RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 11 September 2010

PEMILIHAN PKR - LAPORAN BERITA HARIAN DISANGKAL

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH pendapat dan ulasan dari Berita Harian bertarikh 09 Sept 2010 (Khamis) yang menyebut betapa YB Azmin Ali sebenarnya tidak mendapat sokongan ramai bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR? Akhbar pro Umno tersebut turut memetik beberapa pandangan penulis blog Pro PR termasuk keputusan semasa undian(Poll) yang disiarkan di dalam blog saya.

Sememangnya keputusan semasa di dalam blog saya menunjukkan Dato Zaid Ibrahim mendahului YB Azmin di dalam pemilihan pengunjung untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Begitu juga Poll menunjukkan bahawa Chegu Bard (Badrul Hisham) mengatasi penyandang Ketua AMK sekarang iaitu Shamsul Iskandar bagi jawatan Ketua AMK.

Apa yang penting kita ketahui bahawa majoriti pengunjung blog saya telah membuat pengakuan bahawa mereka adalah penyokong PAS dan besar kemungkinan mereka adalah ahli PAS, tetapi turut membuat undian di dalam blog tersebut. Begitu juga, bukan sedikit jumlah pengunjung yang mengaku mereka adalah penyokong Umno/Ahli Umno yang besar kemungkinan turut membuat undian dan sudah tentunya penyokong Umno ini mahukan kepimpinan PKR diterajui oleh tokoh yang mereka fikir agak lemah agar boleh menguntungkan Umno. Statistik parti mana yang disokong oleh para pengunjung blog saya juga dipaparkan di dalam blog tersebut.

Ini menjelaskan bahawa keputusan Poll siapakah yang mendapat sokongan dari ahli-ahli PKR tidak boleh dijadikan ukuran sebenar, termasuk calon bagi jawatan Ketua AMK. Ini adalah kerana yang turut mengundi di dalam blog berkenaan belum tentu terdiri dari ahli-ahli PKR. Hanya ahli-ahli PKR sahaja yang bakal menentukan pemimpin mereka. Poll yang diadakan adalah hanya sebagai panduan dan memudahkan congakan yang bakal dibuat oleh calon-calon sebelum bertanding.

Saya hairan di mana Berita Harian mendapat maklumat kebanyakan blog menyokong Dato Zaid Ibrahim, sedangkan akhbar tersebut hanya memetik satu blog yang membuat ulasan positif ke arah Dato Zaid. Jika kita buka banyak blog-blog Pro PR, kebanyakan mereka juga dilihat mempunyai pandangan yang positif terhadap YB Azmin dan tidak kurang juga yang berkecuali. Mungkin ada beberapa sebab mengapa akhbar pro Umno ini seperti tidak senang sekiranya YB Azmin dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR. Ketokohan YB Azmin bukan kerana beliau tokoh yang dikatakan hampir dengan DS Anwar, tetapi beliau adalah pejuang yang berani dan telah membuktikan pengorbanannya terhadap perjuangan menuntut keadilan.

Kepetahan YB Azmin di dalam berpidato tidak kalah dengan bekas Ketua AMK yang `belot' dahulu iaitu raja sesumpah Ezam. Terus terang dikatakan seandainya anak DS Anwar sendiri jika bertanding dengan YB Azmin, belum tentu anak tokoh reformasi itu boleh menang dengan mudah. Hujah yang menyebut bahawa jika YB Azmin menang jawatan Timbalan Presiden PKR adalah semata-mata kerana DS Anwar dibelakangnya adalah satu hujah yang dangkal.

Dato Zaid mungkin digemari oleh majoriti ahli dan penyokong PKR yang bukan Melayu, kerana Dato Zaid dilihat lebih liberal. Saya merasakan agak sukar untuk ahli dan penyokong PKR berbangsa Melayu untuk tidak memilih YB Azmin bagi jawatan penting itu. Namun demikian, PKR tidak akan rugi barang sedikitpun jika salah seorang tokoh ini tewas. Kemungkinan besar juga Umno ingin sekali melihat YB Azmin tewas kerana tokoh ini dilihat lebih agresif di dalam menyerang Umno sejak era reformasi lagi.

Hubungan baik YB Azmin dengan tokoh-tokoh penting PAS juga salah satu sebab Umno ingin melihat beliau tewas kepada Dato Zaid. Umno masih mengharapkan modal lapok dan isu peribadi untuk menyerang Dato Zaid sekiranya Dato Zaid dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR sekaligus untuk mencemarkan imej PKR sepertimana yang telah mereka lakukan sewaktu PRK Parlimen Hulu Selangor yang lalu./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 9 September 2010

`WASIAT' USANG DARI MUSA HASSAN

Oleh: WFAUZDIN NS

TAN Sri Musa Hassan akan mengucapkan `babai' kepada PDRM bermula 12 Sept ini. Kontrak beliau tidak disambung untuk memberi laluan kepada Timbalannya Tan Sri Ismail Omar bagi menjawat jawatan Ketua Polis Negara yang baru. Selama lebih kurang 41 tahun Tan Sri Musa Hassan memakai uniform PDRM, nama beliau mula `popular' umpama artis pujaan ramai semenjak beliau dilihat mengetuai kumpulan `pengusung tilam' di dalam kes Liwat 1 melibatkan DS Anwar Ibrahim. Itu kisah lama dan mungkin peristiwa itu akan menjadi kenangan manis buat beliau.

Tertarik dengan `wasiat' dari Tan Sri Musa Hassan kepada seluruh warga PDRM sewaktu beliau berucap di dalam majlis serah menyerah tugas Ketua Polis Negara semalam. Di antara lain, beliau mahukan PDRM tegas, tidak menjadi `yes man', tidak menjadi `budak suruhan' dan tidak melakukan rasuah. Amat cantik bunyinya wasiat tersebut sehingga sejuk perut kita membaca wasiat dari beliau. Seandainya wasiat beliau itu direalisasikan sejurus Ketua Polis Negara yang baru mengambil alih tugas, alangkah bahagianya kita rakyat Malaysia.

Cuma sedikit terkilan, mengapa terlalu lewat ianya keluar dari mulut Tan Sri Musa Hassan? Mengapa ianya tidak direalisasikan sewaktu beliau berpeluang untuk merealisasikannya? Selepas ini beliau akan bersara dan menjadi orang awam yang tiada lagi kuasa seperti dahulu. Selepas ini beliau terpaksa menyesuaikan diri dengan masyarakat awam. Kita tidak tahu samada beliau boleh diterima atau tidak di luar sana, tetapi mahu atau tidak, Tan Sri Musa Hassan terpaksa bergaul juga dengan masyarakat selepas ini. Mungkin pada ketika itu, beliau boleh nampak dengan jelas mengapa masyarakat sering memandang serong dan negatif terhadap PDRM.

Apa pun, syabas dan tahniah kita ucapkan kepada Tan Sri Musa Hassan yang telah berjaya memainkan `peranan'nya dengan efektif. Pedulikan berapa ramai yang `menggantung pisang' di atas persaraannya itu. Kini, tiba giliran Tan Sri Ismail Omar pula. Diharapkan agar Tan Sri Ismail Omar tidak menyimpan `wasiat' dari Tan Sri Musa Hassan itu sehingga ke akhir persaraannya pula. Bolehkah PDRM mendapat keyakinan baru dari rakyat selepas ini? Tunggu..../wfauzdin.blogspot.com

PEMILIHAN PKR - TINDAKAN BIJAK NURUL IZZAH

Nurul Izzah jelaskan mengapa dia berkecuali
Aidila Razak
Sep 8, 10


Perkara pertama yang mencuri tumpuan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar apabila masuk ke pejabatnya di tingkat dua adalah hiasan Aidilfitri.

teoh beng hock memorial night 160710 nurul izzahAntaranya tergantung kad-kad Hari Raya yang menghiasi dinding pejabatnya ialah sekeping kad yang memaparkan logo kerajaan persekutuan.

"Mengapa kad dari sebuah kementerian berada di sini.? Saya terima kad raya dari (Menteri Pertahanan) Ahmad Zahid Hamidi, sehari selepas dia melabelkan saya sebagai penderhaka. Saya mencampakkan kad itu. (gelak) Tak, saya cuma bergurau,” kata Nurul Izzah ketika diwawancara oleh Malaysiakini semalam.

Awal bulan Ramadan ini, Zahid melabelkan ahli parlimen muda ini sebagai penderhaka kerana pada wawancaranya dengan penerbitan Kompas, Indonesia bahawa kapal selam yang dibeli oleh kementerian pertahanan itu tidak boleh menyelam.

Bagaimanapun bagi anak sulung presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin matang dan mapu menangkis serangan demi serangan yang dilontarkan ke atasnya.

Nurul Izzah dilihat semakin berani dan lantang serta bersedia keluar dari kepompong bayangan ibubapanya yang berpengaruh dalam politik itu.

Namun hubungan kekeluargaan juga menyaksikan kesukarannya untuk menyesuaikan diri khususnya memilih calon dalam menetukan siapa yang layak menduduki kerusi nombor dua parti itu jika Syed Husin Ali benar-benar bersara.

"Saya berkongsi pandangan dengan Zaid yang juga adalah ketua PKR Wilayah Persekutuan (Nurul Izzah adalah naib pengerusi) dan kami berbincang secara ikhlas dan terbuka mengenai masa depan parti di Wilayah Persekutuan tetapi saya juga membesar bersama (naib presiden) Azmin Ali yang juga adalah setiausaha sulit ayah saya,” katanya.

Ketidak-hadirannya pada sidang media yang diadakan oleh 20 ahli parlimen dan senator PKR bagi mengumumkan sokongan kepada Azmin pada Isnin lalu menimbulkan pelbagai tandatanya.

"Saya tidak hadir sidang media itu. Ia adalah isyarat yang jelas mengenai pendirian berkecuali saya...Saya fikir pendirian itu seharusnya diambil oleh Lembah Pantai dan pasukan saya berhubung siapa yang akan kami calonkan,” katanya.

Sokongan terbuka pada Isnin lalu itu dikuti dengan satu lagi kenyataan oleh 13 ADUN PKR dari Selangor dan Negeri Sembilan yang dikatakan menyokong Azmin./Malaysiakini

Rabu, 8 September 2010

TIDAK MAHU JADI SEPERTI TUN GHAFAR, DATO ZAID MESTI MASUK PAS?

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA terasa ingin memberi sedikit ulasan atau komen terhadap artikel seorang sahabat di sini. Beliau ada mengulas tentang keluhan Dato Zaid Ibrahim yang menyebut betapa beliau bimbang akan mengalami nasib seperti Almarhum Tun Ghafar Baba. Ini adalah berlanjutan daripada keputusan Dato Zaid Ibrahim bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR tidak lama lagi.

Senarionya, Dato Zaid dikatakan mula mengalami `serangan' dari beberapa pihak yang seolah-olah tidak memberi laluan kepada beliau merebut jawatan tersebut. Beliau menyebut suatu ketika beliau dianggap Wira di dalam PKR apabila berani keluar dari Umno untuk bersama PKR. Kini, beliau seolah-olah tidak diberi kepercayaan untuk menduduki jawatan penting tersebut. Apakah benar Dato Zaid tidak lagi dianggap `Wira' semata-mata ada pihak yang tidak bersetuju beliau bertanding?

Saya cuma ingin mengulas apa yang diperkatakan oleh sahabat saya di dalam blognya itu. Penulis menyebut bahawa Dato Zaid mungkin tidak `di Ghafar Baba'kan sekiranya berada di dalam PAS. Adakah ini bermakna di dalam PKR ada mangsa yang telah diperlakukan seperti yang pernah terjadi kepada Almarhum Ghafar Baba? Dan, adakah di dalam PAS tidak pernah berlaku pertandingan atau kempen seperti yang dilalui oleh PKR ini?

Kita masih ingat sewaktu pemilihan pucuk pimpinan PKR sebelum ini di mana ketika itu heboh diperkatakan bahawa Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussin akan ditentang oleh Azmin Ali. Walaupun pada ketika itu ramai yang berpendapat Azmin Ali punyai peluang yang cerah untuk memenangi pertandingan tersebut, tetapi atas toleransi serta semangat setiakawan di dalam PKR, Azmin akhirnya menarik diri. Dr Syed Hussin tidak menjadi seperti Ghafar Baba.

Kali ini pertandingan berlaku lagi, tetapi suasana tidak sama seperti sebelumnya. Difahamkan Dr Syed Hussin akan berundur dan memberi laluan untuk pertandingan. Tentunya munasabah untuk Azmin Ali mencuba nasibnya kali ini. Dato Zaid juga berpeluang untuk mencuba nasib beliau kerana peluang itu terbuka kepada semua. Tindakan beberapa pihak yang `nakal' menjalankan kempen memburukkan seseorang calon sewajarnya kita tentang kerana itu adalah budaya Umno. Saya bersetuju dengan pendapat sahabat saya itu di dalam hal ini.

Budaya kempen sewaktu pemilihan menjadi lumrah di dalam mana-mana parti. Saya menolak dakwaan yang menyebut seandainya Dato Zaid berada di dalam PAS, maka beliau selamat dari menerima nasib seperti Almarhum Tun Ghafar. Saya menolak pendapat ini kerana faktanya adalah belum pernah terjadi di dalam PKR setakat ini yang `mengorbankan' pemimpin seperti yang berlaku ke atas Almarhum Tun Ghafar. Bagaimana pula jika Azmin juga menyebut bahawa beliau mungkin menjadi seperti Almarhum Tun Ghafar jika tidak terpilih? Bukankah Azmin juga banyak jasa dan pengorbanannya terhadap PKR? Tidak keterlaluan jika dikatakan Azmin mempunyai banyak markah untuk dijadikan lebih `Wira' dari Dato Zaid.

Dato Zaid keluar Umno kerana tidak bersetuju dengan parti tersebut di dalam menangani bantahan terhadap Akta ISA. Azmin juga berasal dari Umno, keluar dari Umno kerana menentang segala kezaliman terhadap DS Anwar yang ingin membawa perubahan atau reform. Kedua-duanya punyai prinsip dan mereka ini amat berharga untuk kita semua. Kepercayaan PKR terhadap Dato Zaid terbukti apabila beliau dicalonkan untuk menjadi calon PRK Parlimen Hulu Selangor yang lalu walaupun beliau baru `beberapa hari' berada di dalam PKR. Azmin pula telah membuktikan pengorbanannya untuk tidak menentang Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussin di dalam pemilihan sebelum ini.

PAS juga pernah mengalami pertandingan sengit di dalam pemilihan parti tersebut. Pertandingan `kontroversi' di antara Husam Musa dengan Us Nasa merebut jawatan Timbalan Presiden PAS meninggalkan kesan sehingga kini di dalam PAS. Kesannya adalah masih ada pihak yang menyebut tentang geng perpaduan atau UG dan geng Erdogan. Ini semua tidak menjejaskan PAS selagi mereka taat kepada keputusan parti.

Justeru itu, Dato Zaid tidak perlu bimbang untuk menghadapi pertandingan kali ini. Ketakutan kepada bayang-bayang sendiri seolah-olah menggambarkan beliau tidak yakin dengan kekuatan dirinya. Beliau tetap dianggap Wira walaupun tidak bertanding mahupun tewas di dalam pertandingan ini nanti, melainkan jika beliau melarikan diri dari perjuangan ini dan menyertai Umno semula. Beliau boleh menyertai PAS sekiranya tidak yakin dengan PKR tetapi bukan disebabkan bimbang mendapat nasib seperti Almarhum Tun Ghafar Baba. /wfauzdin.blogspot.com

SEORANG LAGI WANITA DAP HINA Al-QURAN ?



Siapa kenal wanita yang `bertelanjang' (tidak tutup aurat) yang sedang membaca Al-Quran di atas? Mungkinkah wanita itu pemimpin dari DAP ?

Wahai Mufti Perak dan Ulamak Muda yang dikatakan ada seramai 40 orang itu, apakah hukumnya perbuatan wanita di atas? Wahai puak-puak Umno yang cintakan Islam itu, tidak teragakkah kamu untuk mengadu kepada Sultan darihal biadabnya wanita ini menghina Al-Quran?

Gambar seterusnya klik sini.

BELUM DEDAH LAGI UMNO SUDAH GELABAH


Felcra: PAS belum dedah, Umno BN sudah cemas

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman menafikan dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bahawa pihaknya sedang mengedarkan risalah berunsur fitnah terhadap Felcra di kawasan penempatan peneroka.

Mazlan juga menyangkal dakwaan Zambry bahawa pihaknya sengaja membuat tohmahan terhadap Felcra bertujuan menimbulkan kebencian peneroka terhadap Umno Barisan Nasional (BN) sebaliknya menegaskan mereka mempunyai bukti yang kuat untuk didedahkan.

"Kalau mereka kata kita sengaja membuat fitnah dan tohmahan terhadap Felcra, sebenarnya saya sudah tegaskan beberapa kali kita punyai bukti dan selepas hari raya ini kita akan mendedahkan secara bersiri bukti-bukti yang ada pada kita," katanya.

Dalam satu majlis di Sitiawan semalam, Zambry 'menasihati' peserta rancangan Felcra supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai 'dakyah dan tohmahan' terhadap Felcra yang didakwa giat dijalankan oleh PAS.

Sebelum ini, Pengerusi Felcra Bhd, Datuk Tajuddin Abdul Rahman juga mendakwa PAS kini giat melancarkan "perang saraf" terhadap Felcra termasuk mengedarkan pelbagai risalah yang memburukkan agensi itu ke seluruh tanah rancangan Felcra.

Tambah Mazlan juga, pemimpin Umno BN termasuk Tajuddin mula cemas dengan pendedahan yang dibuat pihaknya setelah melihat kejayaan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat pendedahan mengenai Felda.

"Saya berpendapat bahawa bila kita mula dedahkan isu Felcra mereka rasa cemas sebab mereka tahu berdasarkan pengalaman kita dedahkan isu Felda yang membangkitkan gelombang di kalangan rakyat.

"Mereka takut akan hadapi nasib yang sama dengan Felda dan bimbang segala penyelewengan yang dilakukan akan terbongkar," katanya lagi.

Ujarnya, Umno BN tidak perlu takut berhadapan dengan tuduhan jika mereka tidak bersalah.

"Mereka tdak perlu bimbang jika tidak melakukan apa-apa kesalahan tapi bila mereka rasa bimbang saya kira isu ini mendapat tempat yang istimewa sama ada pada Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, Tajuddin sendiri dan Zambry melatah kerana Felcra paling banyak di Perak," ujarnya yang juga pengerusi Anak.

Sementara itu, mengulas mengenai penubuhan satu lagi NGO iaitu Badan Bertindak Warga Felcra atau singkatannya (Bapa), Mazlan memberitahu, ianya akan dilancarkan secara rasmi selepas hari raya nanti.

Pengerusi penaja NGO itu akan diamanahkan kepada Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria manakala ahli jawatankuasa dan pengerusi NGO itu akan diserahkan kepada peserta Felcra sendiri.

"Selepas pelancaran Bapa kita akan mulakan siri pendedahan kita untuk kita buktikan apa yang kita cakap ini benar.

"Tajuddin pernah cakap ini rekaan semata-mata tapi saya tegaskan ini bukan rekaan dan kita ada bukti dan akan dedahkan satu demi satu," katanya.

Penubuhan Bapa adalah hasil himpunan warga Felcra di Changkat Lada, Perak pada 31 Julai lalu./Harakahdaily

PEMILIHAN PKR - KOMEN PENYOKONG DATO ZAID IBRAHIM

SECARA peribadi, saya menyokong YB Azmin Ali untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR nanti. Sokongan ini bukan bermakna untuk menjadikan Dato Zaid Ibrahim senasib dengan Almarhum Tun Ghafar Baba di dalam Umno seperti yang Dato Zaid khuatirkan itu.

Tentulah banyak perkiraan kita yang mana menyokong YB Azmin Ali begitulah juga yang menyokong Dato Zaid Ibrahim. Kedua-duanya adalah wira rakyat dan mereka sudah menjalani ujian untuk melayakkan diri mereka sebagai pemimpin di dalam PKR. Bagi saya, YB Azmin dilihat lebih hampir dan sinonim dengan rakan utama PKR iaitu dari PAS dan DAP. Justeru itu, mustahak Timbalan Presiden PKR adalah tokoh yang mesra dan sinonim dengan parti sekutu PR itu. Lebih penting lagi, keperibadian pemimpin juga memainkan peranan penting dan saya lihat YB Azmin mempunyai kelebihan dalam aspek itu.

Tentunya Dato Zaid juga punyai kelebihan lain. Saya suka untuk menyiarkan komen seorang pengunjung blog ini berkaitan artikel saya sebelum ini. Berikut adalah komen beliau yang mana boleh kita kongsi bersama. Terima kasih kepada penulis komen berkenaan;
Tanpa Nama berkata...

Salam,


Zaid ibrahim tentu beralasan kuat untuk menukar fikirannya untuk bertanding. tetapi ramai menjadi panik dan tak kurang yang melihat ciri-ciri UMNO-BN menonjol dalam PKR. untungnya pada zaid dan rakyat ialah betapa ini menunjukkan belang atau sikap sebenar dikalangan MP PKR - ramai atau sedikit jumlahnya tidak penting.

Ini kayu ukur yang bagus untuk rakyat menilai peranan anwar dan presiden PKR juga. kerana isu-isu politik semasa bergolak sekitar keMalaysiaan dan pembangunan negara bangsa, tidak ramai di dalam PKR yang berupaya mendepani isu-isu ini dengan berani tetapi berakal dan seimbang. tidak dinafikan kekutan sejarah perjuangan azmin itu, tetapi seperti kata khalid ibrahim, dia perlukan masa untuk menjadi matang berpolitik.

Ciri setiakawan dan jalur keras azmin tidak sesuai, pada pandangan saya, untuk kegawatan politik nasional hari ini. dia mungkin lebih sesuai di peringkat negeri selaku MB jika ada rezekinya kelak. tetapi karisma anwar sendiri mampu dibayangi oleh zaid sebenarnya - keberanian, kejujuran, intelek dan keupayaan berkomunikasi merentas sempadan partisan dan rakyat berbilang bangsa. pakatan memerlukan politik liberal dan pragmatik, sophisticated dan segar - anwar sendiri menyedarkan kita politik baru bukan kerana dia lagi, tetapi kerana rakyat mahukan perubahan.

Saya bersetuju azmin dan zaid sangat relevan kepada PKR. tetapi, mereka juga jelas berbeza pemikiran dan gaya politiknya. dan untuk kelangsungan pakatan dan sokongan rakyat Malaysia khususnya, saya tidak yakin azmin ada nilai tambah seorang negarawan yang dapat dilihat dan dirasai pada tokoh-tokoh berjiwa besar lain yang pandangan politiknya progresif dan menambat hati rakyat yang tajam dan jauh pemikirannya. benarlah, perubahan pada PKR nanti akan menentukan keseimbangan PAKATAN dalam banyak hal. mungkin pengalaman PAS semasa kekalahan Husam kepada Nasharuddin merebut kerusi nombor 2 boleh dijadikan rujukan kepada pengundi terus PKR. Maju terus!

JOM DENGAR ORANG TUA NYANYOK INI BERLETER.....

Dr. Mahathir selar Pas jual agama demi politik

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelar tindakan pemimpin Pas yang sanggup menjual agama Islam demi survival politik bagi mendapat sokongan pihak tertentu.

Menurutnya, pemimpin Pas amat cekap memanipulasi pemikiran dan menukar tafsiran dalam apa-apa isu sekali pun bagi menjadikannya selari dengan kehendak rakan bukan Islam.

Katanya, mereka yang kononnya mendakwa sebagai pejuang Islam sebenarnya secara nalurinya perjuangan mereka langsung bukan untuk memartabatkan Islam tetapi mengenepikannya.

"Kita lihat bagaimana mereka yang kononnya pejuang Islam ini sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik.

"Kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan perkara sama dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa.

"Umpamanya, isu ternakan babi dekat dengan kampung Melayu, mereka mengatakan dalam al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tak boleh makan babi, kalau nak ternak atau nak lakukan apa-apa tiada larangan dalam al-Quran," katanya dalam wawancara khas bersama UMNO-Online di sini, hari ini.

Dr. Mahathir berkata, pimpinan Pas sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan.

Beliau memberikan beberapa contoh seperti tindakan Pas menuduh UMNO kafir apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi kini mereka melakukan perbuatan sama apabila bersekongkol dengan DAP.

Pas juga, katanya, menghalalkan tindakan khatib mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat bagi menggantikan Yang di-Pertuan Agong dengan alasan untuk menarik bukan Islam kepada Islam.

"Mereka pintar memberi penjelasan, menukar pemikiran mereka kerana yang menjadi mangsa adalah Islam dan orang Islam sendiri," katanya.

Seterusnya, Dr. Mahathir juga membangkitkan kes Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki ruang utama solat Surau al-Huda, Kajang, yang disokong dan langsung tidak dibantah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau amat kecewa dan sedih dengan tindakan itu berkata, Pas menggunakan Islam sebagai sebagai alat untuk mendapat sokongan di kalangan umat Islam tetapi mereka sebenarnya bukan pejuang Islam seperti yang digembar-gemburkan itu.

"Jika Islam itu menjadi halangan untuk dapat sokongan orang bukan Islam, mereka sanggup cari jalan supaya Islam itu dikebelakangkan sikit.

"Contohnya dalam soal hukum hudud, semua itu diketepikan. Begitu juga dengan negara Islam, ia juga diketepikan supaya dapat sokongan bukan Islam, itu memang naluri Pas.

"Itu Pas guna Islam untuk memancing undi. Dari dahulu memang macam itu," katanya. /UTUSAN

KENYATAAN YB NURUL IZZAH `BERBISA' BUAT NAJIB

KENYATAAN MEDIA DR. SYED HUSIN ALI TENTANG ISU PERKASA - NURUL IZZAH

Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk PM Najib telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang dibuat oleh YB Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa.

Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran. Pendirian ketiga-tiga menteri itu membukti kan dengan jelas bahawa pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang 1Malaysia, akan tetapi pada
hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu.

Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya 'kedudukan istimewa'. Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan Melayu' dalam Perlembagaan.

Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali.

Namun begitu Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh KEADILAN serta juga PAKATAN mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga
kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.

DR SYED HUSIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

SYABAS KHALID, SELANGOR BANGGA DENGAN MU

Khalid Ibrahim memang bijak dalam pentadbiran negeri. Hanya pihak-pihak yang buta sahaja tak nampak kehebatan beliau memimpin negeri yang paling kuat dikacau UMNO, yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden UMNO iaitu Najib. Syabas Khalid. Teruskan usaha mereformasikan kerajaan PR Selangor.

PR Selangor Beri Hadiah Raya Buat Kakitangan Negeri

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan anak syarikat milik kerajaan negeri termasuk semua anak syarikat di bawah tadbir urus Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

Beliau berharap bantuan ini dapat meringankan beban kakitangan jentera kerajaan negeri, selain sebagai menghargai usaha membantu menyebar agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak 2 tahun lepas.

Khalid menyampaikan berita gembira untuk segenap kakitangan MBI ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama media di Kelab Shah Alam.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 pengamal media termasuk media arus perdana, bertujuan menghargai jasa dan peranan mereka.

"Kita sudah cadangkan kepada semua anak syarikat dalam MBI untuk memberikan wang Hari Raya sekurang-kurangnya sebanyak RM500 setiap warga kerja dan untuk syarikat MBI kita telah bersetuju untuk memberikan wang, bukan bonus tapi wang hari raya sejumlah RM1,000 satu warga kerja" kata Khalid./justice for all

Selasa, 7 September 2010

APA YANG PEMBANGKANG SEBUT SELAMA INI DIAKUI OLEH MUSA HASSAN

KDN campur tangan siasatan polis

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam mendedahkan wujud campur tangan pihak ketiga ketika beliau menerajui pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketika ditanya siapakah pihak ketiga itu, Musa memberitahu: “Kementerian mana lagi yang jaga polis? KDN (Kementerian Dalam Negeri) lah.”

Wartawan: “Kenapa wujud campur tangan itu?”

Musa: “Kerana politik, kepentingan peribadi dan agenda sendiri.”

Selain itu, beliau yang akan bersara pada 13 September ini mengakui terdapat juga pihak-pihak luar yang bertindak mengeluarkan arahan tanpa pengetahuan beliau.

Jelas Musa, tindakan mencampuri tugas yang dilakukan oleh pihak berkenaan jelas bertentangan dengan arahan dan kawalannya sebagai Ketua Polis Negara.

“Kita tidak mahu orang (luar) bagi arahan salah, bila buat (ia) akan jadi salah.

“Arahan sepatutnya dikawal oleh polis bukannya daripada orang luar,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Kata Musa, arahan dalam pasukan tersebut sepatutnya dibuat oleh pegawai yang bertanggungjawab.

Jelas beliau, polis akan menjalankan tugas selepas mendapat laporan daripada orang ramai. Beliau menambah, campur tangan sedemikian boleh mengganggu siasatan.

“Kita mesti berlaku adil dalam menjalankan siasatan supaya dapat dihormati oleh masyarakat.

“Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan menuduh polis terima rasuah. Hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis,” kata beliau.

Ditanya bagaimana wujud campur tangan sedemikian ketika beliau menjalankan tugasnya, Musa memberitahu, sesetengah orang ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri./Malaysia

ANAK MAIDIN JADI BAHAN KETAWA KAUM CINA

Sumber: msomelayu.blogspot.com/

BARU_BARU ini Zainuddin Maidin mempertahankan kenyataanya yang mengatakan ada pemimpin PAS (tahun 60-an) meminta Tunku Abdul Rahman merampas harta orang-orang Cina. Dengan hanya menunjukkan sekeping gambar usangnya bersama Tunku, Zainuddin mahu menjadikan gambar itu sebagai bukti bahawa kenyataan dan maksud Tunku Abdul Rahman itu benar. Bahawa beliau benar-benar mendengar 'cerita' ada pemimpin Pas menyuruh Tunku rampas harta orang Cina.

Kalau setakat mengemukakan gambar usang orang tidak akan percayai kecuali Zainuddin menyiarkan kata-kata Tunku itu dalam tape rekoder.

Menurut Zainuddin, Tunku memberi tahunya bersama Osman Abadi ketika beliau berjumpa Tunku selepas peristiwa 13 Mei. Sayangnya Osman Abadi (Pak Osman) yang boleh menjadi saksi terhadap dakwaan Zainuddin Maidin ini sudah tiada. Pasti kalau Pak Osman masih ada Zainuddin tidak berani mendedahkan perkara itu.

Bagi mereka yang belum mengenali Zainuddin serta mengetahui akan 'politan' - (putaran dan belitan) lidahnya akan mempercayai kata-kata Zainuddin itu seratus satu peratus. Zainuddin boleh berkata lebih dari itu tentang apa yang Tunku Abdul Rahman cakapkan kepadanya kerana Pak Osman sudah tiada. Kalau Zainuddin 'mengarang' cerita keris lucah Umno boleh melayang pun untuk mempertahankan Umno tidak ada siapa yang tahu.

Sebaliknya mereka yang mengenali Zainuddin akan menolak apa juga kenyataan rasis dan juga kebencian Zainuddin kepada pembangkang terutamanya Pas dan gerakan Islam selama ini. Zainuddin membenci Pas bukan hari ini, sejak Pas berbaik dengan DAP, tetapi nun lama sebelum ini.

Orang tidak akan lupa bagaimana beliau menggunakan RTM untuk memburuk dan damagekan imej Nik Aziz di Kelantan. Siang malam RTM menyiarkan provokasi dan kisah-kisah yang kononnya memalukan dan menunjukkan kelemahan pentadbiran Nik Aziz. Malangnya propaganda cap ayam RTM itu tidak menjadi, sebaliknya Nik Aziz makin kukuh. Dan dalam pilihan raya 2008 Zainuddin sendiri turut lingkup dan tertiarap makan selut.

Zainuddin juga seorang yang senantiasa pesimis kepada perjuangan dan gerakan Islam. Beliau bukan saja benci Pas tetapi gerakan seperti Darul Arqam, Abim, Tabligh juga dicemuh dan diserangnya habis-habisan. Walaupun ada ruang yang boleh beliau serang jemaah itu tetapi tindakan beliau secara pukul membenci gerakan Islam menunjukkan siapa dia Zainuddin sebenarnya. Beliau adalah pelampau anti gerakan Islam.

Sikap buruk Zainuddin Maidin terhadap Islam ini boleh dilihat bagaimana akhabr Utusan Malaysia dan Utusan Melayu memain peranan memburukkan imej Islam ketika itu. Kedua akhbar berkenaan dibawah kuasa Zainuddin diarahkan supaya tidak memakai gambar mana-mana koresponden atau orang yang diinterviu yang mengenakan kopiah ataupun yang menutup aurat. Begitu sekali bencinya beliau kepada imej Islam!

Gambar-gambar perempuan yang menutup aurat 'haram' dipakai dalam kedua akhbar berkenaan. Sikap menentang arus itu menjelaskan akan kebencian Zainuddin kepada gerakan Islam. Selepas Zainuddin tidak lagi menjadi ketua pengarang barulah gambar orang berkopiah dan perempuan menutup aurat (pakai tudung) boleh disiarkan. Ternyata beliau tidak dapat mengekang arus dan kesedaran Islam yang melanda dunia pada masa itu.

Berbalik kepada dakwaan beliau yang mendengar Tunku memberi tahunya ada pemimpin Pas minta rampas harta orang Cina tadi ia boleh dipertikaikan dan berunsur menghasut. Ia sangat meragukan. Zainuddin perlu menyebut nama pemimpin Pas berkenaan kalau ia betul dan benar. Sebagai wartawan beliau dapat menghidu siapa pemimpin yang berjumpa Tunku pada masa itu.

Kalau hanya berbekalkan sekeping gambar lama, saya juga boleh mendakwa seperti mana beliau katakan itu. Sebab saya juga pernah bertemu dan menginterviu Tunku Abdul Rahman sekitar awal 80-an.

Pertemuan dengan Tunku itu saya boleh mereka-reka seribu cerita untuk membela satu pihak dan menentang pihak lain. Siapa pun tidak tahu kalau saya mengarang dan membuat hikayat. Tetapi saya bukan Zainuddin Maidin yang taksub dan jumud kepada parti yang menjadi anutannya. Pada saya kalau salah tetap salah dan kalau benar tetap benar, jauh sekali untuk memanipulasikan keadaan apa lagi untuk sesuatu kebatilan.

Maksud dan tujuan Zainuddin mendedahkan cerita yang tidak sahih mengenai cerita Tunku itu adalah untuk menimbulkan rasa kurang senang masyarakat Cina terhadap Pas saja. Itulah tujuannya. Kebencian dan kohongnya kepada Pas tidak pernah habis.

Langkah Zainuddin itu sebenarnya tersilap. Kalau beliau mengemukakan cerita itu 30 tahun lalu mungkin orang Cina boleh mempercayainya. Tetapi hari ini orang Cina bukan menolaknya tetapi akan gelak kah kah kah mengenangkan betapa dangkal dan naifnya Zainuddin dalam mencari isu atau modal untuk merenggangkan masyarakat Cina dengan Pas.

Generasi Cina hari ini sudah cerdik. Mereka menggunakan otak bukan kepala lutut untuk menerima dakwaan-dakwaan di luar akal seperti Zainuddin Maidin lakukan itu. Kenapa orang Cina protes itu dan tuntut itu ini hari ini, bukan kerana pemimpin Pas nak rampas harta datuk nenek mereka, tetapi mereka tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan BN yang ditunjangi Umno. Kepincangan ini dilihat orang orang Cina.

Akhirnya kalau Zainuddin ingin menyelamatkan keadaan Umno yang dalam keadaan nyawa di hujung pedang kini, carilah bukti atau karanglah cerita yang munasabah dan rasional sikit untuk diterima oleh seluruh orang. Dengan mengarai cerita-cerita klasik ia tidak menguntungkan Umno sebalik merugikan parti Melayu berkenaan. Mujahid tentu gembira dengan posting ini? Tak percaya tanya Mat Maslan!


PEMILIHAN PKR - DATO ZAID TETAP WIRA WALAUPUN TIDAK BERTANDING

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan akhbar Dato Zaid Ibrahim terasa juga sedih dihati. Beliau merasakan seperti beliau tidak lagi disanjung atau dilupakan seperti yang pernah terjadi kepada Almarhum Tun Ghafar Baba. Ini berlaku bila mana beliau mengumumkan keputusan untuk Justify Fullbertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan kali ini.

Memang benar ramai yang menyanjung Dato Zaid di atas keberaniannya menegakkan keadilan dan keluar dari parti Umno yang membusuk itu. Di atas kepercayaan dan sanjungan ramai itulah beliau diangkat menjadi calon PKR di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor tidak lama dahulu. Sedangkan bukan sedikit yang mulanya tidak bersetuju di atas pencalonan Dato Zaid memandangkan ketika itu beliau `baru beberapa hari' menyertai PKR. Namun kerana ketokohan beliau dan sikap beraninya keluar dari Umno, kita semua terus memberikan sokongan terhadap beliau secara bermati-matian walaupun akhirnya beliau tewas secara `anak jantan'.

Cuma, di dalam pemilihan kali ini tentunya berbeza kita menilai seseorang calon yang ingin bertanding. Apatah lagi jawatan Timbalan Presiden PKR adalah satu jawatan yang teramat penting. Jika ingin dibandingkan kesetiaan atau keberanian, anda sendiri boleh bandingkan kedua-dua tokoh iaitu Azmin Ali dan juga Dato Zaid Ibrahim. Sukar untuk mencari kekurangan di antara keduanya tetapi tentulah ada sedikit kelebihan salah seorang daripada mereka.

Berkaitan terdapat beberapa pihak yang berkempen memburukkan Dato Zaid mahu pun Azmin Ali, tentunya cara sedemikian tidak elok di dalam parti yang mendukung prinsip keadilan seperti PKR ini. Namun demikian, harus diterima hakikat bahawa setiap ahli di dalam PKR bahkan pemimpin mereka bukannya bersifat seperti Malaikat. Sudah tentu ada yang melakukan perkara yang negatif semata-mata untuk menaikkan tokoh yang mereka mahukan. Tetapi ini bukan satu hujah untuk Dato Zaid menyebut betapa beliau kini sudah mula dilupakan kerana jumlah yang berbuat demikian terlalu kecil dan tidak boleh mewakili kehendak semua ahli parti.

Selaku pemimpin yang sudah lama di dalam politik, tentunya Dato Zaid faham risikonya apabila berada di dalam sebuah wadah politik. Parti PAS yang dasarnya Islam itu pun terdapat golongan yang seperti Dato Zaid sebutkan. Justeru itu, Dato Zaid mestilah terus berusaha dengan jujur dan lebih gigih lagi untuk mendapatkan sokongan. Akhirnya ahli-ahli sendiri yang menentukan pemimpin yang mereka fikirkan layak untuk disokong.

Sedikit kesilapan Dato Zaid mungkin adalah kerana sebelum ini pernah berulangkali menyebut bahawa beliau tidak mahu kepada jawatan tinggi di dalam parti. Secara tiba-tiba beliau berubah fikiran walaupun beliau punyai alasan untuk mengubah fikirannya. Di dalam politik, mungkin alasan tertentu sukar diberi pertimbangan untuk ahli-ahli mempercayainya. Adalah lebih baik pemimpin itu berterus terang dan berani membuat keputusan.

Saya merasakan tidak benar sama sekali jasa Dato Zaid kini telah mula dilupakan. Beliau tetap seorang wira selagi beliau berada di dalam PKR, cuma belum tiba masanya untuk beliau berada di peringkat tertinggi sekarang. Seorang wira tidak semestinya berada di kerusi Presiden atau Timbalan Presiden. Jangan kisah Almarhum Tun Ghafar ingin dijadikan contoh, kerana pemilihan di dalam Umno jauh berbeza dengan pemilihan di dalam PKR. Jika ingin dijadikan contoh juga, sokongan terhadap DS Anwar ketika itu amat kuat kerana ketokohan DS Anwar ternyata lebih menonjol daripada Almarhum Tun Ghafar waktu itu. Bukan kerana Almarhum Tun Ghafar tidak dianggap wira Melayu, tetapi ketika itu Umno mahukan seorang pemimpin yang lebih dari itu.

Oleh yang demikian, Dato Zaid sewajarnya memikirkan kembali keputusan beliau untuk bertanding di kerusi Timbalan Presiden PKR. Jika beliau tidak bertanding, rakyat tetap menganggap beliau sebagai wira bahkan imej beliau lebih dipandang tinggi dan mulia selaras dengan janjinya dahulu untuk tidak memikirkan jawatan tersebut./wfauzdin.blogspot.com

PEMILIHAN PKR - AZMIN TERUS MENDAPAT SOKONGAN

Ahli parlimen, senator PKR ikrar sokong Azmin
Sep 6, 10


Ahli parlimen PKR hari ini menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR walaupun tuan punya badan sendiri belum menawarkan diri secara terbuka.

Anggota majlis pimpinan pusat Kamarul Baharin (Teluk Kemang) berkata, ini kerana Azmin telah melalui pelbagai perit lelah bersama parti itu sejak ditubuhkan selepas gerakan reformasi lebih 10 tahun lalu.

Kamarul menambah, sebagai timbalan presiden, Azmin akan mampu berganding baik dengan presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi menguatkan parti.

Daripada 24 ahli parlimen, 18 menyatakan sokongan itu bersama dua daripada tiga senator lagi.

Antara ahli parlimen yang hadir Zuraida Kamaruddin (Ampang), Johari Abdul (Sungai Petani), S Manikavasagam (Kapar), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) and Amran Abdul Gani (Tanah Merah).

Manakala 12 lagi Abdullah Sani (Kuala Langat), Fuziah Salleh (Kuantan), Azan Ismail (Indera Mahkota), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Dr Lee Boon Chye (Gopeng), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Rashid Din (Merbok), Tian Chua (Batu), William Leong (Selayang), R Sivarasa (Subang) dan Ahmad Kasim (Kuala Kedah).

Manakala dua senator itu Mustafa Kamal Mohd Yusoff daripada Pulau Pinang dan Zamri Yusof daripada Kedah. Seorang lagi senator PKR Syed Husin Ali yang kini penyandang jawatan timbalan presiden.

Lima wakil rakyat yang tidak hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya Nurul Izzah (Lembah Pantai), Saifuddin Nasution (Machang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai)./Malaysiakini

Isnin, 6 September 2010

Gambar ribuan hadirin sekitar program Sahur Perdana anjuran Kerajaan Negeri Selangor

September 5, 2010

Oleh: Pria Malaya

Program Sahur Perdana yangg julung kali diadakan di Selangor 4 September lalu mendapat sambutan yg menggalakkan dari warga Selangor khususnya penduduk di sekitar Shah Alam..kehadiran mencecah ribuan orang walaupun program berlangsung pada jam 4 pagi...

Ia merupakan satu fenomena baru buat umat Islam di Selangor di mana menjadikan Kelantan sebagai model perubahan dan pembaikan..walaupun sering digempur dan tidak disenangi oleh beberapa pihak yang berhati busuk, namun program amal dan ibadah semakin rancak dan subur di negeri merah kuning ini..

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur..tahniah juga diucapkan pada rakyat Selangor...moga Allah memberkati usaha kalian...


Remove Formatting from selection























Sumber Gambar: Ambo-Jr@TranungKiteOnline (TKO)

BEZA KHIR TOYO DENGAN TAN SRI KHALID UMPAMA LANGIT DAN BUMI

Menteri Besar Perlu Kelulusan Mesyuarat Exco Sebelum
Terima Bonus Dari Syarikat Kerajaan Negeri

Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo sekali lagi membuktikan ketidakupayaan dan ceteknya ilmu pengetahuan beliau.

Kenyataannya berhubung bonus dan insentif yang ditolak Menteri Besar menunjukkan beliau tidak mampu membezakan antara organisasi korporat dan kerajaan.

Ini tidak menghairankan memandangkan pentadbiran yang baik tidak diamalkan sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar.

Ketika Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berkhidmat di PNB dan Guthrie beliau merupakan eksekutif sepenuh masa, seterusnya berhak menerima bonus dan faedah istimewa oleh pemegang saham dua syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, sebagai Menteri Besar, kedudukannya di dalam semua syarikat berkaitan kerajaan negeri merupakan jawatan bukan eksekutif, bererti tiada hak untuk mendapat faedah istimewa berbentuk kewangan seumpama itu.

Mungkin Dr Khir Toyo tidak sedar bahawa jika seseorang memegang jawatan bukan eksekutif, tidak bermakna beliau bekerja untuk syarikat berkenaan.

Jika beliau tidak mengetahui perkara itu, saya ingin memaklumkannya bahawa seseorang yang memegang jawatan bukan eksekutif sekadar mewakili pemegang saham untuk memantau kebajikan syarikat.

Menteri Besar tidak diwajibkan memegang kedudukan bukan eksekutif dalam syarikat yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh kerajaan negeri.

Sehubungan itu, faedah istimewa hanya boleh diberikan jika diluluskan Exco Negeri. Dalam keadaan seumpama itu, MB tidak akan menghadiri mesyuarat berkenaan disebabkan oleh konflik kepentingan.

Menteri Besar bercadang untuk merujuk isu ini kepada Dewan Negeri Selangor bagi membolehkan semua wakil kerajaan negeri berdebat sama ada bukan eksekutif berhak menerima faedah istimewa dan bonus serupa dengan eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Sebagai Menteri Besar ketika itu, Dr Khir Toyo tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas kedudukannya dan menerima faedah istimewa seperti bonus serta insentif.

Walaupun Tan Sri Khalid tiada alasan politik untuk menolak faedah istimewa yang ditawarkan kepadanya sebagai pengerusi di dalam pelbagai syarikat berkaitan kerajan negeri tetapi sebagai Menteri Besar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, beliau enggan untuk meneruskan amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu.

Sebagai kerajaan yang menegakkan ketelusan serta kebertanggungjawaban, kerajaan Pakatan Rakyat percaya bahawa rakyat mesti dimaklumkan mengenai faedah istimewa dan bonus yang diberikan kepada wakil mereka yang memegang jawatan bukan eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.

UMNO boleh terus mewajarkan keputusan serta polisi tidak jujur yang telah mereka amalkan sejak 53 tahun lalu, tetapi saya ingin mengingatkan mereka bahawa rakyat kini lebih berpengetahuan dan tidak akan teragak-agak menghukum pemimpin yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan peribadi.

