TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Ahad, 21 Julai 2013

AKU SEDIKIT SEBANYAK MERASA KECEWA, SKOT !!

SEORANG sahabat bekas tentera yang tidak berpencen dan berhenti awal, bekerja sebagai seorang Pengawal Keselamatan dan mempunyai tanggungan anak yang ramai berjumpa aku.  Beliau bertanya aku, bilakah janji untuk memberikan elaun sara hidup buat bekas tentera tidak berpencen akan diberikan?

Aku berkata padanya, aku tidak boleh memberikan jawapan kecuali jika sekarang ini Pakatan Rakyat yang menerajui Kerajaan.  Malangnya, kerajaan sekarang bukan Kerajaan PR tetapi kerajaan 47% maka aku tidak boleh berikan jawapan.  Sahabat aku terdiam dan beliau cuba untuk menyedapkan hatinya lalu berkata bahawa mungkin selepas Hari Raya Idil Fitri kerajaan mungkin tunaikan janjinya.  Aku hanya mampu tersenyum walaupun jauh di sudut hatiku aku amat kenal kerajaan yang diterajui Umno ini.

Sahabatku bertanya lagi, apakah janji PR sewaktu PRU 13 yang lalu berkaitan kebajikan bekas tentera?  Aku berkata padanya, PR bukan sahaja berjuang untuk bekas tentera/Polis bahkan warga keselamatan yang sedang berkhidmat.  Untuk bekas tentera sahaja, saya mewakili KOBAT (Kor Bekas AngkatanTentera) telah menghantar memorandum terus kepada Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim yang di antara lainnya KOBAT mahu agar setiap bekas tentera yang tidak berpencen diberikan elaun sara hidup sekurang-kurangnya RM 700, jika lebih, Alhamdulillah.  

Sebenarnya terlalu banyak manifesto di dalam PR yang menguntungkan warga tentera dan bekas tentera meskipun tidak disebut secara khusus.  Umpamanya, penurunan harga minyak, penghapusan Tol, pendidikan percuma dan bermacam lagi yang kesemuanya ada kaitan dengan penghidupan bekas tentera dan warga tentera.  Malangnya, kemenangan rakyat telah dirompak oleh spesis bangsat penipu Pilihanraya.

Namun demikian, aku akui memang ramai lagi warga tentera dan bekas tentera yang masih menaruh harapan kepada Umno/Bn untuk menentukan hidup mereka.  Kini, apa yang mereka perolehi?  Ya, mereka perolehi kenaikan harga ayam, kenaikan harga daging, ikan dan beberapa barangan keperluan lain hatta kicap sekalipun.  Tambang pengangkutan awam juga turut naik.  Tambang teksi berkemungkinan besar akan dinaikkan kerana Najib sendiri telah memberikan lampu hijau.  TNB pula mula memujuk kerajaan agar takrif letrik dinaikkan atas alasan kos yang meningkat sedangkan kita masih ingat TNB baru sahaja umumkan keuntungan bersih mereka menvcapai puluhan juta ringit.  Ini lah yang mereka boleh lihat bila mereka terlalu yakin dengan parti yang tidak pernah merasa bersalah menganiayai rakyat marhaen.

Aku merasa kecewa kerana bagi aku di dalam KOBAT, aku tidak mampu membantu mereka walaupun berbagai cara dan kaedah yang telah aku usahakan.  Namun aku bersyukur masih ada teman-teman di dalam tentera dan bekas-bekas tentera yang sentiasa memberikan semangat kepada aku untuk terus bekerja kuat agar nasib mereka dapat diubah.  Sesungguhnya rezeki Allah yang kurniakan, tetapi kita jangan lupa jika kita sendiri tidak berusaha untuk merubah nasib kita jangan pula kita menyesal di kemudian hari. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini