RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 13 Januari 2021

ANWAR PM INTERIM?

 

Oleh kerana muhyiddin sahih hanya tinggal 109 sokongan setakat hari ini, ertinya muhyiddin tidak lagi layak jadi PM. Apabila darurat diistiharkan, maka umno desak agar PM interim dilantik sehingga ada PM baru yg punyai majoriti diangkat sbg PM baru atau diadakan PRU15.

Siapa paling layak untuk diangkat sebagai PM interim? 

Jawapannya, adalah Anwar Ibrahim. Kenapa? Pertamanya, Anwar adalah Pengerusi PH dan PH adalah pilihan rakyat pada PRU14 yang lalu sebelum ianya dirampas secara tidak demokratik. 

Kedua, Anwar telah mengemukakan surat kepada Istana untuk mengadap Kebawah Duli Tuanku bagi membuktikan beliau punyai sokongan majoriti, tetapi proses masih tertangguh. Tindakan Anwar ini meyakinkan kita bahawa Anwar memang punyai sokongan majoriti apatah lagi dengan pengesahan Anuar Musa tentang 'ketulenan' surat dari Presiden Umno. 

Sehubungan itu, wajarlah Anwar diangkat sebagai PM interim jika tindakan ini perlu dilakukan walaupun kita masih berharap ada proses yang lebih baik dan berkesan sepertimana Sultan Perak menangani krisis MB Perak baru-baru ini. Tindakan bijak Sultan Perak itu mendapat pujian ramai. 

Apa yang penting, kita tidak boleh berterusan dengan keadaan PKP serta darurat dengan situasi ekonomi yang sedang kritikal terus berada di bawah seorang PM yang ternyata tiada majoriti.