RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 26 Jun 2015

G18 ATAU GERAKAN HARAPAN BARU, TIADA BEZA, SEMUANYA DEMI PAKATAN RAKYAT

G18 atau Gerakan Harapan Baru?  Apa bezanya?  Tiada beza pun.  Orang yang sama dengan gerakan yang sama untuk memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat.  Jika Dap atau KEADILAN sekalipun, ada sekumpulan yang melihat situasi sekarang tidak memperkukuhkan Pakatan, elok juga mereka gerakkan kumpulan mereka untuk tujuan baik itu.

Jadi, apa yang ditakutkan sangat?  Apakah dengan kukuhnya Pakatan maka kita tidak lagi Islam atau membelakangkan Islam?  Tentu tidak.  Tahalluf ini telah lama berjalan, jika Tahalluf ini bertentangan dengan Islam, mustahil tok-tok guru kita dahulu berjuang habis-habisan memppertahankan gabungan Pembangkang ini.

Lainlah jika ada hujah atau nas agama yang menyatakan Tahalluf di dalam Pakatan ini haram hukumnya.  Ada yang guna hujah agama untuk menakutkan mereka yang ingin menggerakkan G18 atau Gerakan Harapan Baru ini.  Bak kata, Dr Maza Mufti Perlis, jangan mudah sangat perasan dengan ayat Al-Quran atau Hadith itu dimaksudkan kepada kumpulan kita saja.  

Pada aku, sesiapa yang gementar dengan gerakan untuk memperkukuhkan Pakatan, mereka ini takut kepada bayang-bayang sendiri.  Biasanya orang yang takut, tentu ada salah dan silap yang telah mereka lakukan.  Seandainya menyertai atau menubuhkan gerakan ini merupakan satu yang salah dari segi hukum agama atau perlembagaan parti, mengapa tidak bertindak sekarang?  Gantung mahupun pecat.  Kita sudah cemuh dengan tuduhan ini salah, itu salah, namun tiada tindakan pun diambil.  Mat Sabu, Salahuddin Ayob, Khalid Samad, Hanipa dan ramai lagi sebelum ini dikatakan bersalah kononnya 'derhaka' atau tidak wala atau cuba untuk memburukkan Presiden.  Mana siasatan, mana dakwaan dan apa tindakan?  Ianya berlalu begitu saja sehingga selesai muktamar.

Eloklah berpijak dibumi nyata.  Baguslah jika bertindak lebih awal.  Jangan berhujah dengan perkara-perkara yang akan ditertawakan orang.  Ini akan memalukan jemaah. 

8 ulasan:

  1. G18 dan PasMa dah bergaduh sesama sendiri, apa hal ni? Macamana nak perkukuhkan pakatan rakyat? Belum apa-apa dah terserlah sikap sebenar G18. Memang perosak jemaah la mereka ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukn G18 saja. Puak Jebon, melayu PKR dan puak LGBT jugak perosak jemaah, agama bangsa dan negara.

      Padam
  2. Dasar perjuangan G18 ialah Islam Progresif, tak sama dengan dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

    Islam yang dibawa oleh G-18 ialah Islam yang membawa kemodenan dan kelainan, PAS bawa Islam kuno.

    Islam moden yang dimaksudkan ialah Islam yang hanya diterima pakai kalau kaum lain tidak menentang.

    Rujukan G18 ialah perlembagaan bukan Al-Quran dan Al-Sunnah. Tidak seperti PAS yang masih jauh ketinggalan kerana terlalu mengikut Al-Quran dan Al-Sunnah.

    G18 terdiri daripada pemimpin profesional yang kecewa dan tak rela kehilangan jawatan dan kuasa, pemimpin PAS pula terdiri daripada golongan Ulamak yang sentiasa beristiqamah.

    Itulah perbezaan G18 dengan PAS. Sama macam Islam Hadhari. Sama saja G18 dengan umno.

    Bezanya cuma umno tidak mudah lemah dengan kaum lain sebaliknya G18 akan mengikut apa saja kemahuan DAP, asal saja jawatan dan kuasa kekal bersama.

    BalasPadam
  3. Pasma adalah ngo dan g18 adalah platform politik..

    Malaysiakini pakar putar alam... Bernama pakar ..?

    Pembangkang akan kalah teruk dgn perangai ostad muda pas ni...

    Pengundi pantai barat perlukan damage control untuk menangkan pembangkang ... G18,seperti biasa adalah harapan pkr dan dap..

    Pas sudah benci org kapir ... Maka bertambah ramailah org kapir di Malaysia kerana dakwah songsang pas nih..

    G18 kamu harapan malysia untuk meramaikan jemaah nabi s.a.w... Tak boleh harap pas pis pus dah...

    P.s projek air Selangor perangsang siapa dapat laba? Pemuda pas? Menantu?

    BalasPadam
  4. Muktamar dah terima PUTUS kan hubungan dgn DAP, apa lagi yg diungkit pasal mengekalkan hubungan. Mimpi ka apa. Itu la bila berpolitik main Cai, tengok kepiah jer kan dah tak cerdik. SOKONG PAKATAN RAKYAT DENGAN 4 PARTI (plus parti baru) kalau pas nak stay pun tak apa nak cabut pun tak apa. Dan agihan calon PRU bahagi 4, pas kena piker komponen baru masuk kena bagi kerusi juga. Hilang lah kuasa tawar menawar Pas. Kalu cabut keluar lagi teruk silap silap Kelantan pun hilang.
    ke kek keh siapa yg jd tolol siapa yg jd barua dan siapa yg jd jebon sekarang

    Duvid duvid

    BalasPadam
  5. Apa sahaja boleh dilakukan jika memenuhi kriteria ini: 1.kerana Allah, 2.agenda yang dibenarkan, 3.kaedah yang diredhai, 4, natijahnya baik, 5. tidak meninggalkan faruduu ain. Disamping itu, keutamaan harus diberi tempat. misalnya antara dua perkara yang mungkar kita kena pilih yang kurang kemungkarannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau gitu cikgu, kami pilih Barisan Nasional. Lagipun kemungkaran BN yg dikotak katikkan tu kebanyakannya ada fitnah oleh pihak kafir saja.

      Padam
  6. pakatan harapan baru malaysia dan parti islamist baru ( g18 ) ; http://www.freemalaysiatoday.com/…/zaid-new-party-can-take…/
    A NEW ISLAMIST PARTY
    d new islamist party must 've its own " murshidul am reference council " or " sharia' reference council " or " al hisbah reference council " as a guidance its going in d right track as an islamist party ! it's president n deputy president must muslims not necessarily must b ulamak ! : " islam is rahmatan lil"alamin " ; islam 4 all , justice 4 all , regardless of religion, race n ethnic ! . therefor ; non-muslims can b a member of this party ! . they could oso lead d youth wing n d women wing as well ! . this party must b 4 hudud punishment amendment of d " sharia' court law act 1965 which is d existing hudud law 2 amend its punishment ! comply with d article 76A of d federal constitution ! as a green light yet 2 b approved by d parliamant 4 it's implementation in kelantan n terengganu ! other states cannot b implemented hudud law 'cos there's no hudud punishment enactment in other states! perak only 4 seats n penang only one seat ! how 2 implement hudud !
    hudud is basically 5% of its plight only in kelantan n terengganu comprised of 95% muslims , not muslims abide 2 d civil law ( or taazir law based on d judge discretion not hudud ) ! .95% of its plight is with d 52% electorates who've given d opposition pact " popular votes " which must b fulfilled til ge14 by his grace! this new islamist party must b against umno injustices n racism whereby umno is against" macro hududullah ' cos islam is against corruption, abuse of power n public fund, leakages, wastages, 1mdb scandals ,gst , petrol hike n price hike , pkfz rm12b ; sharizat cowshit rm250m , one malaysist racism , one malayist sovereignty ! cos islam is justice 4 all proven in its " islamist sovereignty " of its : benevolent state 4 all as shown in d medina benevolent state thru 'd " medina charter " copycat by d uno charter ! .this new islamist party is not 4 " malay islam " but is 4 " islam islam " ; addeen waddaulah n addeen wa sharia" ( a good governance of d rule of law to put d right things in d right place 4 all as taught in d al-qur'an and assunnah ! ) .which must b 95% of its focus 4 a new federal govt m d waiting ind ge 14 by his grace ! hudud punishment amendment comprised of 5% of its plight mainly in kelantan n terengganu only ! 'cos other states 've no huddud law as in kelantan m terangganu .
    " ALLA HU AKBAR! "
    By: Nash Ar-Rawy/27.6.15 www.nasharrawy.blogspot.com

    BalasPadam