RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 27 Julai 2013

PERKASA - SELEPAS PUAS MAIN ISU PERKAUMAN KINI MELUTUT KEPADA CINA DAN INDIA


PERKOSA kini bergelut untuk menyelamatkan nyawa NGO yang rasist ini selepas keputusan PRU 13 yang lalu membuktikan isu perkauman tiada lagi tempat di negara ini.  Bila isu perkauman telah dicampakkan rakyat yang bertamaddun ke dalam tong najis, maka itu bermakna riwayat PERKOSA bakal berakhir.  

Mengenepikan soal maruah dan prinsip, maka tanpa rasa segan PERKOSA pun buat keputusan mahu mengikut rentak masyarakat yang bertamaddun.  Diberitakan PERKOSA akan mula menjalinkan kerjasama dan berpadu dengan NGO dari kaum Cina dan India walaupun semua tahu apa yang tidak pernah disebut oleh PERKOSA terhadap dua kaum ini.  Tetapi demi hayat PERKOSA, mereka sanggup melutut kembali kepada NGO dari kaum Cina dan India ini.

Merancang untuk menubuhkan "MIRAC" setelah digabungkan nanti dengan NGO berkenaan, membawa erti PERKOSA bukan lagi seperti dulu.  Kononnya PERKOSA kini telah berhijrah dari Rasist.  Tentunya kita tahu NGO yang dikatakan dari kaum Cina dan India itu lebih kurang seperti PERKASA berbaik semula dengan MCA dan MIC jugalah.  NGO yang pro Pakatan Rakyat tentunya tidak sebodoh itu untuk membantu memanjangkan hayat PERKOSA.

Percayalah, apa pun usaha PERKOSA selepas ini yang pastinya NGO ini semakin hampir ke liang lahad.  Ibrahim Alkataki akan menjadi Pemandu Teksi di Pasir Mas selepas ini, Ruslan Kassim pula mungkin akan menjadi Tok Siak menyusun sejadah dan Zul Kulum akan terus menjadi 'anjing upahan' untuk menyalak sesekali di TV3 suku.

Jumaat, 26 Julai 2013

SPR MENIPU, KITA MESTI SERTAI JUGA PILIHANRAYA?

PAS tewas di Kuala Besut.  Benarlah kata calon PAS yang tewas, Che Long kata beliau berdepan dengan Kerajaan Malaysia termasuk juga dengan SPR.  Aku tidak bermaksud untuk mengatakan SPR menipu lagi di Kuala Besut yang menyebabkan PAS tewas.  Bagi aku, jika SPR tidak menipu pun kali ini, PAS akan tewas juga kerana mentaliti orang-orang di Kuala Besut sendiri.

Mahu kata SPR menipu?  Semenjak bila SPR ini jujur?  Ada yang berkata, jika sudah tahu SPR itu bapak penipu, mengapa kita masuk bertanding juga?  Aku mahu tanya, semenjak bila SPR tidak menipu?  Adakah kita menang dan dapat tawan beberapa negeri oleh kerana SPR itu jujur?  Tidak, SPR tetap sama cumanya rakyat di negeri-negeri tersebut begitu kuat sokongannya kepada kita.  Kekuatan rakyat itulah yang menyebabkan penipuan SPR gagal untuk menewaskan kita.  

Aku yakin, di Kuala Besut baru-baru ini jika kekuatan rakyat begitu hebat untuk melakukan perubahan kita boleh menang.  Tetapi, rakyat di Kuala Besut majoritinya masih mahu kepada dunia dan tidak hairan dengan PAS dan perjuangannya.  PAS mahu bawa kebahagiaan dunia dan akhirat, rakyat tidak mahu.  Mereka nampak jutaan ringgit yang dilonggokkan depan mata mereka.  Jika SPR tidak menipu pun, kita pasti tewas juga jika rakyat mentalitinya sedemikian.

