
Timbalan: Rodziah Ismail (3), Asmah Abd Kadir (0)
Naib: Gan Pei Nei (3), Haniza Talha (3) dan Salma Ismail (2).

(Hanya 24 daripada 314 yang layak, membuang undi)

Sumber: Malaysiakini

Jumaat, 29 Oktober 2010

TIMB PRES PKR - PERANG SARAF BERMULA, AZMIN SEMAKIN MENDAPAT SOKONGAN

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN di dalam PKR telah pun bermula hari ini dengan beberapa Negeri akan mengundi memilih pimpinan tertinggi PKR. Jawatan paling hangat adalah jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga jawatan Ketua AMK. Kempen bagi kedua-dua jawatan ini menjadi berita panas di dalam kebanyakan blog pro PR dengan berbagai persepsi. Blog pro Umno juga dilihat berminat untuk campur tangan, mungkin mereka sudah jemu dengan karenah Umno itu sendiri.

Jawatan Timbalan Presiden PKR menyaksikan tiga calon bertanding. Calon popular bagi jawatan ini YB Azmin akan menghadapi dua lagi rakannya iaitu Dato Zaid Ibrahim dan juga Sdr Mustafa Kamil Ayub. Jika dilihat dari luar, pertandingan jawatan ini sebenarnya adalah di antara YB Azmin dan Dato Zaid Ibrahim. Kedua-dua mereka mempunyai penyokong masing-masing dan sudah tentu para penyokongnya akan berkempen habis-habisan samada melalui blog mahupun Face Book. Perbahasan di antara kedua-dua penyokong amat menarik untuk dikuti.

Masuk hari mengundi bermula hari ini, penyokong-penyokong Dato Zaid telah memulakan `perang saraf'. Bermula di Pahang, dikatakan penyokong-penyokong Dato Zaid telah berpaling arah kununnya tidak mempunyai bantuan kewangan. Diberitakan ketua kempen Dato Zaid dan orang-orangnya kini telah meninggalkan Pahang untuk menyertai kempen PRK di Batu Sapi dan Galas. Tujuan mereka menyebut berita ini adalah untuk menunjukkan betapa Dato Zaid tidak pernah memberikan bantuan kewangan untuk berkempen, lantaran itu mereka `lari' dari Pahang. Ini bermakna, Dato Zaid tidak menggunakan wang untuk berkempen. Ertikata, Dato Zaid itu calon yang `bersih'.

Apabila menggambarkan Dato Zaid itu calon yang bersih, maka sudah tentu mereka berharap semua ahli yang mengundi nanti akan memilih Dato Zaid sebagai Timbalan Presiden PKR. Maka, cerita ini di war-warkan sebagai `strategi perang saraf' untuk menyekat sokongan terhadap YB Azmin. Apakah para penyokong YB Azmin akan menarik nafas lega dengan berita sedemikian? YB Azmin sudah tentu mahir membaca strategi sebegini.

Sebelum ini, Dato Zaid dikatakan menggunakan strategi mengharapkan simpati ahli-ahli PKR. Beliau sering mengeluh seolah-olah beliau di`anak tirikan' oleh pimpinan atasan PKR, kununnya ada sekatan untuk beliau berkempen, bahkan Dato Zaid juga bimbang beliau akan di`Ghafar Baba'kan sekiranya beliau tewas di dalam perebutan jawatan ini. Ini semua strategi `simpati' yang mudah dikesan dan ternyata gagal untuk menarik perhatian. Oleh yang demikian, strategi lain harus diatur.

Strategi `Perang Saraf' dengan menggambarkan bahawa YB Azmin mungkin menang dengan mudah kerana beberapa orang penyokong kuat Dato Zaid dikatakan kini berpaling tadah. Mungkin strategi ini untuk `melenakan' jentera kempen YB Azmin. Sehubungan itu, kepada semua penyokong YB Azmin mereka hendaklah sentiasa bekerja lebih kuat agar YB Azmin berjaya dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PKR.

YB Azmin sememangnya layak untuk jawatan nombor dua itu bukan kerana beliau dikatakan paling rapat dengan DS Anwar dan bukan juga kerana beliau dikatakan `tidak sehaluan' dengan DS Wan Azizah. Beliau layak kerana beliau adalah di antara tokoh PKR yang terawal berjuang di dalam parti dan beliau telah diuji kesetiaannya.

Lain-lain persepsi buruk terhadap beliau perlu dikesampingkan kerana itu lumrah pertandingan, yang penting kita berfikir dengan matang berpandukan fakta yang jelas. Jika diikutkan persepsi, pemilihan pimpinan di dalam PAS sendiri pun penuh dengan persepsi tetapi akhirnya ahli-ahli PAS dapat membuat keputusan dengan bijak./wfauzdin.blogspot.com

Perbicaraan Anwar : Karpal curiga doktor berdolak dalik dengan keterangan

29/10/2010


KUALA LUMPUR 29 OKT : Pasukan peguambela Anwar Ibrahim hari ini mendesak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membenarkannya mendapatkan nota-nota pemeriksaan awal yang dijalankan ke atas Saiful Bukhari Azlan demi kredibiliti perbicaraan itu.

Peguam Karpal Singh berkata keengganan pakar bedah Razali Ibrahim merujuk kepada nota-nota klinikal itu dalam memberi keterangan menjejaskan kewibawaan keterangan yang diberikan oleh beliau di mahkamah. Karpal berkata bahawa nota klinikal itu penting supaya "kami cuba buktikan bahawa keterangan saksi pakar akan bercangggah dengan notanya" yang diambil ketika melakukan pemeriksaan awal terhadap Saiful.

k Hakim Mohamad Zaibidin Mohd Diah akan memberikan keputusannya pada 22 November. Walaupun memberi jawapan yang tidak jelas atau lupa sama sekali butir-butir tertentu, Dr Razali yang menjalankan pemeriksaan ke atas dubur Saiful pada Jun 2008, a enggan merujuk kepada nota-nota klinikal berkenaan ketika member keterangan Rabu dan Khamis lalu. Pasukan peguambela Anwar yakin nota-nota itu mengandungi jauh lebih banyak maklumat mengenai pemeriksaan terhadap Saiful daripada laporan susulan yang dibentangkan di mahkamah.

Karpal juga mempersoalkan laporan kimia yang dikemukakan kepada mahkamah. Laporan itu, menurut beliau tidak boleh diterima kerana tidak dikepilkan bersama dengan laporan toksikolgi Saiful sebagai sebahagian daripada bukti. Karpal berkata adalah jelas pendakwaraya hanya mengemukakan sebahagian daripada laporan kimia dan bukan keseluruhan sebagaimana yang harus dilakukan.

Selepas semalaman berkempan di Pilihanraya Kecil Galas untuk calon PAS, Anwar tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi tadi. Beliau ditemani isterinya Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Nuha.Anwar. Semalam, Dr Razali Ibrahim berkata beliau mendapati rectum atau dubur Mohd Saiful Bukhary Azlan kosong apabila melakukan pemeriksaan awal.

Saiful sebelum ini memberitahu mahkamah beliau tidak mandi dua hari selepas diliwat, kononnya untuk “menyimpan bukti.” Sementara itu ,Ketua Pendakwaraya Yusof Zainal Abidin berkata nota klinikal Saiful hanya perlu diberikan sekiranya saksi mahu merujuknya. Beliau memberitahu mahkamah, seperti dalam kes pembunuhan, hanya laporan bedah siasat akhir sahaja yang dikemukakan./TVNews

PUNCA MELAYU DIHINA - ZAID HAMIDI JANGAN PENING, PAS TOLONG JAWABKAN

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS mendakwa Melayu dihina dan merempat di bumi sendiri adalah kerana sikap kronisme Umno dan pemimpin mereka sendiri.

