TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Sabtu, 1 Februari 2014

NOH OMAR MAHU LARI MANA? SAMM PULA ANJUR DEBAT

NOH Omar atau lebih popular dengan gelaran "Noh Udang" adalah tokoh Umno yang sedang berusaha kuat untuk mencipta nama agar kelihatan lebih hebat dan berwibawa terutamanya di Selangor.

Beliau tahu isu Kalimah Allah di Selangor adalah satu senjata terbaik untuk merealisasikan hasratnya untuk mencipta nama.  Maka, keluarlah dari mulutnya cabaran untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dari Pembangkang berkaitan isu tersebut.  Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, tidak sampai 24 jam cabaran beliau disambut oleh MP Shah Alam, YB Khalid Samad.  Akhbar Sinar mengumumkan bersedia menjadi Penganjur dan tarikh, masa dan tempat telah ditetapkan.

Seperti dijangka ramai pihak, akhirnya debat dibatalkan kononnya sensitif.  Jika benar sensitif, mengapa media mereka dibenarkan memainkan isu ini siang malam?  Mengapa sewaktu Noh Udang membuat cabaran debat sebelum ini tiada pihak yang membuat bantahan atas sebab isu ini sensitif?  Mengapa apabila cabaran itu disambut baru keluar suara-suara bantahan?  Jelas pada kita sandiwara Noh Udang yang memang semua tahu beliau bukannya tokoh yang berani sangat.  Dia pun buat lawak kononnya amat kesal tidak dapat berdebat dengan YB Khalid.  Drama lucu oleh pelakon otak udang.

Sandiwara berlaku lagi.  RTM pula jemput Noh Omar berdebat dengan Ketua Pemuda PAS, Sdr Suhaizan Kayat yang telah diadakan malam tadi.  Tajuk debat adalah berkaitan isu di Dun Kajang.  Sifirnya mudah, puak mereka mahu lihat Pemuda PAS belasah PKR di dalam isu ini dan Noh Omar tentunya ingin membuat provokasi.  Malang sekali lagi, Noh udang tetap Noh udang.  Beliau tidak hadir lagi.  Anjuran RTM, sekutu Umno pun beliau tidak mahu hadir.  Jadi, jangan terasa jika orang Umno pun kata beliau bacul dan memalukan Umno.

Terbaru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pula tampil untuk menjadi penganjur perdebatan yang dibatalkan oleh Sinar baru-baru ini.  Tajuk yang sama, pendebat juga yang sama iaitu YB Khalid Samad dengan Noh Omar.  YB Khalid Samad telah pun bersetuju untuk hadir debat tersebut walaupun tarikh belum ditetapkan.  Kini bola di kaki Noh Omar.  Ke mana Noh Omar mahu lari lagi?  Di saat menjelang PRK Dun Kajang, maruah Umno Selangor kini terletak pada tokey udang berkenaan.  Ahli Umno akan lihat sendiri apakah drama lawak bodoh Noh Omar selepas ini?  Apakah alasannya kali ini?




Khamis, 30 Januari 2014

DUN KAJANG - ANWAR HILANG KREDIBILITI......

Membaca sejarah lampau, teringat kisah sewaktu DS Anwar dipecat dari Kjaan dan Umno serta diaibkan.  Hari pertama dipecat, di antara yg terawal berkunjung menziarahi DS Anwar di rumahnya adalah Almarhum Us Fadzil Noor Presiden PAS.  Ketika itu, ramai pimpinan PAS dan ahli PAS yg tidak setuju Almarhum Fadzil Noor bertemu Anwar atas sebab, pertama, itu masalah dalaman Umno dan Anwar.  Kedua, mereka kata Anwar dulu dlm Umno serang PAS maka tak wajar Almarhum Us Fadzil cuba berbaik dgn Anwar.  


Ketika itu Almarhum Us Fadzil sanggup hilang 'imej dan kredibiliti' sebagai Presiden PAS kerana dikritik oleh beberapa pimpinan dan ahli PAS sendiri.  Namun, Us Fadzil ada sebab mengapa beliau bertemu DS Anwar.  Hujah utamanya adalah biarpun Anwar dulunya menentang PAS, tapi sekarang Anwar telah dizalimi dan wajib Anwar dibantu.  Ketika itu ramai yg berkata apa faedahnya dan untungnya Us Fadzil berbuat demikian?

Nah, Us Fadzil kini telah tiada.   Apakah untungnya perbuatan Us Fadzil berpuluh tahun dulu kpd PAS?  PAS amat hebat sekarang malahan disokong semua kaum, letak bertanding di mana saja PAS punyai harapan baik.  Bukan kerana Anwar sebenarnya, tetapi kerana kebijaksanaan Almarhum Us Fadzil yg sanggup dikritik hebat dan korbankan kredibilitinya sebagai Presiden demi untuk partinya.  Menyedihkan, Almarhum tidak sempat lama melihat kemajuan PAS.  Sekarang, baru kita terfikir langkah Almarhum dulu itu amat tepat sekali. 

Kini, Anwar pula dikritik hebat dan beliau hilang kredibilitinya bila dianggap sebagai 'gila kuasa', bila bertanding di Dun Kajang.  Jika dulu Almarhum Us Fadzil dicemuh oleh rakan2 dlm partinya sendiri kerana memilih strategi berbaik dgn Anwar bekas musuh politik PAS, kini Anwar juga dicemuh oleh ahli2nya sendiri.  Apakah Anwar memang sengaja memilih untuk dicemuh atau hilang kredibiliti hanya kerana kerusi Dun? 

Aku yakin, sejarah akan menceritakan kembali kisah ini....

Selasa, 28 Januari 2014

AKU BOSAN, AKU BENCI DAN MELUAT, TAPI BENCI DAN MELUAT KEPADA UMNO/BN JAUH LEBIH TINGGI

BARU semalam aku menulis di SINI, aku cadangkan tak perlu DS Anwar bertanding di Dun Kajang dan betapa perlunya TS Khalid kekal sebagai MB Selangor dengan sedikit 'perubahan sikap'.  Namun, nasi sudah menjadi bubur, nama calon telah diumumkan di mana DS Anwar adalah calonnya.  Soal dia ganti TS Khalid sebagai MB Selangor masih jauh mahu difikir kerana DS Anwar mesti menang di PRK Dun Kajang dahulu.

Umum saja Adun Kajang dari PKR itu kosongkan kerusi, gegak gempita seluruh Selangor dan Malaysia.  Ertinya terlalu sayang rakyat kepada PR, mereka tak mahu benda sedikit boleh merosakkan kekuatan PR di Selangor.  Bila diumum saja DS Anwar akan bertanding, gempita lagi kita di luar.  Apa yang terjadi sebenarnya di Selangor? 

Jangan kita buat-buat tidak tahu.  Siapa yang tidak tahu 'perbalahan' di antara TS Khalid dengan Azmin Ali?  Sejurus PRU tahun 2008 lagi krisis ini diketahui.  Entah berapa kali DS Anwar menegur samada secara dalaman bahkan secara terbuka termasuk di dalam Kongres Nasional PKR.  DS Anwar menegur kedua-dua pemimpin yang susah sangat mahu duduk semeja ini.  Namun mereka diberi peluang untuk berubah sepenggal.  Tiba PRU 13, diharapkan kemenangan besar PR di Selangor itu boleh diraikan bersama secara keluarga di antara TS Khalid dan Azmin.  Malangnya, bertambah hebat pula.  Daripada isu MB Selangor, berjangkit kepada isu di dalam PKNS.  

Jika kita di tempat DS Anwar, apa perlu kita buat?  Mahu pecat Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor bahkan Timbalan Presiden PKR itu?  Atau, sanggup kita buang TS Khalid sebagai MB Selangor tanpa alasan yang benar-benar kukuh?  Masakan kita boleh singkir TS Khalid hanya kerana Azmin mahu berada di Kerusi MB Selangor?  

