Oleh: WFAUZDIN NS
PEMILIHAN Ketua AMK menyaksikan sokongan terhadap tokoh muda yang dilihat radikal, berani serta istiqomah di dalam perjuangannya iaitu Chegu Bard semakin bertambah. Saingan tunggal beliau di dalam perebutan Ketua AMK ini adalah Sdr Shamsul Iskandar yang sinonim dipanggil `Sam' sahaja oleh rakan-rakan di dalam parti. Sam juga tidak banyak menghampakan PKR sepanjang beliau memegang teraju Ketua AMK.
Kebolehan Sam menerajui AMK boleh dikatakan berjaya sehingga beliau disokong penuh oleh kebanyakan Cabang PKR untuk bertanding sebagai Naib Presiden PKR. Apabila Sam menyuarakan hajatnya untuk bertanding sebagai Naib Presiden, maka sokongan terhadapnya begitu baik dengan mendapat pencalonan kedua tertinggi selepas YB Fuziah Salleh. Namun, Sam mengambil keputusan drastik melangkah ke belakang semula untuk mempertahankan jawatan Ketua AMK. Tindakannya itu satu kesilapan besar kerana kebayakan ahli-ahli kini sudah bersedia untuk menabalkan Chegu Bard ke kerusi Ketua AMK.
Situasi kempen di dalam pemilihan kali ini tidaklah seteruk mana walaupun dikatakan adanya unsur-unsur atau budaya Umno diserapkan. Paling berbeza adalah tiadanya laporan atau aduan berlakunya unsur rasuah politik wang sepanjang pemilihan di dalam PKR. Masalah teknikal seringkali menimbulkan kekecohan di dalam pemilihan kali ini dan ianya menimbulkan persepsi bahawa adanya campurtangan untuk menentukan siapa yang dipilih. Walaupun kelihatan kecil, namun jika PKR tidak memperbetulkannya maka ianya akan menjadi barah di dalam PKR di masa-masa akan datang.
Menyebut tentang kempen pemilihan Ketua AMK kali ini, propaganda yang dimainkan oleh mereka yang menyokong seseorang calon kelihatan lebih kepada bentuk psikologi. Para penyokong kadangkala terlalu bekerja kuat untuk menentukan kemenangan terhadap calon yang mereka suka. Maka, timbul berbagai cerita di dalam blog-blog sekarang ini. Ada yang berbentuk spekulasi dan tidak kurang juga berbentuk `tuduhan nakal'. Mungkin cara inilah yang dikatakan oleh sesetengah pihak menyerupai cara Umno. Sukar juga untuk kita nafikan.
Chegu Bard pernah dituduh menerima wang jutaan ringgit agar mempengaruhi sokongan AMK terhadap seorang calon jawatan tertinggi parti. Beliau juga dikatakan pasti menang jawatan Ketua AMK kerana beliau adalah di kalangan keluarga terdekat DS Anwar. Chegu Bard juga didakwa hanya memperjuangkan reformasi jalanan semata-mata sehinggakan pernah disindir mengapa tidak mengadakan perhimpunan atau menaikkan banner ketika menyerahkan borang penerimaan pencalonan Ketua AMK yang lalu. Ini semua telah dijawab oleh Chegu Bard dengan baik dan berfakta. Jelas, Chegu Bard berupaya menangkis `serangan nakal' seperti ini.
Saya cuma agak terkilan kerana disaat Chegu Bard kini mendapat sokongan tinggi sebagai Ketua AMK, terdapat golongan yang dikatakan begitu kuat semangatnya menyokong Chegu Bard cuba untuk mencalarkan imej Chegu Bard. Sokongan terhadap Chegu Bard dilihat agak melampau sehingga mengaitkan nama DS Anwar dan juga salah seorang calon Timbalan Presiden PKR iaitu Azmin Ali. Dakwaan bahawa kemasukan Sdr Shamsul (Sam) semula ke gelanggang perebutan jawatan Ketua AMK adalah atas kehendak DS Anwar dan Azmin adalah satu dakwaan yang amat mendukacitakan.
Mengapa perlu dikaitkan dengan kedua-dua orang ini untuk kita menyatakan sokongan terhadap Chegu Bard? Saya adalah penyokong kuat Chegu Bard sejak awal lagi dan saya merasa mengapa nama DS Anwar dan Azmin dikaitkan. Ini menimbulkan persepsi samada DS Anwar atau Azmin yang tidak suka Chegu Bard atau Chegu Bard yang tidak suka kedua-dua tokoh ini. Di antara kedua-dua sangkaan seperti itu, satu pun tidak dapat memasuki akal saya walaupun saya banyak membaca tulisan dari rakan-rakan di dalam blog yang menyokong Chegu Bard.
Saya khuatir, strategi seperti ini akan memburukkan imej Chegu Bard yang selama ini kita kenal sebagai pejuang yang tidak memerlukan publisiti, belas kesihan atau prejudis. Apakah kita sangka penyokong-penyokong DS Anwar atau Azmin yang bukan sedikit itu gembira dengan dakwaan seperti di atas? Tidakkah merugikan kita untuk melihat Chegu Bard sebagai pemenang kerusi Ketua AMK?
Pada saya, Chegu Bard tidak boleh dipersalahkan dalam kempen seperti ini. Mungkin di luar kawalan beliau akibat terlalu `ekstrim'nya penyokong Chegu Bard. Saya tetap berpegang kepada kenyataan Chegu Bard bahawa beliau akan menyokong Azmin, Zaid dan juga Mustafa Kamil sebagai Timbalan Presiden PKR. Lebih dari itu, saya menganggap satu persepsi yang boleh mencalarkan `kebersihan dan kesucian' yang ada pada Chegu Bard.
Saya amat bimbang jika cara membabitkan Ketua Umum dan Azmin di dalam perkara ini dijalankan oleh mereka yang mahu melihat Azmin tumbang di dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, bukan untuk melihat Chegu Bard menang. Rengkas cakap, mereka mahu Azmin tersungkur dan mereka tidak kisah apa yang terjadi kepada Chegu Bard nanti. Tidak cukupkah cerita demi cerita berkaitan Azmin?
Apa pun, saya mengharapkan Chegu Bard dapat mengawal perkara ini agar beliau berjaya menduduki kerusi Ketua AMK yang baru. Sudah pasti PKR akan bertambah `ummphh' dan `power' jika Timbalan Presiden PKR adalah Azmin dan Chegu Bard sebagai Ketua AMK kerana inilah tokoh yang paling ditakuti oleh Umno. /wfauzdin.blogspot.com

Oleh itu...
BalasPadamSOKONGAN KEPADA AZMIN JUGA TIDAK HARUS DENGAN MEMBURUKKAN ZAID IBRAHIM..
Blogger ni hanya nampak dia je betul. Nasihat pun tak guna kalau dah terlalu taksub pd azmin. Mati hidup balik pun dia tak kan berubah. Serupa umno jugak... bodoh punya melayu.
BalasPadamAku tgk zaid yg mulakan peperangan dgn Azmin. Presiden dan Ketua Umum pun dia belasah secara terbuka. Kita dok boikot Utusan, Zaid kata peduli apa...dia wat wawancara dgn Utusan plak. Mmg patut pun zaid kena belasah...takkan dia je nk belasah org...
BalasPadamNk sokong Chegu Bard pun sokong lah. Aku pun sokong Chegu Bard gak, tapi wat apa dok kata kat azmin macam2...dah le takde bukti, tak bawa ke j/kuasa disiplin parti pun...main tuduh je..Zaid tu, kalau tak mau kena belasah jgn dok belasah org...skrg ni TV3 dok tunggu je modal zaid hentam parti...Aku sokong chegu bard dan aku sokong Azmin...
BalasPadamZAID TAK PYH KITA DOK BURUKKAN PUN...DH MMG BURUK PERANGAI DIA...MUNGKIR JANJI BYK KALI DAH...PUTAR BELIT..HIDUP CHEGU BARD...HIDUP AZMIN....
BalasPadamWah... blog ni sama sebijik mcm blog parpukari. Kalau dah melayu tetap bodoh serupa tu walau dlm parti apa pun...
BalasPadam