RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 10 April 2010

MENANG OK, TAK MENANG PUN OK

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAM ini akan berlangsung Perlawanan Akhir Piala FA di antara Negeri Sembilan bertemu Kedah. Perlawanan pada malam ini tentunya menarik kerana banyak ramalan yang menyebut peluang kedua-dua pasukan adalah setara iaitu 50-50. Perlawanan tersebut mungkin disiarkan oleh RTM dan juga Astro melalui saluran 801.

Saya anak jati Negeri Sembilan, tentunya menyokong kuat Negeri Sembilan dan berharap Negeri Sembilan akan mencapai kejayaan malam nanti. Kedua-dua pasukan negeri tersebut diterajui oleh MB masing-masing selaku Presiden Persatuan Bola Sepak negeri masing-masing. MB adalah orang politik, maka apabila orang politik berada di dalam badan sukan maka sedikit sebanyak kejayaan pasukan negeri masing-masing sedikit sebanyak menaikkan nama kepimpinan mereka.

Apa yang menariknya pertemuan pada malam ini? Pada saya ianya amat menarik kerana Kedah adalah negeri yang ditadbir oleh Kerajaan PR, manakala Negeri Sembilan ditadbir oleh Kerajaan Bn. Memang saya setuju tidak baik dilibatkan politik ini di dalam sukan, tetapi kerana orang politik juga berminat menerajui badan sukan, sedikit sebanyak tercalit juga soal politik. Kita masih ingat suatu ketika di era reformasi, perlawanan bola sepak di mana-mana negeri kelihatan dipengaruhi oleh fahaman politik. Ketika itu kita melihat stadium dipenuhi dengan bendera parti yang berkibaran.

Pada malam ini, di samping saya mendoakan agar Negeri Sembilan mencapai kejayaan cemerlang untuk merangkul Piala FA, saya dapat merasakan kurangnya tekanan atau debaran kepada saya sepanjang menonton perlawanan itu nanti. Seandainya Negeri Sembilan berjaya, tentu sekali saya teramat gembira tetapi jika Kedah pula yang berjaya, saya tidak akan merasa kecewa. Hati terubat juga seandainya Piala FA ini akan diarak mengelilingi negeri yang ditadbir oleh PR ini.

Apa yang penting di sini, tiada lagi yang boleh berkata Kerajaan Negeri PR tidak boleh meningkatkan mutu sukan. Selangor pernah bergelar juara dan Kelantan juga pernah menjejakkan kaki ke final. Ini membuktikan PR juga tidak membelakangkan mutu sukan di negara ini. Apakah terdapatnya bendera parti pada malam nanti? Mudah-mudahan tiada, lebih-lebih lagi jangan pula ada mercun yang dibawa./wfauzdin.blogspot.com

GILIRAN BLOGGER INI PULA MELUTUT PADA MIC

Oleh: WFAUZDIN NS

BEBERAPA hari kebelakangan ini kita melihat suasana seperti menyambut hari raya. Drama maaf bermaafan menjadikan seperti berada di dalam suasana hari raya. Kisah YB Zul Kulim mohon maaf pada Najib dan Rosmah, kisah Ezam sesumpah bersumpah lagi sambil mohon maaf pada penyokong-penyokongnya yang `budus' itu kerana Ezam dahulu katanya amat percaya pada DS Anwar, kemudiannya kisah Noh Omar `melutut' mohon maaf pada MCA dan Gerakan kerana terlepas cakap tentang sejarah lama yang menghiris hati rakan sebantal partinya sendiri. Semua itu kisah atau drama yang sadis tetapi meloyakan.

Beberapa hari lalu, kita mulanya mahu angkat tabik kepada sebuah blog yang kununnya dulu Pro PKR tetapi kini menjadi Gerakan Anti PKR atau dikenali sebagai GAP. Jika kita membaca tulisannya di sini, kelihatan blog ini amat berani demi Melayu dan Islam. Blog tersebut memberi amaran bahawa jika pimpinan tidak memilih Umno sebagai calon di Hulu Selangor, beliau sendiri akan menjadi calon Bebas. Begitu berani dan lantang Penulis tersebut, tetapi bak kata orang `jika kail panjang sejengkal, usah diuji laut yang dalam'. Jadi, jangan perasan sangat wahai GAP.

Akhirnya benar tekaan saya seperti yang pernah saya ulas sebelum ini. Di dalam tulisan terbaru blog yang kununnya ingin mengugut pimpinan Bn sebelum ini, beliau akhirnya tunduk layu. Meskipun pimpinan Bn masih mengekalkan calon dari MIC sebagai calon Bn di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor nanti, tiba-tiba blog GAP ini bersorak menyatakan misinya berjaya. Tulisan terbaru blog berkenaan boleh dibaca di sini. Semasa tulisan ini disiarkan, pimpinan Bn masih kekal dengan keputusan untuk meletakkan calon dari MIC dan bukannya Umno, sedangkan blog GAP pernah berkata jika tidak diletakkan calon Umno beliau akan tampil sebagai calon Bebas sebagai tanda protes. Akhirnya apa yang berlaku? Blog ini akhirnya tunduk melutut jua pada MIC.

Saya pun setuju dengan tindakan blogger tersebut untuk menarik semula ancamannya bertanding sebagai calon Bebas walaupun MIC masih kekal sebagai calon. Sejarah sejak kebelakangan ini banyak menunjukkan Calon Bebas hilang deposit. Mungkin sebab itulah beliau terpaksa menarik balik kata-katanya dan terpaksa menjual maruahnya sendiri. Blogger tersebut memberi alasan bahawa calon yang mungkin dipilih bagi mewakili MIC adalah V.Mugilan. V.Mugilan ini sudah tentulah ahli MIC, tetapi blogger itu menyebut V.Mugilan adalah proksi Umno. Kenapa tidak Blogger itu sahaja menjadi proksi Umno ? Bukankah jika atas nama Umno apatah lagi beliau seorang Melayu akan lebih mudah untung menang?

Sebenarnya `proksi Umno' itu adalah alasan buat Blogger yang penikus itu. Bak kata perpatah, `kerana mulut badan binasa'. Beliau tanpa rasa segan dan malu mengaku telah berjaya dengan ugutannya sebelum ini. Apa yang berjayanya? Kerana V. Mugilan dari MIC itu buat beliau berasa berjaya? Semenjak bila Umno ada proksi dari MIC? Mungkin tidak hairan juga jika ada yang beranggapan APCO itu pun proksi Umno juga. Kalau ada calon dari APCO, mesti Umno boleh berjaya di dalam PRK Hulu Selangor nanti.

Kesimpulannya, jelas pada kita dari pimpinan Umno hingga lah kepada Blogger pro Umno semuanya tidak tetap pendirian apabila berdepan dengan parti komponen Bn. Hidup Melayu, Hidup Islam, Ketuanan Melayu dan berbagai lagi cogan kata mereka semuanya akan menjadi hampas sekelip mata sahaja./wfauzdin.blogspot.com

Tiga ADUN BN Dalam Parlimen Hulu Selangor Abai Rakyat

HULU SELANGOR 9 APR: Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor memberi ruang kepada penduduk kawasan itu menilai perkhidmatan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional.

Tinjauan TV Selangor mendapati penduduk tidak berpuas hati dengan prestasi Adun BN dan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Antara masalah utama yang dibangialah penyelenggaran persekitaran yang mengecewakan dan isu hak pemilikan tanah.

Di Kampung Asam Kumbang, rumput-rumput di sekitar kiri dan kanan jalan atau berhampiran kawasan penempatan tidak dipotong.

Pihak bertanggungjawab dikatakan bekerja sambil lewa. Penduduk bimbang semak-samun ini menjadi tempat pembiakan aedes.

Isu sebegini sewajarnya diberi perhatian serius bukan sahaja oleh PBT, bahkan Adun-Adun BN.

Bagi penduduk di Jalan Padang Golf, Kuala Kubu Bahru pula, dua penduduk yang ditemui meminta supaya pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Mereka meminta supaya kawasan tersebut dijadikan lebih indah dan menarik untuk tatapan penduduk juga orang luar.

Sebaliknya, sikap sambil lewa Adun berkenaan menyebabkan Ahli Parlimen PKR dipersalahkan.

“Yang pertama sekali, kebersihan di kawasan ini yang mustahak sekali sebab rumput pun panjang," katanya.

Dikatakan, lebih kurang lima bulan rumput tidak dipotong tetapi Adun BN dan PBT bertanggungjawab dikatakan tidak mempeduli rungutan penduduk.

“Tangani jalan-jalan raya ini, daripada besar jadi kecik. Tanah sudah dibawa hujan, naik atas jalan tumbuh rumput kecik. Lagi satu , jalan berlopak paip pecah," katanya.

Berlainan pula tinjauan di Taman Damai Utama, Ampang Pecah. Penduduk di situ menghadapi masalah serius berikutan beberapa rumah dinaiki air ketika hujan lebat.

“Longkang tak mampu tampung air hujan, rumah banjir, beberapa sudah panggil orang ambil gambar tapi tidak keluar berita. Kalau hujan lebat, tidak sampai satu jam, rumah banjir dan semua perabot rosak," katanya.

Beliau mengakui bantuan memang diberi apabila berlaku banjir tetapi itu tidak mencukupi untuk hidup dengan selesa dan meminta pihak tertentu membuka mata demi menyelesaikan masalah.

Berlainan pula masalah tanah Felda di Hulu Selangor, mereka tiada tempat meluahkan isi hati yang terpendam, anak-anak Felda bersedia bangkit dari perubahan untuk hak yang sepatutnya dimiliki.

Masalah yang menghantui sekian lama iaitu dinafikan hak tanah yang dimiliki keluarga tercinta untuk diwarisi.

Persatuan Anak Peneroka dan Generasi ke-2 Felda atau ANAK, bersama-sama penduduk Felda Gadangsa, Felda Soeharto dan Felda Sungai Tengi bangkit memastikan mangsa pelan pertanian mega kerajaan pusat ini mendapat pembelaan sewajarnya.

Penduduk masih mengharapkan janji Kerajaan Pusat pada pilihan raya lalu./TVSelangor

EZAM MOHON MAAF ? ANAK DIDIK EZAM JAWAB PERTIKAI SESUMPAH

Friday, April 9, 2010

Semalam saya dimaklumkan oleh seorang rakan wartawan bahawa melalui sebuah ceramah dan telahpun disiarkan oleh Utusan Malaysia bahawa Ezam telahpun memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu kerana telah membela Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya yang pertama. Melalui laporan itu Ezam telah menyatakan bahawa dahulu beliau tidak mengetahui perangi sebenar Anwar dan sekarang barulah beliau tahu.

Namun saya ingin supaya perkara ini dijelaskan oleh Ezam. Apakah perkara sebenar atau perangi sebenar Anwar Ibrahim yang dimaksudkan oleh Ezam yang dahulu beliau tidak tahu tetapi sekarang setelah menyertai UMNO beliau membuat pengakuan baru mengetahui perkara sebenar? Apakah sebenarnya Ezam mahu menjawab cabaran saya dengan menyebut dengan jelas bahawa beliau percaya Anwar Ibrahim seorang peliwat? Saya kira Ezam masih lagi berlapik dalam menjelaskan perkara ini. Dan selagi mana ini tidak dijelaskan dengan terang. Saya percaya bahawa Ezampun masih lagi 50-50 dalam mempercayai tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim. Ketulenan UMNO Ezam juga boleh diragui!. Ini seterusnya memberi makna bahawa tuduhan liwat ini tidak relevan untuk dijadikan hujah bagi menentukan soal prinsip perjuangan kerana ianya tidak ada kepastian. Apatah lagi kes ini dalam perbicaraan.

Jika inipun tidak ada kepastian daripada Ezam, maka hujah menyatakan penghijrahan ke UMNO itu adalah mungkin kerana tuduhan liwat ini boleh kita sifatkan sebagai tidak ada asas serta kerelevanannya. Ramai dikalangan anak muda termasuk mahasiswa di kampus yang sempat saya bertemu jelas menyatakan ketidaksetujuan dengan hujah kepercayaan kepada kes liwat sebagai asas untuk menukar haluan politik kepada UMNO/BN. Malah dengan kes liwat yang dituduh terhadap Anwar Ibrahim ini menyebabkan sokongan anak muda, mahasiswa dan golongan middle class beralih arah terhadap Pakatan Rakyat. UMNO/BN dilihat seolah berada dalam sirkulasi konspirasi politik tuduhan liwat kedua terhadap Anwar Ibrahim.

Saya masih lagi menanti sebutan jelas Ezam berkaitan soal ini. Apakah perkara sebenar itu yang dimaksudkan olehnya? Insyalah saya juga akan menjawab kembali jika Ezam berani menyatakan perkara itu. Wassalam.

Link: http://nazreeyunus.blogspot.com/2010/04/ezam-masih-tidak-menjawab.html

Jumaat, 9 April 2010

NASIB BAIK ANWAR DEDAHKAN...

'Perisik Israel' di Bkt Aman: Hisham arah siasat
Apr 9, 10


Kementerian dalam negeri akhirnya mengakui bahawa wujudnya masalah dengan firma komputer yang mengendalikan perisiannya di Bukit Aman dan telah mengarahkan perkhidmatan berkenaan ditamatkan.

NONE"Sebagai rekod, kontrak dengan syarikat Asiasoft telah ditamatkan,” kata Menterinya, Datuk Seri hishamuddin Hussein di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, katanya, kerajaan akan mengambil empat pendekatan bagi menyiasat dakwaan bahawa perisik Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hishammuddin berkata sebagai langkah permulaan pegawai khasnya telah diarahkan untuk membuat laporan polis.Laporan yang sama juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara yang sama juga akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.


NONE"Tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita mesti menyiasat bagi menentukan kesahihannya," katanya.

6 April lalu, Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar mendedahkan perisik Israel wujud di Bukit Aman.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu membuat pendedahan berkenaan ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Menurut Anwar penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.

Dakwanya lagi, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC./Malaysiakini

UMNO DAN PERKASA DICABAR BERTANDING DI HULU SELANGOR

09 April 2010

Bahang pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor makin membara. BN masih lagi berteka-teki dan terkial-kial untuk mencari calon yang sesuai untuk berhadapan calon Pakatan Rakyat. Perdana Menteri 1Malaysia menutup spekulasi parti mana dari BN yang bertanding dengan menyatakan Hulu Selangor ditandingi oleh MIC.

Ini bermakna impian Umno dan Perkasa yang mendakwa memperjuangkan ketuanan Melayu untuk bertanding tertutup. Walau bagaimanapun impian Umno dan Perkasa masih belum lebur dan terkubur. Jika tidak dapat bertanding atas tiket BN, mana-mana yang mendakwa pejuang Melayu dalam Umno dan Perkasa masih boleh bertanding di Hulu Selangor.

Sistem pilihanraya di Malaysia membenarkan mana-mana individu yang berumur lebih 21 tahun dan berdaftar sebagai pengundi atau pemilih layak untuk bertanding sebagai calon pilihanraya. Lainlah kalau yang mendakwa sebagai pejuang Melayu dalam Umno dan Perkasa terdiri daripada mereka yang belum cukup umur dan aqil baligh.

Jika tidak ada seorang pun yang mendakwa pejuang Melayu dalam Umno atau Perkasa bertanding di Hulu Selangor bermakna mereka merupakan golongan pengecut dan pengkhianat Melayu. Mana mungkin pengundi Melayu seramai 53.94 % di Hulu Selangor terpaksa tunduk kepada hanya 18.98% pengundi India? Lainlah kalau semua yang mendakwa pejuang Melayu dalam Umno dan Perkasa memang muka tak tahu malu!/Angkasanuri.blog

PUTERI UMNO HULU SELANGOR SUDAH TEMPAH SARI ?



Oleh: WFAUZDIN NS

PRK Parlimen Hulu Selangor bakal menyaksikan semangat 1 Malaysia direalisasikan oleh mereka-mereka yang bermazhab Umno terutamanya. PR awal-awal lagi telah memasang niat kali ini mereka bukan berdepan dengan 1 Malaysia sahaja tetapi turut berdepan dengan pencinta APCO. Umno sudah gigit jari yang semakin hampir putus itu, manakala MIC kini sudah mula memenuhi gereja atau kuil mereka untuk melakukan sembahyang kesyukuran.

Penceramah-penceramah Umno seperti Ezam atau Lokman Adam dan yang sepencacai dengannya terpaksa menukar skrip atau jalan cerita ceramah mereka. Mereka sedang pening sekarang apakah buah butirnya yang hendak mereka `goreng' kepada rakyat di Hulu Selangor. Hendak cerita ketuanan Melayu? Nanti disumpah pula oleh Kitab 1 Malaysia atau dijerkah oleh MCA atau MIC. Terpaksa pula nanti mohon maaf dan melutut lagi macam Noh Omar baru-baru ini. Hendak cerita moral pula? Nanti tidak pasal-pasal kena `tempeleng' oleh penyokong-penyokong Chua Soi Lek `hero seksis' itu.

Habis apa yang mahu diceritakan oleh penceramah mereka? Takkan mereka mahu cerita pasal rumah mantan MB Selangor yang buruk dan hendak roboh itu? Hendak cerita pasal YBK tidak bayar cukai tanah? Atau cerita Pengerusi YBK menghabiskan duit? Oleh kerana tiada modal, mereka cuma datang ke Hulu Selangor sebagai `dermawan' dengan membawa jutaan malahan bilion `harta karun'. Puteri-puteri Umno dengar ceritanya ada yang bercadang untuk memakai sari sambil berkempen rumah ke rumah. Ini bagi merealisasikan 1 Malaysia serta mengambil hati kaum calon Bn di sana. Kaum lelaki pula, mungkin sekarang ini sedang sibuk belajar bagaimana untuk menandakan `garisan putih' pada dahi dan memakai sarung umpama Mahatma Gandhi. Bagi yang ingin belajar, mungkin foto di atas ada ditunjukkan cara-cara memakainya.

Gerombolan ini akan berebut-rebut masuk kampung, felda mahu pun estate untuk mencari `kerja kosong'. Warga tua yang selama ini anak atau cucu yang menyuapnya makan, tidak lagi perlu risau kerana akan hadir `manusia berjiwa malaikat' ini hadir untuk tolong suapkan. Tidak percaya? Bukti foto di atas berlaku di Bagan Pinang. Sekarang cuba tanya mak cik tu, ada atau tidak tukang suap tu lagi? Bagi anak-anak muda di Hulu Selangor, anda boleh minta apa sahaja sekarang ini. Padang Futsal? kemudahan WIFI? Kolam Renang? Mesti `beyeh' punya. Tidak percaya? Cuba tanya askar-askar di Bagan Pinang sekarang. Tiap-tiap hari mereka mandi di kolam renang dan bermain Futsal. Lepas itu, boleh layari internet kerana ada kemudahan WIFI sekarang. Semua itu kawan saya seorang tentera di Bagan Pinang cerita tentang kisah mimpi beliau.

