TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Sabtu, 10 Disember 2011

LIM GUAN ENG MENAIKI SCORPENE - ISU KOMISYEN KAPAL SELAM TIDAK BOLEH DISEMBUNYIKAN

Oleh:  WFAUZDIN NS





MUNGKIN Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi merasa bangga kerana akhirnya KM P. Pinang, Lim Guan Eng bersetuju untuk menaiki kapal selam Scoprpene di perairan Pulau Langkawi.  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya berada di dalam kapal selam tersebut selama lebih kurang 90 minit.  Baca di SINI.

Maka Zahid Hamidi pun berkata, beliau berharap pemimpin Pembangkang tersebut akan menceritakan kebenaran kepada rakyat jelata berkenaan kapal selam berkenaan.  Apa yang Lim Guan Eng perlu ceritakan kepada rakyat selepas beliau merasai menyelam bersama kapal selam berkenaan?
lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 04
Kita ingin memberitahu Zahid Hamidi, isu kapal selam Scorpene ini adalah isu rasuah dan isu komisyen RM 500 juta yang kini masih dibicarakan di Perancis.  Rakyat mahu tahu benar atau tidak terdapatnya komisyen sebanyak itu telah diberikan kepada seseorang?  


Rakyat juga mahu tahu apa kaitan isu komisyen tersebut dengan Razak Baginda dan kes pembunuhan Altantuya?  Semua persoalan ini tidak terjawab dengan tepat dan berfakta walaupun telah dibangkitkan di dalam Parlimen lama dahulu.

Benarkah Altantuya dibunuh secara kejam hanya kerana wanita Mongolia ini sering menuntut komisyen seperti yang dijanjikan kepadanya?  Ini lah isu sebenar di dalam pembelian kapal selam Scorpene yang rakyat mahu tahu, bukannya masalah sekarang ini kapal selam tersebut boleh menyelam atau tidak. 

Adakah kerana Lim Guan Eng telah memasuki dasar laut dengan kapal selam ini maka isu komisyen RM 500 juta itu akan selesai begitu sahaja?  Jika itulah harapan Zahid Hamidi, ternyata beliau silap.  Rakyat tidak akan melupakan kisah komisyen yang dimakan oleh pelahab tersebut walaupun kapal selam itu boleh menyelam sehingga ke dasar bumi atau dasar laut merah sekali pun./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 9 Disember 2011

UMNO P.PINANG JANGAN MAIN TAHI - PESANAN BLOG PRO UMNO

Sumber Dari Blog Pro Umno

 
Tindakan UMNO P Pinang menghadiah kan 'tahi' adalah satu perbuatan yang kurang bijak. Jika juak2 UMNO ini berasa tidak puas hati tentang pemerintahan DAP P Pinang, ada banyak lagi perkara lain yang boleh di lakukan.

Sepatutnya juak2 UMNO ini berkerja keras memajukan dan mengukuh kan perjuangan UMNO di P Pinang - bukan nya bermain dengan 'tahi'. Perbuatan ini sangat memalukan UMNO. Bayangkan pula bagaimana perasaan pekerja2 melayu/islam yang terpaksa menyambut hadiah 'tahi' itu.

Manusia jijik sahaja yang berfikiran jijik dan membuat kerja2 jijik. Dari kaca mata kaum bukan melayu/islam perbuatan ini sangat jijik - jijik kepada yang melakukan nya. Dengan secara langsung image UMNO jadi jijik. Harapan UMNO untuk menawan kembali P Pinang tinggal angan2 kosong sahaja.

Tok sangat sayang UMNO - jangan kotorkan UMNO dengan perbuatan yang nampak kotor ini. Sebab setitik nila rosak susu sebelanga./Tok Gajah46

KISAH BENAR !! MEREKA USUNG TAIK KEMUDIAN MEREKA JUGA YANG MEMAKANNYA.....

