TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

PROGRAM 14 OKT 17

PROGRAM 14 OKT 17

Sabtu, 10 Disember 2011

LIM GUAN ENG MENAIKI SCORPENE - ISU KOMISYEN KAPAL SELAM TIDAK BOLEH DISEMBUNYIKAN

Oleh:  WFAUZDIN NS





MUNGKIN Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi merasa bangga kerana akhirnya KM P. Pinang, Lim Guan Eng bersetuju untuk menaiki kapal selam Scoprpene di perairan Pulau Langkawi.  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya berada di dalam kapal selam tersebut selama lebih kurang 90 minit.  Baca di SINI.

Maka Zahid Hamidi pun berkata, beliau berharap pemimpin Pembangkang tersebut akan menceritakan kebenaran kepada rakyat jelata berkenaan kapal selam berkenaan.  Apa yang Lim Guan Eng perlu ceritakan kepada rakyat selepas beliau merasai menyelam bersama kapal selam berkenaan?
lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 04
Kita ingin memberitahu Zahid Hamidi, isu kapal selam Scorpene ini adalah isu rasuah dan isu komisyen RM 500 juta yang kini masih dibicarakan di Perancis.  Rakyat mahu tahu benar atau tidak terdapatnya komisyen sebanyak itu telah diberikan kepada seseorang?  


Rakyat juga mahu tahu apa kaitan isu komisyen tersebut dengan Razak Baginda dan kes pembunuhan Altantuya?  Semua persoalan ini tidak terjawab dengan tepat dan berfakta walaupun telah dibangkitkan di dalam Parlimen lama dahulu.

Benarkah Altantuya dibunuh secara kejam hanya kerana wanita Mongolia ini sering menuntut komisyen seperti yang dijanjikan kepadanya?  Ini lah isu sebenar di dalam pembelian kapal selam Scorpene yang rakyat mahu tahu, bukannya masalah sekarang ini kapal selam tersebut boleh menyelam atau tidak. 

Adakah kerana Lim Guan Eng telah memasuki dasar laut dengan kapal selam ini maka isu komisyen RM 500 juta itu akan selesai begitu sahaja?  Jika itulah harapan Zahid Hamidi, ternyata beliau silap.  Rakyat tidak akan melupakan kisah komisyen yang dimakan oleh pelahab tersebut walaupun kapal selam itu boleh menyelam sehingga ke dasar bumi atau dasar laut merah sekali pun./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. In the first place answer this Q? kenapa dan mengapa kita memerlukan kapal selam?
    Apa sebenarnya dasar pertahanan kita? main beli asal ada orang dapat komisen?
    Rubbish! kita tak perlukan aset tersebut kerana kita akan berhadapan dengan masalah and you bet!

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini