RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 18 Mei 2013

AZMIN, ZURAIDA MENGHANCURKAN IMEJ MEREKA DI DALAM PARTI

PRU 13 sudah berlalu.  DS Anwar Ibrahim dengan beberapa orang 'pendekar'nya terus buat kerja menemui rakyat untuk memberitahu rakyat mengapa kita menolak keputusan PRU 13 yang lalu.  Peraturan dan undang-undang juga dipatuhi di mana petisyen kini sedang disiapkan untuk difailkan di mahkamah, di dalam masa yang sama rakyat juga perlu diberitahu mengapa petisyen ini perlu dibuat kerana kita tiada media radio atau TV untuk menyampaikan maklumat kepada mereka.

Di dalam kesibukan DS Anwar Ibrahim dan rombongannya ke merata-rata negeri, Azmin Ali dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin terus mendapat kecaman dari ahli-ahli parti.  Azmin sepatutnya bersama-sama DS Anwar, paling tidak pun Azmin sesekali turun membantu DS Anwar Ibrahim kerana beliau adalah Timbalan Presiden PKR.  Setiap program "BLACK OUT 505", DS Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum akan ditemani oleh Presiden PKR, DS Wan Azizah.  Sdr Johari Abdul, Tian Chua, Chegu Bard dan beberapa orang yang lain sentiasa bersama membantu Ketua Pembangkang ini.  Di mana Azmin?  Ketua Wanita, Zuraida juga di mana?  

Azmin Ali awal-awal lagi sudah nyatakan sikap "tidak perlu berdemo" setiap hari, minggu atau bulan.  Beliau mahu DS Anwar Ibrahim terima sahaja keputusan PRU 13 walaupun semua maklum, mustahil Umno/Bn boleh menjadi kerajaan jika tidak dengan menipu.  Tetapi Azmin Ali buta perut, Zuraida pula besarkan perut duduk sahaja melihat Ketua Serikandinya, Siti Aishah yang sering membantu DS Anwar Ibrahim.  

Azmin dan Zuraida, dua pasangan yang kini menjadi perhatian ahli-ahli PKR khasnya.  Terlalu banyak kesilapan yang telah mereka lakukan.  Sikap menghormati Ketua Umum dan Presiden PKR sudah tiada lagi.  Mungkin beliau merasa sudah hebat apabila memenangi Kerusi Parlimen dan Dun di Selangor dengan jumlah undi yang besar.  Zuraida pun sama.  Kecaman Ketua Wanita ini terhadap pimpinan PAS dan DAP di dalam isu perlantikan MB Selangor sudah cukup untuk membuatkan beliau akan menerima akibatnya selepas ini.

Hari ini ramai di kalangan ahli-ahli PKR sudah merancang untuk mempastikan Azmin dan Zuraida tidak lagi berada di Saf hadapan parti, kecuali kedua-dua mereka mempunyai kekuatan jiwa dan keberanian untuk memohon maaf kepada ahli-ahli parti dan rakan-rakan di dalam PR.  Jika tidak, PKR bakal menyaksikan jawatan Timbalan Presiden PKR akan ditandingi di dalam pemilihan parti tidak beberapa lama lagi.  Jika Azmin mempunyai hajat untuk menentang Presiden, baik lupakan sahaja.  Azmin belum layak untuk berada di Kerusi itu.

Langkah paling bijak jika mahu selamat di dalam parti, Azmin dan Zuraida mesti meminta maaf . 

Jumaat, 17 Mei 2013

MULUT GAMPANG OLEH AKHBAR GAMPANG

MULUT gampang mana yang pandai-pandai syorkan Presiden KEADILAN, DS Wan Azizah letak jawatan?  Aku dengar cerita syor itu datangnya dari mulut ahli KEADILAN yang telah gunakan akhbar gampang seperti beliau juga untuk melaga-lagakan DS Wan Azizah dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali.  

Alasan bangang digunakan, kononnya Selangor mencapai kemenangan besar di dalam PRU 13 baru-baru ini adalah membuktikan kejayaan besar Azmin selaku Pengerusi KEADILAN Selangor.  Jadi, apa kena mengena pula dengan DS Wan Azizah selaku Presiden kena letak jawatan?  Bukankah bangang punya hujah?  Memang media Utusan bangsat suka petik berita-berita bangang dari dalam longkang seperti ini.

Selangor menang besar kerana kepimpinan Azmin?  Itu persoalan subjektif.  Jika ada yang kata Selangor menang besar kerana rakyat Selangor yang terdiri dari penyokong-penyokong KEADILAN, PAS dan DAP termasuk bukan sedikit dari Umno/Bn atau yang tidak berparti amat tertarik dengan pentadbiran MB Selangor, TS Khalid Ibrahim, bagaimana?  Ada lojik juga hujah tersebut sebab tiada siapa setakat ini yang boleh menandingi kehebatan pengurusan dan pentadbiran TS Khalid Ibrahim.  Dari satu segi, aku turut bersetuju TS Khalid juga ada kelemahannya iaitu beliau tidak banyak 'menyumbang' untuk partinya sendiri khususnya dari segi kewangan walaupun Negeri Selangor adalah negeri terkaya di Malaysia.  Tentu beliau ada alasannya sendiri.  Pokoknya, TS Khalid banyak lelebihan dari kelemahan.

Ertikata lain, boleh dikatakan juga kemenangan besar PR di Selangor adalah disebabkan oleh kehebatan pentadbiran TS Khalid Ibrahim.  Merudumnya Kerusi KEADILAN yang kurang satu kerusi dari PAS pula tidak janggal jika ada yang mengatakan itu kelemahan Azmin.  Tetapi aku tidak kata Azmin teruk sangat kecuali 'perangai'nya saja.  

Oleh yang demikian hujah yang menyuarakan cadangan agar DS Wan Azizah meletakkan jawatan itu satu hujah yang langsung tidak lojik bahkan tiada langsung kaitan.  Andainya DS Wan Azizah letak jawatan, kita mahu gantikan dengan siapa?  Azmin?  Aku rasa Azmin tidak perlu bermimpi untuk berada di situ, lebih baik beliau fikirkan kerusi Timbalan Presiden yang beliau sandang sekarang.  Khabarnya, sudah bermula kempen di merata-rata untuk mempastikan Kerusi Nombor Dua itu bakal ditandingi dan kali ini tidak semudah dulu buat Azmin untuk mempertahankannya.  Ini adalah kerana silap besar Azmin dan beberapa kuncunya yang suka bermain 'catur'. 


JADUAL "BLACK 505 - SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" SETERUSNYA.....

KENYATAAN MEDIA
16 MEI 2013

#BLACK505 DI NEGERI SEMBILAN, KEDAH, TERENGGANU DAN MELAKA

Gelombang #black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihanraya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

#black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.
Tarikh-tarikh bagi #black505 yang seterusnya adalah seperti berikut:

                        21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah
                        23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu
                        24 Mei 2013 (Jumaat) - Melaka

Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR.

Semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir. Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.

Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #black505 ini. Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).  

Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan. Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
16 MEI 2013 

Rabu, 15 Mei 2013

TAHNIAH RAKYAT PAHANG

TABIK kepada rakyat Pahang malam tadi.  Kempen " BLACK OUT - 505 - SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" Peringkat Negeri Pahang yang telah diadakan di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat KEADILAN Pahang, Beserah, Kuantan mailam tadi telah menyaksikan kehadiran orang ramai yang di luar jangkaan.



Aku awalnya merasa bimbang kerana takut kehadiran malam tadi memalukan kerana perpindahan lokasi program di saat-saat akhir mengakibatkan orang ramai tidak tahu atau merasa sukar untuk mencari lokasi baru.  Tidak ramai yang tahu lokasi Pejabat KEADILAN Negeri Pahang tersebut kerana jarang diadakan program di situ.  Apatah lagi perubahan lokasi yang dihebahkan melalui blog dan FB pada petang semalam, hanya diketahui kebanyakan oleh anak-anak muda.

Alhamdulillah, malam tadi sambutannya amat membanggakan.  Syabas rakyat Pahang.

Selasa, 14 Mei 2013

PENTING !! "BLACK OUT 505 - SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" DI KUANTAN TERPAKSA UBAH LOKASI



Lokasi Asal di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jln Gambang, KUANTAN telah ditukarkan ke DATARAN RAKYAT, IBU PEJABAT PKR NEGERI, JALAN BESERAH (DEPAN POLIKLINIK KOMUNITI) BESERAH, KUANTAN.  Pertukaran lokasi dibuat setelah perbincangan dibuat dengan pihak berkuasa.  MOHON SEBARKAN DAN SHARE SEBANYAK MUNGKIN!!  Kesulitan amat dikesali.

PENUHI DATARAN MAHKOTA AMAN MALAM INI SEBAGAI TANDA SOLIDARITI TUNTUT PILIHANRAYA YANG ADIL DAN BERSIH

MALAM ini (Selasa - 14/5/13) bertempat di Dataran PASTI, Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan akan diadakan "BLACK OUT 505 - SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT" yang mana Negeri Pahang adalah negeri yang ke empat di dalam kunjungan Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim ke seluruh negeri bagi menyampaikan penerangan berkaitan beberapa isu sewaktu PRU 13 yang lalu.



Ada yang bodoh bertanya, "Mengapa perlu berhimpun?  Buat sahaja Petisyen bantahan ke mahkamah, lepas itu senyap sahajalah".  Biarpun soalan itu memperlihatkan kebodohan orang yang bertanya, kita ingin menjawabnya.  Memang Pakatan Rakyat mahu membuat Petisyen, bahkan setakat ini Sdr Rafizi telah pun mengumpul lebih dari 200 kes yang kukuh untuk dibawa ke mahkamah bagi membantah beberapa keputusan di dalam PRU 13 baru-baru ini.  Tetapi kita perlu ingat bahawa tidak semua rakyat memahami mengapa kita membuat bantahan ini.  Media perdana kawalan mereka saban hari menuduh kita yang bukan-bukan kononnya kita tidak redha dan tidak mahu menerima kekalahan.  



Sehubungan itu, rakyat perlu menerima jawapan yang telus dari kita agar mereka tidak terus diperbodohkan oleh media-media bangsat itu.  Tiada jalan lain, pimpinan Pakatan Rakyat harus bertanggungjawab menemui sekelian rakyat untuk menjawab semua tuduhan mereka di samping kita ingin menyatakan kepada rakyat bahawa setiap undi mereka akan kita pertahankan dari dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang takut kehilangan kuasa.

Justeru itu, rakyat Pahang harus turun beramai-ramai malam ini sebagai tanda solidariti kita mempertahankan sistem pilihanraya yang adil dan bersih.  SPR tidak harus takut dan bimbang dengan kebangkitan rakyat sekiranya SPR merasa badan itu telah melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah.  SPR harus berani berdepan dengan rakyat sebagaimana mereka berani berjanji bahawa "Dakwat itu kekal selama 7 hari".


Isnin, 13 Mei 2013

GUNA 'SELIPAR BURUK' UNTUK NAIKKAN IMEJ YANG JIJIK

APABILA mereka sudah mula menggunakan 'selipar buruk' untuk mempertahankan imej parti mereka yang semakin jijik dimata rakyat, ertinya mereka sudah tiada modal dan hujah lagi.  Dari kisah seks dan fitnah yang dijaja sewaktu menjelang PRU 13 yang lalu untuk memburukkan imej pimpinan PR, kini setelah selesai PRU 13 mereka tukar modal baru iaitu meniupkan isu perkauman.

"Apa kaum Cina mahu?".  Pertanyaan yang penuh rasist dan paling kotor lahir dari media Utusan yang meloyakan.  Semua tahu media ini kepunyaan parti yang sinonim di gelar "Umporno' dan tentunya kenyataan rasist itu direstui oleh parti yang kini ditolak oleh seluruh rakyat khususnya di Semenanjung.  Tidak selesai di situ, kini mereka kutip 'selipar buruk' pula untuk menunjukkan betapa seriusnya mereka memainkan isu perkauman ini.

Seorang bekas hakim semalam menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.  Lihatlah betapa jijiknya cara mereka untuk meniupkan api perkauman setelah mereka melihat majoriti rakyat Malaysia walaupun dengan berbagai kaedah pengundian yang penuh lontroversi, rakyat memilih PR bukannya mereka.  Bayangkan jika demokrasi di negara ini bersih, bayangkan jika media di negara ini tidak dikawal sepenuhnya oleh puak-puak mereka.  Dan, bayangkan jika pemimpin mereka mempunyai 'kejantanan' untuk berdebat dengan Pimpinan PR, sudah tentu PR akan mempunyai majoriti yang jauh lebih besar.  Pemimpin mereka takut, mereka takut rahsia dan penyelewengan mereka terbongkar.
 
Ini kali lah.....Rakyat sudah bangkit, kamu tidak boleh menipu lagi !!