| Sekolah baru: Kera di hutan disusukan... | ||
| 
 | 
         Pengumuman projek politik Timbalan  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat sekolah  baru bagi Hulu Selangor, RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di  Kampung Sentosa di Batang Kali serta meluluskan permohonan RM100,000  bagi Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama, semalam mendatangkan padah.
|  | 
PAS dalam satu kenyataan berkata sebagai timbalan perdana menteri dan bukannya menteri kewangan, Muhyiddin berkuasa dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa merrujuk kepada kementerian bertanggungjawab.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.
Menurut beliau, dalam kesibukan BN cuba menjadi juara memperjuangkan masalah rakyat di Hulu Selangor, Muhyiddin telah dimalukan dengan pendedahan laporan dari Bernama.
Laporan itu memaparkan kisah empat guru di sekolah  rendah Long Latin, Ulu Baram, Sarawak, termasuk sepasang guru suami  isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit yang daif sejak  tiga tahun lalu.
Laporan Be
|  | 
“Lebih menyedihkan lagi, bilik kediaman guru-guru yang cekal ini adalah di bawah bilik darjah tempat mereka mengajar. Tidak dapat dibayangkan penderitaan yang mereka alami lantaran layanan 'double standard' menteri pelajaran yang lebih ghairah mengumumkan projek-projek meganya di Hulu Selangor.
“Jika dibandingkan dengan rumah  sebahagian guru-guru yang mengajar dan tinggal di Putrajaya, saiz 20 x  10 kaki itu, bersamaan dengan ruang tempat letak kereta di rumah mereka  sahaja. Memang mewah guru di Putrajaya kerana kerajaan begitu menjaga  imej sekolah di Putrajaya berbanding Ulu Baram,” katanya.
|  | 
“Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli  parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi  pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini? Sewajar sebagai ahli  parlimen bertaraf timbalan menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan  yang lebih baik sekarang,” katanya.
|  | 
Justeru, beliau berharap  rakyat, khususnya di Hulu Selangor tidak tertipu dengan taktik projek  politik itu kerana BN akan menabur sebanyak mana janji dan peruntukan  yang mampu semata-mata untuk merampas semula kerusi Hulu Selangor.
Kerusi Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac lalu akibat barah otak.
Suruhanjaya Pilihan Raya, semalam mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ditetapkan pada Ahad, 25 April, manakala penamaan calon pula ialah pada 17 April./Malaysiakini
Kerusi Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac lalu akibat barah otak.
Suruhanjaya Pilihan Raya, semalam mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ditetapkan pada Ahad, 25 April, manakala penamaan calon pula ialah pada 17 April./Malaysiakini
 
 
 
 
 
 

 



Hello mahyuddin!!!
BalasPadamJangan banyak cakap lah!!!Aku anak johor...tapi aku tak nampak pun satu rumah PPRT ke MESRA RAKYAT ke di johor!. Atau mungkin orang johor semua kaya-kaya macam kau...kerjanya jual tanah kepada Temasik...Tapi kalau orang johor nak beli tanah dengan aku bolehlah!!!TANAH BUSUT..KAH...KAH.