RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 28 Oktober 2010

DAP DITUDUH `KAFIR HARBI', YANG MENUDUH ITU MAHU DIGELAR APA?

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

PRK Dun Galas telah memulakan medan pertarungan yang dijangka sengit di antara calon Umno dan PAS. Umno sebuah parti sekular berteraskan kebangsaan mempunyai cita-cita tinggi untuk merampas kerusi tersebut dari PAS sebuah parti yang berteraskan Islam. Pertembungan ini adalah di antara golongan sekular iaitu yang memisahkan ugama dan politik serta urusan keduniaan yang dibawa oleh Umno dengan satu lagi golongan yang berjuang untuk mendaulatkan Islam.

Di antara kedua-dua golongan ini, siapakah yang dipilih oleh pengundi-pengundi di Dun Galas? Biarpun PAS yang mewakili PR bertanding di situ, namun Umno seperti tidak bersedia untuk berdepan dengan PAS. Maka, serangan Umno dilihat tertumpu kepada DAP yang juga merupakan sekutu PAS di dalam PR. PAS dilihat lebih `gentleman' dengan berdepan terus dengan Umno dan tidak mensasarkan MCA mahupun MIC. Inilah kehebatan PAS di dalam setiap pilihanraya.

Diberitakan terdapat sepanduk yang menggelar DAP sebagai `Kafir Harbi'. Mereka mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP. Sebelum kita menjawab persoalan bodoh mereka itu, kita ingin bertanya kepada mereka adakah mereka faham apa yang dikatakan `Kafir Harbi' itu? Jika mereka tidak faham, mereka perlu bertanya kepada `Ularmak Muda' yang ada bersama mereka. Jika `Ularmak Muda' itu membenarkan dakwaan mereka yang menyebut DAP adalah `Kafir Harbi' ini bermakna memang wajar `Ularmak Muda' tersebut berada di dalam parti sekular yang mereka dokongi itu.

Seandainya hujah mereka berpandukan kepada fahaman mereka bahawa DAP menolak perlaksanaan hukum hudud yang dicita-citakan oleh PAS sebagai dalil bahawa DAP itu `Kafir Harbi', kita bertanya kembali adakah Umno yang mengaku Islam itu menyokong hukum hudud? Bahkan, kita turut ingin tahu semenjak Umno memegang tampuk pemerintahan negara, pernahkah Umno bercita-cita untuk melaksanakan hukum hudud iaitu salah satu dari hukum Allah itu? Jika bercita-cita pun tidak pernah, jauh sekali untuk merancang melaksanakan hukum tersebut.

DAP sekadar menentang secara lisan, itu pun oleh beberapa kerat pemimpinnya akibat mereka tidak beriman dengan Islam. Karpal Singh menentang hukum hudud semata-mata berdasarkan Perlembagaan Negara dari aspek perundangannya. Manakala Umno menentang hukum tersebut bukan lagi secara lisan, bahkan Umno telah pun menggunakan kuasanya untuk menentukan hukum ini tidak akan dilaksanakan. Buktinya, pemimpin Umno dan Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Umno pernah menggunakan kuasanya untuk menyekat hukum tersebut dari dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.

Justeru itu, siapa lebih `Harbi'? Orang yang tidak beriman dengan Al-Quran menolak hukum dari Al-Quran atau orang yang mengaku beriman dengan Al-Quran tetapi secara terang-terangan menolak hukum Al-Quran? Sebelum ini, pemimpin Umno bercita-cita untuk memperkenalkan judi bola sepak Piala Dunia. Terbaru pula, ada rancangan untuk memperluaskan Pusat-Pusat Hiburan demi para pelancung. Amat memalukan, sebuah negara yang mengaku Negara Islam sanggup mengkhianati amanah Allah semata-mata untuk pelancung asing. Tidak cukup dengan itu, ada pula isteri pemimpin Islam yang menjadi Penaung kepada `Festival Busana Islam' yang sesat itu.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menghancurkan golongan sesat seperti ini. Menyokong mereka bererti kita juga lebih teruk dari DAP yang dikatakan `Kafir Harbi' itu. Syabas kepada DAP yang menjadi teman penerang semak samun sepanjang perjalanan kita menuju ke arah mendaulatkan Islam./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan