RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 21 April 2019

TUN M MEMULAKAN, ANWAR PELENGKAPNYA


TERIMA kasih kepada Tun M, Perdana Menteri yang berusia 93 tahun namun telah berusaha kuat dan gigih bagi membetulkan negara ini dari kerosakan rejim terdahulu.  Menghampiri setahun kerajaan PH mentadbir negara, sedikit demi sedikit menampakkan kemajuan di bawah kepimpinan Tun M.

Ramai menjangkakan negara ini akan pulih sepenuhnya selepas sepenggal kerajaan PH memerintah, namun apabila melihat kepada perubahan yang begitu drastik sekarang ini saya menaruh keyakinan di dalam tempuh dua tahun lagi negara ini akan kembali berada pada landasannya yang betul dan tepat.  Kejayaan paling besar dibawa oleh kerajaan PH adalah berjaya menghadapkan Najib, Rosmah, Zahid Hamidi, Azeez Tabung Haji, Isa Samad Felda dan beberapa tokoh lain ke mahkamah atas banyak kes salah laku dan penyelewengan sewaktu rejim Umno/Bn berkuasa dahulu.  Ini membuktikan bahawa kerajaan PH benar-benar serius untuk mengembalikan maruah negara ini agar lebih dihormati dan disegani setelah ditimpa aib yang besar dengan skandal 1MDB.

Pemulihan yang semakin ketara walaupun secara beransur-ansur amat melegakan kita kerana kesinambungan kerja baik yang dilakukan oleh Tun M selepas 09 Mei 2018 sudah pastinya akan dilengkapkan oleh pengganti beliau Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Sekarang adalah waktu untuk kita memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Tun M kerana dengan sokongan padu sahajalah akan menjadikan peralihan kuasa kepada Anwar berjalan dengan baik.  Peralihan kuasa dari Tun M kepada Anwar memang digeruni oleh Pembangkang kerana Pebangkang mengharapkan pengganti Tun M mestilah tokoh yang lebih lemah dari Tun M bagi memudahkan mereka kembali ke tampuk kuasa.  Sudah pasti ini tidak akan berlaku kerana PH sendiri telah menetapkan bahawa Anwar adalah sebaik tokoh bagi menggantikan Tun M.  

Di sebalik kegembiraan rakyat di bawah teraju Tun M sekarang, rakyat juga tidak sabar menanti Anwar meneruskan kejayaan Tun M.  PH beruntung kerana kita memulakan langkah memasuki Putrajaya dengan menampilkan tokoh yang hebat dikenali di merata dunia iaitu Tun M dan kita tidak perlu risau kerana yang bakal menggantikan Tun M pula adalah bekas gandingannya dahulu yang pernah membawa nama negara digelar "Harimau Asia", iaitu Anwar Ibrahim.  

PH memunyai tokoh-tokoh yang jauh berwibawa dari tokoh-tokoh Pembangkang.  Selepas Tun M, kita ada Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Husam Musa, Rafizi Ramli dan kita tidak kurang hebatnya memiliki tokoh yang bukan berbangsa Melayu seperti Lim Guan Eng dan Tony Phua yang sudah semestinya mampu membantu meningkatkan imej negara di mata dunia.  Tokoh-tokoh muda seperti Nurul Izzah, Syed Sadiq termasuk Rafizi Ramli adalah di antara bakal pelapis negara yang mempunyai aura masing-masing.  Saya yakin, di bawah kepimpinan Anwar nanti tokoh-tokoh muda ini akan ditampilkan di barisan hadapan untuk menimba pengalaman sebagai pelapis pimpinan muda.

Rakyat hanya perlu bersabar seketika di dalam tempuh setahun dua ini.  Selepas itu, rakyat pasti akan dapat melihat perbezaan yang ketara di antara kerajaan 'reformasi" PH dengan kerajaan "kleptokrasi" Umno/Bn.