RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 26 Jun 2015

G18 ATAU GERAKAN HARAPAN BARU, TIADA BEZA, SEMUANYA DEMI PAKATAN RAKYAT

G18 atau Gerakan Harapan Baru?  Apa bezanya?  Tiada beza pun.  Orang yang sama dengan gerakan yang sama untuk memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat.  Jika Dap atau KEADILAN sekalipun, ada sekumpulan yang melihat situasi sekarang tidak memperkukuhkan Pakatan, elok juga mereka gerakkan kumpulan mereka untuk tujuan baik itu.

Jadi, apa yang ditakutkan sangat?  Apakah dengan kukuhnya Pakatan maka kita tidak lagi Islam atau membelakangkan Islam?  Tentu tidak.  Tahalluf ini telah lama berjalan, jika Tahalluf ini bertentangan dengan Islam, mustahil tok-tok guru kita dahulu berjuang habis-habisan memppertahankan gabungan Pembangkang ini.

Lainlah jika ada hujah atau nas agama yang menyatakan Tahalluf di dalam Pakatan ini haram hukumnya.  Ada yang guna hujah agama untuk menakutkan mereka yang ingin menggerakkan G18 atau Gerakan Harapan Baru ini.  Bak kata, Dr Maza Mufti Perlis, jangan mudah sangat perasan dengan ayat Al-Quran atau Hadith itu dimaksudkan kepada kumpulan kita saja.  

Pada aku, sesiapa yang gementar dengan gerakan untuk memperkukuhkan Pakatan, mereka ini takut kepada bayang-bayang sendiri.  Biasanya orang yang takut, tentu ada salah dan silap yang telah mereka lakukan.  Seandainya menyertai atau menubuhkan gerakan ini merupakan satu yang salah dari segi hukum agama atau perlembagaan parti, mengapa tidak bertindak sekarang?  Gantung mahupun pecat.  Kita sudah cemuh dengan tuduhan ini salah, itu salah, namun tiada tindakan pun diambil.  Mat Sabu, Salahuddin Ayob, Khalid Samad, Hanipa dan ramai lagi sebelum ini dikatakan bersalah kononnya 'derhaka' atau tidak wala atau cuba untuk memburukkan Presiden.  Mana siasatan, mana dakwaan dan apa tindakan?  Ianya berlalu begitu saja sehingga selesai muktamar.

Eloklah berpijak dibumi nyata.  Baguslah jika bertindak lebih awal.  Jangan berhujah dengan perkara-perkara yang akan ditertawakan orang.  Ini akan memalukan jemaah. 

Khamis, 25 Jun 2015

HJ HADI ARAHKAN SOKONG AZMIN, APA YANG PELIKNYA?

APA yang pelik dan hairannya jika Presiden Pas telah mengeluarkan arahan kepada semua Adun Pas di Selangor untuk mempertahankan kerajaan PR di bawah Azmin di Selangor?  

Pas sekarang masih di dalam PR, maka tidak pelik jika semua Adun Pas wajib pertahankan kerajaan PR.  Bahkan Dap pun kena bersikap begitu.  Apa yang peliknya jika salah satu dari parti di dalam PR tidak menyokong MB dari PR tetapi menyokong yang bukan dari PR atau MB Bebas.  Itu memang pelik kerana sejarah pernah melihat keadaan sebegini.

Jika dahulu ada arahan agar bertahan untuk menyokong TSKI sebagai MB Selangor yang sudah Bebas setelah dipecat dari PR, kali ini berbeza.  Kembali kepada hakikat dan realistik.  Apa yang peliknya?

Situasi ini mungkin berbeza jika salah satu dari parti di dalam PR telah terkeluar dari PR.  Maka, tiada sokongan terhadap Azmin sebagai MB Selangor, itu juga tidak menghairankan.  Seperti yang aku sebut, jika TSKI tetap disokong walaupun bukan lagi MB mewakili PR, pelik apanya jika selepas ini Azmin pula tidak disokong bukan kerana Azmin MB Bebas tetapi ada parti yang terkeluar dari PR yang tidak akan menyokongnya lagi.  

Aku harap kerajaan PR tetap memerintah di Selangor samada salah satu dari komponen PR terkeluar.  Rakyat sudah tolak Umno/Bn di Selangor dan rakyat tidak juga terima parti yang cuba berjinak dengan Umno/Bn. 

Selasa, 23 Jun 2015

DAP BERTINDAK BIJAK, JIRUS AIR DALAM KEMARAKAN API

DI TENGAH kehangatan isu perkauman dimainkan untuk memburukkan Dap, secara tiba-tiba di Perak, YB Nizar mantan MB Perak dari Pas telah dipilih oleh semua Adun-Adun dari Dap untuk ditabalkan sebagai Ketua Pembangkang di Perak.  Ini adalah kesinambungan persefahaman sejak kejatuhan Kerajaan PR di Perak dahulu, walaupun Dap memiliki Kerusi Dun terbanyak di Perak.

Sebelum itu, di Pulau Pinang juga Kerajaan Negeri melantik Siti Aisyah Serikandi sebagai memenuhi kuota Senator di Dewan Negara, bukannya calon berbangsa Cina atau dari Dap.  Terbukti, isu perkauman langsung tidak berkesan walaupun cuba diselitkan sewaktu krisis Pas - Dap sedang hangat sekarang ini.  Pemimpin yang bijak adalah pemimpin yang 'menjiruskan' air di dalam kemarakan api yang sedang membara bukannya membuangkan puntung-puntung kayu sebagai bahan pembakar yang akan menyemarakkan api.

Tahniah kepada YB Nizar dan Siti Aisyah Serikandi.  Tahniah juga kepada Dap yang langsung tidak melayani provokasi perkauman yang dimainkan.  Mungkin ada yang berpendapat ini merupakan satu taktik Dap untuk menunjukkan kononnya Dap bukan anti Melayu.  Namun hakikatnya bukan ini kali pertama Dap membuktikan bahawa parti itu bukan Rasis seperti yang dimomokkan oleh media arus perdana.  

Isnin, 22 Jun 2015

ISU PAPAN TANDA TIBA-TIBA MUNCUL BILA WUJUD KRISIS PAS - DAP

ISU papan tanda yg cuba dirobohkan oleh pengkuatkuasa Majlis Bandaraya P.Pinang bukanlah isu besar sangat. Isunya, adakah pemasangan papan tanda itu mendapat kebenaran atau tidak dari pihak berkuasa di P.Pinang?

Jika benar mereka ada kebenaran, memang zalimlah pihak yang ingin merobohkannya tidak kira samada P.Pinang itu diperintah oleh Dap atau tidak. Jika benda yang sama berlaku di Kuantan, misalnya, adakah pihak berkuasa Majlis Perbandaran Kuantan akan berdiam diri jika ada papan tanda yang didirikan tanpa kebenaran? Sudah tentu tidak.

Hakikatnya, situasi yang berlaku adalah cubaan untuk memainkan sentimen perkauman semata-mata. Mereka mahu mengambil kesempatan dengan krisis yang sedang berlaku di antara Pas dan Dap, khususnya di P.Pinang. Kononnya, kerajaan Dap (dilihat sebagai kaum Cina) amat anti Melayu, sebab papantanda itu katanya ada kaitan dengan Umno (parti Melayu). Bukan kita bodoh sangat untuk membaca taktik jahat mereka kerana sebelum ini sudah naik muak dan sudah kerap kita muntah bila isu perkauman ini didendangkan di P.Pinang. Kita tidak lupa kisah sekumpulan "melayu" (kulit ala mamak) mengusung 'kek tahi' ke Pejabat KM P.Pinang dahulu. Akhirnya, "kek tahi" itu mereka juga makan beramai-ramai.

Orang tua-tua selalu kata, sesiapa makan 'tahi' atau termakan tahi, seumur hidupnya jadi tolol. Mungkin benar juga kata2 orang dahulukala.

Ahad, 21 Jun 2015

KEPUTUSAN DAP PAHANG TIADA BEZA DENGAN PAS DAN KEADILAN

DAP Pahang memutuskan untuk mematuhi apa jua keputusan yang dibuat oleh Dap Pusat berkaitan isu hubungan parti tersebut dengan Pas.  Meskipun Pas terlebih awal menyatakannya di dalam Muktamar parti Islam tersebut, namun Dap setakat ini belum mengikuti jejak langkah Pas itu.  

Keputusan Dap Pahang ini positif buat PR di Pahang kerana kesemua parti di dalam PR di Pahang ini bertindak sama seperti tindakan Dap Pahang.  Pas, di bawah Pesuruhjayanya yang baru, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar juga menyatakan perkara yang sama berkaitan hubungan Pas Pahang dengan Dap.  Ertinya, Pas Pahang akan wala' dengan keputusan Pas Pusat yang katanya akan diputuskan pada tarikh yang belum ditetapkan.  Begitu juga dengan KEADILAN Pahang, keputusan Pusat pasti menjadi rujukan dan akan dipatuhi.

Bagi rakyat, apa pun keputusan yang bakal diambil mereka mengharapkan jangan sampai memusnahkan mood rakyat yang tengah memuncak untuk membenamkan rejim yang ada sekarang.   Jangan sampai rakyat muak dan jemu dengan sikap pemimpin yang tidak bijak membuat keputusan, ikut emosi dan melihat kepentingan di kawasan mereka sahaja.