RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 3 September 2015

SECEBIS KENANGAN 1 - BERSIH4 (KAUM MUDA PATUT DIPUJI)

 
 
MENJELANG 31 Ogos baru-baru ini di Dataran Merdeka meninggalkan seribu kenangan manis. Boleh dikatakan tiada satu pun kenangan pahit yang ditinggalkan sebagai kenangan bersama.

Awalnya, aku sendiri menjangkakan BERSIH4 hari pertama pada 29 Ogos sebelah petang itu cukup untuk menyatakan BERSIH4 amat berjaya dengan kehadiran "insan BERSIH' berbaju kuning yang pada angaran aku mencecah 100K. Ini berpandukan kepada jangkaan dari media bebas, Malaysiakini yang melaporkan sekitar jam 4 petang saja kehadiran berbaju kuning dijangka 80K.
 

Subuh 30 Ogos itu, aku berada di lapangan sebelah Dataran Merdeka. Sekitar jam 06.00 pagi, masih ramai yang bergelimpangan tidor di atas jalanraya terutamanya di kalangan Non-Muslim. Bagi mereka yang berugama Islam dilihat ramai berada di Masjid berdekatan untuk mandi dan Solat Subuh. Ada yang Solat Subuh di kawasan tempat mereka tidor.

Namun begitu, paling manis dalam kenangan apabila sekumpulan anak-anak muda kaum Cina mula bergerak dari satu tempat ke satu tempat sambil menjerit "Kami bawa kopi untuk anda, kami tidak mahu duit kopi". Kata-kata itu juga terdapat di dalam poster yang mereka bawa. Masing-masing membawa satu kotak yang berisi kopi panas di dalam cawan kertas. Rakannya yang lain membawa sekotak kueh biskut dan roti. Mereka menghulurkan air kopi dan roti kepada peserta-peserta BERSIH 4 yang berada di situ.
 


"Kami bawa kopi panas, kami tidak mahu "duit kopi". Kata-kata itu terungkap makna yang sinis. Ertinya, kaum muda menolak "duit kopi" yakni rasuah. Kopi diedarkan percuma. Aku turut menikmati kopi panas yang kurang gula itu. Terima kasih "unit Amal" BERSIH.

Suasana sebelah petang 30 Ogos, aku seperti merasakan Himpunan BERSIH 4 baru bermula. Kehadiran puluhan ribu mula memenuhi pinggir Dataran. Di Stesen LRT, bagaikan lautan 'emas', amat menakjubkan. Aku keletihan dan berehat di kaki lima berhampiran bangunan sebelah stesen LRT. Berdepan dengan aku, terdapat sepasang OKU yang kehilangan penglihatan sedang bermain alat muzik dan menyanyi. Lelaki tua mengendalikan alat muzik, manakala isterinya menyanyikan berbagai lagu.

Sekeliling pasangan tersebut, ribuan anak muda mundar-mandir berbaju kuning menantikan saat malam 31 ogos nanti. Mungkin pasangan ini sudah tahu apa yang berlaku sekitar mereka. Warga KL semua tahu tentang himpunan rakyat termasuk warga emas OKU ini. Sambil menghilangkan rasa penat kerana kurang tidor, aku bersandar di kaki lima. Menikmati alunan muzik dan suara penyanyi warga emas ini. Hilang sedikit rasa penat kerana suara wanita itu bagus sekali.

Ramai yang lalu lalang di hadapan warga emas ini. Ada yang berhenti seketika menghulurkan duit dan dimasukkan ke dalam kotak yang dipegang oleh lelaki tua bersama wanita seusia, mungkin isterinya. Tersentuh dihati apabila aku terus mengira mereka yang menghulurkan duit ke dalam kotak pasangan warga emas ini adalah anak-anak muda berbangsa kaum Cina, sedangkan pasangan tua ini berbangsa Melayu. Ya, memang BERSIH 4 kali ini terlalu ramai menarik perhatian anak-anak muda kaum Cina. Di dalam hatiku, "Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana BERSIH membawa seribu rahmat tersembunyi".

Terharu bila melihat sekumpulan anak muda kaum Cina yang membawa beg plastik hitam yang ke sana-kemari mencari sampah-sarap untuk mereka kumpulkan. Mungkin mereka tidak tahu untuk berperanan seperti "Unit Amal Pas" seperti mengawal keselamatan, namun "Unit Amal" kaum Cina ini berjaya mengambil-alih peranan "Unit Amal Pas" dan bagi aku mereka amat berjaya membantu program BERSIH4 kali ini.