Oleh:  WFAUZDIN NS

AGAK suspen juga aku bila menonton Buletin Utama TV 3 malam tadi bila melihat sekumpulan `mamak' mengusung kek dan `taik' memasuki perkarangan Pejabat KM P.Pinang. Tidak pernah tersangka oleh fikiran aku sampai tahap ini rendahnya darjat sekutu Umno P.Pinang itu untuk menunjukkan kehebatan mereka yang kononnya membela Melayu P.Pinang.


Bayangkan jika sudah sampai `geng mamak' Penang (tidak semua, yang bodoh je) sudah `bermain dengan taik' maka ertinya mereka sudah sampai ke peringkat `nyanyuk' kerana kebiasaannya orang tua yang sudah terlalu tua dan nyanyuk akan bermain dengan taik.  Adakah ini sebagai tanda parti mereka sudah sampai tahap `nyanyuk' kalau pun tidak sudah hilang akal?

Jom...kita sendirilah makan taik ni.....

Paling aku geli hati, mereka yang usung taik, mereka juga akhirnya terpaksa makan taik tersebut.  Syabas kepada Lim Guan Eng kerana tidak melayan golongan yang suka bermain taik itu.  Biarkan mereka makan sendiri taik yang mereka usung sambil diperhati dan diteretawakan oleh kakitangan di Pejabat KM P.Pinang itu. 

Kesihan juga melihat betapa Umno sudah sampai ke tahap `zero' modal untuk mencari kesalahan atau rasuah Kerajaan PR P.Pinang.  Maka, TV 3 pula sampai hati menyiarkan aksi geng mamak tersebut mengusung taik dan memakannya beramai-ramai selepas itu.  Bayangkan jika ada media dari luar negara yang hadir, tentu kecoh merata dunia akan berita masih ada lagi manusia di Malaysia yang suka makan taik.  Patutlah bodoh dan bengap dulu, kini dan selamanya.........../wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 8 Disember 2011

SELEPAS RAFIZI, KINI CHEGU BARD PULA - PAPAGOMO SEMAKIN BENGAP KERANA KEHABISAN MODAL

Oleh:  WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA usaha Chegu Bard, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia yang bekerja keras untuk menumbangkan Umno ternyata meresahkan Blogger pencacai mereka.  Paling mereka resah apabila mana-mana pemimpin utama mereka diserang dengan pebuh fakta dan bukti yang mustahil buat Umno boleh nafikan melainkan dengan mengupah Blogger upahan yang sentiasa kelaparan itu untuk menyerang balas walaupun dengan menggunakan `peluru bodoh'. 

Sebelum ini Sdr Rafizi, Pengarah Strategik Keadilan diserang oleh Papagomo dengan fitnah paling bodoh apabila mengaitkan kononnya ada skandal Rafizi dengan DS Anwar.  Maka Blogger kaki lucah ini pun siar foto Rafizi menerima hadiah kecemerlangan daripada DS Anwar sewaktu DS Anwar menjadi Menteri Pendidikan di dalam satu majlis penyampaian hadiah.  Itu dalil Blogger bengap Umno ini kononnya untuk menakutkan Rafizi agar tidak meneruskan usaha membuktikan bahawasanya Shahrizat dan keluarganya `songlap' dan salahguna wang rakyat di dalam isu Feedlot.

Arak pun aku telan....setakat nak fitnah ni celah pelipat perut aku jer....

Ada Sdr Rafizi takut dengan fitnah si bengap itu?  Bahkan, Rafizi terus mendedahkan lagi kisah keluarga Shahrizat membeli sebuah kereta mewah (Merc) beserta bukti pembelian tanah di Putrajaya.  Ada Sdr Rafizi kisah?  Mana Papagomo selepas pendedahan Rafizi itu?  Sila dedahkan lagi jika ada, dan kita lihat siapa yang terdedah nanti.  Sekarang ini `kain' Shahrizat hampir terlondeh akibat Papagomo mencabar Rafizi.  Dia fikir puak-puak Keadilan ini gentar dengan orang sebodoh dia?  Maaf ok.

Berbalik pada Chegu Bard.  Apabila serangan bodoh Papagomo tidak berhasil terhadap Rafizi, bahkan membuatkan Shahrizat hampir `ditelanjangkan', maka kini sasaran Blogger muka jamban ini beralih kepada Chegu Bard.  Kenapa beliau serang Chegu Bard pula?  Jawapannya mudah.  Chegu Bard telah berjaya menyampaikan maklumat beserta fakta lengkap kepada seluruh pelusuk negara tentang `cincin puaka Imelda Rosmah'.  Chegu Bard telah mengedarkan risalah atau buku kecil tentang isu ini dan diberikan percuma kepada orang ramai di mana saja program yang dihadiri oleh beliau. 

Bukan itu sahaja, bahkan Chegu Bard juga telah membuat buku bertajuk `FITNAH' yang menceritakan bagaimana fitnah jahat telah dilakukan terhadap DS Anwar sejak dari fitnah liwat 1, fitnah liwat II dan juga tentang video seks yang Chegu Bard sendiri pernah dipanggil oleh `Datuk T' menontonnya.  Buku `FITNAH' amat laris dijual beserta dengan VCD percuma yang menerangkan bagaimana jika seseorang ingin merubah wajah mampu dibuat dengan mudah.  Ini lah sebabnya Chegu Bard kini menjadi sasaran Papagomo dengan harapan Chegu Bard akan jatuh dalam kerjaya politiknya.

Sehingga kini, Papagomo hanya mengugut sahaja Chegu Bard kononnya beliau akan menyiarkan rakaman video aksi Chegu Bard sewaktu menonton video seks bersama `Datuk T' dulu.  Apa mahu dihairankan kerana sebelum ini Papagomo ada menyiarkan rakaman video yang menunjukkan aksi atau komen YB Johari Abdul sewaktu Johari Abdul menonton video yang sama.  Adakah sekarang YB Johari Abdul jatuh di dalam Keadilan?  Ahli-ahli Keadilan tidak sebengap Papagomo.  

Aksi YB Johari Abdul sewaktu menonton video seks `Datuk T'.....Adakah aksi tersebut menjatuhkan YB Johari dalam parti?  Lepas ini mungkin aksi Chegu Bard pula.  Tapi, ahli-ahli Keadilan tidak sebodoh Papagomo....Yang telah diperbodohkan oleh YB Johari Abdul dan Chegu Bard adalah Eskay dan Rahim Thambi `kaki betina' tu....

Kali ini mungkin Papagomo merancang untuk menayangkan video aksi Chegu Bard sewaktu beliau menonton video seks bersama `Datuk T' itu sebagaimana Papagomo lakukan pada YB Johari Abdul.  Kita akan lihat nanti aksi Chegu Bard mungkin tersenyum atau memberi komen seolah-olah percaya yang beraksi di dalam video yang ditontonnya itu memang benar DS Anwar.  Bukankah Chegu Bard sebelum ini pernah berkata, beliau menonton video tersebut dan berpura-pura seolah-olah yakin bahawa itu memang DS Anwar.  Tujuan Chegu Bard berbuat demikian adalah untuk meyakinkan `Datuk T' bagi mendapatkan video berkenaan kononnya untuk diserahkan kepada DS Wan Azizah sebagaimana yang diingini oleh `Datuk T'.  Perancangan awal `Datuk T' adalah untuk menyerahkan video berkenaan kepada Chegu Bard agar diserahkan kepada DS Wan Azizah bagi menekan Presiden Keadilan itu serta DS Anwar untuk bersara dari politi.

Malangnya perancangan itu tidak jadi kerana mungkin `Datuk T' sendiri tidak yakin bahawa Chegu Bard benar-benar mempercayai bahawa DS Anwar terlibat di dalam aksi di dalam video berkenaan walaupun Chegu Bard telah menunjukkan aksi seolah-olah terpedaya dengan helah bodoh `Datukl T' itu.  Jadi, rakaman video yang kononnya akan didedahkan oleh Papagomo nanti sudah tentulah rakaman aksi atau pengakuan serta komen dari Chegu Bard sewaktu menonton video berkenaan.  Ertinya, samalah juga modal yang digunakan oleh Papagomo terhadap YB Johari Abdul sebelum ini.

Jadi, harapan Papagomo untuk melihat Chegu Bard akan menjadi mangsa atau terbuang dari Keadilan dengan pendedahannya nanti merupakan harapan yang tinggal harapan.  Apa yang pasti, seperti Sdr Rafizi juga, dengan pendedahan bodoh dari Papagomo itu nanti yang semakin terlondeh kain adalah `wanita puaka yang memakai cincin puaka' itu. 

Kepada Sdr Rafizi dan Chegu Bard, tahniah, kerana membuatkan Blogger Umno kini semakin hilang arah dan akal mereka.  Isu lembu puak-puak lembu itu amat menyenakkan perut mereka, isu cincin puaka pula membuatkan betina puaka itu kini sentiasa bermasam muka walaupun baru balik dari melancung di Mekah./wfauzdin.blogspot.com 

Pssttt....Papagomolll....video zuraida takde ke?  Atau tengah bikin kat Siam?  wakakakakaaaaa...

ISU FEEDLOT - POLIS JADI PENING, KITA PUN PENING, MAKA TUKAR SAJA KERAJAAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

PIHAK Polis semakin lama semakin `pelik' perangainya sejak kebelakangan ini.  Mungkin tanda-tanda PRU ke 13 sudah semakin hampir menjadi suatu tekanan yang luar biasa buat pasukan keselamatan ini sehinggakan beberapa tindakannya buat rakyat menjadi `pening'.

Baru-baru ini di dalam isu Feedlot (NFC), Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid dengan selamba menyebut `siasatan awal pihak Polis menunjukkan tiada berlaku pecah amanah' di dalam isu NFC yang mengaitkan keluarga Shahrizat.  Pengumuman tersebut dibuat sewaktu Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung, dan sejurus selepas Shahrizat menyinsing lengan bajunya dan mengugut akan menyinsing kain pula apabila Ketua Wanita Umno ini tertekan dengan isu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri memberitahu siasatan belum selesai dan masih berjalan.  Pemimpin-pemimpin Pembangkang yang terlibat memanjangkan isu yang dimulakan oleh Laporan Ketua Audit Negara itu pun belum dipanggil untuk disiasat sehingga hari ini.  Ini disahkan melalui laporan Malaysiaikini,
" Polis masih belum menyoal beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat berhubung pendedahan mereka mengenai dakwaan penyelewengan dana oleh projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).  Pemimpin PKR Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa polis belum menyoal mereka berhubung pendedahan berkenaan. “Masih teka-teki ... mereka tidak menghubungi kami mengenai isu itu," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (Malaysiakini).

Tetapi, Timbalan Ketua Polis Negara sudah umumkan ` Siasatan awal mendapati tiada pecah amanah berlaku' walaupun siasatan belum selesai.  Bayangkan, kita membuat laporan Polis dengan menyatakan kita melihat suatu pembunuhan telah berlaku, maka pihak Polis pun datang menyiasat dan menjumpai mayat seseorang lantas dibawa ke Hospital untuk bedah siasat.  Di dalam keadaan bedah siasat masih berjalan, dan kita yang menyaksikan kejadian itu berlaku tidak dipanggil untuk memberi keterangan atau disiasat, tiba-tiba Polis membuat kenyataan `siasatan awal mendapati mangsa tidak dibunuh'.  Pelik atau tidak?
 
