RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 7 September 2010

PEMILIHAN PKR - AZMIN TERUS MENDAPAT SOKONGAN

Ahli parlimen, senator PKR ikrar sokong Azmin
Sep 6, 10


Ahli parlimen PKR hari ini menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR walaupun tuan punya badan sendiri belum menawarkan diri secara terbuka.

Anggota majlis pimpinan pusat Kamarul Baharin (Teluk Kemang) berkata, ini kerana Azmin telah melalui pelbagai perit lelah bersama parti itu sejak ditubuhkan selepas gerakan reformasi lebih 10 tahun lalu.

Kamarul menambah, sebagai timbalan presiden, Azmin akan mampu berganding baik dengan presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi menguatkan parti.

Daripada 24 ahli parlimen, 18 menyatakan sokongan itu bersama dua daripada tiga senator lagi.

Antara ahli parlimen yang hadir Zuraida Kamaruddin (Ampang), Johari Abdul (Sungai Petani), S Manikavasagam (Kapar), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) and Amran Abdul Gani (Tanah Merah).

Manakala 12 lagi Abdullah Sani (Kuala Langat), Fuziah Salleh (Kuantan), Azan Ismail (Indera Mahkota), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Dr Lee Boon Chye (Gopeng), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Rashid Din (Merbok), Tian Chua (Batu), William Leong (Selayang), R Sivarasa (Subang) dan Ahmad Kasim (Kuala Kedah).

Manakala dua senator itu Mustafa Kamal Mohd Yusoff daripada Pulau Pinang dan Zamri Yusof daripada Kedah. Seorang lagi senator PKR Syed Husin Ali yang kini penyandang jawatan timbalan presiden.

Lima wakil rakyat yang tidak hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya Nurul Izzah (Lembah Pantai), Saifuddin Nasution (Machang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai)./Malaysiakini

3 ulasan:

  1. nak buat macam mana.majoriti ahli pkr terdiri daripada bekas ahli umno.stail umno yang menghimpun puak-kem mesti dibuat.
    percaya atau tidak,hakikatnya akan berlaku begini:PKR akan hancur sebaik saja Anwar tiada dan UMNO amat mengetahui perkara ini.
    manusia macam Zaid dan Khalid Ibrahim yang meletakkan rakyat diutamakan pasti tak akan mampu bertahan.
    kesungguhan,kesetiaan,pengorbanan Azmin memang tidak dinafikan tetapi mengekal stail dan corak umno dalam mengatur kepimpinan mengesahkan wadah politik hanya satu platform bagi mencapai apa yang diinginkan,bukan untuk rakyat tetapi untuk kelangsongan politik diri.

    BalasPadam
  2. Perkara semacam nilah yg membuatkan rakyat menyampah semakin menyampah pada pkr terutamanya azmin. Lain yg rakyat hrp lain yg mereka buat. Apa dah jadi dgn anwar? Dulu pas buat hal dgn geng ganunya. Pas dah reda skrg pkr pulak. Kalau dah nama melayu tak boleh nak berubah. Bila umno buat mcm2 kata rakyat skrg dah cerdik. Jgn menyesal kalau rakyat dah cerdik tengok perangai pemimpin pas & pkr yg makin lama makin BANGANG...

    BalasPadam
  3. Sokongan membawa rebah

    BalasPadam