Justeru itu, harapan kita kini hanya kepada kebangkitan rakyat.  Perlu bekerja kuat lagi untuk menambat hati rakyat.  Pada aku PAS di Kuala Besut telah berusaha sebaiknya untuk merampas kerusi Dun Kuala Besut, tetapi apakan daya rakyat lebih tertarik kepada wang ringgit.  Jutaan ringgit ditaburkan di sana, tentunya kita tidak boleh lawan dari segi material.  





Khamis, 25 Julai 2013

SAMAN PRESIDEN PAS, KERJA BANGSAT SABOTAJ PR

MENGAPA perlu saman?  Jenis pemimpin atau orang politik bangsat mana yang mahu selesaikan masalah dengan menyaman pemimpin rakan partinya sendiri?  Paling menjadi tanda tanya adalah mengapa isu saman Presiden PAS ini muncul dua hari sebelum hari mengundi di PRK Dun K.Besut?

Pemimpin PKR ini seolah-olah ingin membalas dendam dengan sengaja menanti saat-saat hari mengundi untuk menjejaskan imej Presiden PAS, sekaligus menjejaskan nama baik PAS sebagai wakil PR di dalam merebut Kerusi Dun K.Besut.  Apakah bijak kaedah yang beliau lakukan itu?  Itukah pemimpin yang kita mahu harapkan untuk mengukuhkan PR?

Isu pil kuda bukan baru.  Di dalam Kongres PKR sebelum ini Ketua AMK sudah bangkitkan.  Sepatutnya isu ini sudah diselesaikan dengan baik di meja perbincangan.  Kita ingatkan sudah selesai kerana isu ini senyap selepas itu, tetapi muncul secara tiba-tiba disaat kita di dalam PR amat mengharapkan PAS merebut Kerusi Dun K.Besut.  Sebab itu aku mahu sebut cara itu adalah cara paling bangsat di dalam politik akibat dendam kesumat, dan tidak mustahil ada agenda di sebalik itu.  

Paling bangsat orang ini buat sidang media menyatakan untuk menyaman Presiden PAS di Kuala Besut, tempat kita sedang bertungkus lumus untuk menentukan kemenangan PAS.  Kononnya menderita akibat dakwaan pil kuda, itu adalah alasan paling bodoh aku dengar.  Selama ini beliau boleh bertahan dengan 'derita' itu, tetapi tidak tertahan menjelang dua hari hari pengundian?  Memang bangsat!!

Aku juga ahli PKR, aku juga tidak setuju jika ada mana-mana dakwaan dari mana-mana pimpinan atau mana-mana ahli parti sesama kita di dalam PR menuduh orang lain sewenang-wenangnya.  Sepatutnya sebagai seorang yang matang berpolitik dan di antara yang diletak sebagai calon walaupun tidak jadi, beliau sepatutnya lebih arif untuk menyelesaikan masalah yang beliau katakan sudah cukup membuat beliau 'derita' itu. 

Pada kempen pilihan raya umum ke-13, Abdul Hadi menyatakan pertindihan kerusi antara PAS dan PKR bertujuan menggelakkan calon daripada lompat parti.  Tanpa menamakan calon, beliau juga berkata, ada calon PKR yang mengedar 'pil kuda' dan berpegang kepada ideologi komunis.  “Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut," kata Abdul Hadi dipetik. 
 
Kenyataan Tuan Guru Hj Hadi itu kita boleh tidak setuju dan kita boleh buat bantahan secara dalaman.  Tuan Guru Hj Hadi bukan maksum, kita juga tidak maksum.  Apakah jika Tuan Guru Hj Hadi tersilap maka beliau harus disaman?  Bagaimana jika kita pernah buat silap sesama rakan kita, apakah kita juga sanggup menghadapi saman sebagai jalan penyelesaian?  Di mana otak kita?  Di mana sifat timbang rasa dan tolak ansur sesama rakan kita?  Jika sikap itu tiada pada diri kita, kita tidak layak untuk menjadi pemimpin jauh sekali untuk menjadi calon.  Memang patut pun beliau tidak menjadi calon.
 
Aku bukan taksub kepada Presiden PAS, apatah lagi aku orang PKR.  Tetapi bagi aku cara orang PKR seperti ini memalukan.  Aku teringat dulu, sewaktu Zul Kulim berada di dalam PKR beliau juga menyaman YB Khalid Samad di atas isu Kalimah Allah.  Jadi, orang ini sama saja bangsatnya dengan Zul Kulim dan aku rasa beliau tidak harus berada dalam saf perjuangan PR.

Isnin, 22 Julai 2013

BUBAR FAM SEGERA JIKA MAHU LIHAT SKUAD HARIMAU MALAYA DISEGANI DI RANTAU INI

TIADA jalan lain jika ingin melihat Skuad Harimau Malaya berada setaraf dengan kuasa bola sepak khususnya di Asia Tenggara ini kecuali Presiden dan pegawai-pegawai yang terlibat di dalam pengurusan FAM meletakkan jawatan.  Ternyata mereka gagal samasekali walaupun terlalu lama peluang telah diberikan kepada mereka.

Keegoaan FAM juga merupakan salah satu faktor terbesar yang memburukkan imej Bolasepak negara.  FAM juga tidak perlu ada Presiden FAM yang bertakhta sekarang kerana tidak nampak langsung apa kelebihan yang ada pada Presiden FAM selama menerajui FAM.  Apa yang kita nampak, prestasi bolasepak semakin merudum setaraf dengan Bangladesh dan Timor Leste malahan mungkin berada di bawah mereka, kecuali yang meningkat adalah harga tiket bola.

Kekalahan dengan Kelab Liga Perdana Thailand sudah cukup memalukan.  Sepatutnya bila sudah dimalukan oleh sebuah Kelab, Skuad Harimau Malaya patut malu untuk melamar Chelsea pula.  Tetapi soal malu bila kalah tiada pada FAM.  Apa yang ada pada otak masing-masing adalah 'fulus'.  Sebab itu, malam tadi bila bertemu Chelsea sanggup mereka tiadakan siaran LIVE di mana-mana stesyen TV kerana mereka fikir jika buat LIVE, orang ramai tidak akan datang ke stadium dan tiket tidak laku.  

Malam tadi berapa puluh ribu yang hadir ke stadium lantaran tiada LIVE?  Berbaloi kah jualan tiket malam tadi dengan kos kehadiran Chelsea ke sini?  Apakah rugi jika Astro membayar siaran LIVE malam tadi?  Apakah FAM untung malam tadi?  Yang pasti, penonton tidak juga memenuhi stadium dan Skuad Harimau Malaya telah diratah hidup-hidup bila tewas 1-4.  Seperti biasa, Jurulatih Rajagopal tetap dengan komen biasanya, "berpuashati dan ini merupakan ujian".  Meloyakan!!

Jika mahu melihat Skuad Harimau Malaya kembali disegani, FAM patut bubar sekarang.  Pilih mereka yang benar-benar berminat dengan bola bukan berminat main kuda atau bermain golf.

Ahad, 21 Julai 2013

"DUBUR" THE RETURN !!!

"Dubur" si Sepol kembali menjadi tatapan rakyat Malaysia.  Hebatnya dubur anak muda yang baru bernikah ini, duburnya masih releven walaupun dikatakan pernah tidak dicuci selama dua hari.  Dubur itu juga pernah terkandung bermacam jenis DNA, ertinya "mesra" sungguh dubur anak muda ini. 


Esok, DS Anwar Ibrahim akan kembali ke mahkamah ekoran rayuan kerajaan terhadap keputusan pembebasan beliau dalam Liwat II kes yang mendapat perhatian meluas.  Ertinya, selepas ini dubur budak ini akan menjadi sensasi semula.  Hebatnya dubur beliau mengalahkan kes Altantuya walaupun Altantuya telah dibunuh dengan C4, walaupun si pembunuhnya tiada motif untuk membunuhnya. 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.  Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Rakyat sudah jemu dengan kisah jijik ini, tetapi pemimpin kerajaan yang begitu takut dengan kehadiran DS Anwar Ibrahim di dalam kancah politik negara tidak pernah jemu dengan kisah dubur budak ini.  Benarlah kata orang, hayat parti mereka kini terlalu banyak bergantung kepada dubur si Sepol.  Tanpa lucah dan seks, apa sangatlah hebatnya parti ciptaan British ini.