Aku ingin berlalu pergi minum petang. Baru saja aku bangun untuk bergerak meninggalkan kaki lima tersebut, aku terdengar wanita warga emas itu mengalunkan lagu "Perwiraku" lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Almarhumah Saloma. Entah kenapa, rasa sedikit sebak. Aku terus menuju kepada pasangan tersebut dan menghulurkan sedikit sumbangan dan berkata pada makcik tua yang menyanyikan lagu itu, "Terima kasih makcik...sedap lagu tu..".

Aku pun berlalu pergi bersama rakanku Sdr Arman. BERSIH benar-benar 'bersih'. Kalau aku rajin, aku akan tulis lagi pengalaman aku....

3 ulasan:

  1. PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    2. Muktamar dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    3. ahli mengeboo pemimpin2 pro, sebelum muktamar suruh keluar parti TAPI bila nak tubuh GHB slps muktamar mereka mula MEROYAN
    4. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    5. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    6. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor dan kutuk PKR tp masih mau bersama-sama geng PKR takut parti lenyap pengaruh.
    7. Jadi calon Pas kena Cagar BINI.....Baiah yg bidaah-kesesatan
    8. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    9. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    10. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula MACAM seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    BalasPadam
  2. DITULIS OLEH TAY TIAN YAN TIMBALAN KETUA PENGARANG SIN CHEW DAILY..

    1. Najib dan UMNO jelas tidak goyah dan terjejas oleh BERSIH 4. Sokongan untuk Najib bersandar kepada sokongan akar umbi UMNO. Majoritinya adalah Melayu yang menebal dgn semangat kebangsaan dan tetap kekal menyokong beliau.


    2. MCA dan GERAKAN menanggung rugi besar. Kaum Cina tidak percaya mereka dan UMNO pula semakin mencurigai pendirian MCA yg kelihatan bersimpati dengan BERSIH 4. UMNO melihat MCA dan Gerakan sebagai parti yg lemah dan tidak lagi mampu menarik sokongan orang Cina.

    3. Kehadiran Tun M ke Dataran Merdeka gagal memenangi hati kedua dua belah pihak. Dia dianggap diktator yg sering menindas sebarang perhimpunan awam. Dia tidak ada tempat di kalangan para demonstran pada hari tersebut di mana 80% daripadanya adalah kaum Cina. Dia juga dikecam hebat oleh ahli UMNO dan majoriti orang Melayu kerana menghadiri BERSIH 4. Imej Tun M sebenarnya terjejas teruk.

    4. Malang untuk Anwar dan keluarganya kerana laungan BEBASKAN ANWAR tidak kedengaran sama sekali dan ditenggelami oleh tiupan hingar bingar vuvuzela.

    5. Gerakan Harapan Baru diaibkan kerana gagal membawa penyokong yang ramai. GHB boleh diramalkan bungkus awal selepas PRU ke 14.

    6. Ustaz Hadi Awang tentu ketawa besar kerana keputusannya memulaukan BERSIH 4 telah memalukan DAP. Dia melakukan perjudian politik yang mahal tetapi menang besar kerana menumpaskan sekaligus GHB, PKR dan DAP.

    7. Kegagalan BERSIH bukan sahaja dari segi jumlah kehadiran yang tidak seimbang antara kaum tetapi dicemari oleh berbagai insiden biadap seperti memijak potret DS Najib dan DS Hadi Awang. Tindakan mereka membawa penyapu dan menyapu potret Rosmah membangkitkan lagi kemarahan rakyat yang bertamaddun dan mengukuhkan lagi PERPADUAN MELAYU.

    Buktinya pada 16.9.2015 ini akan ada perhimpunan yang dinamakan sebagai perhimpunan RAKYAT BERSATU di Bukit Bintang. Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh BERSIH

    BalasPadam
  3. Kami Mohon PERKASA dibdaftar sebagai party politik

    Kerana ramai ahli umno di pecat bulan sept nih..

    Untuk membentuk pakatan 3.0
    DAP AMANAH PERKASA
    . vs
    PKR PAS UMNO + Mahathir
    . (pakatan 2.0 )

    Kami ABU akan sokong pakatan 3.0!

    BalasPadam