Jika beginilah keadaannya, apa yang rakyat boleh buat?  Sampai bila kita mahu di`peningkan' kepala dengan karenah sedemikian rupa?  Tiada jalan lain, tukar sahaja Kerajaan yang ada kerana `Ikan Busuk Bermula Di Kepala"./wfauzdin.blogspot.com


Rabu, 7 Disember 2011

MAAFKAN AKU, PAPAGOMO


HARI ini aku takde idea nak tulis apa-apa tapi terasa nak juga menulis.  Itu hari dua hari berturut aku tak menulis pasal keuzuran akibat demam.  Mungkin demam kerana kena sampuk atau terkena virus lembu yang bersidang kat `Place Where Talking Cow' (PWTC) yang saban malam memekak kat kaca TV aku.

Tiba-tiba hari ini sengaja aku buka blog mamat kaki mencarut Papagomo yang baru-baru ini telah dibuat laporan Polis oleh Amin Iskandar kerana blog beliau menfitnah Amin Iskandar.  Semenjak bila blog Papagomo tidak buat fitnah?  Bukankah beliau diberanakkan oleh maknya di dalam parit sememangnya untuk membuat fitnah di muka bumi ini?  Jika tiada fitnah, di mana papagomo nak mentekedarah kasi makan anak bini beliau yang memang sudah serasi dengan makanan haram sejak lahir lagi?

Belek punya belek blognya, aku mahu cuba cari kalau boleh satu je tajuk yang satu ayat pun tidak ada unsur fitnah.  Kalau aku jumpa, aku nekad nak jamu anak-anak papagomo sekali je merasa makanan yang halal untuk menjadi darah dagingnya.  Malang sungguh, aku tak jumpa.  Apa yang aku jumpa posting terbaru dalam blog mamat kaki `blue' ini adalah seperti berikut;

Kisah banjir di Kajang.  Dia kata banjir berlaku di Kajang baru-baru ini bagai Tsunami angkara PR memerintah Selangor.  Aku nak tanya, bangang ke tak apa yang Papagomo sebut tu?  Malas aku nak berhujah pasal isu ini pasal kalau aku jawab nanti orang kata aku bodoh cam dia juga.  Aku duduk Kuantan pun aku baru je meredah banjir yang luar biasa tengah-tengah bandar Kuantan.  Rupa-rupanya Pahang pun PR yang perintah selama ini.

Masuk pula tajuk lain.  Kali ini Papagomo cerita pasal Husam Musa, Naib Presiden PAS berpegang tangan dengan Cina Doll.  Ada gambar dia sertakan.  Sekali lagi aku terasa bodoh jika aku nak jawab tuduhan Papagomo tersebut kerana tengok pada gambar yang dia letak kat blog dia itu pun semua orang boleh tahu memang sahih Papagomo ni mata dia `bular' atau cacat.  Mungkin terlalu kerap menonton video seks ciptaan Datuk Eskay.  Sebenarnya dalam beberapa blog pro PR pun dah jawab isu gambar tersebut, cuma malas aku nak ulas memadai aku tengok gambar pada blog puaka tu pun aku dah boleh nilai tahap keringnya idea Blogger belaan Umporno ini.

Masuk lagi satu tajuk.  Dia ceduk Twitter kononnya Nurul Izzah yang punya.  Mamat yang dilahirkan dalam parit ni sebut Nurul Izzah dalam Twitternya mempromosi minum arak.  Hehehe...nak aku ulas ke cerita bangang cam ni?  Aku tengok copy Twitter dengan gambar Nurul Izzah tu pun aku tahu dah....Jadi, sekali lagi Papagomo terbogel.

