SELEPAS kita bulat-bulat kena kelentong oleh Mat Said dengan "Three Stroogers"nya di Terengganu, semalam diumum pula kenaikan harga kadar elektrik. Kononnya jika tidak naik harga, TNB rugi. Jika TNB rugi maka keraplah nanti terjadi 'blackout" seperti yang melanda beberapa negeri baru-baru ini. Rakyat susah dan derita, peduli apa?
Jika dulu, kerajaan naikkan harga gula kononnya untuk mengelakkan rakyat dari kena kencing manis. Harga ayam naik, rakyat disuruh makan daging atau ikan saja. Daging dan ikan murah kot kat Malaysia ini? Harga beras naik, cuba tanya pesawah di bendang adakah kehidupan mereka berubah bila harga beras dinaikkan? Cuba tanya pula tokeh-tokeh yang menguruskan beras ini, miskinkah mereka?
Kini, harga letrik dinaikkan. Cuba tanya tokeh-tokeh IPP, YTL dan seumpamanya. Semakin terhimpitkah kehidupan mereka? Tahukah kita letrik tidak dikecualikan dari dikenakan GST tahun depan kerana letrik bukan makanan asas buat rakyat negara ini. Belum GST lagi, harga letrik naik, bayangkan jika sudah dikenakan GST. Berapa yang rakyat kena tanggung?
Kilang menggunakan banyak tenaga letrik. Kilang-kilang akan cas semua ini atas bahan produk mereka dan pengguna tanggung. Kilang pun menanggung GST juga. Cas lagi. Pengguna tangung lagi. Bukankah kesemua keperluan makanan asasi kita kesemuanya dihasilkan melalui proses di kilang? Tidakkah kita akan menanggung kesemua kesan ini?
Maka, jangan jadi bodoh lah.