Tidak teringin ke kerajaan pusat hendak bina Universiti 1 Malaysia atau apa sahaja namanya samada Universiti APCO ke di Hulu Selangor? Bukankah MB Selangor sudah berjanji akan memberikan sebidang tanah dengan harga yang murah jika kerajaan pusat ingin membina Universiti di Hulu Selangor? Fikir-fikirkan lah..../wfauzdin.blogspot.com

HAIRAN APA EZAM SESUMPAH BERSUMPAH, IBLIS PUN PERNAH BERSUMPAH














Oleh Dewa


"Mula-mula sekali Saiful Bukhari bersumpah dengan nama Allah bahawa Anwar telah melayan bontotnya. Kemudian, Najib bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tak pernah kenal Altantuya. Terkini, Ezam pulak guna nama Allah menarik balik segala yang dikatanya sewaktu membela Anwar "sehingga huru-hara". Kenyataan lengkap Ezam dan ulasan berhubung keghairahan Iblis dan UMNO menggunakan nama Allah demi agenda mereka.

Ezam tarik kenyataan sokong bantahan terhadap tuduhan liwat Anwar pada 1998

2010/04/07

KEPALA BATAS: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor, menarik balik semua kenyataan, perkataan dan tindakannya yang menyokong bantahan terhadap tuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

"Saya dengan nama Allah ingin menarik balik semua kenyataan, perkataan dan segala tindakan saya ketika berjuang untuk membantah tuduhan liwat terhadap Anwar sehingga menimbulkan keadaan huru-hara," katanya -end-

Sewaktu Iblis hendak menipu Nabi Adam as dan siti Hawa dulu, Iblis turut bersumpah dengan nama Allah bahawa nasihat Iblis adalah demi kebaikan mereka.

Memang sikap golongan munafik senang hendak bersumpah dengan nama Allah.

Dalam Islam, kita diajar untuk menjauhi fitnah dan bercakap dengan bukti dan hujah. Saya nasihatkan semua yang berkawan dengan penganut UMNO untuk berhati-hati kerana mereka ini anytime sahaja sanggup untuk tikam dari belakang. Wassalam.. /Tranungkite

JOM LIHAT PARPUKARI MASAK KARI PEDAS UNTUK NOH OMAR

Friday, April 9, 2010

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar hari ini memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor semalam sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Saya telah membaca petikan ucapan daripada mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun Sambanthan,” kata Noh yang juga menteri pertanian dan asas tani.

Dalam ucapannya, Noh memetik ucapan Tan dan Sambathan pada 1960-an yang memuji orang Melayu kerana memberi kerakyatan kepada bukan Melayu.

“Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum, bagi saya ianya adalah bahan sejarah yang amat penting demi memastikan Negara ini terus berada dalam keadaan aman dan rakyat berbilang kaum dapat hidup harmoni sesuai dengan konsep 1Malaysia.

“Di samping itu, tujuan saya membaca petikan ucapan-ucapan tersebut adalah untuk mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan ahli dan para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional.

“Jika petikan ucapan tersebut tidak sesuai lagi dibaca di zaman sekarang dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak, maka saya mohon maaf,” katanya ketika membaca kenyataan bertulis.

Noh membuat permohonan maaf itu dalam satu sidang akhbar khusus untuk akhbar Cina di kafeteria Parlimen petang ini.

Sidang akhbar itu diusahakan oleh setiausaha Kelab Penyokong BN, Huan Cheng Guan.

Noh berkata beliau mengadakan sidang akhbar itu untuk media berbahasa Cina sahaja kerana mereka sahaja yang menyiarkan petikan tersebut.


PS/– Untuk bercakap mengenai sejarah berkenaan Melayu pun sudah tidak boleh lagi pada waktu ini dan perlu meminta maaf..


Ini apa pulak cerita golongan KKK ni buat sebenarnya? Apa la salahnya kalau Dato Noh bercakap mengenai sejrah yang sememangnya pernah berlaku, lagipun bukannya Dato Noh tokok tambah, dia cuma mengulangi apa yang pernah dikatakan oleh Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan!

Ish melampau betul, takkan ini pun nak bilang racist jugak kot, aku rasa Wira Perkasa kena bagi kat mamat dari MCA ni satu salinan buku perlembagaan la nampaknya, tapi mungkin kena bagi dia sebuah buku tambahan iaitu buku sejarah Malaysia, kalau boleh bagi dia Perjanjian Reid Comission sekali la lagi bagus!

Apa nak jadi ni, punya la kita kena takut dengan depa ni sampaikan nak cerita pasal sejarah yang pernah berlaku pun kita kena takut hatta membaca semula petikan yang pernah diucapkan pemimpin mereka pun tak boleh, dasyat kan?

Kesian Dato Noh sampai kena minta maaf dia pasal akhbar dan portal berbahasa Cina membuat fitnah tahap bangsat ni, agak-agak la sikit kalau nak tuduh seseorang tu pun, takkan mengulangi petikan sejarah pun boleh jadi isu kot? Bukankah ianya amat melampau? Tapi aku terlupa kita sudah tidak ada KDN lagi kan, yang tinggal cuma Kementerian Amaran saja kan?

Aku sedih melihat bangsa aku diperlakukan sebegini, kita tiada hak langsung untuk bersuara, nak bacakan sejarah pun tak boleh, lepas ni kita nak kena tukar buku-buku sejarah semua sebab takut nanti kaum lain marah kan? Aduh apa nak jadi dengan negara kita ni ya?

Sumber: Parpukari

MIC TETAP PERTAHANKAN PALANIVEL, UMNO JANGAN SIBUK-SIBUK OK

MIC: Palanivel calon tunggal kami
K Pragalath
Apr 8, 10


Pemimpin MIC menolak dakwaan kononnya timbalan presiden G Palanivel bukan calon tunggal parti itu yang dikemukakan kepada pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak untuk bertanding kerusi parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Penafian itu dibuat ketika pelbagai khabar angin timbul yang Palanivel (kiri) akan digugurkan kerana masalah dalaman dan akan digantikan oleh calon lain dari MIC dan mungkin juga daripada Umno.

Spekulasi itu semakin panas apabila Najib ketika ucapannya semalam di konvensyen BN mengesahkan BN akan mengemukakan calon dari MIC tetapi tidak mendedahkan namanya.

BN dijadualkan menamakan calon mereka pada 15 April ini dan lobi-melobi dijangka berterusan apabila Najib ke luar negara hujung minggu ini.

Palanivel yang menjadi ahli parlimen Hulu Selangor selama empat penggal sejak 1990 tetapi ditumbangkan dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum 2008 berharap dapat kembali ke Dewan Rakyat.

Ke
tika dihubungi, naib presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam (kanan) mengesahkan Palanivel adalah calon tunggal parti itu.

Beliau juga menolak khabar angin bahawa pencalonan Palanivel menghadapi masalah kerana beliau akan menuntut jawatan kabinet jika menang kelak.

"Memenangi pilihan raya kecil itu adalah keutamaan kami,” kata Subramaniam, yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia sejak tahun 2008 kerana beliau adalah pemimpin tertinggi MIC yang menang pada pilihan raya umum lalu.

Seorang lagi naib presiden MIC, Datuk M Saravanan juga tidak mahu melayan soalan jika ada tuntutan supaya Palanivel digugurkan.

“Tidak ada 'jika' dalam politik,” tegas Saravanan.

Saravanan, yang juga adalah timbalan menteri wilayah persekutuan berkata masyarakat India di Hulu Selangor berdiri teguh di belakang Palanivel./Malaysiakini

Khamis, 8 April 2010

TUNTUT PEMIMPIN CINA MINTA MAAF, TAPI PEMIMPIN UMNO YANG MELUTUT DULU

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMALUKAN !! Habis tu aku nak cakap apa lagi? Baru-baru ini PERKOSA tuntut agar pemimpin Cina dari MCA dan Gerakan untuk memohon maaf `sembah lutut' PERKOSA macam Ezam sesumpah melutut depan Muhyiddin itu hari. PERKOSA berang kerana pemimpin Cina tersebut menggelar PERKOSA sebagai perkauman. Maka, 48 jam diberi tempoh kepada pemimpin berkenaan untuk `melutut'.

Adakah pemimpin berkenaan `melutut' dengan PERKOSA yang dipimpin oleh raja katak itu? Mustahil mereka hendak melutut dengan pertubuhan yang tidak ada nilai dan harga apatah lagi pengaruh itu. Selepas tarikh 48 jam, aku fikir mesti PERKOSA akan memberontak sekurang-kurangnya mengumpulkan ratusan ribu orang untuk berdemontrasi. Tetapi, itu semua tidak berlaku mungkin jika berdemontrasi akan dijadikan bahan ketawa orang ramai lagi. Untuk menutup malu, PERKOSA pun `hadiah'kan Buku Perlembagaan kepada pemimpin Cina berkenaan, kununnya pemimpin tersebut tidak tahu Perlembagaan. Nasib baik pemimpin Cina tersebut tidak pula menghadiahkan Buku 1 Malaysia atau Buku APCO kepada PERKOSA kerana Presiden PERKOSA itu pun bukan tahu apa tentang 1 Malaysia dan APCO.

Syabas kepada pemimpin Cina dari MCA dan Gerakan tersebut yang tidak meletakkan maruah mereka setaraf dengan pemimpin PERKOSA. Tiada permohonan maaf yang keluar dari mulut mereka. Tiba-tiba, yang memohon maaf adalah pemimpin Umno pula. Bukan calang-calang orang, seorang Menteri dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor iaitu Noh Omar memohon maaf kepada kaum Cina. Siapa yang suruh? Siapa yang desak? Takut Sendiri mengapa? Ooohh...takut undi Cina di Hulu Selangor hilang... Baca di sini.

Terlajak perahu boleh diundur....terlajak mulut, minta maaf. Sekarang musim minta maaf. YB Zul Kulim minta maaf dengan Najib dan Rosmah. Ezam sesumpah minta maaf dengan penyokong Umno kerana dulu dia bebal sangat tidak kenal watak DS Anwar. Sekarang ini, Noh Omar pula minta maaf. Aduuhaaiii....../wfauzdin.blogspot.com

NOH OMAR: AMPUNKAN KAMI PENUNGGU GUA, AMPUNKAN KAMI PENUNGGU GUA..!!

Konvensyen BN: Noh Omar minta maaf
Lee Way Loon
Apr 8, 10


Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar hari ini memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor semalam sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Saya telah membaca petikan ucapan daripada mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun Sambanthan," kata Noh yang juga menteri pertanian dan asas tani.

Dalam ucapannya, Noh memetik ucapan Tan dan Sambathan pada 1960-an yang memuji orang Melayu kerana memberi kerakyatan kepada bukan Melayu.

"Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum, bagi saya ianya adalah bahan sejarah yang amat penting demi memastikan Negara ini terus berada dalam keadaan aman dan rakyat berbilang kaum dapat hidup harmoni sesuai dengan konsep 1Malaysia.

"Di samping itu, tujuan saya membaca petikan ucapan-ucapan tersebut adalah untuk mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan ahli dan para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional.

"Jika petikan ucapan tersebut tidak sesuai lagi dibaca di zaman sekarang dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak, maka saya mohon maaf," katanya ketika membaca kenyataan bertulis.
Noh membuat permohonan maaf itu dalam satu sidang akhbar khusus untuk akhbar Cina di kafeteria Parlimen petang ini.

Sidang akhbar itu diusahakan oleh setiausaha Kelab Penyokong BN, Huan Cheng Guan.

Noh berkata beliau mengadakan sidang akhbar itu untuk media berbahasa Cina sahaja kerana mereka sahaja yang menyiarkan petikan tersebut./Malaysiakini

ANWAR SUDAH TUNJUK DI MANA BUKTI - MUSA, ANDA PERGI LAH LIHAT!!

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 8 April: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, butiran hansard Parlimen sudah memadai sekiranya Polis mahu menyiasat sejauh mana keterlibatan agen perisikan zionis-Israel di Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan pada media-media tertentu, semalam.

"Dia (Musa) boleh rujuk hansard Parlimen kerana di situ telah ada bukti yang kukuh," jelas beliau di lobi Parlimen.

Tambahnya, Musa tidak perlu memanggilnya untuk membantu siasatan Polis sekiranya kenyataan Musa itu ditujukan kepadanya.

"Apa perlu dipanggil (saya), dia buat kenyataan, apa perlu panggil (saya), siasatlah yang sedia ada," beliau menambah.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut mendedahkan satu lagi bukti berhubung zionis-Israel sebagaimana dirujuk pada suatu minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) bertarikh 28 November 2008.

"Haaa...perolehan baru ini yang melibatkan Israel," Anwar membaca kenyataan Datuk Seri Azmi Khalid, Pengerusi PAC seperti dipetik dari minit mesyuarat sulit tersebut.

"Ia (suatu) sistem yang begitu menakutkan, kamu semua tahu (bahawa) rakyat boleh akses semua maklumat (tersebut)."

Sehubungan itu, beliau atas kapasiti Ketua Pembangkang akan mengutuskan surat rasmi kepada Majlis Raja-Raja dalam masa yang terdekat.

Putus asa dengan kedegilan kerajaan, beliau berbuat demikian supaya Majlis Raja-Raja Melayu boleh menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan hubungan kerajaan dengan Firma Perunding Antarabangsa Apco Worldwide (IAC) dan Asiasoft (M) Sdn. Bhd.

Ini kerana, menurutnya, kedua-dua firma terbabit mempunyai hubungan langsung dengan zionis-Israel.

Turun menyertai Anwar di lobi ialah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

Selasa lalu, Anwar mendedahkan tentang keterlibatan dua agen perisik zionis-Israel di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Dalam penghujahannya di Dewan Rakyat, beliau mendedahkan beberapa dokumen sulit untuk membuktikan dakwaannya itu, termasuk salinan surat rasmi dari Unit Cawangan Khas dan Jabatan Logistik./Harakahdaily

INDIA NI MABUK MINUM TODI LEPAS TU TERUS MEREPEK...

Kenyataan Nalla tidak masuk akal

SHAH ALAM – Kenyataan Datuk S Nallakarupan yang mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuntut kemerdekaan Sarawak sekiranya menang pada pilihan raya negeri sebagai mengarut dan tidak memahami sejarah.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, kenyataan yang dibuat Nallakarupan dalam sebuah akhbar semalam amat tidak masuk akal kerana PKR selama ini tidak pernah memikirkan rancangan yang melampaui batas seperti itu.

“Saya anggap kenyataan Nallakarupan sebagai ‘tidak betul’, tidak mungkin Anwar pernah berfikir mahu mengeluarkan Sarawak dari Malaysia.

“Saya juga tidak hairan Nallakarupan berkata sedemikian kerana beliau boleh bercakap apa sahaja walaupun perkara tersebut amat mengarut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Nallakarupan dipetik sebuah akhbar semalam berkata, Anwar berkemungkinan merancang menuntut kemerdekaan Sarawak jika PKR menang pada pilihan raya negeri pada bila-bila masa sekarang.

Nallakarupan turut mendakwa Anwar akan ‘berhijrah’ ke Sarawak untuk membuat persiapan dan memantapkan jentera pilihan raya parti di sana./Sinar

BUKTI APCO SEMAKIN NYATA, TURUT DISEBUT DALAM MESYUARAT PAC?

Kekalutan Apco: Anwar mohon campur tangan Agong
Apr 8, 10 3:57pm


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menulis kepada Yang Di-pertuan Agong untuk memohon Seri Paduka menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan kontrak Apco dan juga kontak-kontrak lain yang mempunyai kaitan dengan agen Israel.

"Surat berkenaan dihantar kepada Agong petang ini," katanya di parlimen.

Anwar juga menekankan kepentingan menamatkan kontrak dengan Apco kerana jika tidak ia akan menjejaskan imej negara dan mengancam keselamatan Malaysia.

Sementara itu, Anwar juga mendedahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bertarikh 11 Ogos 2008 yang memetik kenyataan pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengakui kemungkinan Isreal mempunyai akses kepada maklumat negara.

Pada mesyuarat PAC itu bagi membincangkan prestasi Khazanah Nasional, Azmi melahirkan kebimbangan beliau bahawa maklumat rahsia kerajaan mungkin bocor kepada pihak lain.

Berikut petikan mesyuarat itu:

Pengerusi: Ha! Perolehan baru ini melibatkan Israel. Ini amat menakutkan kerana orang ramai mempunyai akses kepada semua maklumat kita. Israel bekerja dengan Amerika dan mereka yang melaksanakan sistem keselamatan kerana mereka ingin tahu mengenai semua pihak di seluruh dunia.

Berrdasarkan maklumat itu, Anwar menggesa polis untuk meneruskan siasatan.

"Saya tidak lihat bagaimana Umno boleh terlepas dengan kekalutan Apco ini,” katanya./Malaysiakini

MIC JADI CALON, JANGAN MARAH NANTI KENA JUAL.....

Wednesday, April 7, 2010


Berikut adalah AMARAN dari sebuah blog Pro Umno....punyalah marah bila Najib pilih MIC jadi calon...Aku rasa elok dia orang pakat ramai-ramai jadi calon bebas tanda protes....Tapi, aku rasa amaran blogger ini cuma acah-acah je.....masuk sikit dalam poket jap gi, jadi burung belatuk la blogger ni.....hehehe....Tahniah Mr Sammy Vellu....

bismillahirahmanirahim,

aku gerakan anti pkr dengan ini mengistiharkan akan bertanding sebagai calon bebas pada prk parlimen hulu selangor nanti. pencalonan ini akan ditarik balik kiranya pada saat akhir umno diletakkan semula menjadi calon..ini syarat utama aku.

banyak faktor penting akan aku huraikan selepas terbitnya artikel ini. ada wakil cina dari hulu selangor telah bagitahu aku siang tadi,kalau MIC calonnya,BN akan malu...sayang,cukup sayang bila orang cina hulu selangor mendesak mahukan calon umno,'dia' pulak menjadi jagoan suara mic .

gelombang kebangkitan bangsa melayu hulu selangor akan aku penuhi,insyaallah ini janji.ini nadi sebenar rakyat hulu selangor, melayu cina dan india mahukan seorang calon melayu ! rakyat hulu selangor sudah bersedia menghumbankan pakatan haram.ini hakikat, cakap aku berfakta.

aku takkan biarkan perjuangan KITA siang dan malam melanyak pakatan 'dikuburkan' dan 'disia-siakan' dengan begitu sahaja bila BN tewas dek kerana satu keputusan yang memilukan hati bangsa melayu hulu selangor !

aku akan kerahkan usaha untuk bersedia bertarung nanti. memang kantung aku nipis namun perbelanjaan untuk menjadi calon bebas akan aku cari,insyaallah ! semangat aku makin membara selepas dia mengumumkan MIC sebagai calonnya.

Sumber: Blog Gerakan Anti PKR

Rabu, 7 April 2010

ANAK FELDA TIDAK LAGI PERCAYA PADA JANJI NAJIB?

Anak Felda Hulu Selongor bangkit tuntut perubahan

Selepas 30 tahun dibelit kemiskinan dan prasarana serba kekurangan, anak-anak Felda di Hulu Selangor kini bangkit menuntut perubahan.

Mereka berhimpun, berbincang dan akhirnya bersepakat bahawa satu-satunya cara mengangkat taraf kehidupan warga Felda adalah dengan campurtangan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anak-anak Felda dinafikan tanah untuk membina teduhan idaman untuk keluarga masing-masing. Mereka tidak dibenarkan mewarisi tanah ibu-bapa mereka walaupun keturunan mereka telah meneroka dan membesar bersama-sama pokok-pokok sawit yang diusahakan turun-temurun.

Persatuan Anak Peneroka dan Generasi ke-2 Felda atau ANAK, bersama-sama penduduk Felda Gadangsa, Felda Soeharto dan Felda Sungai Tengi kini menggembleng usaha memastikan mangsa pelan pertanian mega kerajaan pusat ini mendapat pembelaan sewajarnya.


Penyelaras Program perhimpunan ANAK, Mohammed Salleh Ri berkata, masalah penempatan ini berlaku kerana Felda tiada mekanisma khas untuk masa depan anak peneroka. Menginsafi nasib mereka kini terletak sepenuhnya pada ehsan atau ketidakpedulian kerajaan Pusat, penduduk dan ANAK bersama-sama menyerahkan memorandum kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika tokoh itu berkunjung ke Sungai Tengi Ahad lalu.

Menurut Salleh Ri, sehingga ke hari ini penduduk masih mengharapkan janji-janji dari pilihanraya-pilihanraya lalu ditunaikan Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Namun sekali lagi mereka dikecewakan.

Apa yang mereka tuntut adalah tanah untuk jaminan masa depan generasi Felda akan datang, bukan gula-gula pilihanraya dan elaun 1500 ringgit sebulan. Persoalan yang bermain di hati warga Felda adalah, mengapa BN membelakangi matlamat Felda yang digariskan Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak.

Selepas 30 tahun, rumah Felda Gadangsa, Felda Soeharto dan Felda Sungai Tengi masih sekecil 30 tahun lalu. Bila mereka berpeluang ke pekan atau ke kota berhampiran, mereka terpana melihat banglo-banglo besar yang tidak mungkin dapat mereka kecapi dibawah sistem Felda hari ini. ANAK akan mengadakan program perhimpunan anak-anak peneroka yang dijadualkan pada 23 dan 24 April ini bagi membuat penerangan kepada peneroka serta sesi dialog dengan menteri besar./TVSelangor

KERTAS PUTIH ISU YBK - LANGKAH BERANI, TELUS MB SELANGOR

YBK: K'jaan S'gor keluar kertas putih
Apr 7, 10


Kerajaan Selangor akan mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada umum pada 12 April ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kertas putih yang disediakan berdasarkan maklumat hasil laporan bahagian audit dalaman kerajaan negeri.

Menurutnya, kertas putih yang

mengandungi maklumat lengkap mengenai YBK termasuk tanah dan aset yang dimilikinya, akan diedarkan sewaktu sidang Dewan Negeri Selangor yang akan bersidang Isnin depan.

“Bahagian audit dalaman sudah menyiapkan laporan mengenai YBK dan kita akan edarkan kepada umum sempena sidang Dewan Negeri Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Pejabat Daerah Hulu Selangor, hari ini.

Difahamkan, isu YBK akan dibangkitkan oleh BN dalam kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hubung bulan ini.

YBK menjadi perhatian apabila kerajaan negeri Selangor yang mahukan Khalid selaku menteri besar memegang jawatan pengerusi yayasan tersebut.

Selain itu, dilaporkan, kerajaan negeri juga mahu tiga orang lantikan mereka memegang jawatan ahli pemegang amanah YBK.

Bagaimanapun,YBK menolaknya kerana bermakna kerajaan Selangor mahukan jawatan empat daripada enam ahli pemegang amanah yayasan tersebut.

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom dilaporkan berkata, YBK tidak akan tunduk kepada ugutan kerajaan negeri itu yang ingin menyekat segala kegiatannya jika tidak mematuhi syarat tersebut.


Selepas itu dilaporkan bahawa tanah milik YBK akan diambil semula jika pertubuhan itu gagal melunaskan tunggakan cukai RM5.7 juta.

YBK merancang untuk membangun kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebidang tanah seluas 876 hektar tersebut.

Bagaimanapun, kerajaan negeri menolak bayaran daripada RM5.7 juta Yayasan Melaka untuk menjelaskan tunggakan cukai YBK itu.

Sementara itu, Menteri Besar juga berkata, mesyuarat MMKN hari ini juga meluluskan pemberian tanah tambahan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa, Hulu Selangor, yang telah tertangguh sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, tanah itu memang sudah digazetkan untuk sekolah berkenaan dan sekolah hanya perlu membayar premium tanah sebanyak RM1, yang menjadi polisi kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Abdul Khalid juga berkata, kerajaan negeri akan mencari jalan untuk membantu petani yang menjalankan aktiviti pertanian di tapak tanah yang menggunakan status pendudukan sementara (TOL).

“Kita akan cari jalan supaya mereka boleh menyewa atau sewa beli untuk jangka panjang,” katanya.


Menteri Besar juga berkata, semenjak tahun lalu kerajaan negeri telah berusaha memberi peluang kepada setinggan di negeri itu untuk menduduki tanah secara sah.

Katanya, peluang itu diberikan kepada setinggan dan mereka yang tidak memiliki tapak tanah dengan syarat telah menduduki tanah itu melebihi 15 tahun.

Katanya, mereka boleh memohon untuk pajakan antara 60 hingga 99 tahun bergantung kepada bayaran premium yang dibayar pemohon./Malaysiakini

APA ? MELAYU ISLAM DI PERKOSA ? MARI KITA JIHAD WAHAI PERKASAM....

07 April 2010

Azman Azha Hj Abu Hanifah Ketua Wira Perkasa

Gah bercakap tentang Islam dan Melayu

Bersama isteri tersayang yang berpakaian mengikut Islam dan budaya Melayu.. Hehehe

Foto Ikhsan - Bloglist.blogspot

BUAT UMNO, JOM RAMAI-RAMAI GIGIT JARI

Wednesday, April 7, 2010

Untuk selesaikan masaalah perebutan calun di PRK Hulu Selangor, Umno terpaksa membuat Konvensyen Barisan Nasional di Selangor hari ni. Najib tak boleh tunggu pada tarikh keramat 15 hb April 2010 untuk mengumumkan calun nya, kerana parti-parti nya dan orang-orangnya sedang berperang sesama sendiri untuk menjadi calun dalam PRK itu nanti.

Pergaduhan dan perebutan ini memang menarik untuk ditonton kerana kita sedang melihat kerakusan orang gila kuasa dan jawatan. Mereka sanggup laku kan apa saja agar jawatan tersebut menjadi milik mereka.

Muka-muka Umno dalam berita di TV tadi memperlihatkan kekecewaan yang amat sangat lebih-lebih lagi Khir Toyo yang ingin mengembalikan zaman kegemilangan juga rakan-rakan yang lain juga dilihat teramat sedih bila pintu untok Umno bertanding di HS ditutup rapat oleh Najib dan hanya dia seorang saja yang berkuasa penuh untuk memilih calunnya dalam PRK nanti.

Kesimpulannya : Umno sudah surrender sebelum berperang. Umngok dah kalah.

Bagi bloggers dan penyokong Umno terima lah hakikat bahawa suara anda sudah berkarat dan anda tidak diperlukan oleh PM 1 Malaysia kerana dialah 1 + 1 nya yang paling berkuasa dikalangan anda./Parlimenkotaraja

PENGLIBATAN APCO, NAZRI AZIZ AKHIRNYA MENGAKU APCO DIBAYAR

07 April, 2010

Apco Dibayar Mengikut Program Komunikasi: Kata Nazri

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata firma perunding Apco Worldwide akan dibayar mengikut program komunikasi yang dilaksanakan seperti ditetapkan.

Beliau berkata jumlah pembayaran kontrak sebenarnya hanya dapat ditentukan selepas kontrak-kontrak tersebut tamat dan ia diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya bagi menjawab soalan Chua Tian Chang (PKR-Batu) yang ingin tahu mengenai jumlah pembayaran kepada Apco serta kementerian mana yang menanggung kos tersebut.

Menjawab soalan mengenai jumlah kos yang dibelanjakan oleh setiap kementerian yang berkaitan dengan program 1Malaysia, Mohamed Nazri berkata jumlah kos program 1Malaysia ditentukan oleh kementerian dan agensi kerajaan yang berkenaan.

-- BERNAMA

TERKINI, CALON BN DI HULU SELANGOR - UMNO GIGIT JARI, DOA SAMMY VELLU DIMAKBULKAN

PM: MIC bertanding di Hulu S'gor tapi tak sebut calon
Apr 7, 10 4:31pm


Persoalan parti mana dari komponen BN yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor terjawab hari ini apabila perdana menteri berkata ia akan ditandingi oleh calon dari MIC.

"Kerusi (parlimen) Hulu Selangor akan ditandingi oleh seorang calon dari MIC, kerana itu kerusi MIC," kata Datuk Seri Najib Razak kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan siapakan calon dari MIC itu.

"Biar calon ditentukan oleh pengerusi BN (Najib) sebab saya nak kita menang," kata Najib yang juga pengerusi BN.

Sebelum ini, MIC telah mengemukakan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel untuk bertanding sekali lagi di Hulu Selangor.

Umno bahagian juga mendesak supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno.

Bagaimanapun, semalam dilaporkan bahawa, Umno boleh menerima calon dari MIC tetapi bukan Palanivel.

'Makam kita tak sama'

Sementara itu, naib ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Adnan Buyong, ketika diberitahu mengenai pengumuman najib itu berkata:

"Nak tanya apa? Pemimpin sudah umum. Dia pemimpin kita, apa dia cakap kita kena terimalah," katanya.

Ditanya sama ada ia akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Adnan menjwab:

"Kita sebelum ini bagi pandangan sahaja. Dia mungkin ada kajian dia (yang tersendiri). Dia pemimpin, makam (kedudukan) kita tak sama.

"(Ketawa) Apa dia kata kita kena terimalah," kata Adnan.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang kerana sedang sibuk berkonvenysen di Shah Alam.

Sementara itu, Najib berkata walaupun mungkin terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusannya memberikan laluan kepada MIC, ia hanya "merupakan adat biasa".

Batu loncatan pulihkan BN

"Kita ada beberapa perhitungan lain. Tetapi macam mana pun bila sampai kepada penentuan calon, mesti ada orang yang setuju dan ada yang tidak setuju.

"Itu merupakan adat biasa. Yang penting soal kepercayan dan kesetiaan. Setelah keputusan itu dibuat, mereka kena terima," katanya.


Ditanya sejauh mana pentingnya pilihan raya kecil di Hulu Selangor kepada BN, Najib berkata ia diharapkan menjadi "batu loncatan" ke arah pemulihan gabungan 13 parti pemerintah itu.

Perdana menteri juga yakin, berdasarkan kepada sentimen pengundi pada masa ini, sokongan memihak kepada BN.

"Bagaimanapun dalam pilihan raya kecil, ada faktor-faktor lain yang kita (perlu) ambil kira. Salah satu daripadanya, faktor calon. Sebab bila pilihan raya kecil, ia lebih fokus kepada calon.

"Kalau pilihan raya umum ia lebih kepada kepimpinan negara dan soal isu nasional," katanya./Malaysiakini

ARTIKEL WEBSITE UMNO REFORM KESAL HUJAH ANWAR TIDAK TERJAWAB

Tuduhan Anwar - semakin serius


Written by Webmaster
Wednesday, 07 April 2010

Sudah sampai masa kita menjawab tuduhan Anwar Ibrahim mengenai kehadiran Israel dalam penglibatan mereka dalam urusan kritikal pentadbiran negara ini. Anwar sejak beberapa hari ini membuat beberapa tuduhan serius dan setakat ini tidak nampak tanda-tanda jawapan yang serius diberikan terhadap tuduhan Anwar Ibrahim. Laman-laman penyokong UMNO terus kaku – kerana mereka tidak mempunyai cara atau dokumen balasan dalam menafikan tuduhan Anwar Ibrahim. Dalam pada itu Anwar terusan menghentam kerajaan kerana dikatakan secara sengaja tahu tetapi membenarkan syarikat-syarikat dari Israel melibatkan diri dalam pentadbiran sensitif kerajaan termasuk soal keselamatan yang melibatkan PDRM (polis).

Blog dan web UMNO hanya setakat ini mampu memberi saingan nipis tanpa justifikasi konkrit dalam berhujah. Perlu diingatkan, kalau setakat Anwar Ibrahim juga berkawan dengan orang Yahudi Zionis – tidak akan memberi sebarang justifikasi mengenai tuduhan Anwar sekiranya ia benar. Melayari laman pro UMNO kita lihat ada satu dua tulisan yang cuba mengaitkan Anwar dengan Yahudi Zionis sungguhpun ini tidak memberi remedi kepada dokumen dan pendedahan yang di baut oleh Anwar Ibrahim. Persoalannya kita perlu lebih proaktif dalam menjawab isu-isu ini kerana setakat ini jentera pembangkang sudah mula bergerak membawa isu-isu ini di media alternatif dan pada setiap ceramah mereka.

Dalam perkara ini amat jelas sekali – media propaganda pembangkang bertindak cemerlang sedang kita masih terkehel dalam mencari sudut jawapan kerana maklumat tidak di bekalkan untuk diberi penjelasan kepada rakyat. Setakat Anwar agen Yahudi berkenalan dengan Paul Wolfowitz tidak memberi makna berbanding dengan tuduhan Anwar Ibrahim bahawa kerajaan berkompromi dengan Israel dalam isu komunikasi dan komputer PDRM dengan memberi mereka ruang dan peluang untuk menyusup masuk dalam sistem keselamatan negara – berbayar lagi!

Tuduhan ini perlu disangkal segera! Tuduhan ini perlu diperjelaskan segera dan setakat mahu membawa Anwar Ibrahim berdepan dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Parlimen atau menggantung partisipasi beliau dalam parlimen tidak memberi makna besar berbanding dengan pendedahan beliau. Ketua Pembangkang ini lebih suka kalau dia di gantung – kerana ini akan memberi lebih isu kepada pembangkang dalam memperkatakan bahawa demokrasi kita demokrasi tempang dan sistem kita tercemar. Ini akan memberi pembangkang peluru untuk berterusan berkempen.

Dalam melihat keadaan sebeginilah maka beberapa perkara dalam UMNO perlu di tangkaskan lagi. Media Alternatif mereka bergerak segera – dalam menyiarkan dakwaan Anwar – you tube dan face book dan twitter penuh dengan dakwaan Anwar bahawa kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Najib berkompromi dengan Israel. Dalam pada yang sama – media UMNO dan penyokong kerajaan BN terus berusaha tanpa kekuatan bagi memberi justifikasi mengenai isu ini./Umno-reform2

KISAH DUA EKOR INI MERACAU DI KEPALA BATAS

Terkadang lucu rasanya melihat dua petualang rakyat iaitu Zahrain Hashim dan Ezam Md Noor meracau dalam ceramah 'Ini Kisah Sebenar' di Paya Keladi, Kepala Batas malam tadi. Ceramah yang dianjurkan oleh Angkatan Belia Muda Kepala Batas (BEMUDA) itu turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina.

Dalam ceramahnya malam tadi Zahrain dengan lantang mendedahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Zahrain turut mendedahkan bahawa Anwar juga mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar undang-undang, Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.

Manakala itu dalam ceramahnya pula Ezam dengan bangganya menarik balik semua kenyataan, perkataan dan tindakannya yang menyokong bantahan terhadap tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Beliau yang turut memohon maaf kepada orang ramai berhubung tindakannya itu.

[Rakyat sebenarnya sudah tidak hairan dengan kelibat kedua-dua "mangkuk hayun" malah kesemua petualang rakyat yang kini "menjilat ludah" mereka semula itu. Apa sahaja cakap mereka, hanya cerita dongeng dan penglipurlara bagi menyedapkan halwa telinga pendengar yang sudah dibutakan mata dan hati itu. Malah, kita tidak hairan berbagai pendedahan yang dibuat itu sebenarnya. Apa hebatnya Ezam, ketika keluar PKR menubuhkan GERAK kemudian masuk UMNO dulu. Kononnya PKR akan hilang sokongan, tetapi apa yang berlaku PKR pula menang banyak kerusi parlimen dan DUN dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Kini Zahrain dan beberapa orang lagi pula keluar PKR. Apakah ada impak besar kepada parti itu?. Ternyata ia jauh meleset sama sekali, kerana keluarnya mereka hanya membawa diri masing-masing dan bukan bersama pengikut yang mengundi mereka dulu. Maknanya, kemenangan yang lebih besar akan dapat dicapai atas senario yang berlaku itu. Langkah permulaan ialah memeastikan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini. Mana agaknya pergi berkotak-kotak fail rasuah yang didedahkan Mat Ezam itu dulu?]/Pahang Daily Online

PRK HULU SELANGOR - HARAPAN TINGGI BUAT US BADRUL AMIN

Oleh: WFAUZDIN NS

Sejak awal lagi blog saya ini menyokong Us Badrul Amin agar dicalonkan sebagai calon PKR di Parlimen Hulu Selangor nanti. Undian yang saya adakan buat pengunjung-pengunjung blog saya setakat ini menunjukkan Us Badrul Amin masih mendahului lain-lain calon termasuk dua calon yang dikatakan hampir terpilih iaitu Dato' Zaid Ibrahim atau Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar.

Semakin hangat diperkatakan dua tokoh iaitu Dato' Zaid dan juga Sdr Shamsul Iskandar salah seorangnya akan dipilih oleh pimpinan PKR, namun bagi saya selagi calon tidak diumumkan sebelum 13hb ini saya masih berharap agar Us Badrul Amin terlekat sebagai calon. Tidak banyak faktor yang membuatkan saya berfikir bahawa Us Badrul layak dan sesuai untuk dicalonkan, Di antaranya adalah kerana;

a. Seorang ilmuan agama, bekas Pensyarah UIA yang tentunya dari golongan intelektual.

b. Seorang Reformis tulen yang sering bersama rakyat berhimpun, berarak di jalanan dan merasai susah getirnya menjadi seorang pejuang reformasi.

c. Pernah diuji serta ditahan di bawah ISA demi memperjuangkan keadilan.

d. Seorang Pendakwah terkenal dan `glamour' di kaca TV suatu ketika dahulu menjadikan nama beliau sebaris dengan Prof Dr Haron Din, Us Ismail Kamus, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr Hassan Ali. Tentunya masih diingati dan disukai oleh pengundi-pengundi Melayu Islam yang menjadi majoriti di Hulu Selangor.

e. Tidak ada isu kontroversi yang membuatkan nama beliau tidak disukai oleh Non Muslim samada berbangsa Cina atau India.

f. Beliau tidak meminta-minta jawatan walaupun beberapa kali tewas di dalam pilihanraya sebelum ini, bahkan beliau semakin komited dengan perjuangan.

g. Hubungan akrab beliau dengan pimpinan PAS di semua peringkat dapat menarik minat pengundi-pengundi dari PAS untuk bekerja lebih kuat bagi memenangkannya jika beliau terpilih.

Itu adalah sebahagian daripada faktor yang saya rasakan melayakkan beliau menjadi calon buat PKR. Alasan yang menyatakan beliau seorang yang agak keras ketika berceramah pada saya satu alasan yang remeh. Berapa ramai pimpinan kita samada dari PKR, PAS mahu pun DAP yang keras juga ketika berceramah tetapi mengapa mereka dipilih juga oleh rakyat? Apa yang perlu dilihat apakah kerasnya isi kandungan ceramah itu kena pada tempat atau dibolehkan. Tuan Guru Nik Aziz seorang penceramah yang begitu lembut, tetapi pada sesuatu isu beliau juga berucap dengan nada yang agak keras juga.

Di dalam perjuangan Islam, di kalangan pemimpin mestilah ada yang keras dan lembut. Sahabat Nabi sendiri ada yang berpewatakan keras seperti Sayyidina Omar R.A yang sering sahaja menghunuskan pedang, dan ada juga sahabat yang begitu lembut seperti Sayyidina Ali R.A. Sekiranya semua pejuang ini berpewatakan lembut, nescaya pihak lawan tidak lagi gerun malah akan mempermainkan Islam itu sendiri. Oleh yang demikian, uslub-uslub yang berbagai ini perlu ada asalkan tidak melanggar batasan agama itu sendiri.

Ini kempen atau lobi saya secara peribadi yang terakhir dari saya buat Us Badrul Amin. Seandainya beliau tidak juga tercalon, saya tetap mengharapkan agar calon yang dipilih itu mestilah lebih baik dari Us Badrul Amin dan pastinya kita sebagai pejuang kecil di dalam PR ini akan tetap menyokongnya. Kita menaruh keyakinan pimpinan kita tidak lagi silap di dalam menentukan calon kerana kita tidak lagi mahu `menternak berudu' yang tiba masanya berubah menjadi `katak'. /wfauzdin.blogspot.com

HULU SELANGOR - CERAMAH ATAS LORI PUN BERJAYA

Alhamdulillah...

Aktiviti Pentas Pemuda-Siapa Pengkhianat Negara berlangsung dengan jayanya sebentar tadi walaupun sepanjang aktiviti berlangsung 'pentas' kami sentiasa dibayangi oleh segerombolan Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Bukit Sentosa.

Seawal jam 8.00 malam lagi para petugas dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor dengan dibantu oleh PAS Zon Bukit Beruntung dan Angkatan Muda Keadilan Cabang Hulu Selangor telah bertungkus-lumus membuat persiapan akhir sambil ditemani oleh beberapa orang SB yang memerhatikan dari jauh.

Kali ini agak kelakar namun penuh klasik apabila pentas yang disediakan adalah berupa sebuah lori 1 tan. Selain 3 buah kerusi, turut dimuatkan diatas lori tersebut adalah sebuah rostrum yang sangat mudah.

Ceramah bermula seawal jam 9.15 malam apabila Sdr Sany Hamzan selaku Pengerusi majlis yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyampaikan ucapan alu-aluan yang penuh sinis dan mendalam. Diikuti ceramah oleh penceramah pertama Al-Fadhil Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Antara isi kandungan ceramah beliau banyak tertumpu kepada kejayaan-kejayaan negeri-negeri dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat terutama di Kedah dan Pulau Pinang. Beberapa petikan ayat-ayat Al-Quran serta hadis-hadis juga pastinya turut dirakamkan didalam ceramah beliau.

Ketika inilah pihak Polis diketuai oleh Ketua Polis Balai Bukit Sentosa telah mula cuba mengepung pentas ceramah. Dengan memberikan hanya 20 minit lagi, pihak polis memberikan amaran akan menyerbu pentas sekiranya ianya tidak ditamatkan.
Alhamdulillah, hasil perbincangan antara pihak pemuda PAS dan AMK, pihak Polis bersetuju memberikan sedikit lagi masa bagi kami meneruskan ceramah.

Ceramah yang disampaikan oleh Ketua AMK Pusat, Sdr Shamsul Iskandar seperti biasa sangat mencuit hati dan padat berisi sindiran dan peringatan. Ketika ini suasana agak lebih panas apabila pihak polis semakin ramai disekeliling kawasan ceramah termasuk SB-SB yang berpakaian biasa. Seolah-olah serbuan akan dibuat bla-bila masa. Pihak Unit Amal dan Skuad AMK telah mula memenuhi sekeliling 'pentas' ceramah.

YB Anthony Loke memulakan ceramahnya dengan sedikit gurauan yang penuh bermakna apabila beliau berkata walaupun PR memerintah Selangor dan berceramah di Bukit Beruntung, tetapi dia tak menyangka pada malam ini dia akan berceramah dari atas sebiji lori! Itulah antara bukti betapa PR tidak langsung mahu menyalahgunakan harta benda kerajaan dan pandai membezakan yang mana satu hak parti dan mana satu hak rakyat/kerajaan.

Kehadiran YB Yaakob Sapari pula benar-benar diluar jangkaan dan menambah lagi kehangatan dan lebih pelik apabila beliau turut sama duduk diatas lori iaitu 'pentas' utama.

Didalam ceramah YB Anthony, sempat beliau menyindir UMNO apabila UMNO beria-ria menuduh DAP anti Melayu,anti Islam sedangkan dalam masa yang sama UMNO sendiri terbukti Pro-Israel! Malangnya ceramah beliau hanya sempat berlangsung sekitar 45 minit apabila pihak Polis telah bertindak menutup suis bekalan elektrik daripada gerai makan berhampiran.

Diluar jangkaan penganjur, orang ramai yang hampir 500 orang yang sedari duduk telah bertindak berdiri dan memenuhi ruang berhampiran 'pentas lori' tersebut untuk mendengar lebih jelas apabila tanpa mempedulikan mikrofon yang telah tidak berfungsi, YB Anthony meneruskan ucapan dengan lebih bersemangat!

Ceramah malam tadi diakhiri dengan laungan Takbir dan Reformasi daripada semua pimpinan dan rakyat yang hadir. Pimpinan sempat mengambil gambar kenangan diatas lori tersebut.

Semoga gelombang di Bukit Beruntung ini akan terus tali-menali, rangkai-berangkai ke seluruh pelusuk Hulu Selangor sehinggalah dimalam pengumuman kemenangan Calon PR pada malam 25 April ini nanti, InsyaAllah. Allahuakbar!/Sunsnake.blog

APA KATA PERKASA DAN MCA/GERAKAN BERTUKAR `HADIAH'?

Oleh: WFAUZDIN NS

PENING kepala bila memikirkan apa sebenarnya yang membuatkan PERKASA begitu berang dengan dua pemimpin Cina dari Gerakan dan MCA itu. Semuanya bermula dengan kedua-dua pemimpin Cina tersebut mengkritik PERKASA yang dikatakan tidak selari dengan konsep 1 Malaysia. PERKASA pula tetap mempertahankan prinsipnya yang kununnya berpaksi kepada Perlembagaan.

Tempoh 48 jam diberi kepada kedua-dua pemimpin Cina tersebut oleh PERKASA untuk mereka memohon maaf kepada PERKASA dan juga Tun Mahathir. Tempoh yang diberi telah pun lama berakhir dan kita menunggu apakah tindakan yang mampu dilakukan oleh PERKASA yang dikatakan hebat itu. Namun, kenyataan dari PERKASA hari ini amat melucukan dan seperti kebudak-budakan. Boleh dibaca di sini.

PERKASA akan `menghadiah'kan buku Perlembagaan kepada kedua-dua pemimpin Cina tersebut kununnya mereka berdua ini jahil tentang Perlembagaan. Itukah tindakan yang hanya mampu serta terdaya dibuat oleh PERKASA? Jika sekadar itu, tidak perlulah Presiden PERKASA melalak melolong ke sana ke mari untuk menunjukkan hebat sangat. Suka saya cadangkan juga kepada kedua-dua pemimpin Cina berkenaan agar memberi hadiah balas kepada PERKASA iaitu dengan memberikannya buku 1 Malaysia. Sama-samalah masing-masing `mengaji' semula kedua-dua kitab keramat tersebut.

Masalahnya, ada atau tidak Buku 1 Malaysia itu? Jika tiada, selama ini mereka berpandukan apa bercakap ke hulu ke hilir tentang 1 Malaysia? Jika memang ada, elok benar MCA dan Gerakan hadiahkan kepada PERKASA, mungkin Ibrahim Ali pun tidak sempat khatam kitab tersebut./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 6 April 2010

APA BEZA PARTI TIN KOSONG DENGAN LANGSUNG TIDAK BERPARTI ?

Monday, April 5, 2010

Tun tersenyum lihat gelagat si katak mencium keris....dulu dia cium tangan aku...

Aku hampir hendak tertawa dengan hujah raja katak Berahim Ali apabila mengulas isu pemimpin Gerakan yang tidak mahu `menyembah' PERKOSA mohon maaf. Anda boleh baca apa hujah MP Pasir Mas yang tidak tahu malu menumpang kerusi Parti PAS itu di sini. Raja katak Pasir Mas itu sememangnya terkenal dengan hujah beliau yang selalu menggunakan kepala lutut, lepas itu mula hendak mengamuk hentak-hentak meja bila orang tertawakan dia.