Ni tajuk lain pula yang mana kali ini dia nak belasah Bung Mokhtar, MP dari Bn tu.  Pelik, mengapa dia belasah MP dari Bn pula ye?  Rupa-rupanya salah sikit je....pasal Bung Mokhtar desak Shahrizat letak jawatan atas isu NFC (feedlot) atau senang cerita kisah lembu dapat kondo tu lah....Kenapa pula mamat bangang ni marah sangat?  Mudah je....`lembu' akan marah jika tuan lembu diganggu.  Bukankah Papagomo sudah lama menjadi `lembu', maka tentulah beliau marah bila Bung Mokhtar sentuh tuan lembu.  Maka, beliau pun kata bahawa Bung Mukhtar desak Shahrizat letak jawatan adalah kerana ada `hubungan' di antara isteri Bung dengan Anwar.  Dia pun letak gambar isteri Bung Mokhtar sedang bersalam dan mencium tangan Anwar.  Ooohh...itu lah hujah kononnya yang menyebabkan Bung Mokhtar desak Shahrizat letak jawatan ye? 

Korang nampak tak betapa bankrapnya Blogger pencacai pengutip sampah seperti Papagomo ni cari makan?  Apa pun, aku berdukacita tak dapat nak tunaikan hajat aku nak kasi anak-anak dia merasa sekali je makanan yang halal sebab aku tak jumpa satu patah pun ayat yang tidak mempunyai unsur fitnah dalam blog beliau.  Maafkan aku ye, Papagomo.  Tak pe lah, aku akan cuba lain kali selagi dia tak mampus./wfauzdin.blogspot.com


Selasa, 6 Disember 2011

PAKATAN RAKYAT JANGAN TERPEDAYA HELAH ZAID IBRAHIM

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEDIKIT pun tidak mengejutkan apabila Presiden KITA, Zaid Ibrahim mula bersikap positif terhadap Pakatan Rakyat setelah beliau mengumumkan sebelum ini tidak akan mengganggu kawasan Najib dan Muhyiddin di dalam PRU akan datang.

Bukan beliau tidak tahu perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk menguburkan Umno khususnya yang menjadi tunggak kerajaan sekarang, dan Umno sekarang dipimpin oleh Najib dan Muhyiddin.  Menyelamatkan Najib dan Muhyiddin bererti ingin menyelamatkan Umno walaupun tewasnya Najib dan Muhyiddin tidak bererti tewasnya Umno atau sebaliknya.  Ini yang Zaid mahu lakukan sebelum ini.  Dan, sekarang Zaid menyebut mahu menunjukkan solidariti dengan Pakatan Rakyat, bukan bererti Zaid ingin menarik balik hajatnya untuk tidak mengganggu Najib mahu pun Muhyiddin. 


Zaid Ibrahim terbaru menyebut, " Untuk menunjukkan solidariti kita dengan pembangkang, dan penolakan kita terhadap idea fasis dan autoritarian, KITA ingin menyatakan semula bahawa kita akan terus menyokong pembangkang dengan harapan untuk perubahan sebenar," katanya.

Sesiapa yang mengenali politik Zaid tidak mudah termakan dengan apa yang diucapkan oleh bekas pemimpin PKR ini.  Jika dahulu beliau ahli Umno dan menyanjung Umno, kemudiannya tidak lagi mempercayai Umno dan menyertai PKR atas kepercayaan kepada kepimpinan DS Anwar, kemudiannya keluar dari PKR atas sebab tiada lagi keyakinan kepada DS Anwar.  Beliau menerajui KITA yang awalnya dilihat pro kepada Umno/Bn apatah lagi apabila beliau menyebut tidak akan meletakkan calon di kawasan Najib dan Muhyiddin bertanding.  Siapa yang masih sempit akalnya boleh yakin dengan kata-kata beliau yang terkini itu?

Bagi saya, selagi Zaid atau KITA tidak berada di dalam saf Pakatan Rakyat, KITA perlu kita anggap sebagai musuh seperti juga Umno/Bn dan calon-calon yang bertanding atas tiket Bebas di dalam PRU nanti.  Sehubungan itu, Pakatan Rakyat diharapkan tidak terpedaya dengan helah Zaid yang mungkin mulai merasa Umno bukan lagi harapan untuk parti beliau bergantung nasib./wfauzdin.blogspot.com

INI BARU BETUL TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI

Oleh:  WFAUZDIN NS

TUA kutuk tak sedar diri.  Itu saja yang boleh aku sebut kepada Mohd Kamal Saidin orang tua nyanyuk yang dipanggil ulamak oleh puak Umno ini. Memang dia nyanyuk kalau pun tidak sedar diri kerana jika beliau waras, mana mungkin tergamak beliau menghina Hukum Hudud di hadapan orang-orang bukan Islam?

