Tulisan jawi wajar di martabatkan. Sebarang usaha oleh mana2 pihak untuk martabatkan tulisan jawi patut kita beri sokongan tidak mengira apa jua fahaman politik.
Namun, dalam masa yang sama, tulisan rumi yang juga penting untuk martabatkan bahasa kebangsaan tidak wajar kita kesampingkan. Begitu juga sebagai negara yang berbilang kaum, kita juga patut memelihara tulisan bahasa ibunda semua kaum.
Apa yang penting, meletakkan kesesuaian sesuatu tulisan itu agar tidak mengelirukan atau mendatangkan prasangka. Adalah tidak wajar dan tidak sesuai tulisan jawi digunakan untuk mempromosikan atau dijadikan sebagai tulisan di papan tanda kedai-kedai judi, arak, kelab hiburan dan seumpamanya. Sepatutnya ada garis panduan yang lebih jelas untuk memelihara tulisan jawi ini.
Tulisan jawi tidak harus dijadikan modal politik oleh mana2 pihak sekiranya kita benar2 ikhlas untuk memartabatkannya. Apa yang lebih penting, memartabatkan tulisan jawi harus dimulakan di sekolah2 di peringkat rendah lagi. Alangkah cantiknya jika tulisan ini dipelajari oleh semua kaum tanpa dipaksakan kepada mereka. Jika kita bangga anak2 kita bangsa melayu boleh menulis dan membaca di dalam bahasa Cina atau Tamil, begitulah juga kaum2 lain patut merasa bangga jika anak2 mereka boleh menulis dan membaca di dalam tulisan jawi.
Sekiranya kita tidak mempolitikkan isu tulisan dan bahasa ini, tidak mungkin ianya menjadi isu besar yang boleh memecahkan perpaduan kaum di negara tercinta ini.