RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 4 September 2015

KEADILAN JANGAN SILAP PILIH KAWAN

Bukan rahsia lagi, kepimpinan Pas yg diwakili oleh Timb Presiden, Ustaz Tuan Ibrahim dan beberapa pimpinan kanan Pas telah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan KEADILAN yg diketuai oleh Presiden, DS Wan Azizah dan beberapa pimpinan kanan juga.

Dikatakan, KEADILAN menawarkan jalan damai semua parti Pembangkang sebagaimana yg dihajati oleh Ketua Umum DS Anwar yg kini berada di penjara. KEADILAN khabarnya memberi cadangan agar Pakatan Rakyat 2.0 melibatkan KEADILAN, Pas, Dap dan GHB (Amanah).


Namun, idea ini ditolak oleh Pas terutamanya apabila melibatkan Dap yg mana Pas telah meluluskan di dlm muktamar mereka hubungan dengan Dap telah putus. Bak kata Ustaz Tuan Ibrahim, keputusan MSU wajib dipatuhi oleh Pas. Tentang GHB pula, Pas berpendapat GHB tidak ada beri nilai tambahan kepada Pakatan Rakyat jika menerima parti baru tersebut.

Ertikata lain, Pas menolak idea perpaduan yang mahu diusahakan oleh KEADILAN.

Hari ini, kita dImaklumkan pula bahawa GHB (Amanah) enggan menerima Pas sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat 2.0. Hujah mereka, Pas sudah pasti tidak dapat bekerjasama dengan Dap dan tentunya Pas tidak selesa juga dengan GHB (Amanah). Mana mungkin Pakatan Rakyat 2.0 boleh mantap di dalam keadaan sedemikian? Maka, keputusan GHB (Amanah) ini selari juga dengan kehendak Pas. Masing-masing tidak mahu bersama.

Pendapat aku, aku tidak salahkan DS Anwar atau KEADILAN yg mahu usahakan perpaduan kerana memang kita digalakkan menyatukan pihak yang berbalah. Namun, KEADILAN harus terima hakikat bahawa masing-masing ada prinsip dan sebab musabab untuk menolak usaha KEADILAN itu. Pas dengan hujahnya dan GHB (Amanah) pula ada fakta lojiknya tidak bersetuju Pas berada di dalam Pakatan Rakyat 2.0. Setakat ini aku tidak tahu apa pendapat Dap.

Pendapat peribadi aku, jika KEADILAN benar-benar ingin wujudkan Pakatan Rakyat 2.0, kita mestilah tahu siapa yang betul-betul ikhlas untuk bersama kita. Kita patut tahu, siapakah di kalangan rakan-rakan kita yang selama ini sanggup bersusah dan bersenang bersama kita. Kawan yang baik adalah kawan yang tahu menghormati kita dan tidak sesekali menyakiti kita. Kawan yang telah menunjukkan kesetian berkawan bahkan kawan yang sanggup berkorban tatkala kita susah, itulah kawan kita yg patut kita jaga.

KEADILAN jangan silap pilih kawan. Menyesal kemudian tidak berguna!!

Khamis, 3 September 2015

SECEBIS KENANGAN 1 - BERSIH4 (KAUM MUDA PATUT DIPUJI)

 
 
MENJELANG 31 Ogos baru-baru ini di Dataran Merdeka meninggalkan seribu kenangan manis. Boleh dikatakan tiada satu pun kenangan pahit yang ditinggalkan sebagai kenangan bersama.

Awalnya, aku sendiri menjangkakan BERSIH4 hari pertama pada 29 Ogos sebelah petang itu cukup untuk menyatakan BERSIH4 amat berjaya dengan kehadiran "insan BERSIH' berbaju kuning yang pada angaran aku mencecah 100K. Ini berpandukan kepada jangkaan dari media bebas, Malaysiakini yang melaporkan sekitar jam 4 petang saja kehadiran berbaju kuning dijangka 80K.
 

Subuh 30 Ogos itu, aku berada di lapangan sebelah Dataran Merdeka. Sekitar jam 06.00 pagi, masih ramai yang bergelimpangan tidor di atas jalanraya terutamanya di kalangan Non-Muslim. Bagi mereka yang berugama Islam dilihat ramai berada di Masjid berdekatan untuk mandi dan Solat Subuh. Ada yang Solat Subuh di kawasan tempat mereka tidor.