Di dalam kenyataannya, raja katak tersebut menggelar Parti Gerakan sebagai parti tin kosong kerana mulanya beliau sangka Gerakan tiada wakil di dalam Parlimen. Tetapi, apabila diingatkan oleh wartawan yang menemu bual beliau bahawa Gerakan ada juga dua wakil di dalam Parlimen, beliau pun terhegeh-hegeh mengaku tetapi cuba juga `cover' ke maluannya. Lihatlah betapa dengkelnya otak raja katak, hendak serang orang tetapi tiada senjata pendinding kecuali kepala lututnya. Beliau berkata Parti Gerakan tiada pengaruh sebab itulah cuba menentang PERKOSA untuk raih sokongan orang-orang Cina kembali.

Jika Gerakan sebuah parti yang ada juga wakilnya di Parlimen bertanding di atas lambang partinya sendiri, bagaimana pula dengan raja katak yang pinjam lambang parti PAS tetapi sehingga kini tidak berparti? Paling memalukan, PAS sudah tidak redha lagi kerusi itu diduduki oleh sang katak tidak tahu malu itu. Jika orang bermaruah apatah lagi sebagai Presiden pertubuhan yang berjuang untuk Melayu kununnya, beliau sudah lama mengosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas sebaik sahaja PAS tidak restui beliau menenggek di situ. Bukankah sifat orang Melayu itu tahu Melayu?

Tidak berparti kemudiannya menenggek di atas kerusi yang diberi pinjam, kemudian ke hulu ke hilir membawa keris dan mengucupnya itu bermaruahkah? Semua orang sekarang sedang mentertawakan raja katak, dan beliau tidak sedar kerana mungkin selama ini terlalu lama berada di bawah tempurung semenjak disepak terajang oleh Umno dahulu. Gerakan lebih bermaruah dari raja katak kerana meskipun kehilangan banyak kerusi tapi tetap berjuang jatuh dan bangun atas partinya sendiri. Raja katak berjuang dengan kerusi pinjam yang telah pun diharamkan oleh tuan punya kasi pinjam./mandor.blogspot.com

BETINA INI SURUH JANTAN `TUNJUK JANTAN'?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Nazeri Aziz mula membebel dan gelisah melihat DS Anwar ke hulu ke hilir bercakap soal APCO dan Israel, kita tahu mengapa menteri yang tidak disukai oleh Tun Mahathir itu bersikap demikian. Bukan rahsia lagi kisah APCO ini kepada rakyat yang cerdik dan berfikir kecuali mereka yang `bermazhab' Umno yang menjadikan Utusan Meloya sebagai kitab mereka dan TV 3 suku sebagai `kiblat' mereka.

Bahkan, pemimpin parti di dalam komponen Bn sendiri seperti MCA, Gerakan dan MIC serta beberapa parti di Sabah dan Serawak membisu seribu bahasa langsung tidak berani bercerita berkenaan APCO ini. Apakah mereka ini cerdik sedikit dari Umno untuk menilai apa yang dihujahkan oleh DS Anwar di dalam Parlimen baru-baru ini? Maka, untuk mempamirkan `kejantanan' nya yang sejati, Nazeri minta DS Anwar berdepan di dalam Parlimen di dalam keadaan `tali telah dipasang ke leher' DS Anwar lebih awal. Beliau mencabar DS Anwar supaya menunjukkan jantannya di Parlimen nanti. Bukankah DS Anwar telah berpencak di Parlimen baru-baru ini, tetapi sehingga kini tiada sambutan dan cabaran. Mengapa tidak dijawab soal APCO serta perjanjian yang dikatakan oleh DS Anwar itu?

Mengapa tidak cabar sahaja DS Anwar berdebat tentang APCO ini secara terbuka seperti debat soal minyak dahulu? Beranikah Nazeri berbuat demikian atau bimbang mulutnya bakal berbuih seperti yang terjadi kepada Shaberi Cheek suatu ketika dahulu? Mengapa mahu DS Anwar bercakap di Parlimen lagi sedangkan apa yang DS Anwar hujahkan baru-baru ini pun masih tidak terjawab oleh Najib apatah lagi Nazeri. Nazeri tahu, sekiranya DS Anwar bercakap di Parlimen seperti yang beliau inginkan, Speaker Parlimen mestinya akan berbuat sesuatu terhadap DS Anwar apabila DS Anwar bercakap lebih lanjut soal APCO itu nanti. Itu lah tahap keberanian Nazeri yang mahu menjadi `ayam sabung' Najib untuk berdepan dengan DS Anwar.

`Ayam sabung' Nazeri ini adalah ayam yang mahu bersabung di dalam sangkarnya sahaja. Beliau tidak berani berdepan secara terbuka di khalayak ramai kerana bimbang rakyat akan menyaksikan kebodohannya. Apa yang terjadi kepada Shabery Cheek benar-benar menjadi pengajaran buat semua pimpinan Umno. DS Anwar tidak perlu membuktikan `jantan'nya kepada si `betina lembik' seperti beliau./wfauzdin.blogspot.com

BILA BLOGGER BODOH MENIPU PEMBACA YANG BODOH

Monday, April 5, 2010

Foto 1

Foto 2

Nampaknya puak-puak pencacai dari Blogger Umno habis modal untuk memburukkan pimpinan PKR. Kelantangan Ketua AMK Shamsul Iskandar amat digeruni oleh mereka kerana Ketua AMK tidak seperti Ketua Pemuda Umno yang layu itu. Apatah lagi Blogger Pro Umno itu mendapat khabar angin kununnya Ketua AMK akan dicalonkan untuk bertanding di PRK Parlimen Hulu Selangor tidak lama lagi.

Di dalam blog Pro Umno yang tidak bermaruah itu di sini, mereka mengatakan Ketua AMK pernah terkencing di dalam seluar . Blog bodoh itu merujuk pula blog bodoh kawan mereka yang lain di sini. Jika sudah bodoh, merujuk pula kepada yang bodoh juga, maka bila Blogger Pro Umno ini hendak menjadi cerdik?

Cuba kita lihat Foto 1, gambar seorang wanita yang dikatakan terkencing di dalam seluar. Cerita tersebut anda boleh baca di sini. Cuba anda perhatikan seluar basah yang dipakai oleh wanita berkenaan. Kemudian anda perhati juga betul-betul seluar basah yang kununnya dipakai oleh Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar (Foto 2). Perhati betul-betul. Sama atau tidak kesan basahnya?

Foto 2 itulah yang diceritakan oleh Blogger Pro Umno untuk memfitnah Ketua AMK dan disambut pula oleh Blogger-Blogger seangkatan bodoh seperti mereka. Kehabisan modal, tiada isu dan tiada hujah, jauh sekali berani untuk berdebat dengan pimpinan PKR, mereka sanggup melakukan kerja bodoh khusus untuk mereka yang bodoh jua. Maka, tidak hairanlah puak-puak Umno ini tidak boleh menjadi cerdik kerana mereka dihadapkan dengan berita-berita kartun, fitnah dan sebodoh ini.

Kita mengharapkan agar Blogger kita tidak berjangkit dengan kebodohan mereka. Kita bertanggungjawab untuk mendidik pembaca kita untuk lebih cerdik bukan diperbodohkan./Mandor.blogspot

FOTO - ANAK TUN MAHATHIR TUKANG PAYUNG SHAH RUKH KHAN ?



MAKA, Shah Rukh Khan pun dipayung oleh Mokhzani anak Tun Mahathir di Litar F 1. Nasib baik Ali Rustam tiada kat situ. Kalau la ada, berebut-rebut payung mereka berdua untuk memayungkan pelakon Hindi itu. Selaku Penganjur, tiada orang dah ke hendak dilantik untuk memegang payung? Ini bukan 1 Malaysia lagi, ini sudah 1 Dunia...... Kesihan anak Tun.....(Lain-lain foto klik sini, tidak tergamak hendak siarkan di sini)

Isnin, 5 April 2010

Kemelut YBK: MB Marah Orang Melayu Tipu Melayu

ULU BERNAM 5 APR: Tindakan tegas Kerajaan Selangor terhadap Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan mengambil semula tanah itu menyelamatkan aset berkenaan dari tergadai di bank, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tanpa disedari umum, beliau berkata, nilai tanah yang dicagar kepada bank, nilainya menjangkau lebih RM100 juta.

Khalid berkata demikian pada majlis Penerangan Kerajaan Selangor di Sungai Tengi bagi menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan media arus perdana berikutan kemelut YBK dengan kerajaan negeri.

"Saya, orang tak jaga duit saya marah. Orang tak jaga harta, saya marah. Bukan harta dia, harta rakyat. YBK bagi tanah dapat RM15 seekar. Selepas itu tak jaga, bila saya periksa tanah yang kerajaan negeri dulu bagi, diurusniagakan.

"Tak tahu dapat untung atau tidak. Rupa-rupanya sudah dicagar kepada bank melebihi RM100 juta," katanya pada Majlis Penerangan Kerajaan Selangor di Kampung Desa Maju, Sungai Tengi, Ulu Bernam.

Beliau dengan tegas dan lantang membidas sikap sesetengah orang Melayu yang hanya pandai menindas kaum mereka yang miskin dan merampas hak yang sepatutnya dinikmati mereka.

Sebaliknya, katanya, kerajaan negeri pula dituduh menjadi punca pembangunan pendidikan tidak dapat dilaksanakan atas tanah berkenaan sedangkan cadangan itu tidak pernah muncul ketika tanah itu terbiar dan hampir tergadai.

"Esok, tak adalah tanah-tanah itu. Bank bukan orang miskin yang punya. Itu sebab saya pertahankan. Sudah ramai kata saya marah pada orang Melayu, tetapi saya marah orang Melayu tipu Melayu," katanya./TVSelangor