RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 16 Disember 2024

RCI BATU PUTEH - APA YANG PATUT KITA TAHU

 1. Pada 19 Mei 2018, PM Singapore bertemu PM Malaysia, Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), bukannya di pejabat resmi PM. Bertemu hanya sekitar 30 minit sahaja.

2. Dua hari lepas itu, PM Mahathir menulis surat bertarikh 21 Mei 2018 kepada Peguamcara Negara memaklumkan bahawa kerajaan tidak akan buat semakan ke atas Pulau Batu Puteh, ertinya biarkan sahaja pulau itu menjadi milik Singapore.
3. Apakah kabinet tahu sebelum 21 Mei 2018? Jawapannya tidak, sebab kabinet hanya dibentuk pada 21 Mei 2018 iaitu tarikh yang sama surat yang dihantar oleh Mahathir kepada Peguamcara Negara, ertinya keputusan telah dibuat bersendirian oleh Mahathir.
4. Bila mesyuarat pertama kabinet? Mesyuarat pertama kabinet adalah pada 23 Mei 2018. Sebelum mesyuarat kabinet, email telah dihantar ke Singapore untuk memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak berhasrat untuk menyemak semula kes Pulau Batu Puteh.
5. Di mana lojiknya Mahathir mahu membabitkan TPM dan menteri2nya waktu itu dalam isu Pulau Batu Puteh? Keputusan dia buat seorang tetapi mahu orang lain pikul risiko? Isu Pulau Batu Puteh langsung tidak menjadi agenda utama di dalam mesyuarat kabinet.
Siapa pengkhianat sebenarnya? Bukankah kerajaan PN tahun 2021 sendiri mahu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuai di dalam isu ini? Mengapa sekarang menyerang PMX yang ingin menunaikan hasrat mereka? Apakah kerana Mahathir sudah menjadi Penasihat SG4 mereka maka "terampunlah dosa2 Mahathir?"
MENGAPA PM SINGAPORE DATANG JUMPA MAHATHIR 30 MINIT DAN DUA HARI LEPAS TU, MAHATHIR SETUJU UNTUK TIDAK MENYEMAK SEMULA ISU PULAU BATU PUTIH?
Wallahu Aklam