RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 17 Mei 2013

MULUT GAMPANG OLEH AKHBAR GAMPANG

MULUT gampang mana yang pandai-pandai syorkan Presiden KEADILAN, DS Wan Azizah letak jawatan?  Aku dengar cerita syor itu datangnya dari mulut ahli KEADILAN yang telah gunakan akhbar gampang seperti beliau juga untuk melaga-lagakan DS Wan Azizah dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali.  

Alasan bangang digunakan, kononnya Selangor mencapai kemenangan besar di dalam PRU 13 baru-baru ini adalah membuktikan kejayaan besar Azmin selaku Pengerusi KEADILAN Selangor.  Jadi, apa kena mengena pula dengan DS Wan Azizah selaku Presiden kena letak jawatan?  Bukankah bangang punya hujah?  Memang media Utusan bangsat suka petik berita-berita bangang dari dalam longkang seperti ini.

Selangor menang besar kerana kepimpinan Azmin?  Itu persoalan subjektif.  Jika ada yang kata Selangor menang besar kerana rakyat Selangor yang terdiri dari penyokong-penyokong KEADILAN, PAS dan DAP termasuk bukan sedikit dari Umno/Bn atau yang tidak berparti amat tertarik dengan pentadbiran MB Selangor, TS Khalid Ibrahim, bagaimana?  Ada lojik juga hujah tersebut sebab tiada siapa setakat ini yang boleh menandingi kehebatan pengurusan dan pentadbiran TS Khalid Ibrahim.  Dari satu segi, aku turut bersetuju TS Khalid juga ada kelemahannya iaitu beliau tidak banyak 'menyumbang' untuk partinya sendiri khususnya dari segi kewangan walaupun Negeri Selangor adalah negeri terkaya di Malaysia.  Tentu beliau ada alasannya sendiri.  Pokoknya, TS Khalid banyak lelebihan dari kelemahan.

Ertikata lain, boleh dikatakan juga kemenangan besar PR di Selangor adalah disebabkan oleh kehebatan pentadbiran TS Khalid Ibrahim.  Merudumnya Kerusi KEADILAN yang kurang satu kerusi dari PAS pula tidak janggal jika ada yang mengatakan itu kelemahan Azmin.  Tetapi aku tidak kata Azmin teruk sangat kecuali 'perangai'nya saja.  

Oleh yang demikian hujah yang menyuarakan cadangan agar DS Wan Azizah meletakkan jawatan itu satu hujah yang langsung tidak lojik bahkan tiada langsung kaitan.  Andainya DS Wan Azizah letak jawatan, kita mahu gantikan dengan siapa?  Azmin?  Aku rasa Azmin tidak perlu bermimpi untuk berada di situ, lebih baik beliau fikirkan kerusi Timbalan Presiden yang beliau sandang sekarang.  Khabarnya, sudah bermula kempen di merata-rata untuk mempastikan Kerusi Nombor Dua itu bakal ditandingi dan kali ini tidak semudah dulu buat Azmin untuk mempertahankannya.  Ini adalah kerana silap besar Azmin dan beberapa kuncunya yang suka bermain 'catur'. 


3 ulasan:

  1. provokasi anjing-anjing parti sekutu apco !awas & waspada PR !

    BalasPadam
  2. Ini baru menang hebat di Selangor, kalaulah menang ke Putrajaya mungkin Azmin menuntut timbalan perdana menteri.Tapi eloklah dia dah tunjukkan keegoan dan hebatnya dia sekarang ni.Mungkin ini satu petunjuk kepada ahli pkr agar memoperasi penyakit yang membengkak di dalam pkr.Azmin perlu dikeluarkan dalam pemilihan parti, biarkan dalam parti tanpa jawatan.Mungkin tanda protes dia akan keluar parti dan suruh dia tubuh parti baru, dia presidan dan Zuraidah timbalan.Sama sama tengok boleh tak Pru ke 14.Orang macam ini perlu disingkir saja.Dia ingat semua ahli suka dia atau dia rasa semua rskyat Malaysia sanjung dia.Perasan aje.

    BalasPadam
  3. siar la kobat bongok..

    dah kalah pun nak sekat demokrasi lg ka.. mmg bongok

    aku tulis bongok ni pasal recent artikel mcm2 bongok je..lebih korang mcm azmin bongok..

    kobat dgn azmin samalah bongok

    KALAU CEREDIK TU DIA WAJAH ANWAR BONGOK..3 thn org predik perangai azmin ...tp tak nampak kat TV..SEE AZMIN BONGOK.MAKNANYA ANWAR PUN ITU LA DIA BONGOK NYA..

    SIAR LA BONGOK KALAU TAK BONGOK

    BalasPadam