AKU SEDIKIT SEBANYAK MERASA KECEWA, SKOT !!

SEORANG sahabat bekas tentera yang tidak berpencen dan berhenti awal, bekerja sebagai seorang Pengawal Keselamatan dan mempunyai tanggungan anak yang ramai berjumpa aku.  Beliau bertanya aku, bilakah janji untuk memberikan elaun sara hidup buat bekas tentera tidak berpencen akan diberikan?

Aku berkata padanya, aku tidak boleh memberikan jawapan kecuali jika sekarang ini Pakatan Rakyat yang menerajui Kerajaan.  Malangnya, kerajaan sekarang bukan Kerajaan PR tetapi kerajaan 47% maka aku tidak boleh berikan jawapan.  Sahabat aku terdiam dan beliau cuba untuk menyedapkan hatinya lalu berkata bahawa mungkin selepas Hari Raya Idil Fitri kerajaan mungkin tunaikan janjinya.  Aku hanya mampu tersenyum walaupun jauh di sudut hatiku aku amat kenal kerajaan yang diterajui Umno ini.

Sahabatku bertanya lagi, apakah janji PR sewaktu PRU 13 yang lalu berkaitan kebajikan bekas tentera?  Aku berkata padanya, PR bukan sahaja berjuang untuk bekas tentera/Polis bahkan warga keselamatan yang sedang berkhidmat.  Untuk bekas tentera sahaja, saya mewakili KOBAT (Kor Bekas AngkatanTentera) telah menghantar memorandum terus kepada Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim yang di antara lainnya KOBAT mahu agar setiap bekas tentera yang tidak berpencen diberikan elaun sara hidup sekurang-kurangnya RM 700, jika lebih, Alhamdulillah.  

Sebenarnya terlalu banyak manifesto di dalam PR yang menguntungkan warga tentera dan bekas tentera meskipun tidak disebut secara khusus.  Umpamanya, penurunan harga minyak, penghapusan Tol, pendidikan percuma dan bermacam lagi yang kesemuanya ada kaitan dengan penghidupan bekas tentera dan warga tentera.  Malangnya, kemenangan rakyat telah dirompak oleh spesis bangsat penipu Pilihanraya.

Namun demikian, aku akui memang ramai lagi warga tentera dan bekas tentera yang masih menaruh harapan kepada Umno/Bn untuk menentukan hidup mereka.  Kini, apa yang mereka perolehi?  Ya, mereka perolehi kenaikan harga ayam, kenaikan harga daging, ikan dan beberapa barangan keperluan lain hatta kicap sekalipun.  Tambang pengangkutan awam juga turut naik.  Tambang teksi berkemungkinan besar akan dinaikkan kerana Najib sendiri telah memberikan lampu hijau.  TNB pula mula memujuk kerajaan agar takrif letrik dinaikkan atas alasan kos yang meningkat sedangkan kita masih ingat TNB baru sahaja umumkan keuntungan bersih mereka menvcapai puluhan juta ringit.  Ini lah yang mereka boleh lihat bila mereka terlalu yakin dengan parti yang tidak pernah merasa bersalah menganiayai rakyat marhaen.

Aku merasa kecewa kerana bagi aku di dalam KOBAT, aku tidak mampu membantu mereka walaupun berbagai cara dan kaedah yang telah aku usahakan.  Namun aku bersyukur masih ada teman-teman di dalam tentera dan bekas-bekas tentera yang sentiasa memberikan semangat kepada aku untuk terus bekerja kuat agar nasib mereka dapat diubah.  Sesungguhnya rezeki Allah yang kurniakan, tetapi kita jangan lupa jika kita sendiri tidak berusaha untuk merubah nasib kita jangan pula kita menyesal di kemudian hari.