RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 30 Oktober 2010

PIALA MALAYSIA - SIAPA KATA PAS DAN UMNO TIDAK BOLEH BERSATU ?



Oleh: WFAUZDIN NS

BERHENTI seketika pasal politik, tapi mahu juga selit sedikit politik di dalam menceritakan tentang Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia malam ini di antara Kelantan bertemu Negeri Sembilan. Perlawanan Akhir malam ini menemukan pasukan yang serupa tahun lepas di mana waktu itu Negeri Sembilan membawa piala berprestij itu balik ke Seremban.

Tahun ini, lebih tepat lagi malam ini mungkin giliran Kelantan pula untuk membawa piala tersebut ke Kota Bharu. Ramalan ramai pihak termasuk di dalam blog ini (semasa artikel ini dibuat) menunjukkan Kelantan akan berjaya menumpaskan Negeri Sembilan. Diberitakan kehangatan kempen PRK Dun Galas tergencat seketika gara-gara keghairahan rakyat Kelantan menumpukan sepenuh erhatian kepada perlawanan malam nanti.

Umno Kelantan diberitakan telah menyediakan sekurang-kurangnya 13 buah bas untuk membawa penyokong-penyokong Kelantan, manakala PAS pula menyediakan 5 buah bas ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Itu masih belum dikira rakyat Kelantan yang hadir dengan kenderaan persendirian dan mereka yang bermastautin di Lembah Kelang dan sekitarannya. Apa yang pasti, stadium kebangsaan kita malam ini pasti meriah dan lebih hangat dari kempen PRK Dun Galas.

Jika selama ini kita sering bercakap tentang perpaduan Umno-PAS yang tidak pernah dapat direalisasikan, kali ini sejarah akan membuktikan di dalam sebuah stadium akan `menyatukan' Umno-PAS. Penyokong-penyokong Umno Kelantan bersama penyokong-penyokong tegar PAS Kelantan malam ini akan duduk bersama, bersorak dan mengibarkan bendera negeri Kelantan. Jika ada juga bendera bulan dikibarkan, maka akan ada juga bendera keris tanpa sarung dikibarkan. Kibaran kedua-dua bendera ini mempunyai satu matlamat iaitu untuk membawa Piala Malaysia ke Kota Bharu.

Malam ini kesemua penyokong Kelantan akan melupakan seketika kempen PRK Dun Galas. Umno-PAS Kelantan akan bersorak dan bercakap dengan satu nada iaitu `Kami Mahu Piala Malaysia Di Bawa Ke Kota Bharu'. Itulah slogan mereka, itulah penyatuan Umno-PAS yang mungkin mampu kita lihat buat seketika ini.

Bagaimana pula dengan Negeri Sembilan? Sudah tentu saya anak jati Negeri Sembilan akan mengharapkan kemenangan untuk negeri yang terkenal dengan adat Perpatih ini. Secara jujurnya, saya yakin Negeri Sembilan pasti akan memberikan tentangan sengit kepada Kelantan. Malangnya, cita-cita saya untuk melihat kelibat MB Kelantan untuk hadir ke stadium malam ini tidak tercapai. Diberitakan Tuan Guru Nik Aziz tidak dapat hadir malam ini dan beliau akan diwakili oleh TMB Kelantan.

Adalah diharapkan kesemua penyokong yang hadir ke stadium malam ini akan dapat menjaga disiplin diri masing-masing serta mempamirkan semangat kesukanan yang tinggi. Pihak stadium dan FAM juga diminta dapat menentukan aspek keselamatan yang ketat agar kesemua penyokong berada di dalam keadaan selamat sepanjang perlawanan sehingga selesai. Jangan pula berlaku perkara-perkara yang tidak mampu dikawal oleh pihak keselamatan sedangkan para penyokong telah dikenakan harga tiket yang tinggi. Tingginya harga tiket, maka tinggilah juga aspek kawalan. Itulah harapan kita. Semoga Negeri Sembilan berjaya. Hoben Jang Hobennnn..../wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Kelantan boleh menang 3 kosong.
    Satu semangat dr umno
    satu semangat dr pas
    satu semangat dr tak berparti

    Pemain sumbangkan jaringan

    0leh sebab berkawan dengan orang N9
    3-1 = Keputusan

    2 Kel - 0 N9

    Nujum Mak Belalang

    Campur gaul semua lepas tamat perlawanan
    gi makan kopi o sama-sama

    gomo jange tak gomo!

    BalasPadam
  2. salam tuan,

    kalau orang N9 kibar bendera bulan...orang chop penyokong kelantan

    jika penyokong kelantan yang berbangsa umno kibar bendera keris, orang akan chop penyokong negeri 9.

    begitulah sinonimnya bulan dan keris dgn 2 negeri ini.

    tapi hati-hati, takut 13 buah bas tajaan umno tadi bila balik kelantan hilang ghaib di galas.
    umno tetap umno.

    BalasPadam
  3. benar sekali tuan soal keselamatan perlu diberi keutamaan jangan ada kematian . kelantan satu negeri 9 kosong.

    BalasPadam
  4. assobiah kelantan lawan assobiah n9.orang kedah ramai yang sokong kelantan.
    mana mana yang menang pun tak akan lebih dari 2-0.
    kalau yang ramal sampai 4-0,5-0 tu,depa ni pi tengok net ball lagi baik.

    BalasPadam