Menjawab dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata bukan Melayu yang sering bertolak ansur, tetapi pemimpin Umno yang memegang kuasa yang berbuat demikian sehingga menggadai nasib Melayu.

"Hakikatnya Umno lah yang menyebabkan Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik. Akibat politik dendam dan hasad yang berlubuk di dalam hati pemimpin Umno, yang mengutamakan Umno Putera, menyebabkan Melayu merempat di bumi sendiri.

"Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri," katanya.

Ahmad Zahid semalam dilaporkan berkata, sedang mencari sebab kenapa hak orang Melayu yang sering dipertikaikan di bumi sendiri.

Zahid juga seperti menyalahkan Melayu yang didakwa sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur.

Biarpun tidak menuding jari secara khusus kepada mana-mana pihak, kenyataan Zahid itu dilihat cuba membentuk pemikiran orang Melayu khususnya untuk menyalahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Ini adalah teknik lama umno untuk memulihkan tenaga umno yang semakin lemah. Strategi ini adalah seperti pepatah Arab “Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia," katanya lagi.

Untuk mencapai maksud itu juga, Umno katanya menggunakan modal lapok dengan memainkan isu Melayu Pulau Pinang terkorban kerana Pakatan rakyat memerintah.

"Mereka cuba menjadi orang yang buta sejarah dan memutar belikkan fakta sejarah. Pada hal Umno dengan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang hampir 51 tahun. Umnolah yang bertanggungjawab menyebabkan Melayu merempat di Pulau Pinang," jelasnya.

Menurutnya lagi, selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini.

Ianya boleh dibuktikan apabila banyak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal.

"Manakah pergi nilai saham khas bumiputera RM54 bilion? RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion.

"Kemanakah pergi tanah rizab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957. Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar?", soalnya.

Sehubungan itu, Umno katanya tidak layak untuk menjaga hak orang Melayu, ibarat seperti "menyuruh serigala menjaga kambing".

Sudah sampailah masanya Umno berundur dan orang Melayu pula diseru menyertai PAS sebagai ganti kepada Umno./Harakahdaily


TUDUHAN ZUL KULIM - `WELL DONE' AZMIN, KAMI SETUJU GELARAN `ANJING MENYALAK'

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Pemimpin Keadilan dan DAP menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu bahawa mereka mengadakan pakatan rahsia dengan mengetepikan PAS bagi menjamin dominasi kepimpinan Cina jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya.

Sebaliknya kepimpinan kedua-dua parti itu membidas Zulkifli Noordin, yang keluar keadilan awal tahun ini, sebagai pembohong yang memutarbelitkan cerita untuk 'berkhidmat' kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Tiada pakatan atau perjanjian rahsia sama sekali. Ini cerita mengarut Zulkifli yang hanya berminat untuk memecahbelahkan anggota Pakatan Rakyat.

“Dia ahli politik yang sudah bankrup, yang digunakan oleh BN untuk membangkitkan dakwaan-dakwaan seperti ini ke atas kami,” kata Azmin Ali

“Kami bukan macam B-end,” kata Azmin yang menyifatkan Zulkifli sebagai “anjing yang menyalak.” Azmin juga berkata, serangan bertubi-tubi B-end terhadap mereka membuktikan bahawa perikatan diterajui Datuk Seri Najib Razak terganggu dengan perpaduan kukuh di kalangan pemimpin DAP, Keadilan dan PAS.

“Kami berada dalam kedudukan mantap sekarang. Kami akan terus kuat, bersatu dan akan membuktikan untuk muncul barisan yang menggerunkan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kekuatan Pakatan Rakyat ialah menerusi (pendekatan) perbincangan sepanjang masa dan datang dengan (keputusan) konsensus,” kata Azmin lagi.

Semalam, Zulkifli mendakwa DAP dan Keadilan membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Zulkifli mendakwa hubungan rapat antara DAP dan Keadilan adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut. “Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika Keadilan menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang.

“Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP... saya mohon perkara ini dipandang berat,” katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Beliau yang merupakan anggota ke-100 mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang tersebut juga menyarankan lebih banyak bahan bacaan berhubung peristiwa 13 Mei diterbitkan untuk membolehkan rakyat mengetahui fakta sebenar di sebalik peristiwa hitam berkenaan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang yang senada dengan pandangan Azmin pula mempertikaikan waktu wakil rakyat itu membuat “pendedahan” itu.

“Tiada perkara sedemikian, ia tidak benar. Ke mana dia hendak pergi dengan ini (kenyataan),” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.

“Apa yang dia katakan itu cerita dongeng. Parlimen tidak harus dijadikan tempat untuk membuat cerita-cerita dongeng,” kata beliau

Bagaimanapun pemimpin veteran ini enggan mengulas lanjut atas alasan tidak mahu memberi tumpuan kepada bekas pemimpin PR itu.

Pengarah Pilihan Raya Keadilan Fuziah Salleh juga mengetepikan dakwaan Zulkifli sambil berkata, beliau melihatnya sebagai perkara “normal” memandangkan PR berhadapan dengan dua pilihan raya kecil sekarang.

“Ini perkara biasa bagi Zulkifli Noordin, ini helah untuk dia berkhidmat bagi pemimpin-pemimpin politik (dari BN).

“Biasalah, hari pengundian semakin dekat, kami memang telah menjangkakan yang dia akan muncul dengan perkara-perkara macam ini,” kata Fuziah lagi.
“Zul, berhentilah daripada bercakap cerita dongeng... bertanggungjawab dengan tindakan-tindakan kamu,” kata Fuziah yang menyelia jentera pilihan raya Keadilan di Batu Sapi sekarang.

Malah Fuziah menegaskan, Keadilan sama sekali tidak akan membuat pakatan berasingan bersama DAP dengan mengetepikan PAS.

“Kami menafikan dakwaan ini. Ia tidak benar. Jika anda melihat, kesemua PAS, DAP, Keadilan, kami bersatu,” kata beliau sambil menambah, “mengapa kami perlu buat macam ini?”

“Ia bukan ciri politik dalam Pakatan Rakyat. Dia pembohong,” kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan./Loveperak.blogspot

PRK DUN GALAS - PAS JANGAN TERLALU MENJAGA MARUAH KU LI, MARUAH PAS PERLU DIUTAMAKAN

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

MEMANG benarlah ramalan ramai pihak bahawa perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas sedikit sebanyak membuatkan Umno `lega'. Tidak seperti sebelum ini, Umno akan diserang habis-habisan oleh PAS sehinggakan Umno `sesak nafas' dan semput di petengahan kempen. Kali ini kita lihat Umno begitu `rehat' sekali dan ini menunjukkan PAS masih belum `menukar gear'nya dari `gear satu' selepas hari penamaan calon.

Faktor Ku Li dikatakan menjadi penyebab PAS kelihatan `slow'. Mungkin PAS Kelantan khususnya lupa bahawa Ku Li kini sedang bertungkus lumus berjuang untuk Umno, bukannya berjuang untuk mendapatkan royalti minyak Kelantan. Memang benar, Ku Li tetap berprinsip membela hak Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak yang dirampas itu tetapi pada waktu ini, di saat ini Ku Li sedang berjuang untuk Umno. Ku Li mahu rampas kerusi Dun Galas dari PAS untuk di`sedekah'kan kepada Umno. PAS jangan lupa hal ini.

