RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 13 Mei 2013

GUNA 'SELIPAR BURUK' UNTUK NAIKKAN IMEJ YANG JIJIK

APABILA mereka sudah mula menggunakan 'selipar buruk' untuk mempertahankan imej parti mereka yang semakin jijik dimata rakyat, ertinya mereka sudah tiada modal dan hujah lagi.  Dari kisah seks dan fitnah yang dijaja sewaktu menjelang PRU 13 yang lalu untuk memburukkan imej pimpinan PR, kini setelah selesai PRU 13 mereka tukar modal baru iaitu meniupkan isu perkauman.

"Apa kaum Cina mahu?".  Pertanyaan yang penuh rasist dan paling kotor lahir dari media Utusan yang meloyakan.  Semua tahu media ini kepunyaan parti yang sinonim di gelar "Umporno' dan tentunya kenyataan rasist itu direstui oleh parti yang kini ditolak oleh seluruh rakyat khususnya di Semenanjung.  Tidak selesai di situ, kini mereka kutip 'selipar buruk' pula untuk menunjukkan betapa seriusnya mereka memainkan isu perkauman ini.

Seorang bekas hakim semalam menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.  Lihatlah betapa jijiknya cara mereka untuk meniupkan api perkauman setelah mereka melihat majoriti rakyat Malaysia walaupun dengan berbagai kaedah pengundian yang penuh lontroversi, rakyat memilih PR bukannya mereka.  Bayangkan jika demokrasi di negara ini bersih, bayangkan jika media di negara ini tidak dikawal sepenuhnya oleh puak-puak mereka.  Dan, bayangkan jika pemimpin mereka mempunyai 'kejantanan' untuk berdebat dengan Pimpinan PR, sudah tentu PR akan mempunyai majoriti yang jauh lebih besar.  Pemimpin mereka takut, mereka takut rahsia dan penyelewengan mereka terbongkar.
 
Ini kali lah.....Rakyat sudah bangkit, kamu tidak boleh menipu lagi !!
 
 




2 ulasan:

  1. hakim ini memperlekekan kewibawaan sebagai pendokong keadilan didalam tugasan beliau sebagai hakim.memang tepat dan benar diantara tiga hakim dua amatlah pasti keneraka.nauzubillah.

    BalasPadam
  2. Walaupun dia bekas hakim, tapi beliau adalah keturunan sakai yang tinggal terpencil jauh dlm hutan yang jarang bertemu manusia.

    BalasPadam