Mohd Kamal Sadin baru-baru ini dilaporkan mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan Negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.  Beliau yang bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur, berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.  
 
Menyalak sambil menghina hukum Islam di depan orang-orang bukan Islam....
 
Sebenarnya apa yang dipersoalkan oleh orang tua kutuk ini tentang enakmen tersebut sama seperti yang dipersoalkan oleh Zul Kulim `lembu' di dalam Parlimen sebelum ini yang mendakwa hukum tersebut `memboleh'kan suami meliwat isteri. Persoalan tersebut telah dijawab di dalam Parlimen malahan telah diperjelaskan dengan nas dan dalil oleh Dewan Ulamak PAS melalui media.  Lebih jelas lagi, telah bertahun enakmen tersebut diluluskan, sehingga kini Jabatan Agama Islam mahu pun Majlis Fatwa tidak pernah mempertikaikan enakmen berkenaan.  Masakan hukum yang `sesat' di dalam enakmen Syariah boleh dibenarkan berkuatkuasa tanpa tindakan oleh Jabatan Agama Islam?

Oleh yang demikian, mengapa bengap sangat orang tua ini untuk memahami enakmen tersebut?  Atau, sememangnya beliau dilahirkan untuk menyesatkan orang lain kalau pun tidak untuk menunjukkan betapa bebalnya Ulamak di dalam Umno memahami Hukum Hudud?  Baru-baru ini, aku sendiri tengok si tua jahil ini bercakap di pentas PWTC dengan memetik beberapa ayat Al-Quran yang bacaannya pun tunggang-langgang semata-mata untuk menghentam PAS.  PAS dikatakan parti ajaran sesat, tetapi si tua nyanyuk ini lupa bahawa parti anutan beliau itu telah beberapa kali `menyembah' kaki PAS untuk bersatu.  Jika benar PAS itu sesat, apa kejadahnya yang Umno mahu bersatu dengan PAS?  Bukankah lebih baik Umno terus bersatu dengan APCO yang `tidak sesat' itu?
 
Mahu marah pun ada, tetapi simpati pun ada pada orang tua seekor ini.  Di dalam keadaan nyawa di hujung tanduk, gigi pun semakin jarang dengan rambut sudah memutih tetapi masih bersemangat untuk memburukkan hukum Islam di hadapan orang-orang bukan Islam.  Jadi, pelik apanya jika Chua Soi Lek pemimpin MCA kaki zina itu sekarang berani menghina hukum Hudud.  Elok benarlah Chua Soi Lek melantik Mohd Kamal Saidin ini menjadi Tok Guru dia./wfauzdin.blogspot.com

CITA-CITA PAPAGOMO UNTUK DISAMAN TERCAPAI HARI INI



Dari SharpShooter
Sebaran Media



Satu laporan polis akan dibuat pada, 6hb Disember 2011, pada pukul 2 petang di Balai Polis Jalan Travers  ke atas laman sesawang www.papagomo.com yang dimiliki oleh Wan Muhammad Azri bin Wan Deris, pemegang kad pengenalan bernombor 830121-03-5019.

Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul “AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM” pada capaian :
http://www.papagomo.com/2011/11/amin-iskandar-penulis-malaysian-insider.html Tulisan ini dilakukan pada tarikh tertera di laman web tersebut : 26hb November 2011.

