TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sabtu, 30 Oktober 2010

DALAM PWTC BERDEGAR HEBAT, AKHIRNYA "AMPUNKAN KAMI...AMPUN KAN KAMI..."

Kenyataan Rasis: Johari Mohon Maaf

Sumber MerdekaReview

KUALA LUMPUR: Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa Johari Abdul Ghani hari ini memohon maaf dan menyatakan bukan niatnya untuk mengguris hati atau meminggirkan masyarakat Cina dan India di kawasan parlimen di bawah tanggungjawabnya.Ketika menjawab komen dalam blognya www.joharighani.blogspot.com hari ini, beliau mendakwa ucapannya dalam mesyuarat tertutup bersama ahli-ahli Umno pada Julai lalu telah disalah erti.

Beliau berkata, "bukan niat saya untuk memperkecilkan sumbangan pengundi Cina dan India sehingga saya dilabel sebagai rasis. "Tetapi saya lebih bimbang tentang undi Melayu yang semakin merosot yang diperolehi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum (PRU) 2008 di mana BN tewas kepada PAS di Parlimen Titiwangsa," jelas beliau.

Menurut beliau, mesyuarat tertutup itu berkisar kepada para pengundi Melayu dan pendekatan yang perlu diambil oleh Umno untuk meraih kembali keyakinan dan sokongan orang-orang Melayu. Ujar beliau, "bukannya saya tidak peduli tentang pengundi Cina dan India. Fokus saya ialah perpecahan undi di kalangan pengundi Melayu dan bagaimana berdasarkan analogi yang mudah, 70% sokongan pengundi Melayu boleh membawa kepada kemenangan.

Johari dilaporkan berkata dalam Youtube, bahawa Umno tidak perlu kepada undi kaum Cina dan India jika mendapat 70% pengundi Melayu untuk menang kerusi Parlimen Titiwangsa. Kenyataan yang panas ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan daripada orang-orang Umno sendiri, lebih-lebih lagi daripada masyarakat Cina dan India./Tranungkite

Kenyataan rasis: Johari mohon maaf

2 ulasan:

  1. Memang lah orang umno ni bodoh dan bangang...bila dah tersepit mulalah cakap "pusing-pusing"..nak tepis tuduhan lah tu.

    Walaupun begitu bagi aku yang memang sejak azali lagi meluat kat umno ni...biaq pi mampuih lah dengan depa semua...lagi cepat depa melingkup lagi baguihhh.

    BalasPadam
  2. puak macam ni barulah boleh digelar munafik habri, depan cakap lain, belakang cakap lain

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini