TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SIAPA MB SGOR PILIHAN ANDA?

UNDILAH PAKATAN RAKYAT

UNDILAH PAKATAN RAKYAT

Jumaat, 13 Julai 2012

KEADILAN PAHANG TAWARKAN KERUSI UNTUK USTAZ AZHAR IDRUS?

Oleh:  WFAUZDIN NS

IDOLA anak muda khususnya, Ustaz Azhar Idrus kini semakin popular di seluruh negara.  Tanyalah kepada sesiapa anak muda hatta mat rempit sekalipun mereka pasti mengenali ustaz yang berusia 40-an ini.  Perkataan "Boh" (boss) atau "JKK" menjadi sebutan di bibir anak-anak muda sekarang.

Perlukah Ustaz Azhar Idrus bertanding di dalam PRU?
Tidak pelik sekiranya Mashita, yang digelar Ustazah Umno yang pernah "mendharuratkan' hukum melacur itu menggelar Ustaz Azhar Idrus ini sebagai "Ustaz Raja Lawak".  Begitu juga dengan Ularmak Muda Umno, Fathul Bari yang sering mempersendakan idola anak muda tersebut.  Semenjak bila Umno suka kepada Ulamak?  Ulamak mereka pun suka menendang peti undi seperti Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara yang kalah teruk kepada DS Wan Azizah dahulu.

Kehebatan Ustaz Azhar Idrus membuatkan mereka sakit hati dan dengki.  Ceramah mereka yang tidak henti-henti mengampu pemimpin kerajaan itu tidak mendapat sambutan, sebaliknya ceramah atau kuliah Ustaz Azhar Idrus yang penuh pengisian dan berani itu amat diminati masyarakat bahkan diminati oleh ahli-ahli Umno yang ada sedikit kemahuan untuk belajar mendapatkan ilmu.

Baru-baru ini dikhabarkan kepimpinan KEADILAN Pahang menyuarakan keinginan mahu meletakkan Ustaz Azhar Idrus bertanding di dalam PRU akan datang.  Orang kuat KEADILAN Pahang ini sanggup menawarkan kerusi KEADILAN untuk ditandingi oleh Ustaz Azhar Idrus.  Khabarnya, orang kuat KEADILAN Pahang ini amat meminati kuliah Ustaz Azhar Idrus.  

Terdapat respon yang bersetuju agar Ustaz Azhar bertanding di dalam PRU akan datang.  Tetapi banyak juga yang tidak bersetuju kerana mereka mahukan agar Ustaz Azhar terus berdakwah seperti sekarang kerana peminat-peminat beliau bukan hanya di kalangan orang-orang PAS atau KEADILAN.  Ustaz Azhar di dalam pendekatan dakwah beliau sekarang memberikan banyak kesan di dalam menguntungkan perjuangan PAS terutamanya.  Boleh dikatakan golongan artis yang kini telah mula berubah dan condong kepada perjuangan Islam adalah hasil dakwah daripada Ustaz Azhar Idrus.

Secara peribadinya, saya juga lebih suka Uztaz Azhar Idrus meneruskan pendekatan dakwah beliau sekarang.  Politik secara khusus tidak sesuai buat beliau tetapi beliau boleh memperkenalkan apakah itu politik menurut Islam kerana politik dan Islam tidak terpisah.  Bahkan, cara beliau sekarang ternyata lebih efisyen dan menakutkan pemimpin Umno khususnya kerana bagi mereka jika tiada lagi umat Islam yang jahil ertinya hayat Umno berakhir./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 12 Julai 2012

ASAL BUKAN UMNO, ASAL BUKAN PETRON

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA apabila panjang usia Mahdey Kutty maka terdirilah PETRON, syarikat minyak yang dibeli oleh anak Mahdey Kutty dengan menggunakan duit jual arak di Syarikat San Miguel di Filipina.  PETRON ini hasil dari pertukaran nama yang asalnya Esso Malaysia, maka membeli minyak di PETRON bererti berbelanja untuk anak Mahdey Kutty.



Begitulah hebatnya Mahdey Kutty mengawal negara ini setelah Najib kehilangan 'telor' sebagai pemimpin yang bukan sahaja takut untuk berdebat dengan DS Anwar, malah untuk mengawal si tua Mahdey Kutty pun beliau tidak terdaya lagi.  Bala menimpa Najib kerana di rumah beliau dikawal oleh Bik Mama, di pejabat pula Mahdey Kutty memegang `remote control'nya.  Sebab itulah agaknya Mahdey Kutty amat takut jika DS Anwar menjadi PM kerana akan kehilangan segala-galanya.



