RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 26 Julai 2020

GERAK98 SAMPAI KE NEGERI SEMBILAN PETANG INI


Permulaan GERAK adalah diterajui oleh Presiden PAS, Almarhum Us Fadzil Noor di era 98. Beliau amat konssten melawan kezaliman dan menegakkan keadilan, meskipun kezaliman itu berlaku terhadap seseorang yang pernah menjadi musuh politiknya.

Almarhum bukan pencipta 'Amanat" yang sesuka hati mengkapirkan orang. Beliau seorang yang amat berlapang dada, istiqomah dengan prinsip dan perjuangan. Tidak mudah dijual beli maruahnya dengan jawatan atau kedudukan. Kini, GERAK kembali bersama rakyat apabila kezaliman dan ketidakadilan itu berlaku. Kezaliman paling besar adalah pengkhianatan kepada mandat rakyat. Oleh itu, GERAK muncul disaat ini, bukannya muncul sewaktu kita berkuasa.

Seandainya GERAK98 itu muncul sewaktu kita berkuasa, mungkin ada asasnya untuk menuduh pimpinan GERAK98 mahu mencari makan atau kedudukan di dalam kerajaan. Tidak, ianya muncul dikala kita berada di dalam kesusahan dan ditekan. GERAK98 bergerak disaat Anwar itu menjadi mangsa pengkhianatan.

Gerakan Sdr Ezam Mohd Noor seharusnya dilihat sebagai satu gerakan di antara banyak gerakan untuk menjatuhkan kerajaan pengkhianat ini. Musuh GERAK98 adalah mana2 kumpulan yang menyokong pengkhianat. Musuh GERAK98 adalah kumpulan kartel Azmin yang khianat. Matlamat GERAK98 adalah untuk merealisasikan hasrat Anwar bagi melakukan reform ke atas negara ini.

Matlamat GERAK98 bukanlah untuk menabalkan Ezam sebagai Presiden Keadilan jauh sekali untuk menabalkan bekas anak didik Anwar ini sebagai PM sepertimana kita pernah menabalkan Mahathir sebelum PRU14 dahulu. Menabalkan Mahathir sebagai PM taruhannya amat besar. Risikonya begitu tinggi, namun atas keyakinan dan kepercayaan bahawa seusia Mahathir waktu itu tidak mungkin beliau akan mengkhianati kita. Rupa2nya kita silap.

Bezanya, GERAK98 yang diterajui oleh Ezam ini tidak pernah dijanjikan apa2. Usahkan jawatan di dalam kerajaan, di dalam parti pun tiada tawaran untuk beliau kerana ketika ini beliau masih belum disahkan sebagai ahli mana2 parti. Saya harap keahliannya di dalam Keadilan boleh diterima. Apakah berisiko besar jika kita menyokong gerakan beliau? Jika beliau ikhas, bonus bagi kita dan jika beliau khianat sekali pun, tiada ruginya kita sepertimana ruginya kita mempercayai Mahathir dulu.

Jangan mudah melabelkan seseorang. Jangan kita sendiri cipta 'kartel' baru, kemudian kita berhabisan menentangnya sedangkan matlamatnya sama dengan kita. Perbanyakkan kawan, kurangkan musuh.

Ayuh, petang nanti kita bertemu di K.Pilah. Kawasan ini turut menjadi mangsa pengkhianatan. Orang K.Pilah memilih PH tetapi MP nya curang dan khianat. Kita gempur pengkhianat. Jumpa di sana, InsyaAllah !!

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN MENGHARGAI KARTUNIS OTAI


Siapa tidak kenal kartunis terkenal Ujang? Jika tidak kenal, ertinya anda tidak pernah membaca komik kartun "Gila-Gila" atau komik "Ujang". Saya adalah peminat utama majalah 'Gila-Gila' dan juga "Ujang", bukan kerana dia anak Nogori sekampung dengan saya, tetapi dia adalah kartunis hebat.

Tidak boleh dinafikan Majalah "Gila-Gila' suatu ketika dahulu amat popular kerana adanya watak "Ujang" dan "Atok". Kartun beliau penuh homur dan kelakar di mana kebanyakan yang digambarkan di dalam kartunnya adalah peristiwa yang berlaku seharian di kampung-kampung. Beliau selitkan adegan-adegan lucu yang membuatkan kita pecah perut bila membacanya. Memang lawak.

Tahniah kerajaan Negeri Sembilan kerana sempat memandang kehidupan kartuis-kartunis otai ini. Ujang telah diberi penghargaan untuk melakarkan kartunnya di dinding dan tembok-tembok Terminal 1 Seremban. Lakaran 'mural' yang mempunyai maksud tersirat di sebalik kartun yang kelakar itu telah menarik perhatian orang ramai. Beginilah cara terbaik kerajaan Negeri Sembilan untuk memberi penghargaan kepada para seniman. Sebagai anak jati Negeri Sembilan, sudah pasti Ujang akan merasa dihargai bakatnya oleh kerajaan negeri.

Semoga kerajaan negeri akan terus mencari para seniman yang dipandang sepi atau terpinggir untuk memberikan khidmatnya kepada negeri adat perpatih ini. Tahniah MB Negeri Sembilan YAB Dato Aminuddin Harun. Tahniah semua Exco kerajaan negeri yang telah membangunkan negeriku ini.

APABILA DAPAT KUASA, WALAU PUN IKUT ATAP MEMBUATKAN LEBAI LUPA




Masihkah anda ingat dialog ini?

"Kak Wan, Kak Wan kena angkat tangan (sokong RUU355 di parlimen), kalau Kak Wan tak angkat tangan boleh menyebabkan jatuh iman, kalaulah ditakdirkan lepas tak angkat tangan tu mati, kami tanam di jirat".
(Rujuk video bertajuk "YDP PAS Shaharuddin Ibrahim: Tak Sokong RUU355 jatuh kafir!).

Seperti biasa, apabila diasak oleh berbagai pihak termasuk amaran untuk disaman, akhirnya telor lebai berkenaan terpelesuk dalam jubah. Beliau memohon maaf kerana 'jual agama' di dalam isu berkenaan. Sebenarnya ramai yang percaya bahawa jika tidak sokong RUU 355 itu boleh membawa ke neraka. Maka, tidak pelik ramai yang berhimpun di padang merbok di tengah2 panas sambil bertakbir. Penjual baju RUU 355 tersenyum lebar. Pak cik dari Kedah yang mengayuh basikal ke KL tersandar bawah pokok di padang merbok sambil mengurut lutut dengan minyak, sesekali tersenyum membayangkan bidadari di syurga.

Hadi pernah membuat sandiwara di Parlimen beberapa kali. Kononnya Hadi bawa usul pindaan akta RUU 355. Beliau diiringi oleh beberapa kumpulan budak2 tahfiz dari beberapa pondok lebai di perkarangan Parlimen dengan membawa berbagai sepanduk. Apa yang Hadi buat? Dia bentang usul, dia minta tangguh sampailah beberapa kali sesi parlimen.

Terlalu banyak mahu cerita tentang sikap lebai dahulu kala, diwaktu lebai tidak diuji dengan jawatan duniawi. Entah berapa banyak duit poket walaun yang mahu ke syurga masuk memenuhi tabung2 milo dalam ceramah RUU 355. Masih ada stiker kereta RUU 355 yang kini telah berkarat masih terlekat di cermin kereta walaun. Sayu hati mahu kenang balik sejarah perjuangan RUU 355 yang dibawa oleh lebai ini. Hudud? Tidak payah sembanglah. Memang telah lama lebai lupakan.

Sekarang lebai adalah sebahagian dari kerajaan tebuk atap. Kuasa ada di tangan lebai bukan di tangan Dap. Apa lagi alasan lebai? Inilah hikmahnya kerajaan PH dikhianati. Jika tidak, siapa tahu muslihat penjual agama ini?

WAJAH PIMPINAN MASA HADAPAN


Foto sebelah kiri tu baru dua hari lepas. Memang nampak berbeza dari foto sebelah kanan. Berbeza dari susuk tubuh, Rafizi agak berisi, Izzah nampak biasa tapi bertambah cantik dengan batiknya, dan KJ kelihatan lebih dewasa dengan janggut dan jambangnya.

Satu hari nanti wajah2 ini mungkin memimpin negara kita. Ketiga2nya tiada isu yang kontroversi dan raai peminat masing2. Rafizi Ramli , tidak perlu kita bicarakan lagi tentang semangat juangnya dibekalkan dengan kebijaksanaannya di dalam mengatur strategi politik. Bacaan politiknya jarang silap. Beliau bukan sahaja mahir di dalam strategi atau mengulas data di atas kertas atau tayangan skrin, malah beliau begitu praktikal dengan turun ke akar umbi bagi menentukan formula di atas kertas itu berjaya dilaksanakan. Kejayaan PH di dalam PRU14 yang lalu tidak keterlaluan jika kita katakan adalah hasil dari gerak kerja rafizi bersama Invoke nya. Invoke membentangkan data dan diikuti dengan praktikal di lapangan dengan jelajah Invoke ke seluruh negeri. Rafizi telah melunaskan tanggungjawabnya hingga PH berjaya membentuk kerajaan, malangnya kerajaan PH gagal dijaga dengan baik. Amaran Rafizi tentang pengkhianatan bakal berlaku waktu itu dipandang sepi oleh kita. Mungkin kita terhayal dengan keempukan kerusi di Putrajaya.

Izzah, jiwanya kental tidak ubah seperti ayahnya, Anwar Ibrahim. Berpegang kuat dengan prinsip malah pernah dikatakan bertegang urat dengan ayahnya bagi mempertahankan prinsipnya. Semangat juang ayahnya berada dijasad insan yang pernah ditabalkan sebagai Puteri Reformasi ini. Cuma, Izzah tiada sikap 'dewa' seperti ayahnya. Kurangnya beliau bercakap tentang urusan negara sewaktu PH memerintah mungkin kerana beliau tidak begitu senang dengan cara Mahathir mentadbir negara. Beliau seolah menyepi dan hanya melakukan tugasnya di Permatang Pauh. Mungkin apa yang beliau harapkan dari Mahathir bagi merealisasikan agenda reformasi tidak kesampaian.Kini, wanita muda ini sudah mula bergerak kerana era Mahathir telah berkubur.

KJ, bekas Ketua Pemuda Umno adalah satu2nya pemimpin dari Umno yang begitu lantang memperkatakan skandal 1MDB dan pernah menyarankan agar Najib mengaku sahaja tentang apa yang berlaku di dalam skandal terbesar di dunia itu.. Malangnya, KJ tidak diihat begitu kuat semangatnya kerana beliau hanya menyanggah Najib apabila Bn tumbang di dalam PRU14 yang lalu. Ertinya, beliau tidak cukup kuat untuk menyaingi kehebatan dua lagi rakannya itu. Namun, KJ masih dianggap yang baik di kalangan ramai yang tidak baik di dalam Umno.

Keadilan beruntung memiliki Rafizi dan Izzah. Semakin ramai yang memperkatakan tentang bila Rafizi akan menemani Izzah memasuki gelanggang politik yang semakin getir ini. Bagi mereka yang memahami, ketiadaan Rafizi dilapangan ada hikmahnya. Rafizi tinggalkan kepada pemimpin2 muda contoh bagaimana untuk bekerja bagi mencapai kemenangan. Air liur dan bercakap berapi2 di dalam konvensyen atau kongres atau di dalam forum2 juga mesyuarat tidak cukup untuk menyemai kemenangan. Buat analisa, atur strategi dan turun ke lapangan dan bentuk tenaga kerja di akar umbi. Apakah pemimpin muda tidak mampu lakukan?

Apakah kita masih mengharapkan Rafizi lagi untuk PRU15? Tidak cukupkah kita menumpang hasil peluh keringat beliau sebelum ini? Kita yakin Rafizi akan kembali tetapi jangan kita berpeluk tubuh menanti kehadirannya. Kita patut menyambung apa yang telah beliau lakukan.