RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 13 Julai 2012

KEADILAN PAHANG TAWARKAN KERUSI UNTUK USTAZ AZHAR IDRUS?

Oleh:  WFAUZDIN NS

IDOLA anak muda khususnya, Ustaz Azhar Idrus kini semakin popular di seluruh negara.  Tanyalah kepada sesiapa anak muda hatta mat rempit sekalipun mereka pasti mengenali ustaz yang berusia 40-an ini.  Perkataan "Boh" (boss) atau "JKK" menjadi sebutan di bibir anak-anak muda sekarang.

Perlukah Ustaz Azhar Idrus bertanding di dalam PRU?
Tidak pelik sekiranya Mashita, yang digelar Ustazah Umno yang pernah "mendharuratkan' hukum melacur itu menggelar Ustaz Azhar Idrus ini sebagai "Ustaz Raja Lawak".  Begitu juga dengan Ularmak Muda Umno, Fathul Bari yang sering mempersendakan idola anak muda tersebut.  Semenjak bila Umno suka kepada Ulamak?  Ulamak mereka pun suka menendang peti undi seperti Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara yang kalah teruk kepada DS Wan Azizah dahulu.

Kehebatan Ustaz Azhar Idrus membuatkan mereka sakit hati dan dengki.  Ceramah mereka yang tidak henti-henti mengampu pemimpin kerajaan itu tidak mendapat sambutan, sebaliknya ceramah atau kuliah Ustaz Azhar Idrus yang penuh pengisian dan berani itu amat diminati masyarakat bahkan diminati oleh ahli-ahli Umno yang ada sedikit kemahuan untuk belajar mendapatkan ilmu.

Baru-baru ini dikhabarkan kepimpinan KEADILAN Pahang menyuarakan keinginan mahu meletakkan Ustaz Azhar Idrus bertanding di dalam PRU akan datang.  Orang kuat KEADILAN Pahang ini sanggup menawarkan kerusi KEADILAN untuk ditandingi oleh Ustaz Azhar Idrus.  Khabarnya, orang kuat KEADILAN Pahang ini amat meminati kuliah Ustaz Azhar Idrus.  

Terdapat respon yang bersetuju agar Ustaz Azhar bertanding di dalam PRU akan datang.  Tetapi banyak juga yang tidak bersetuju kerana mereka mahukan agar Ustaz Azhar terus berdakwah seperti sekarang kerana peminat-peminat beliau bukan hanya di kalangan orang-orang PAS atau KEADILAN.  Ustaz Azhar di dalam pendekatan dakwah beliau sekarang memberikan banyak kesan di dalam menguntungkan perjuangan PAS terutamanya.  Boleh dikatakan golongan artis yang kini telah mula berubah dan condong kepada perjuangan Islam adalah hasil dakwah daripada Ustaz Azhar Idrus.

Secara peribadinya, saya juga lebih suka Uztaz Azhar Idrus meneruskan pendekatan dakwah beliau sekarang.  Politik secara khusus tidak sesuai buat beliau tetapi beliau boleh memperkenalkan apakah itu politik menurut Islam kerana politik dan Islam tidak terpisah.  Bahkan, cara beliau sekarang ternyata lebih efisyen dan menakutkan pemimpin Umno khususnya kerana bagi mereka jika tiada lagi umat Islam yang jahil ertinya hayat Umno berakhir./wfauzdin.blogspot.com

12 ulasan:

  1. Elok dia carryon dakwah ... tak perlu masuk politik ...

    BalasPadam
  2. syukur

    DARI AMIK CINAK APEK KOMUBIS LEBIH BAIK AMIK ORG ISLAMM SENDIRI...

    CINA AMOI EŁLY KAK KHANG ....HISSSS GELI AKU BERSERABAI BETUL ANUNYA...

    LEBATTT

    MACAMANA COUPLE NI BULEH TIDO SATU BILIK NI..

    BalasPadam
  3. mmg selama ini pun ustaz azhar dalam politik, knp larang beliau berpolitik. politik islam mendidik rakyat tentang hukum hakam, mengajak manusia takut kpd Allah, taat pd Allah...itu yg ustaz azhar buat. politik x bermakna masuk bertanding PRU..ustaz azhar bersama ulama lain berusaha memenangkan agama Allah di malaysia..itu la politik sebenar...masuk bertandng PRU ialah elemen dlm politik, tp bkn politik.

    BalasPadam
  4. cadangakan UAI bertanding di Pekan ada bran?

    BalasPadam
  5. ulamak kena berkecuali...

    perlu jadi pendamai bila dua pihak berseteru

    BalasPadam
  6. Aku rasa suara ulama yg tidak menyokong BN tidak di pedulikan oleh....... Korang ingat tak Ustaz BN mana yg bertanding di Permatang Pauh ketika DSAI dlm penjara ? Kak Wan PKR menang dengan majaroti yg kecil.....

    BalasPadam
  7. tak kisahla UAI nak bertanding atau X, yg penting dia terus lantang menegakkan hukum Allah di muka bumi ini.dia tau apa yg terbaik untuk dirinya..

    BalasPadam
  8. Ada lagi yang memberi komen yang seolah2 di dalam syariat Islam tiada bab politik. Inilah didikan ameno.

    BalasPadam
  9. haha bab mengelakkan kan kapir harbi berkuasa pun xada dlm islam....

    ....
    Debat di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) pada 8 Julai lalu berjaya mengukuhkan persepsi DAP sebagai parti Cina paling rasis di negara ini.....................
    .......
    ...
    ...
    Kini DAP mahu menghapuskan sistem kuota yang bermakna semua universiti awam termasuk UiTM akan dipaksa membuka peluang seluas-luasnya kepada pelajar kaum Cina dan India dengan mengorbankan kepentingan orang Melayu.....

    http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/07/dap-makin-tak-sabar-nak-hapus-artikel.html

    BalasPadam
  10. aku kesian tgk anwar..lepas tgk najib kat tv3...

    aku teringat..ramalan seaeorg yg popular dulu

    anwar xkan jadi pm
    mahathir akan turun pasai anwar juga...

    ''tak guna lansung'' madey ckp mmg betui...apa yg rkyat dpt gainnn??

    huru hara negara..
    hubungan kaun rosak..

    BalasPadam
  11. assalamualaikum..

    http://4.bp.blogspot.com/-OwPkUuzPB7k/UAG545BDurI/AAAAAAAAQ30/uA5d9lvzAN8/s1600/pas+shah+alam+3.jpg


    sy sbg pejuang pas (sebelah Hassan)
    sangat2 terharu ... Hassan is ON THE PATH !!

    sapa yg suka ..sapa yg xsuka hassan ali..
    telan lah hakikat diam2.... Hassan mmg berguna pada 'kita'...

    BalasPadam
  12. Pas mendenya, Hasan tu pejuang beras jati.

    BalasPadam