Paling menarik, Syarikat MAS juga `terpaksa' menandatangani perjanjian dengan PETRON pada 29 Jun yang lalu bagi membekal dan membeli bahanapi Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama 6 bulan mulai 01 Jul yang lalu.  Ertikata, dalam tempoh tersebut MAS tidak boleh membeli minyak dari syarikat lain kecuali dari PETRON iaitu syarikat anak Mahdey Kutty ini.  Satu cara urus niaga yang paling bangsat demi keluarga Mahdey Kutty.

Apakah itu Sun Miguel?  Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1860 sebagai syarikat arak terbesar di Filipina.  Syarikat ini menyumbang 95 % penjualan arak di Filipina.  Anak Mahdey Kutty, Mirzan telah membeli saham syarikat ini dengan harga RM 2.9 Bilion. Beliau adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat menjual arak ini.  Mungkin bagi Mahdey Kutty, ini lah anak beliau yang paling `Soleh'.  

Dan, tahukah anda apa itu PETRON?  Minyak dan gas PETRON ini dimiliki 100 % oleh San Miguel, syarikat arak tersebut.  Asalnya Esso Malaysia, dibeli oleh San Miguel dengan pemilikan saham 65 %.  PETRON ini telah mengambil alih syarikat Esso Malaysia Sdn Bhd, Exxon Mobil Malaysia Sdn Bhd dan Exxon Mobil Borneo Sdn Bhd. 

Persoalannya, wajarkah kita membantu stesen minyak PETRON yang kini mempunyai 560 buah stesen runcit di negara ini hanya kerana ia dimiliki oleh syarikat menjual arak (San Miguel)?  Apatah lagi ianya dibawah anak Mahdey Kutty yang bapanya siang malam menuduh DS Anwar itu rendah moral?  Tinggi sangatkah moral jutawan arak iaitu anaknya itu?  Bermoral sangatkah dengan mengenepikan syarikat lain untuk berurusniaga dengan MAS dan menaikkan syarikat anak sendiri?

Kesemua fakta yang saya sebutkan itu adalah merujuk kepada fakta yang didedahkan oleh Malaysian Insider serta akhbar Suara Keadilan yang terbaru hari ini.  Marilah kita sama-sama menolak PETRON, tolak Umno/Bn yang tidak lagi mampu untuk mengawal kerakusan Mahdey Kutty dan keluarganya.  Kita boikot PETRON kerana kenderaan kita boleh berjalan tanpa minyak yang diisi dari stesen tokey arak ini./wfauzdin.blogspot.com


Selasa, 10 Julai 2012

PELIK TAPI BENAR - MENGAPA MEREKA MENGAMUK SAKAN?

Oleh:  WFAUZDIN NS



KELAKAR tapi serius kes ini.  Mengapa dia mengamuk kat Putrajaya hanya berbekalkan pedang?  Jika benar seperti didakwa kononnya mereka mengamuk untuk `jatuh'kan kerajaan, bukankah senjata paling berkesan dan efektif hanyalah dengan menggunakan botol air mineral dan tuala good morning saja?  Tidak percaya, cuba tanya Nazri Aziz.

Mengapa dia mengamuk?  Mungkinkah kerana dia marah tidak dapat BR1M?  Atau tidak dapat tayar teksi percuma?  Tidak mustahil dia mengamuk kerana masih belum terima duit saham felda kot?  Kemungkinan besar juga dia mengamuk kerana mahu Najib berdebat dengan Anwar.

Apa pun, peristiwa ini mengingatkan kita peristiwa Sauk tahun 2000 dulu.  Kisahnya berkisar tentang kononnya geng-geng Al-Maunah mahu lawan Agong.  Berakhir di Bukit Jenalik.  Menyerah diri dengan pedang di tangan masing-masing walaupun dikatakan telah berjaya merampas senjata canggih dari dua kem tentera di Grik.  Tapi, pedang juga yang digunakan.  Ramai geng Al-Maunah yang terlibat, tetapi berapa orang yang digantung mati?  Pelik, tapi benar./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 9 Julai 2012

SIAPA KAMAL ATATURK?



0
0
 
 
Mustafa Kemal Antatuk adalah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam.

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau.

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).

 
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.


Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :
  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
  •  Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
  1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  2. Sakit jantung.
  3. Penyakit darah tinggi.
  4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.


Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terangan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh  Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Na’udzubillahi min zaalik….

Wallahu’alam

Sumber: www.blogammar.com


Jom Kongsi Dalam FB Anda