Justeru itu, PAS tidak lagi boleh terlalu memandang tinggi atau menghormati Ku Li lebih daripada menghormati maruah PAS. Jatuhnya nanti kerusi Dun Galas kepada Umno akan menyebabkan maruah PAS tercalar dan jika Umno menang sekalipun, adakah PAS Kelantan akan mendapat semula royalti minyak yang dirompak itu? Sudah tentu tidak. PAS mesti bangun dan berani berdepan dengan Ku Li untuk menunjukkan kepada Ku Li dan Umno bahawa PAS tidak akan menjual maruahnya semata-mata `budi' Ku Li.

Dikatakan jentera Umno kini sedang giat mempengaruhi pengundi-pengundi terutamanya di kalangan kaum Cina dan masyarakat orang Asli. Jika PAS lambat untuk bertindak atau bertindak sambil lewa, tidak mustahil Dun Galas berjaya dirampas oleh Umno. Pakatan Rakyat juga harus turun semaksima mungkin membangunkan PAS, bersama-sama berdepan dengan Umno/Bn. Strategi mestilah diatur sebaik mungkin dan kempen perlu dipergiatkan seperti di dalam beberapa pilihanraya yang lalu.

Sebenarnya terlalu banyak isu yang boleh diketengahkan oleh PAS di dalam pilihanraya kecil ini. Isu royalti minyak sebenarnya sudah difahami oleh sebilangan besar rakyat Kelantan. Isu tempatan juga patut didedahkan oleh PAS kerana isu tempatan kini menjadi berita dan propaganda media mereka. Isu nasional juga boleh diketengahkan terutamanya yang melibatkan isu agama seperti langkah kerajaan untuk menubuhkan Hub-Hiburan termasuk isu Festival Busana Islam yang ditaja oleh isteri PM itu. Bajet `seluar dalam' mungkin memberi kesan kepada rakyat bawahan yang kini tertekan dengan kenaikan harga barang. Isu wang rakyat dibazirkan dengan membina bangunan 100 tingkat juga isu nasional yang memberi kesan kepada rakyat bawahan.

Mengikut kenyataan di dalam Malaysiakini, PAS kini `menyimpan' beberapa isu untuk melihat terlebih dahulu apakah isu dari pihak Umno. Ini bererti PAS akan menyerang apabila diserang. Ini satu strategi yang tidak bijak kerana membenarkan Umno menyerang terlebih dahulu. Membuat serangan adalah lebih baik dari membalas serangan. Pasukan bola sepak Kelantan yang berjaya ke Final Piala Malaysia juga adalah kerana strategi B.Sathianathan yang mahukan pasukannya menyerang seawal tiupan wisel lagi. /wfauzdin.bogspot.com

`ULARMAK MUDA' BERCIRIKAN `ULARMAK SIR' ?

Oleh: Mandor

MALAYSIA akan dijadikan `Hub Hiburan', berbeza dengan Kerajaan Negeri Selangor yang ingin menjadikan Selangor `Hub Pendidikan'. Maka, banyak pertubuhan NGO dan juga parti pembangkang membantah cita-cita mengarut Najib ini. Cita-cita beliau untuk mendirikan bangunan 100 tingkat dibantah ramai pihak, Najib terus rakus dengan khayalannya untuk menjadikan Malaysia `Hub Hiburan' pula.

Kita sudah ramalkan bahawa `Ularmak Muda' di dalam Umno akan bertindak pantas untuk mengurangkan tekanan ke atas Najib. Dalam isu Rosmah sebagai Penaja `Festival Busana Islam' kita lihat sendiri bagaimana `Ularmak Muda' ini mentafsir Al-Quran. Maka, lega juga si Rosmah dibuatnya.

Dalam isu Hub - Hiburan ini, `Ularmak Muda' memberi komen berikut. Teguran kepada pemerintah dilakukan secara `senyap' (sir) kununnya agar tidak berlaku mudharat lebih besar. Wah, menegur pemimpin secara terbuka akan mendatangkan `mudharat'? `Hub- Hiburan' terbuka bagaimana? Mana lebih mudharat sebenarnya? Tidak mengapalah, jika mereka ingin menegur pemerintah secara `senyap' (sir), kita biarkan saja kerana itulah kemampuan mereka. Sudahkah si Rosmah ditegur secara `Sir' berkaitan isu fesyen mungkar itu? Apa kesannya terhadap teguran `Sir' dari `Ularmak Muda' tersebut? Ada si Rosmah memohon maaf atau merasa kesal?

Kita biarkanlah `Ularmak Muda' dengan perjuangan `Sir'nya di dalam Umno. Cuma jangan nanti bila berada dalam Solat Berjemaah, kalau Imam tersilap maka puak-puak ini menegur Imam secara `Sir' pula atas alasan bimbang memudharatkan Imam atau makmum yang lain. Aduhh...macam-macam.../mandor.blogspot.com

UMNO LEBAI MALANG, KE HILIR BERLAPAR KE HULU TIDAK KENYANG - NIK AZIZ

Nik Aziz: Kerjasama Umno umpama Lebai Malang
Okt 28, 10

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan dasar parti itu untuk menerima dan menolak untuk bersatu dengan Umno dan sekali gus berbaik-baik dengan bukan Islam mempunyai asas yang kukuh.

Kata menteri besar kelantan itu, beliau hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.
“Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. Perbezaan kerjasama antara Umno dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) amat jelas.

“Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud,” katanya.Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas PAS kerana dikatakan terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama Umno dengan MCA dalam BN.

Dalam kenyataannya di Gua Musang semalam, Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata, PAS menganggap kerjasama Umno dengan MCA adalah salah tetapi ada masa sama 'menghalalkan' kerjasama PAS dengan DAP.

“Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata ketika berkempen di Galas.

Menurut Nik Aziz, tindakan PAS menyertai BN sebelum ini menimbulkan perpecahan di kalangan PAS di mana wujud empat kumpulan di kalangan penyokong parti itu, termasuk Islah, Hamim dan Berjasa.Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata kerjasama dengan DAP yang dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Beliau menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan.

“Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.

“Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja,” jelasnya./Malaysiakini

Khamis, 28 Oktober 2010

NAIB PRESIDEN PKR - YB FUZIAH SALLEH TENANG, TANPA KONTROVERSI

YB Fuziah Salleh (kanan) sewaktu Penamaan Calon PRK Parlimen Batu Sapi

Oleh: WFAUZDIN NS


SELAMAT berjaya buat YB Fuziah Salleh. Ucapan kejayaan ini buat beliau semoga YB Fuziah dapat membantu parti memenangi PRK Parlimen Batu Sapi. Kita maklum, MP Kuantan ini adalah seorang wanita gigih yang sentiasa bersama di barisan hadapan walau di mana sahaja PRK diadakan. Beliau banyak memberikan sumbangan dan idea kepada parti bahkan kerap kali di amanahkan tugas yang memerlukan kesabaran di dalam menghadapi tekanan.

Di dalam kesibukan calon-calon berkempen untuk pemilihan pimpinan PKR, YB Fuziah juga seperti beberapa calon lain bertungkus lumus di Batu Sapi. Tenaga beliau walaupun seorang wanita tidak kalah dengan tenaga yang ada pada Chegu Bard yang bersama turun ke Batu Sapi melupakan seketika kempen pemilihan parti. Amanah parti lebih penting dari kedudukan mereka di dalam parti,

Saya amat berharap ahli-ahli PKR tidak lupa untuk meletakkan YB Fuziah berada dalam hiraki kepimpinan parti, begitu juga dengan tokoh berani dari AMK iaitu Chegu Bard. Samada ahli perlu meletakkan dua tokoh wanita iaitu YB Fuziah dan YB Nurul Izzah sebagai Naib Presiden PKR, tidak menjadi masalah besar kerana kehadiran mereka pastinya mampu menarik golongan wanita menyokong parti ini. Tetapi, sekiranya mereka inginkan seorang sahaja tokoh wanita yang menduduki kerusi Naib Presiden PKR, saya merasakan YB Fuziah boleh mewakili golongan hawa di dalam kepimpinan PKR bagi membantu DS Wan Azizah selaku Presiden Parti.

Sikap YB Fuziah yang tenang, tidak banyak kerenah dan tiada kontroversi menunjukkan beliau ikhlas di dalam menawarkan khidmatnya. Di dalam PRU Ke 12 yang lalu, tiada siapa menyangka YB Fuziah boleh merampas Parlimen Kuantan dari Bn. Menjadi seorang MP di sebuah bandar ibu negeri Pahang iaitu sebuah negeri terbesar di Semenanjung bukan tugas yang mudah. Namun YB Fuziah mampu melaksanakannya sehinggakan beliau dihormati di kalangan pemimpin Umno di Pahang.

Mudah-mudahan wanita cekal ini diberi peluang untuk berada di kerusi Naib Presiden PKR dan bersamalah kita nantikan apakah ruginya PKR memilih beliau ke tahap itu. Selamat Berjaya buat YB Fuziah Salleh./wfauzdin.blogspot.com

PIALA MALAYSIA, PEMAIN KELANTAN BAKAL DAPAT HABUAN - NIK AZIZ

Kerajaan Negeri Turut Beri Insentif Kepada Pemain Kelantan

KOTA BAHARU, 28 Okt (Bernama) -- Kerajaan Kelantan memberi jaminan akan turut memberi insentif kepada pemain bola sepak negeri ini kerana berjaya ke peringkat akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata insentif yang lebih besar dalam bentuk wang tunai akan diberi jika pasukan Red Warriors seterusnya menjuarai piala berprestij itu.

Bagaimanapun, Nik Aziz tidak menjelaskan jumlah insentif yang bakal dihadiahkan kepada pemain terbabit.

Pada musim lalu, pemain Kelantan dihadiahkan mengerjakan umrah kerana berjaya ke peringkat akhir piala berkenaan.

"InsyaAllah, kita akan turut memberi insentif kepada pemain Kelantan kerana berjaya ke peringkat akhir kejohanan piala itu... dalam bentuk wang tunai," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, Khamis.

Menurutnya, langkah kerajaan negeri menghadiahkan wang tunai itu supaya ia turut dapat dinikmati oleh semua keluarga pemain.

Beliau bagaimanapun, menasihatkan penyokong dari negeri ini menunjukkan semangat kesukanan yang sejati ketika menyaksikan perlawanan akhir itu nanti dan tidak memalukan Kelantan dengan menimbulkan kekecohan dalam perlawanan itu.

Katanya, beberapa insiden kekecohan semasa perlawanan akhir di Bukit Jalil musim lalu tidak harus berulang kerana ia tidak mencerminkan budaya dan sikap sebenar rakyat negeri ini.

Menurutnya, beliau tidak dapat menyaksikan perlawanan akhir itu Sabtu ini dan mewakilkan kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Negeri.

Beliau berharap semua rakyat negeri ini mendoakan agar Kelantan akan menjulang Piala Malaysia yang sudah lama diidamkan itu.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada Ahad ini jika Kelantan berjaya menjuarai piala berprestij itu, Nik Aziz berkata:

"Kita tidak bercadang untuk mengisytiharkan cuti peristiwa walaupun kita ada hak, kerana kerajaan negeri sudahpun mengumumkan cuti peristiwa pada hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas 4 November ini.

"Adalah tidak wajar kita mengambil cuti peristiwa kerap walaupun kita mempunyai hak berbuat demikian," katanya.

-- BERNAMA

PKR PAHANG - MENGAPA AZMIN DIKAITKAN ?

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

PKR Pahang diberitakan `panas' kembali seperti yang dilaporkan oleh Pahang Daily. Ini berikutan dengan dakwaan perletakan jawatan Hj Suhaimi Said di dalam PKR Pahang. "Hj.Suhaimi ialah Ketua Cabang Kuala Krau dan merupakan Pengerusi Biro Felda & Orang Asal PKR Pahang. Menurut sumber, beliau juga seperti Azan hanya melepaskan jawatan peringkat negeri sebaliknya masih meneruskan hubungan dengan pusat" (Pahang Daily Online).

Berita ini sebenarnya tidaklah dianggap `panas' seperti berita pemimpin keluar dari parti. Berita ini hanya menampakkan bahawa PKR Pahang masih belum stabil dan sesuatu tindakan haruslah dilakukan oleh pimpinan pusat dengan segera sebelum Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya PR di Pahang bertambah kuat dan melihat kepada situasi semasa dirasakan PAS lebih berkelayakan untuk memimpin PR Pahang sekiranya PR memenangi Pilihanraya Umum akan datang.

Perletakan Hj Suhaimi Said dikatakan berpunca dari kecaman hebat oleh pimpinan PKR Pahang yang kurang senang dengan sikap beliau menyokong YB Azmin yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR secara terbuka. Benarkah demikian atau sengaja dijadikan isu untuk menunjukkan bahawa PKR Pahang keseluruhannya menyokong Dato Zaid? Mengapa dikaitkan perletakan jawatan Hj Suhaimi dengan YB Azmin? Setahu saya, di Pahang sokongan terhadap YB Azmin juga kuat dan Dato Zaid juga mempunyai peminat-peminatnya tersendiri. Justeru itu, salahkah Hj Suhaimi menyukai YB Azmin dan menyuarakannya secara terbuka?

Sokongan secara terbuka tidak hairan lagi setiap kali adanya pemilihan dalam parti. Bukankah Dato Zaid juga pernah menyokong YB Nurul Izzah secara terbuka? Apa yang penting, sokongan itu tidaklah sehingga kita memburukkan atau mengaibkan peribadi orang lain seperti kita menggelar orang lain sebagai `nyanyuk' atau `boneka'. Sudah tentu ahli-ahli PKR di Pahang yang menyokong YB Azmin tidak senang dengan keputusan Hj Suhaimi Said.

Beliau sepatutnya tidak perlu meletakkan jawatan jika beliau merasakan beliau tidak bersalah. PKR Pahang juga sewajarnya bersikap terbuka di dalam pemilihan parti kali ini. Apa yang penting, kita bukan berlawan dengan Umno, kita cuma bersaing untuk menentukan arah tuju parti. Sewajarnya juga PDO di dalam artikel berkaitan tidak mudah menganggap YB Azmin `kaki kipas' DS Anwar. Itu satu anggapan yang sering dimainkan oleh pihak musuh. /wfauzdin.blogspot.com

KES LIWAT II - DOKTOR AKUI TIADA UJIAN TENTUKAN PELINCIR DIGUNAKAN

Liwat II: Karpal tuntut dokumen 3 doktor HKL
Okt 28, 10

Tidak sampai dua minit, perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bermula, ia terpaksa ditangguhkan seketika.

Tindakan itu bagi membolehkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berbincang dengan pihak pendakwaan dan pembelaan di kamarnya.

Ini berikutan peguam bela utama, Karpal Singh yang ingin membuat hujahan bagi mendapatkan nota klinikal tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Semalam mahkamah menolak permohonan berkenaan atas alasan pihak pembelaan tidak berhak dibekalkan nota-nota itu kerana saksi tidak pernah merujuk dokumen itu sewaktu pemeriksaan utama.

8.58am: Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.

Doktor bedah am Hospital Kuala Lumpur - Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil ke kandang saksi.

9am: Karpal berkata beliau ingin mengemukakan semula sama ada hakim memahami apa yang dituntut oleh pihak pembelaan semalam - iaitu nota klinikal perubatan.

Katanya, kekeliruan penghakiman mungkin mengakibatkan salah faham berhubung apa yang dituntut oleh pihak pembelaan sebenarnya.

"Apa yang kami mahu adalah nota klinikal. Laporan awal perubatan bukan satu isu.”

Hakim Zabidin berkata keputusannya semalam adalah jelas. Beliau kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan tertutup di kamarnya.

Mahkamah berehat seketika.

9.05am: Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar masuk ke mahkamah dan duduk di galeri awam.

Masih terdapat banyak ruang kosong di mahkamah hari ini. Hanya terdapat kira-kira 40 orang. Kebanyakan wartawan asing dan penyokong Anwar yang biasanya hadir tidak kelihatan.

9.23am: Semua pihak yang terlibat keluar dari kamar hakim Zabidin.

9.26am: Mahkamah bersambung.

9.27am: Karpal terus mengasak Dr Razali mengenai keberatannya untuk merujuk kepada nota perubatan.

9.31am: Mahkamah sekali lagi berehat apabila Karpal berkeras mengasak saksi bertubi-tubi mengenai perkara berkenaan.

Karpal membantah apabila pihak pendakawaan menuntut beliau supaya berhenti berbuat demikian. Sankara Nair, seorang lagi peguam bela bangkit dan bertanya mengapa pihak pendakwaan cuba mengahlang peguam menyoal Dr Razali.

Karpal berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal.

Hakim Zabidin meminta semua pihak terlibat sekali lagi ke kamarnya untuk berbincang - ini kali kedua pagi ini, mereka berbuat demikian.

9.55am: Semua pihak kembali ke mahkamah.

10.02am: Hakim Zabidin memasuki mahkamah. Perbicaraan disambung semula.

10.10am: Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia.

Dr Razali semalam memberi keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia.

10.20am: Dr Razali mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia.

Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Menurut Karpal, that PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak pembelaan meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu.

10.25am: Mahkamah dihentikan seketika lagi - ini kali ketiga pagi ini. Kali ini bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia.

Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof berkata pihak pendakwaan tidak bercadang untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak dibekalkan kepada pihak pembelaan.

10.52am: Perbicaraan masih belum diteruskan. Peguam Karpal dan Sankara sedang berbincang dengan Anwar di luar mahkamah.

11.06am: Karpal dan Yusof sekali lagi dilihat menuju ke kamar Hakim Zabidin bagi perbincangan di kamarnya.

11.22am: Perbicaraan bersambung semula. Karpal meneruskan soal-balas.

11.42am: Sankara Nair mengambil-alih daripada Karpal dan sedang memasang projektor LCD.

11.56am: Sankara Nair kemudian mengambil-alih daripada Karpal dan menyoal-balas Dr Razali.

12.02pm: Sankara bertanya kepada Dr Razali sama ada pelincir digunakan dalam tindakan meliwat yang didakwa oleh pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Razali berkata beliau difahamkan ada, tetapi mengakui tiada ujian dilakukan bagi menentukan pelincir digunakan./Malaysiakini

DAP DITUDUH `KAFIR HARBI', YANG MENUDUH ITU MAHU DIGELAR APA?

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

PRK Dun Galas telah memulakan medan pertarungan yang dijangka sengit di antara calon Umno dan PAS. Umno sebuah parti sekular berteraskan kebangsaan mempunyai cita-cita tinggi untuk merampas kerusi tersebut dari PAS sebuah parti yang berteraskan Islam. Pertembungan ini adalah di antara golongan sekular iaitu yang memisahkan ugama dan politik serta urusan keduniaan yang dibawa oleh Umno dengan satu lagi golongan yang berjuang untuk mendaulatkan Islam.

Di antara kedua-dua golongan ini, siapakah yang dipilih oleh pengundi-pengundi di Dun Galas? Biarpun PAS yang mewakili PR bertanding di situ, namun Umno seperti tidak bersedia untuk berdepan dengan PAS. Maka, serangan Umno dilihat tertumpu kepada DAP yang juga merupakan sekutu PAS di dalam PR. PAS dilihat lebih `gentleman' dengan berdepan terus dengan Umno dan tidak mensasarkan MCA mahupun MIC. Inilah kehebatan PAS di dalam setiap pilihanraya.

Diberitakan terdapat sepanduk yang menggelar DAP sebagai `Kafir Harbi'. Mereka mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP. Sebelum kita menjawab persoalan bodoh mereka itu, kita ingin bertanya kepada mereka adakah mereka faham apa yang dikatakan `Kafir Harbi' itu? Jika mereka tidak faham, mereka perlu bertanya kepada `Ularmak Muda' yang ada bersama mereka. Jika `Ularmak Muda' itu membenarkan dakwaan mereka yang menyebut DAP adalah `Kafir Harbi' ini bermakna memang wajar `Ularmak Muda' tersebut berada di dalam parti sekular yang mereka dokongi itu.

Seandainya hujah mereka berpandukan kepada fahaman mereka bahawa DAP menolak perlaksanaan hukum hudud yang dicita-citakan oleh PAS sebagai dalil bahawa DAP itu `Kafir Harbi', kita bertanya kembali adakah Umno yang mengaku Islam itu menyokong hukum hudud? Bahkan, kita turut ingin tahu semenjak Umno memegang tampuk pemerintahan negara, pernahkah Umno bercita-cita untuk melaksanakan hukum hudud iaitu salah satu dari hukum Allah itu? Jika bercita-cita pun tidak pernah, jauh sekali untuk merancang melaksanakan hukum tersebut.

DAP sekadar menentang secara lisan, itu pun oleh beberapa kerat pemimpinnya akibat mereka tidak beriman dengan Islam. Karpal Singh menentang hukum hudud semata-mata berdasarkan Perlembagaan Negara dari aspek perundangannya. Manakala Umno menentang hukum tersebut bukan lagi secara lisan, bahkan Umno telah pun menggunakan kuasanya untuk menentukan hukum ini tidak akan dilaksanakan. Buktinya, pemimpin Umno dan Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Umno pernah menggunakan kuasanya untuk menyekat hukum tersebut dari dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.

Justeru itu, siapa lebih `Harbi'? Orang yang tidak beriman dengan Al-Quran menolak hukum dari Al-Quran atau orang yang mengaku beriman dengan Al-Quran tetapi secara terang-terangan menolak hukum Al-Quran? Sebelum ini, pemimpin Umno bercita-cita untuk memperkenalkan judi bola sepak Piala Dunia. Terbaru pula, ada rancangan untuk memperluaskan Pusat-Pusat Hiburan demi para pelancung. Amat memalukan, sebuah negara yang mengaku Negara Islam sanggup mengkhianati amanah Allah semata-mata untuk pelancung asing. Tidak cukup dengan itu, ada pula isteri pemimpin Islam yang menjadi Penaung kepada `Festival Busana Islam' yang sesat itu.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menghancurkan golongan sesat seperti ini. Menyokong mereka bererti kita juga lebih teruk dari DAP yang dikatakan `Kafir Harbi' itu. Syabas kepada DAP yang menjadi teman penerang semak samun sepanjang perjalanan kita menuju ke arah mendaulatkan Islam./wfauzdin.blogspot.com

MALAYSIA HUB HIBURAN - DR ASRI BIDAS NAJIB

Asri : Najib Seolah-olah Pinggirkan Islam


KUALA LUMPUR 27 OKT: Rancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub hiburan malam selaras dengan Program Transformasi Ekonomi atau ETP dilihat sebagai meminggirkan Islam, kata bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin.

"Ini amat bahaya kepada kerajaan sekarang. Ini langkah yang tidak bijak ketika kepimpinan Perdana Menteri sekarang dan Umno dikritik, ini menambah lagi prasangka dan kritikan orang. Sekali sekala nampak macam nak mengangkat Islam, sekali sekala seperti dipinggirkan (Islam) dalam pentadbiran negara kita" kata beliau.

Menurut pelan tindakan ETP yang dilancarkan oleh Najib, jumlah kelab malam terkemuka akan ditambah manakala lebih banyak konsert akan dianjurkan dan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dilonggarkan.

Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan rasional Umno-Barisan Nasional cuba meningkatkan pendapatan negara dengan menambah jumlah kelab malam.

"ETP ini perlu ditarik balik kerana beri kesan kepada orang Islam dan bukan Islam,” Dr Asri memberitahu TV Selangor.

"Kerajaan perlu tarik balik kerana jika tidak, ia akan jadi 'pukulan terhebat' untuk kerajaan. Sudahlah dianggap tidak mesra dengan orang Melayu oleh beberapa pihak, ia juga dianggap tidak mesra dengan Islam," tambah beliau.

Menurut pelan tindakan ETP, kerajaan Umno-BN pimpinan Najib merancang untuk menubuhkan zon-zon hiburan yang merangkumi kelab malam yang diberi kelonggaran dari segi waktu operasi.

Penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu adalah untuk menggandakan pendapatan hiburan malam di Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan, menurut pelan tindakan ETP.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan.

Selain itu syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa akan dilonggarkan bagi membolehkan lebih banyak artis luar negara dari Barat dan negara lain mengadakan pertunjukan di Malaysia.

Dr Asri berkata rancangan untuk menjadikan Malaysia hab hiburan malam akan mempunyai kesan politik selain kesan sosial.

"Saya lihat langkah ini akan memberi kesan besar kepada persepsi masyarakat Islam. Sudahlah kerajaan sekarang kehilangan sokongan daripada orang bukan Islam, ini juga akan menyebabkan (kerajaan) hilangnya sokongan akibat persepsi negatif umat islam,” tegas beliau.

"Sudahlah yang sedia ada(kelab malam) kita tidak mampu kendalikan dengan baik dengan gejala sosial meningkat saban hari, kita tambah lagi. Kenapa kerajaan tidak pilih cadangan lain? Mislanya pusat hiburan alternatif yang lebih bersopan seperti nasyid, atau hiburan tradisi yang tidak melanggar nilai-nilai kesopanan?,” kata Dr Asri./TVNews

KES LIWAT II - DR RAZALI DIASAK OLEH KARPAL

Liwat II: Hakim nafi Anwar akses nota perubatan
Okt 27, 10

Peguam Karpal Singh - yang disahkan negatif denggi tetapi masih lemah kerana cirit-birit - tiba di di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tengahari ini untuk menyoal siasat doktor Hospital Kuala Lumpur dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Karpal tiba kira-kira jam 1.30 tengahari ketika wartawan menunggu untuk mendapatkan pas masuk dari polis.

Kira-kira setengah jam kemudian, para wartawan kemudiannya dibenarkan masuk ke dewan mahkamah.

Peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan timbalan pendakwaraya Mohd Hanafiah Zakaria CK Wong kemudian masuk ke mahkamah.

Manakala peguambela CV Prabhakaran juga masuk ke mahkamah bersama pakar forensik Australia Dr David Wells.

Anwar pula tiba sekitar jam 2 petang bersama bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan isteri Datin Seri Fatimah Taat.

Mereka diikuti dengan pasukan peguam ketua pembangkang itu - Sankara Nair, Param Cumaraswamy Ram Karpal and Karpal Singh.

Karpal tiba kira-kira jam 1.30 tengahari ketika wartawan menunggu untuk mendapatkan pas masuk dari polis.

Kira-kira setengah jam kemudian, wartawan pula kemudiannya dibenarkan masuk ke dewan mahkamah.

Peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan timbalan pendakwaraya Mohd Hanafiah Zakaria CK Wong masuk masuk ke mahkamah.

2.10pm: Doktor HKL Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil untuk memberi keterangan.

2.13pm: Karpal mula menyoalsiasat Dr Razali.

Dr Razali memberitahu mahkamah bahawa laporan perubatan awal Saiful disediakan pada 29 Jun - sehari selepas mangsa diperiksa.

Bagaimanapun, ia dikeluarkan hampir dua minggu kemudiannya pada 10 Julai.

2.24pm: Dr Razali berkata beliau tidak ingat pada laporan perubatan awal - 10 Julai itu sama ada dia tandatangan di setiap muka surat. Tetapi bagi laporan perubatan bertarikh 13 Julai, dia tandatangan di semua mukasurat laporan berkenaan.

2.27pm: Karpal memohon untuk mendapatkan nota perubatan oleh doktor-doktor HKL sewaktu memeriksa Saiful selama tiga jam.

Mohd Yusof membantah permohonan tersebut kerana ini tidak dirujuk kepada saksi.

Karpal berkata isu boleh dibangkitkan sewaktu soal-siasat.

"Kita tidak mahu berulangnya insiden mata lebam di mana doktornya, Dr Abdul Rahman Yusof, diminta melakukan sesuatu yang beliau tidak mahu buat."

Karpal menjelaskan bahawa Dr Abdul diminta memberi keterangan bahawa kecederaan mata lebam itu dilakukan oleh Anwar sendiri.

"Tentunya, kita mahu ini dalam kes ini," katanya.

2.55 Mahkamah berihat untuk membolehkan hakim membuat keputusan sama ada untuk mengarahkan Dr Razali mengemukakan nota-nota perubatan sewaktu memeriksa Saiful.

Hakim Zabidin meminta Karpal terus menyoalsiasat Dr Razali berhubung perkara lain yang tidak berkaitan dengan nota perbuatan itu.

Bagaimanapun, Karpal berkata, beliau tidak boleh meneruskan soal-siasat itu tanpa nota-nota berkenaan.

3.17pm: Sidang mahkamah diteruskan. Hakim Zabidin membenarkan permohonan peguambela untuk mendapatkan laporan awal pemeriksaan perubatan itu, yang bertarikh 10 Julai.

3.18pm: Berlaku kekeliruan apabila Karpal berkata beliau mahu serta-merta nota tersebut, jika tidak beliau tidak dapat meneruskan soal-siasat terhadap Dr Razali.

Kedua belah pihak berhujah mengenai perkara itu.

3.24pm: Selepas mendengar hujah Karpal dan Yusof, Hakim Zabidin menjelaskan bahawa beliau hanya membenarkan pemberian laporan perubatan yang bertarikh 10 Julai 2008.

Karpal meminta rihat selama 20 minit untuk membincangkan perkara itu.

3.29pm: Pasukan pembelaan Anwar berbincang dengan pakar perubatan mereka Dr David Wells.

