RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 27 Mei 2013

LEPAS PRU, JANGAN BUAT KERJA TIDAK CERDIK

AKU rimas tengok Ketua AMK yang memekik di dalam Kongress baru-baru ini menghentam Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang.  Aku juga tidak selesa bila Presiden Pas tegur PKR yang kononnya letak calon 'pil kuda' menjadikan Pas terpaksa letak calon juga.

Bagi aku, masing-masing ada kesilapan.  Tuan Guru mungkin keluar kenyataan itu akibat mendapat maklumat yang tidak tepat tetapi kaedah meluahkan secara terbuka itu tidak bijak rasanya.  Begitu juga dengan Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar yang gunakan kongres untuk tunjuk hebat dan berani berdepan dengan bos rakan sendiri.  Aku rasa tidaklah hebat sangat jika berani kutuk bos rakan sendiri tetapi tidak berani tegur kelemahan rakan-rakan di dalam parti sendiri.  Aku ingat Ketua AMK akan tegur Timbalan Presiden PKR yang serang Presiden sendiri secara terbuka.  Rupa-rupanya tidak berlaku, malah beliau pergi lebih jauh untuk serang Presiden PAS.

Bukan salah pun jika mahu tegur Presiden PAS jika tidak setuju dengan beliau, tetapi sebagai Ketua AMK sepatutnya adalah sedikit adab.  Jika dengan pemimpin Umno, AMK selalu hantar memorandum bantahan, masakan dengan Presiden Pas rasa janggal untuk lakukan sedemikian?  Mengapa perlu buang masa di dalam kongres parti untuk serang Presiden Pas?  Bukankah masih banyak kelemahan parti sendiri yang beliau boleh tegur  di dalam kongres tersebut?

Harus diingat, kita berjaya merampas tujuh Kerusi Parlimen dari Bn di dalam PRU 13 yang lalu adalah hasil kerjasama semua termasuk Kerusi Bukit Katil yang dimenangi oleh Sdr Shamsul Iskandar sendiri.  Justeru itu, sama-samalah elakkan dari melakukan kerja yang boleh melegakan Umno yang begitu nazak sekarang ini.

5 ulasan:

  1. sangat setuju dengan tuan wfauzdin ,semua akan lingkop jika keadaan macam ini diteruskan ! harap semua pihak bincang dalam parti & sesama parti bukan dimedia haprak parti sekutu apco yang akan ambil kesempatan ,semua masalah dalaman akan jadi baik punya peluru pada sekutu apco arus jahiliah pencinta fitnah! moga kesilapan memberi pengajaran pada semua dalam pakatan rakyat! ABU jangan lupa !

    BalasPadam
  2. klu mcm ni gayanya tak de beza PKR,PAS.hentam menghentam sesama sendiri secara berlebihan,yg boleh dijadikan modal politik oleh pihak musuh.2 X 5,5 X 2 jawabnya lembu 250 juta. he he he

    BalasPadam
  3. setuju pandangan WF..kami PAS bukan tak bole dikritik tapi biarlah beradap..duduk berbincang kaji punca perselisihan..masing2 ada hujah..selesaikan secara dalaman..lepas ne kalau pemuda PAS kritik pimpinan PKR secara terbuka macam mana..egen umno akan masuk line..pemilihan calon di trengganu..ahli pkr sendiri tak setuju..nak suruh TGHH bagi bukti kat nedia..fikirlah yoip..anak muda tak puashati pegi la jumpa tanya apasal..cek jentera kuat sanagat ker..selama ne PAS tak tolong PKR ker..kalau nak cite alahai..kami masih tolong sebab wala pada pimpinan..tapi jgn lah sindir PAS dengan wala..sebab wala la masih ada pakatan..

    BalasPadam
  4. setuju,kadang2 kita mula lupa diri bila menang dan anggap orang lain tak berperanan!!!

    BalasPadam
  5. 1) ramai ahli2 PKR masih bersifat, bermentaliti & berfahaman umporno, mungkin sbb mereka dulu ahli2 umporno jugak. tu sbb ada suara2 sumbang dan tak tahu malu ahli2 PKR meminta2 jawatan dlm pentadbiran negeri selangor, meminta jawatan dlm GLC dan sebagainya. mereka2 ini agak sukar untuk mereka berhijrah dan berubah berbanding dgn ahli2 PAS dan DAP yg sudah biasa dgn istilah kekalahan, kekangan & kesempitan sumber kewangan dalam meneruskan perjuangan rakyat.

    2) syamsul iskandar ni sememangnya perasan sorang2. sama macam azmin & zuraida. dia perasan hebat sbb dah kalahkan ali rustam dlm PRU-13. dia nie sedar ke idak rakyat marhean undi dia kat bukit katil sbb dia calon pakatan rakyat dan rakyat marhean undi pakatan rakyat sbb dah benci & fed up dgn BE END, tiada langsung faktor diri syamsul iskandar. sekiranya calon di bukit katil adalah orang lain, nescaya calon tersebut jugak akan menang. dan syamsul iskandar & juga MP & ADUN keadilan yg lain perlu ingat, jentera pilihanraya peringkat bahagian & negeri kebanyakkannya disumbang oleh jentera PAS & DAP. nak harapkan jentera & ahli2 PKR. huuh. yg diorg tahu just bagi arahan itu ini. suruh turun padang communicate dgn public, buat kerja tak mahu. time makan2 jentera PKR yg mengkedarah dulu, jentera2 PAS & DAP smua masih melakukan kerja & lawatan rumah ke rumah. sifat & mentaliti serta fahaman umporno masih menebal dlm kebanyakkan ahli2 PKR. ini kenyataan.

    3) ramai orang bagi nasihat kpd PKR khususnya DSAI supaya mentarbiah ahli2 PKR sejak PRU-12, selepas peristiwa hitam di Perak.tapi....tgklah sekarang. DSAI yg pernah memimpin ABIM sudah pasti lebih tahu & maklum kepentingan tarbiah berbanding kecemerlangan academic semata-mata untuk menjadi calon2 pilihanraya. sekadar PhD dari Yale Uni or other ivy leugue universities or LLB bukan penentu calon yg berwibawa.

    4) sepanjang syamsul iskandar memimpin AMK, nampak cam biase je AMK. tak nampak pun isu2 yg cube dibawa ke peringkat nasional oleh AMK. klau pun busy kat office handle banyak kes2 guaman, tanggungjawab sbg ketua AMK perlu juga diutamakan. atau syamsul iskandar sekadar ingin jawatan untuk memudahkan dia naik dlm PKR.

    BalasPadam