RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 31 Mei 2013

SABAH SUDAH JADI NEGERI MAK BAPAK DIA, MP DARI BN SABAH SILA LOMPAT SEGERA

TIDAK pelik jika kerajaan minoriti 47% ini di dalam keadaan ketakutan sekarang.  Maklumlah, majoriti rakyat secara terang dan jelas menolak kerajaan zalim yang sekarang ini mendakwa berkuasa hanya atas faktor lebih kerusi di Parlimen.  Itulah 'Kerajaan Kerusi".

Ketakutan teramat sangat apabila membayangkan sekiranya ada rakan-rakan di Sabah atau Sarawak tiba-tiba terbuka 'hidayah' mereka dan melangkah masuk menyertai Pakatan Rakyat, atau sekurang-kurangnya mereka berada di pihak Bebas.  Tidakkah ini akan menumbangkan kerajaan yang ada sekarang?  Ini paling mereka takuti sebab mereka tahu 'nyawa' kerajaan sekarang bergantung sepenuhnya dari dua negeri di bawah bayu tersebut.  Di Semenanjung, telah dua kali PRU mereka 'ghuyub'.


Akibat ketakutan itu, mereka sedaya upaya menghalang kehadiran pimpinan PR yang berpengaruh untuk memasuki negeri di Sabah dan Sarawak.  Sebelum ini, YB Azmin, YB Tian Chua, pimpinan NGO seperti S.Ambiga dan beberapa orang lagi, dan terbaru kelmarin YB Nurul Izzah pula disekat masuk.  Sabah sudah menjadi negeri milik peribadi.

Naib Presiden PKR yang juga MP Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.  "Saya ditahan oleh Imigresen Sabah dan diarah pulang oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter nya kelmarin.  Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.  "Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak Imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah lagi.

Adakah Sabah bebas untuk pendatang asing?  Sabah tempat mengumpulkan pendatang asing yang tiada IC untuk diberikan IC?  Di Lahad Datu, penceroboh di'benarkan' masuk kononnya untuk berbincang walaupun mereka hadir bersenjata, penceroboh boleh 'bermukim' pula untuk beberapa hari menyiapkan kubu mereka seterusnya menyerang anggota keselamatan kita.  Mengapa YB Nurul Izzah dihalang?  Adakah kerana YB Nurul Izzah bukan keturunan "Raja Kiram", maka beliau tidak layak memasuki Sabah?  Kezaliman dan kebodohan politik KM Sabah ini teramat sangat sehinggakan MP Kinabatangan, Bung Mokhtar pun naik pelik dan tertanya-tanya mengapa teruknya Sang Penguasa di Sabah ini?

Sebab itu, kita tidak ada keraguan atau was-was lagi untuk mendakwa kerajaan ini memang zalim.  Kerajaan zalim mesti ditentang.  Jika tok-tok peti berat mulut untuk menentang kezaliman, biarkan sahaja rakyat yang melakukannya.  Tok-Tok Peti duduk sahaja di rumah tadah kitab dan cukup bulan terima gaji.


Khamis, 30 Mei 2013

TOK PETI JANGAN LETAKKAN DARJAT SETARAF "BAPAK AYAM"

PENDERHAKA.  Itulah 'fatwa' dari seekor tok peti yang mengulas isu himpunan rakyat "BLACK 505".  Tanpa beliau tahu apakah tujuan himpunan tersebut, otak udangnya terus keluarkan fatwa.


Aku ingatkan budaya mengampu ini hanya ada pada orang-orang politik saja, rupanya tok-tok lebai yang hari-hari menadah kitab pun berperangai sama.  Tidak semua tok peti yang bodoh dan bengap, tetapi yang seekor ini terlebih dungunya.  Kesihan apabila ilmu yang Allah kurniakan diletakkan setaraf dengan "Bapak Ayam" di Chow Kit.

Aku tak mahu ulas banyak, aku cuma minta tok peti jawab perkara ini; 

*Cuba sebutkan satu sahaja himpunan black 505 selama ini yang telah menyebabkan huru-hara?

*Adakah tok peti ini tahu apakah tuntutan 3 perkara yang diminta oleh himpunan tersebut dan apakah tok peti yakin setiap kezaliman hanya boleh diselesaikan di mahkamah semata-mata?

*Tok peti kata jika tidak puas hati dengan keputusan pilihanraya, bawa sahaja ke mahkamah jangan berhimpun.  Adakah tok peti boleh keluarkan kenyataan bahawa pejuang-pejuang Palestine sepatutnya bawa kes tuntutan mereka ke mahkamah antarabangsa, jangan bangkit dengan senjata.

*Adakah tok peti pernah tegur satu kumpulan umporno yang usung "kek tahi" dibawa ke Pejabat KM P.Pinang dahulu?  Tok peti pernah tegurkah satu kumpulan umporno yang usung kepala lembu di Selangor dan berdemontrasi di hadapan Pejabat MB Selangor?

Jika semua ini tok peti tidak boleh jelaskan, ertinya tok peti ni satu level sahaja dengan "bapak ayam" yang berkempen untuk pelacur.  Berapa bayaran untuk pelacur ini?

Isnin, 27 Mei 2013

LEPAS PRU, JANGAN BUAT KERJA TIDAK CERDIK

AKU rimas tengok Ketua AMK yang memekik di dalam Kongress baru-baru ini menghentam Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang.  Aku juga tidak selesa bila Presiden Pas tegur PKR yang kononnya letak calon 'pil kuda' menjadikan Pas terpaksa letak calon juga.

Bagi aku, masing-masing ada kesilapan.  Tuan Guru mungkin keluar kenyataan itu akibat mendapat maklumat yang tidak tepat tetapi kaedah meluahkan secara terbuka itu tidak bijak rasanya.  Begitu juga dengan Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar yang gunakan kongres untuk tunjuk hebat dan berani berdepan dengan bos rakan sendiri.  Aku rasa tidaklah hebat sangat jika berani kutuk bos rakan sendiri tetapi tidak berani tegur kelemahan rakan-rakan di dalam parti sendiri.  Aku ingat Ketua AMK akan tegur Timbalan Presiden PKR yang serang Presiden sendiri secara terbuka.  Rupa-rupanya tidak berlaku, malah beliau pergi lebih jauh untuk serang Presiden PAS.

Bukan salah pun jika mahu tegur Presiden PAS jika tidak setuju dengan beliau, tetapi sebagai Ketua AMK sepatutnya adalah sedikit adab.  Jika dengan pemimpin Umno, AMK selalu hantar memorandum bantahan, masakan dengan Presiden Pas rasa janggal untuk lakukan sedemikian?  Mengapa perlu buang masa di dalam kongres parti untuk serang Presiden Pas?  Bukankah masih banyak kelemahan parti sendiri yang beliau boleh tegur  di dalam kongres tersebut?

Harus diingat, kita berjaya merampas tujuh Kerusi Parlimen dari Bn di dalam PRU 13 yang lalu adalah hasil kerjasama semua termasuk Kerusi Bukit Katil yang dimenangi oleh Sdr Shamsul Iskandar sendiri.  Justeru itu, sama-samalah elakkan dari melakukan kerja yang boleh melegakan Umno yang begitu nazak sekarang ini.