3.38pm: Mahkamah bersidang semuala tetapi tiada kelihatan kelibat Dr Razali. Beliau ke bilik air. Hakim Zabidin tersenyum dan berkata, “Kita akan tunggu saksi itu.”

3.41pm: Dr Razali tiba di mahkamah dan mengambil tempatnya di kandang saksi.

4.12pm: Meskipun diasak berulang kali oleh Karpal, Dr Razali enggan merujuk kepada nota awal klinikal berhubung sejarah perubatan Saiful, khususnya lawatan awalnya ke Hospital Pusrawi.

(Meskipun Karpal gagal mendapatkan nota perubatan, namun beliau boleh meminta maklumat secara langsuing daripada saksi sebagai rujukan apabila menyoal di mahkamah. Namun Dr Razali enggan merujuk kepada nota berkenaan).

Dr Razali berkata hanya ada satu laporan kimia.

4.16pm: Karpal memohon supaya sesi mahkamah hari ini ditangguhkan.

4.18pm: Sesi mahkamah berakhir. Perbicaraan akan bersambung pada jam 8.30 pagi esok./Malaysiakini

Rabu, 27 Oktober 2010

`DAP KAFIR HARBI' - SEPANDUK DARI MELAYU ISLAM YANG JAHIL UGAMA DI GALAS

Kain rentang 'DAP harbi' - Pakatan berang
Lee Way Loon
Okt 27, 10

Sehelai kain rentang dijumpai pagi ini tergantung di kawasan pekan Gua Musang dengan ayat berbunyi: “Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?”

Harbi merujuk kepada penduduk bukan Islam dan kafir yang berperang menentang Islam.

Ia juga menghuraikan tindakan pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh sebagai pemimpin yang didakwa 'hina perjuangan Islam'.

Meskipun semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran supaya semua pihak tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka, namun PAS mendakwa lawannya telah memulakan serangan dengan isu agama.

Kain rentang ini merujuk kepada laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Ia juga mempertikaikan mengapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi.

Kain rentang itu kemudiannya diturunkan oleh pekerja pilihan raya PAS dan DAP.

Bercakap pada sidang media selepas menurunkan kain rentang itu, penasihat jentera pilihan raya Galas, PAS, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua membidas tindakan itu yang dianggap rasis dan tidak demokratik.

Menurut Rahim, mesej kain rentang itu juga bertentangan dengan Islam.

“Adalah perkauman bagi menuduh seseorang itu sebagai 'harbi', kerana 'harbi' melambangkan perang terbuka dengan Islam,” katanya yang juga ahli parlimen Kota Baru. Menurutnya tindakan itu cuba membuat orang Islam marah.

"Sebagai penasihat jentera pilihan raya PAS, saya ingin jelaskan di sini: ini adal;ah PAS lawan Umno. Bukan DAP yang bertanding di Galas.

Kain rentang ini yang mengecam PAS itu juga didapati tidak mempunyai sebarang nama penerbitnya sepeerti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga mempertikaikan kain rentang itu dan mempersoalkan kempen sopan-santun yang dijanjikan oleh pengarah pilihan raya BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung.

"Umno tidak pernah berubah," kata Tony Pua./Malaysiakini

WIFI DI PERKAMPUNGAN GUA MUSANG, ORANG JELEBU JANGAN BERSEDIH

Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK semena-mena atau `tanpa dirancang' maka perkampungan di Gua Musang mencipta rekod `kampung WIFI' pertama di Malaysia. `Kebetulan' projek tersebut dijalankan di Gua Musang sewaktu Pilihanraya Kecil Dun Galas akan berlangsung. Sebelum ini `kebetulan' juga berlaku di Bagan Pinang apabila kem tentera dijanjikan dengan kemudahan WIFI, kolam renang dan Padang Futsal sewaktu PRK Dun Bagan Pinang.
Setiap kali berlakunya PRK, ada sahaja `projek kebetulan' dan kesemuanya diakui dan dipercayai oleh SPR dan SPRM sebagai `kebetulan'. Jika bukan `kebetulan', sudah tentu ianya merupakan rasuah politik dan ianya menyalahi peraturan dan undang-undang pilihanraya. Tetapi kerana `kebetulan' makan dibolehkan.

Saya tidak tahu samada di Bagan Pinang kem tentera di situ sudah menikmati kemudahan WIFI, kolam renang dan Padang Futsal atau belum. Tetapi, apa yang pasti `projek' pertama selepas Tan Sri Isa Samad menang di Dun Bagan Pinang adalah `projek' Tan Sri Isa sendiri iaitu beliau berkahwin baru setelah kematian isterinya. Saya difahamkan oleh rakan tentera di sana, satu apa pun tidak berjalan sebagaimana yang dijanjikan.

Saya anak Jelebu, MP Jelebu adalah DSU Dr Rais Yatim yang menjadi Menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi. Di kampung saya, usahkan kemudahan WIFI, rangkaian 3G pun tiada. Lojiknya, tentulah kawasan Jelebu terlebih dahulu mendapat kemudahan WIFI tersebut memandangkan MP Jelebu adalah Menteri Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan. Lagi pun, Jelebu dirasakan lebih baik pembangunannya sedikit dari Gua Musang, cuma bas sahaja yang bermasalah di Jelebu. Namun demikian orang Jelebu jangan kecewa, mungkin jika ada Wakil Rakyat di tempat kita mati nanti adalah WIFI tu tiba secara `kebetulan'.

Gua Musang terdapat ramai masyarakat Orang Asli dan di dalam PRK Dun Galas ini masyarakat Orang Asli akan diberi keistimewaan. Bayangkan orang-orang Asli ini akan menggunakan kemudahan WIFI di rumah mereka. Saya tidak tahu samada majoriti rumah di Gua Musang sudah memiliki komputer atau tidak. Tetapi, WIFI tetap diberikan cuma bila projek ini akan bermula, Wallahu Aklam. Mungkin esok, lusa, tulat, tahun depan atau selepas `kiamat'. /wfauzdin.blogspot.com

Kerajaan bayar RM26,000 sehari untuk kediaman Najib dan Muhyiddin

27/10/2010


KUALA LUMPUR, 27 Okt - Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM26,000 sehari atau RM9.4 juta setahun sebagai sewa dan penyenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Perkara itu disahkan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang diterima oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Liew berkata Najib selaku Menteri Kewangan mengesahkan RM6juta untuk Seri Perdana dan RM3.4 juta untuk Seri Setia (kediaman TPM) dibayar kepada Putrajaya Holding sebagai sewa dan kos penyenggaran.

Selain itu kerajaan juga akan megumumkan RM65 juta diperuntukan untuk mengubah suai Seri Perdana selama dua tahun bermula tahun ini.

Perbelanjaan yang begitu besar untuk kediaman Najib dan Muhyiddin pasti mengundang kritikan pelbagai pihak ketika hutang kerajaan persekutuan melonjak ke paras paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar , kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau./TVNews


ZUL KULIM BAWA CERITA BODOH

Oleh: WFAUZDIN NS

SUDAH lama tidak mendengar YB Zul Kulim merepek. Akhbar Sinar semalam menyiarkan kenyataan Zul Kulim yang sinonim digelar `firaun besar' ini yang mengulas tentang Pilihanraya Kecil di Parlimen Batu Sapi, Sabah. Biasalah, tiap kali pilihanraya Zul Kulim akan muncul meraih publisiti.