Ertinya, DS Anwar telah cuba baiki masalah yang berlaku di Selangor secara paling berhemah tanpa menyinggung mana-mana pihak.  Namun, entah kenapa dan tidak diketahui siapa yang ego di antara keduanya.  Mungkin untuk menyelesaikan masalah ini tanpa mengguris hati orang-orang Azmin mahu pun orang-orang TS Khalid sekaligus untuk meyakinkan rakan-rakan di dalam PR bahawa kemelut yang berlaku sekian lama mesti diselesaikan segera, maka DS Anwar telah mengambil langkah yang beliau ambil sekarang.

Setakat ini tiada orang Azmin yang mengamuk, tiada orang TS Khalid yang memaki hamun DS Anwar.  Rasa tidak puas hati memang wujud kerana tidak pernah berlaku percaturan politik berisiko tinggi seperti ini berani dilakukan oleh DS Anwar.  Apakah ada pilihan lain?  Adakah perlu DS Anwar berikan sepenggal lagi untuk mereka berdua selesaikan kemelut di antara mereka?  DS Anwar mungkin bimbang jika dibiarkan berlarutan, bukan saja masalah mereka berdua selesai tetapi Selangor juga mungkin 'selesai' dapat semula ke tangan Umno.

Memang sukar mahu terima kenyataan penyelesaian sedemikian rupa.  Kita harus yakin dengan keputusan bersama oleh PR ini setelah mendapat penjelasan daripada DS Anwar.  Kita di bawah hanya boleh mengeluh dan merungut sekadar cerita yang sedikit kita tahu, sedangkan kita tidak tahu tentu banyak perkara yang pimpinan kita bincang di sana yang akhirnya mereka setuju cara penyelesaian yang berisiko besar ini.  

Cukuplah kita nyatakan pandangan kita, akhirnya kita patuh keputusan pimpinan kita di dalam PR.  Pimpinan pula perlu tahu isi hati rakyat yang bukan mudah untuk terima kenyataan yang pahit begini.  Bosan.  Memang aku bosan.  Benci.  Memang aku benci.  Tetapi kebencian aku terhadap Umno/Bn jauh lebih tinggi. 


PRK DUN KAJANG - ANWAR TIDAK PERLU BERTANDING, KEKALKAN TS KHALID SEBAGAI MB, TETAPI ....

PERLETAKAN jawatan Lee Chin Cheh sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang memang mengejutkan.  Disaat MB Selangor mengumumkan kenaikan elaun dan gaji yang tinggi buat Exco dan Wakil Rakyat, sukar diterima akal Adun akan meletakkan jawatan jika tiada sebab yang benar-benar serius.
 
Kecewa, memang kecewa tapi sedikit terubat apabila mengetahui Adun tersebut meletakkan jawatan secara bertanggungjawab tanpa mengkhianati rakyat dengan cara menjadi 'katak' sepertimana yang lain.  Bayangkan jika beliau umumkan keluar parti samada menjadi ahli MCA mahu pun Gerakan atau kekal Bebas.  Tentunya hati kita bertambah sakit dibuatnya.  Tetapi bersyukur beliau serahkan kembali kepada rakyat untuk buat pilihan.
 
Apa pun Anwar tidak boleh lepaskan diri dari dipersalahkan kerana Anwar adalah bos kepada Adun berkenaan.  Apa percaturan Anwar jika benar Adun ini melompat atas 'arahan' Anwar?  Tapi aku tidak merasakan ada arahan dari sesiapa, aku lebih percaya Adun ini buat keputusan kerana mungkin merasa bosan dengan karenah politik di Selangor terutamanya berkaitan dua individu iaitu TS Khalid dan Azmin.  Mengapa susah benar mahu berbaik di antara keduanya?
 
Benar, apa yang berlaku di Selangor bukan soal rasuah atau penyelewengan namun isu ini merimaskan kita.  Sebagai contoh, isu di dalam PKNS di mana ada orang lain berani mengeluarkan surat pecat Azmin dari Ahli Lembaga Pengarah PKNS tanpa pengetahuan atau kelulusan MB.  Apakah ini boleh dikatakan salah guna kuasa?  TS Khalid akui beliau tidak pernah pecat Azmin walaupun hanya MB Selangor sahaja atau diwakilkan kepada SU Kerajaan Negeri Selangor sahaja yang boleh pecat Azmin atau sesiapa sahaja di dalam PKNS.  Jadi, siapa buat kerja untuk TS Khalid ini?  Adakah orang itu ada niat untuk sabotaj mengambil kesempatan di atas perbalahan TS Khalid dan Azmin?
 
Perkara seperti ini lah memungkinkan Adun Kajang merasa rimas dan meletakkan jawatan.  Persoalan sekarang, siapakah calon yang bakal diletakkan di situ dan adakah calon itu bakal menduduki Kerusi MB Selangor?  Ada yang menyebut Anwar akan bertanding bagi membolehkannya menjadi MB Selangor untuk meredakan ketegangan di antara pengaruh TS Khalid dan Azmin.  Aku tidak yakin dan tidak setuju Anwar bertanding atau menjadi MB Selangor.  
 
Walaupun aku melihat TS Khalid menjadi MB Selangor kelihatan agak 'degil' dengan arahan pimpinan parti di dalam beberapa perkara namun TS Khalid banyak baik daripada kelemahannya.  Kelemahannya dia seperti lupa dia orang politik dan dinaikkan atas nama politik.  Kelemahannya juga dia banyak memberi ruang kepada Faekah bercakap seperti orang politik sehingga kadangkala kita lihat SUK kepada TS Khalid ini seperti Ketua Wanita PKR pula.  Faekah banyak melukakan perasaan orang-orang politik di Selangor.  
 
Tapi itu semua secebis dari kelemahan TS Khalid berbanding segumpal jasanya kepada rakyat Selangor.  Maka, tidak wajar TS Khalid diminta letak jawatan hanya kerana secebis kelemahan yang boleh diuruskan dengan baik oleh pimpinan parti.  Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah buang sahaja individu-individu yang menyusahkan parti untuk bekerjasama dengan TS Khalid.  Individu tertentu yang berselindung di balik ketelusan TS Khalid tetapi hakikatnya mahu mengawal MB Selangor itu.  Sejarah pernah buktikan Kerajaan Selangor telah disabotaj oleh kakitangannya sendiri yang bukan dari kalangan orang politik.  Isu PKNS aku melihat seperti ada usaha untuk menyekat TS Khalid untuk berbaik dengan Azmin.  
 
Aku bukan mahu Azmin kekal di situ tetapi tentu tidak adil jika Azmin dipecat dengan cara tidak betul.  Jika Azmin tidak layak berada di PKNS, gunakan peraturan yang betul untuk pecat beliau.  Bukan dengan cara yang amat meragukan dan lintang pukang sedemikian rupa.  Seburuk mana pun Azmin, dia adalah Pengerusi PKR Selangor dan Timbalan Presiden PKR.  Mana maruah PKR jika ada orang bukan politik boleh pecat beliau tanpa ikut peraturan?  Ini kelemahan TS Khalid yang gagal menentukannya.
 
Sekali lagi aku mengharapkan agar TS Khalid terus kekal MB tetapi beliau harus bertindak membetulkan kelemahannya yang sering ditegur oleh DS Anwar.  DS Anwar tidak perlu rendahkan martabatnya untuk menjadi MB Selangor walaupun dengan niat untuk meredakan ketegangan yang ada.  Siapa yang boleh dicalonkan untuk bertanding di Dun Kajang nanti?  Bagaimana jika diletakkan Sdr Saifuddin Nasution?  Sdr Rafizi tidak perlu pegang dua jawatan Wakil Rakyat, nanti tidak terkejar pula tanggungjawab.  Ada yang mencadangkan Sdr Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard diletakkan di situ, apa salahnya?  
 
 

Isnin, 27 Januari 2014

SUDAH AGAK DAH, DEBAT PASTI BATAL SELAGI UMNO YANG TERLIBAT

AKU sememangnya merasa sangsi apabila tiba-tiba ada pemimpin Umno berani mencabar pemimpin PAS untuk berdebat, apatah lagi berdebat di dalam isu melibatkan agama Islam.  Maklumlah, kita kenal Umno ini bukan baru dan sejarah pernah buktikan beberapa kali Umno bukan berani atau hebat sangat di dalam arena perdebatan.  Mereka memang hebat di dalam mereka cipta fitnah, kemudian bercakap seorang diri di hadapan kamera TV atau di hadapan kumpulan kangkung sahaja.

Telahan aku tepat.  Terbaru debat yang melibatkan isu "Kalimah Allah" yang sepatutnya diadakan hari ini 27/1/2014 anjuran akhbar Sinar dibatalkan disaat akhir.  Pembatalan itu dibuat oleh Sinar yang baru semalam kelihatan bertegas untuk meneruskan debat tersebut.  Aku faham benar, bukan Sinar yang tidak mahu teruskan debat tersebut tetapi pihak kangkung yang bacul itu pastinya.  Sejarah beberapa tahun dulu, debat Umno-PAS yang bertajuk "PAS Tuduh Umno Kafir" pun begitu juga.  Akhir sekali digunakan kuasa Istana untuk membatalkan debat atas alasan isu itu sensitif.  Peliknya, sewaktu Umno memainkan isu kafir ini di dalam media, ke mana suara mereka yang membatalkan debat ini?  

Sama juga dengan isu "Kalimah Allah" ini.  Mengapa bila mahu didebatkan mereka baru rasa sensitif.  Mengapa sewaktu pemimpin Umno melalui media mereka menuduh bermacam-macam kepada Pembangkang kononnya Pembangkang membela Gereja di dalam isu Kalimah Allah, tidak pula mereka anggap sensitif fitnah Umno itu?  Bila mahu berdebat, sensitif pula?  Noh Omar yang mencabar pembangkang untuk berdebat, sewaktu cabaran ini dibuat tiada suara pun melarang Noh Omar mencabar isu sensitif ini.  Bila cabaran disahut dan ramai yang teruja dengan perdebatan ini, baru keluar suara-suara melarang kononnya amat sensitif isu ini.  Memang kangkung sungguh!!

Petikan dari Sinar yang membatalkan debat di antara Noh Omar atau dikenali sebagai "Noh Udang" ini dengan YB Khalid Samad (MP Shah Alam), " Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan di saat akhir ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini. “Setelah meneliti pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh agama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga mereka yang prihatin, kami mengambil keputusan untuk membatalkan debat ini,” katanya. Beliau berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian."

Aku tahu Noh Omar gelabah sekali bila Khalid Samad sanggup untuk berdebat dalam isu tersebut.  Bagaimana Noh Omar mahu jawab bila semua tahu Najib malahan Kabinet dan Majlis Tertinggi Umno sendiri restu dengan perjanjian/Resolusi 10 Perkara dengan pihak Gereja, di mana terkandung di dalamnya "Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Kitab Bibble Berbahasa Melayu".  Samada ia boleh digunakan di Sabah, Sarawak atau di mana sahaja itu tidak timbul kerana sepatutnya hukum Islam jika mahu dilaksanakan mestilah menyeluruh dan tidak berpilih-pilih apatah lagi atas kepentingan politik.  Mengapa Umno tuduh Pembangkang membela pihak Gereja sedangkan tangan Najib yang membenarkannya dan kamu semua restu perbuatan khianat itu?  Itulah kangkung namanya.

Kemenangan moral buat Pembangkang bila debat ini dibatalkan kerana terbukti sekali lagi Umno dulu, kini dan selamanya tetap penakut untuk berdebat.

 
Terdapat ralat dalam alat ini