Namun begitu, paling manis dalam kenangan apabila sekumpulan anak-anak muda kaum Cina mula bergerak dari satu tempat ke satu tempat sambil menjerit "Kami bawa kopi untuk anda, kami tidak mahu duit kopi". Kata-kata itu juga terdapat di dalam poster yang mereka bawa. Masing-masing membawa satu kotak yang berisi kopi panas di dalam cawan kertas. Rakannya yang lain membawa sekotak kueh biskut dan roti. Mereka menghulurkan air kopi dan roti kepada peserta-peserta BERSIH 4 yang berada di situ.
 


"Kami bawa kopi panas, kami tidak mahu "duit kopi". Kata-kata itu terungkap makna yang sinis. Ertinya, kaum muda menolak "duit kopi" yakni rasuah. Kopi diedarkan percuma. Aku turut menikmati kopi panas yang kurang gula itu. Terima kasih "unit Amal" BERSIH.

Suasana sebelah petang 30 Ogos, aku seperti merasakan Himpunan BERSIH 4 baru bermula. Kehadiran puluhan ribu mula memenuhi pinggir Dataran. Di Stesen LRT, bagaikan lautan 'emas', amat menakjubkan. Aku keletihan dan berehat di kaki lima berhampiran bangunan sebelah stesen LRT. Berdepan dengan aku, terdapat sepasang OKU yang kehilangan penglihatan sedang bermain alat muzik dan menyanyi. Lelaki tua mengendalikan alat muzik, manakala isterinya menyanyikan berbagai lagu.

Sekeliling pasangan tersebut, ribuan anak muda mundar-mandir berbaju kuning menantikan saat malam 31 ogos nanti. Mungkin pasangan ini sudah tahu apa yang berlaku sekitar mereka. Warga KL semua tahu tentang himpunan rakyat termasuk warga emas OKU ini. Sambil menghilangkan rasa penat kerana kurang tidor, aku bersandar di kaki lima. Menikmati alunan muzik dan suara penyanyi warga emas ini. Hilang sedikit rasa penat kerana suara wanita itu bagus sekali.

Ramai yang lalu lalang di hadapan warga emas ini. Ada yang berhenti seketika menghulurkan duit dan dimasukkan ke dalam kotak yang dipegang oleh lelaki tua bersama wanita seusia, mungkin isterinya. Tersentuh dihati apabila aku terus mengira mereka yang menghulurkan duit ke dalam kotak pasangan warga emas ini adalah anak-anak muda berbangsa kaum Cina, sedangkan pasangan tua ini berbangsa Melayu. Ya, memang BERSIH 4 kali ini terlalu ramai menarik perhatian anak-anak muda kaum Cina. Di dalam hatiku, "Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana BERSIH membawa seribu rahmat tersembunyi".

Terharu bila melihat sekumpulan anak muda kaum Cina yang membawa beg plastik hitam yang ke sana-kemari mencari sampah-sarap untuk mereka kumpulkan. Mungkin mereka tidak tahu untuk berperanan seperti "Unit Amal Pas" seperti mengawal keselamatan, namun "Unit Amal" kaum Cina ini berjaya mengambil-alih peranan "Unit Amal Pas" dan bagi aku mereka amat berjaya membantu program BERSIH4 kali ini.

Aku ingin berlalu pergi minum petang. Baru saja aku bangun untuk bergerak meninggalkan kaki lima tersebut, aku terdengar wanita warga emas itu mengalunkan lagu "Perwiraku" lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Almarhumah Saloma. Entah kenapa, rasa sedikit sebak. Aku terus menuju kepada pasangan tersebut dan menghulurkan sedikit sumbangan dan berkata pada makcik tua yang menyanyikan lagu itu, "Terima kasih makcik...sedap lagu tu..".

Aku pun berlalu pergi bersama rakanku Sdr Arman. BERSIH benar-benar 'bersih'. Kalau aku rajin, aku akan tulis lagi pengalaman aku....