Kali ini Zul Kulim menyebut bahawa sepatutnya PAS yang bertanding di situ, bukannya PKR. Alasannya, PAS sebagai pertubuhan politik yang menjadikan pilihanraya sebagai jalan dakwahnya. Mengapa PAS tidak mahu berdakwah di Sabah? Itulah soalan bodoh dari orang yang bodoh.

Apabila Zul Kulim bertanya soalan seperti itu, aku mulalah keliru samada benarkah Zul Kulim ini pernah berada di dalam PAS. Benarkah beliau di`sepak' keluar dari PAS atau beliau sendiri melompat keluar dari PAS akibat menyedari dirinya yang bodoh dan jahil agama itu tidak layak berada di dalam PAS? Jika sedemikian jahilnya Zul Kulim, usahkan PAS, PKR atau DAP pun tidak sudi menerima beliau. Tidak tahulah kot-kot Makhal Sakti mahu terima Zul Kulim yang benak ini.

Dengar ceritanya dulu dia seorang `ustaz'. Ke hulu ke hilir berkuliah, sesekali berceramah politik. Masa itu bukan main lagi dia membela DS Anwar yang difitnah liwat kali pertama dulu. Bodek dia pada DS Anwar sehinggakan yang tiada diada-adakan kununnya beliau tahu semua kisah DS Anwar. Maklumlah `Peguam' dalam kes DS Anwar walaupun kerjanya `tukang bawa fail' saja. Jika benar Zul Kulim ini Ustaz, mustahil dia tidak tahu apa itu `dakwah'? Ke mana otak Zul Kulim sekarang? Teruk betul semenjak keluar dari PKR, masakan otak beliau tidak lagi boleh berfungsi?

PAS sebuah parti politik yang berteraskan Islam, juga merupakan satu jemaah yang sentiasa menjalankan usaha dakwahnya samada adanya pilihanraya atau tidak. Di Sabah, walaupun rakan sekutu PAS yang bertanding, PAS tetap turun berkempen di samping menjalankan usaha dakwahnya iaitu menegakkan keadilan dan kebenaran di samping menghapuskan kebathilan. Dakwah bukan bermakna terhenti tatkala tiada pilihanraya. Jika itu tafsiran Zul Kulim terhadap PAS, memang wajar PAS menolak beliau dari menjadi ahli kerana kejahilannya yang tidak lagi boleh diajar.

Sebenarnya Zul Kulim sudah tiada isu lagi untuk memburukkan PAS dan PR. Beliau juga sudah semakin dilupakan oleh Umno kerana beliau gagal sepenuhnya menjalankan tugas sebagai `barua' yang bermanafaat. Serangan Zul Kulim terhadap DS Anwar `dibawa angin lalu' kerana isu DS Anwar sudah di`booking' oleh Senatak Ezam sesumpah. Lagi banyak Zul Kulim bercakap, lagi terserlah kebodohannya. /wfauzdin.blogspot.com

PEMILIHAN PKR - KEHADIRAN NURUL TIDAK JEJASKAN SOKONGAN KEPADA FUZIAH SALLEH

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

YB Fuziah Salleh, MP Kuantan adalah salah seorang calon Naib Presiden PKR dan beliau telah mendapat pencalonan tertinggi bagi jawatan tersebut. Kesediaan YB Fuziah untuk mencuba nasib di dalam perebutan jawatan Naib Presiden wajar diberi pujian dan sokongan kerana beliau satu-satunya tokoh wanita di dalam PKR yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi membantu parti.

Beliau amat disenangi oleh pengundi-pengundinya di Kuantan, termasuk juga oleh penyokong-penyokong Umno/Bn di Parlimennya. Keikhlasan YB Fuziah melaksanakan tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat tanpa mengira ugama, bangsa dan fahaman politik menjadikan imej beliau dipandang tinggi. MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob pernah memuji dan menghargai peranan yang dimainkan oleh YB Fuziah selaku MP Kuantan.

Di peringkat Pusat, YB Fuziah telah diberi berbagai tugas dan tanggungjawab membantu parti terutamanya berkaitan pilihanraya. Semua tugas yang telah diberikan kepada tokoh wanita ini bukan suatu tugas mudah memandangkan PKR adalah sebuah parti yang sentiasa ditekan oleh Umno/Bn yang tentunya gagah dengan kuasa yang mereka miliki. Namun, di atas keberanian dan kebijaksanaan YB Fuziah mengatur strategi PKR mampu menghadapi Umno/Bn walaupun di dalam keadaan sukar.

Di dalam Parlimen, MP Kuantan ini bijak berhujah dan lantang bersuara sehinggakan kadangkala melebihi dari suara rakan-rakannya dari kaum lelaki. Bahkan, waktu artikel ini ditulis YB Fuziah sekarang berada di Sabah membantu parti di dalam menghadapi PRK Parlimen Bt Sapi. Beliau tidak punyai masa lagi untuk berkempen merebut kerusi Naib Presiden PKR, membantu parti lebih diutamakan daripada kedudukannya di dalam parti.

Apabila mendengar berita kununnya nama YB Fuziah telah dikeluarkan dari senarai pilihan bersama kumpulan YB Azmin, kita tidak perlu merasa gusar kerana YB Fuziah tetap akan menjadi pilihan ahli-ahli PKR. Setakat ini saya tidak dapat melihat sesiapa pun tokoh wanita yang berkebolehan seperti YB Fuziah hatta Ketua Wanita PKR sendiri. Dikatakan kemasukan YB Nurul Izzah sebagai pesaing kepada beliau akan menjejaskan peluang YB Fuziah. Jika prestasi diambil kira, rekod dan pengalaman menjadi ukuran, sudah tentu YB Fuziah lebih layak diangkat sebagai Naib Presiden PKR. Ini bukan bererti YB Nurul Izzah tidak berkebolehan tetapi anak sulung DS Anwar ini masih belum mencapai tahap yang diperlukan sebagai Naib Presiden PKR.

Terdapat ura-ura untuk memilih dua tokoh wanita yang bersaing ini ke jawatan Naib Presiden PKR. Mungkin tidak mustahil berlaku kerana terdapat mereka yang merasa serba salah untuk menyokong salah satu di antara dua tokoh wanita ini. Cumanya, jika benar kumpulan YB Azmin `menyingkir'kan YB Fuziah semata-mata hadirnya YB Nurul Izzah, pada pendapat saya ianya satu tindakan yang samasekali tidak bijak malahan dilihat seperti tidak jujur.

Keputusan YB Nurul Izzah mengumumkan hasrat bertanding jawatan tersebut disaat-saat akhir mendatangkan seribu persoalan. Persoalannya, mengapa YB Fuziah ditentang dan apakah selama ini YB Fuziah tidak melaksanakan tugasnya dengan betul? Adakah kerana demokrasi membenarkannya maka beliau patut ditentang walaupun tanpa alasan? Atau, adakah kerana seseorang yang mahukan YB Nurul Izzah berada di atas, maka YB Fuziah mesti dilawan?

Saya menyeru kepada semua ahli PKR agar membuat keputusan dengan bijak iaitu dengan meletakkan YB Fuziah berada di hiraki kepimpinan agar PKR terus mantap menghadapi PRU Ke 13 nanti./wfauzdin.blogspot.com

KEMASUKAN `ULAMA MUDA' DALAM UMNO, KELAB MALAM BAKAL BERTAMBAH

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina
Andrew Ong
Okt 26, 10


Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

NONEIni akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

azlanSatu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.


NONEUntuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan.

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

bukit bintang prostitutes 291005 bukit bintangLangkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

NONEMenerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan./Malaysiakini