Fitnah tulisan Wan Muhamamad Azri atau Papagomo ini dipercayai dilakukan atas niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan kritikan saya terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tulisan saya bertarikh 25hb November 2011 di capaian:
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/razali-ibrahim-janganlah-bersikap-seperti-anak-kecil/

Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.

Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak.

Semua media, penulis blog dan rakyat Malaysia dijemput hadir.
Sekian dimaklumkan,

Amin Iskandar
Blog:
www.aminiskandar.net

Isnin, 5 Disember 2011

VIDEO - ANWAR JAWAB HUJAH PERHIMPUNAN AGUNG UMNO






CERAMAH DI SHAH ALAM MALAM TADI - PAKATAN JAWAB TUDUHAN UMNO DALAM TEMPOH SEHARI

 
Pakatan cabar Umno mara di S'gor, ikrar tawan Putrajaya


Nigel Aw

Sehari selepas Umno memalu gendang perang pilihan raya semasa Perhimpunan Agung parti itu, Sabtu lalu dengan ikrar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pembangkang bertindak balas dengan perhimpunan tidak kurang 5000 penyokongnya di Shah Alam.

pakatan ceramah shah alam 041211 anwarDengan dibarisi pemimpin kanan Pakatan, ketua pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gelanggang dengan ikrar bahawa Pakatan tidak akan hanya mempertahankan Selangor, tetapi juga akan menawan negeri-negeri lain.

"(Perdana Menteri) Najib Razak kata beliau mahu tawan semula Selangor. Kita bagi tahunya, teruskan bermimpi mengenai Selangor dan kita akan tawan Putrajaya," kata Anwar.

Beliau turut menyentuh mengenai isu kedudukan orang Melayu yang juga disensasikan semasa perhimpunan agung Umno yang lalu.

"Adakah anda percaya bahawa Umno membela orang Melayu?

"Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru," katanya.

Turut hadir dan berucap ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang partinya menjadi sasaran berterusan Umno sepanjang lima hari perhimpunan parti berkenaan.

pakatan ceramah shah alam 041211 kit siang"Mereka (Umno) menuduh DAP anti-Islam, adakah ini betul?" soal Lim kepada hadirin dan disambut gemuruh dengan jawapan: "Tidak!".

Lim kemudian menyenaraikan tohmahan yang dilemparkan oleh Umno kepada DAP satu persatu. Setiap kali, dakwaan khususnya membabitkan perkauman dan agama ditimbulkan, hadirin bergemuruh dengan penuh semangat dan memberikan jawapan yang sama.
 
Biar diperkuda daripada diperlembu

Umno sejak minggu lalu melabelkan DAP sebagai sebuah parti rasis dan menuduh parti itu cuba mendirikan sebuah republik.

Lim kemudiannya mengulangi pendirian DAP yang menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan sistem raja berperlembagaan.

Apabila giliran, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pentas, beliau juga mempertahankan serangan yang dibuat Umno terhadap parti itu. Abdul Hadi juga menimbulkan isu dakwaan penyelewengan dalam projek ternakan lembut Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

pakatan ceramah shah alam 041211 anwar hadi"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.

"Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda daripada diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh hadirin.

Kenyataan sinis itu sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kononnya, PAS diperkuda oleh DAP.

Menurut Abdul Hadi, kerjasama PAS dalam Pakatan bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman.
Beli cincin untuk isteri

Katanya, kerjasama itu juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dilaksanakan oleh  Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.

"Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam.

"Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi.

pakatan ceramah shah alam 041211 crowdSelain ucapan yang menangkis serangan bertali arus Umno, Pakatan juga menyenaraikan kejayaan-kejayaan di negeri-negeri yang ditadbirnya.

"Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor, hasil telah meningkat dengan ketara.

"Adakah anda lihat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim membeli cincin berlian untuk isterinya? Adakah anda lihat beliua membina sebuah rumah mewah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo?" soal Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula.

Turut hadir adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sasterawan negara Datuk A Samad Said dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim./Malaysiakini

Jom Kongsi Dalam FB Anda