Dalam Islam bukan saja niat perlu betul, tetapi jalan yang digunakan, matlamat dan cara juga mesti mesti./TVSelangor

TUNKU SEBUT ORANG MELAYU TIDAK TAHU BERNIAGA - ZAINUDIN MAIDIN

Oleh: WFAUZDIN NS

ANAK Maidin (Zam) tetap mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini bahawa pemimpin PAS mahu Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama) merampas harta orang-orang Cina selepas peristiwa 13 Mei 1969. Baru-baru ini PAS meminta anak Maidin ini memohon maaf di atas kenyataan beliau itu atau pun menghadapi tindakan saman oleh Parti Islam tersebut.

Kita tidak kisah samada anak Maidin yang pernah ditertawakan kerana Bahasa Inggerisnya yang tunggang langgang itu mahu memohon maaf atau tidak kerana sudah tentu beliau mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. Kenyataan terbaru beliau menyebut bahawa Almarhum Tunku sendiri memberitahunya betapa pemimpin PAS mahu Tunku merampas harta orang-orang Cina. Mengapa anak Maidin ini mahu melibatkan tokoh yang sudah mati ini di dalam kenyataannya? Betul atau tidak, Tunku telah pun tiada di dunia ini untuk menyokong dakwaan anak Maidin tersebut. Saya juga tidak pasti samada Osman Abadi yang dikatakan ada bersamanya sewaktu Tunku menyebut hal berkenaan masih hidup atau tidak.

Peristiwa 40 tahun lampau kini muncul disaat Umno kehilangan sokongan masyarakat Cina. Anak Maidin juga tidak menjelaskan secara tepat siapa pemimpin PAS yang mendesak Tunku agar merampas harta orang-orang Cina ketika itu. Beliau juga menjadikan sebuah buku yang diterbitkan sempena dengan Utusan Melayu 50 Tahun sebagai dalil tuduhannya itu. Masalahnya bukan isu tersebut dibukukan atau di ulang cetak beribu kali, tetapi adakah benar peristiwa itu berlaku? Apatah lagi ia ada kaitan dengan akhbar Utusan. Sekarang ini semua kenal akhbar Utusan yang semakin meloyakan itu.

Saya menyokong penuh tindakan PAS menyaman anak Maidin berikutan kenyataan beliau tersebut. Mungkin anak Maidin akan berusaha memanggil saksi yang telah mati untuk menyokong dakwaannya itu dan juga sebiji buku yang menjadi dalil kenyataan beliau. Walaupun rakyat kenal benar dengan sistem kehakiman di negara ini, tetapi PAS tidak harus melepaskan anak Maidin ini di atas kenyataan yang merbahaya itu. Anak Maidin juga turut menyebut Tunku melabelkan orang-orang Melayu tidak tahu berniaga. Benarkah Tunku tergamak merendahkan martabat orang-orang Melayu sedemikian rupa? Seandainya benar, Tunku bukanlah pemimpin Melayu yang yakin dengan bangsanya sendiri./wfauzdin.blogspot.com

Serah Dokumen Sulit, Peguam Negara Berat Sebelah

Dokumen Akta Rahsia Rasmi sekalipun akan didedahkan sekiranya ia boleh membantu pembelaan pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional di mahkamah.

Sebaliknya pelbagai kekangan dikenakan sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan yang sama.

Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua, membidas sikap berat-sebelah Pejabat Peguam Negara yang beria-ria membantu pembelaan tertuduh dalam kes Zon Bebas Pelabuhan Klang, Dr Ling Liong Sik.

Pasukan pendakwaraya bagaimanapun tidak menunjukkan kesungguhan yang sama, bahkan begitu liat mahu menyerahkan dokumen perubatan dan sampel spesimen yang diminta Anwar Ibrahim bagi tujuan pembelaan dalam kes konspirasi dua.

" Saya nampak macam ada berat sebelah, kalau pembangkang minta walaupun dari Datuk Seri Anwar Ibrahim,atau dalam kes PKFZ".

" Ini akan menjadi persoalan besar kenapa tindakan hanya dikenakan ke atas Ling Leong Sik tetapi tidak mengheret ahli-ahli politik yang lain ke mahkamah kerana mereka membuat keputusan bersama" ujar Tian kepada Tv Selangor.

3 September lalu, salah seorang peguam Ling, Wong Kan Kheong berhujah, dokumen-dokumen sulit berkenaan Zon Bebas Pelabuhan Klang diperlukan bagi membantu pembelaan anak guamnya.

" Pihak peguam bela memerlukan dokumen-dokumen seperti minit mesyuarat, pertemuan jawatankuasa kabinet dan kertas pasca kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972".

" Kita memerlukannya untuk mempersiapkan hujah bagi pihak pembelaan" katanya kepada mahkamah.

Pasukan pendakwaraya yang diwakili oleh Dzulkifli Ahmad pula berkata pihaknya boleh membantu mendapatkan dokumen yang diminta tertuduh, tetapi memerlukan sedikit masa dari mahkamah.

"Kami tidak keberatan ke awal lagi tetapi kami rasakan itu tidak mungkin kerana kita perlu waktu untuk bertindak pada beberapa permintaan dari pihak peguam bela," ujar Dzulkifli.

Mengulas lanjut, Tian tidak yakin kerajaan akan membekalkan dokumen-dokumen PKFZ yang boleh mengugat kedudukan pemerintah.

Ujarnya, sekiranya dokumen kabinet ini didedahkan, bukan hanya tembelang Ling Liong Sik sahaja yang terbongkar, sebaliknya keseluruhan kabinet akan diheret ke muka pengadilan.

" Saya nampak mungkin ini satu permulaan yang Ling Liong Sik mahu buktikan bukan dia seorang sahaja yang terlibat. Kalau dia minta supaya kertas kabinet ini didedahkan,akhirnya kalau kabinet rasa terugut, terancam, mereka mungkin tidak akan menjatuh hukuman yang berat kepada Ling Liong Sik supaya semua boleh selesai dengan cara dalam keluarga"./TVSelangor

PEMILIHAN PIMPINAN PKR - TAN SRI KHALID DICABAR

KUALA SELANGOR 5 Sept - Pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor 2010 bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, akan dicabar oleh tiga lagi calon. Tiga calon yang telah mengesahkan pencalonan mereka ialah bekas Ketua AMK Selangor, Mazli Saring,42; bekas Ketua Wanita Bahagian Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman, 51, dan pesara guru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah, 44. Pemilihan yang akan berlangsung pada 3 Oktober pada Mesyuarat Agong Tahunan Kuala Selangor 2010 itu turut menyaksikan lebih 100 pencalonan untuk jawatan-jawatan lain./PahangDaily

Ahad, 5 September 2010

AHLI PAS MASUK UMNO - SENARAIKAN, PAS TAWAR RM 100 SEORANG

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Laporan behubung 756 ahli PAS di Parlimen Larut menyertai Umno adalah bohong dan sengaja direka Umno.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain ketika menafikan perkara itu berkata, tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

"Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.

"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut menyertai Umno.

Ianya didakwa diketuai bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.

"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.

Mat Arop menurut Nazri adalah bekas pemuda tahan lasak Umno yang kemudian menyertai PAS.

Beliau kini memegang jawatan pengerusi masjid dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tambah Nazri, beliau yakin isu yang dibangkitkan ini hanya mahu mengalihkan isu sebenar berhubung penyelewengan tanah Felcra oleh Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

"Beliau cuba alih pandangan rakyat Kubu Gajah tentang penyelewengan tanah Felcra di Sungai Malau.

"Dia beri satu lot enam ekar kepada ibu dia sendiri Mardiah Binti Lah, menyebabkan orang lain marah," katanya yang mendakwa ada dokumen sebagai bukti.


Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal./Harakahdaily

PELUANG UNTUK RAJA SESUMPAH EZAM BERSUMPAH

cerita pasal Ezam Md.Noor

Lokman Adam, Exco Pergerakan Pemuda UMNO malaysia.

Wang 1 juta dikatakan buat bayar percetakan poster Anwar Ibrahim, tapi mengikut Sdr Lokman Adam, dia dapati bayaran untuk percetakan itu hanya rm110,000 ribu, jadi bakinya sebanyak rm890,000 ribu lagi kemana perginya. Mungkin Ezam Md.Noor boleh jawab.

Wang 1 juta itu diterima daripada Rahman Adnan setelah melalui saat-saat cemas yang mana wang itu dibawa masuk melalui johor dari singpore, itulah serba sedikit pendedahan yang telah dibuat oleh Sdr Lokman Adam terhadap Sdr Ezam Md.Noor.Sdr Lokman Adam sekarang ini adalah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, manakala Ezam Md.Noor pula adalah Senator "Boy" yang lantik oleh Perdana Menteri. Jadi apabila di belek sejarah lalu, diantara Sdr Lokman Adam dan Ezam Md.Noor, siapakah lebih jujur.

Banyak lagi cerita-cerita menarik pasal Ezam Md.Noor yang telah dicerita oleh Sdr. Lokman Adam. Sebagai seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah perlu seluruh ahli Pemuda UMNO mendengar pendedahan yang telah dicerita oleh beliau terhadap Ezam Md.Noor.Jika perlu, buku pendedahan yang telah dibuat oleh Sdr Lokman Adam akan saya edarkan sebagai bahan bacaan untuk menambah ilmu pengetahuan.

Sumber:http://newkk.blogspot.com/2010/09/lokman-adam.html


Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2010/09/ezam-songlap-duit-manyak-ooo-rm890-000.html#ixzz0yaFCnE7u

Ulasan Blogger:

Sekarang raja sesumpah berpeluang besar untuk melakukan `sumpah laknat' berkaitan dakwaan rakannya itu. Lokman juga pernah mencabar raja sesumpah ini bersumpah di dalam masjid, tetapi raja sesumpah enggan melakukannya. Mungkin waktu itu raja sesumpah belum menuntut sepenuhnya ilmu `sesumpah'.

Kali ini, ilmu sudah penuh di dada. Kita mahu lihat raja sesumpah mempraktikkan ilmunya itu. Jika beliau tidak tahu cara-cara untuk bersumpah, beliau boleh menuntut daripada Saiful. Beranikah Ezam atau beliau sekadar berani mencabar orang lain untuk bersumpah?/wfauzdin.blogspot.com

RM 100 RIBU - AGAKNYA KALAU KHIR TOYO DIA SAPU TAK ?

Tolak RM100,000, Pimpinan Umno BN Harus Contohi Khalid Ibrahim

Raudhatul Jannar Jalidar

SHAH ALAM 4 SEPT: Kesudian Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak pemberian insentif RM100,000 daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), harus dicontohi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN).

Mendapat pujian Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, beliau berpendapat pemberian insentif di kalangan pengerusi mana-mana Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) harus dihentikan segera kerana ia melibatkan wang rakyat.

Khalid sebelum ini menolak insentif 100 ribu ringgit yang diberi PKNS atas kapasiti sebagai Pengerusi, kerana mahu memulangkan wang rakyat itu kepada kepada rakyat..

Beliau juga melakukan siasatan dan mengarah supaya garis panduan pemberian insentif dirangka bagi mengawal amalan pentadbiran pimpinan Umno Barisan Nasional sebelum ini.

Perbincangan garis panduan akan dibentang pada mesyuarat Exco minggu depan, seterusnya dibawa ke sesi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya takut rakyat marah tapi MB (menteri besar) menolak. Ini dengan tajuk dalam akhbar, khalid tolak 100 ribu, ini saya rasa very powerful pada saya.

"MB menolak bonus yang diberi selaku pengerusi. Ini langkah yang baik dan saya alu-alukan. Kalau saya pun akan tolak, pada saya ini wang rakyat, harus diberi kepada rakyat," katanya.

Kesudian Khalid Ibrahim memulangkan pemberian insentif ini jauh berbeza dengan amalan mewah yang sebati dengan pentadbiran Datuk Seri Mohamad Khir Toyo ketika masih berkuasa.

"Kalau dilihat amalan kerajaan lalu, khususnya di bawah Khir Toyo, ini amalan biasa. Ambil RM100,000, RM200,000 pergi shooping (beli-belah) luar negara, bawa isteri, anak dan orang gaji - itu yang saya dengar.

"Itu tidak berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Kita begitu prihatin dan membincangkan secara terperindi laporan kewangan dan bentang kepada perbendaharaan negeri dan bawa kepada exco.

"Dalam exco, kami berbincang untuk menguntungkan rakyat, kelulusan akan diberi. Jika merugikan rakyat, menguntungkan beberapa individu dan berkepentingan sendiri tidak akan lulus," katanya lagi./TVSelangor

KEMELUT UMNO - PRESIDEN DI BELAKANG PRESIDEN

Melihat Di Sebalik Yang Nampak
Saturday, 04 September 2010

CATATAN ANUAR MOHD NOR – Melihat di sebalik yang nampak, unik dan agak mengelirukan. Sebelum menulis lebih lanjut lagi ucapan TERIMA KASIH perlu yang dahulukan kepada Tan Sri Sanusi Joned yang telah menjemput saya untuk berbuka puasa bersama-sama rakan “bloggers” yang lain. Saya tidak mahu mengupas apa yang berlaku dalam sesi berbicara bersama-sama Tan Sri Sanusi Joned. Perbincangan agak hangat dengan saya mempertahankan beberapa isu sementara saya pula telah di persoalkan pegangan saya. Saya tutupkan dahulu isu tersebut kerana sekiranya di utarakan mungkin itu akan memberi publisiti murahan kepada saya.

Namun hari ini saya ingin menceritakan dengan nada yang agak halus tetapi penuh persoalan mengenai MELIHAT DI SEBALIK YANG NAMPAK. Kita melihat dan kita nampak, tetapi di sebalik itu ada lagi yang perlu kita lihat dan perlu kita tahu. Kita lihat UMNO dan kita lihat barisan kepimpinan UMNO tetapi adakah sebenarnya hadir di belakang kepimpinan UMNO itu satu barisan lagi yang dapat menentukan perjalanan dan menentukan arah UMNO. Adakah kuasa-kuasa senyap ini yang sebenar-benarnya dapat menentukan perjalanan UMNO. Sekiranya ada kenapa ia wujud dan ini seolah-olah membentuk satu organisasi di sebalik organisasi yang ada – bertindak sebagai broker kuasa untuk sesuatu kepentingan yang kita sendiri tidak pasti.

Mungkin – terlampau banyak antara kita dalam UMNO mahu menjayakan agenda kemenangan UMNO sehingga timbul kumpulan-kumpulan tertentu yang mahu memperjuangkan kejayaan UMNO dengan cara mereka sendiri – terkeluar dari perencanaan UMNO atau kerana UMNO sendiri tidak mempunyai perencanaan yang konkrit maka kumpulan ini terpaksa bertindak bersendirian demi kelangsungan hayat UMNO itu sendiri. Namun – adakah itu sahaja matlamat sesetengah kumpulan tersebut atau kumpulan itu hanya mahu menjadi broker kuasa untuk individu tertentu dalam UMNO.

Saya seakan hampir pasti melihat ada tujuan tertentu dalam memastikan barisan tertentu dapat mendominasi UMNO sungguhpun karakter yang memainkan peranan itu sudah melepasi era kepimpinan mereka sendiri dalam UMNO. Kenapa agaknya mereka mahu terus mendominasi UMNO dari luar – dalam senyap dan dalam ruangan–ruangan yang tidak kelihatan. Apa ada sebenarnya di sebalik yang kita nampak. Adakah tangan-tangan senyap ini benar-benar mahu memastikan kemenangan UMNO atau sebenarnya ada agenda peribadi yang perlu dilunaskan. Adakah sesiapakah yang berhajat menjadi Presiden di belakang Presiden?/Umno-reform2