RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 5 April 2010

ANWAR CABAR GANTUNG BELIAU JIKA MAHU PERTAHANKAN ISRAEL

DSAI: Gantung saya jika mahu

Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mencabar Barisan Nasional (BN) agar menggantung beliau dari Parlimen jika kerajaan mahu meneruskan sokongan kepada Israel. Dalam ucapannya di Kampung Sungai Tengi di sini, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu terus menyerang hubungan kerajaan BN dengan firma perhubungan awam antarabangsa APCO Worldwide sambil menegaskan, selain penafian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menjawab dakwaan-dakwaan yang dilontarkan. “Ini adalah orang yang sama memerintah kita, yang mengajar bahawa hak orang Melayu dan Islam mesti dilindungi.

Najib tidak berani menjawab perkara ini. “Saya bersedia untuk menawarkan diri saya… kamu terus sokongan Israel, kamu gantung saya dari Parlimen. Gantung saya, tiga bulan, enam bulan, setahun, saya tidak tahu. “Insya-Allah, biar rakyat sendiri membuat keputusan,” kata beliau pada ceramah Selamatkan Malaysian, yang secara kebetulan dilihat sebagai ‘kempen’ menjelang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah memulakan kempen pihaknya di sini sejak Jumaat lalu. Penasihat Parti Keadilan Rakyat ini terus mengecam kesediaan pentadbiran BN mendapatkan khidmat nasihat daripada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kerajaan yang “membunuh rakyat Islam Palestin.” “Apco diterajui oleh orang-orang ini dan Najib pula mendapatkan nasihat daripada mereka. “Saya mendedahkan nama pemimpin-pemimpin APCO tetapi mereka mendakwa itu salah. “Saya menunjukkan perjanjian ditandatangani antara APCO dan Israel dan mereka masih menafikannya,” kata beliau. Tambah beliau, ini merupakan mereka yang menasihati Najib berhubung aspek komunikasi strategik, pembaharuan, inisiatif, Model Ekonomi Baru, dasar pendidikan dan lain-lain. “Semua ini dilakukan oleh APCO,” katanya.

Anwar tidak menafikan beliau selaku anggota perundangan seringkali mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin luar untuk mendapatkan pandangan mereka. “Tetapi saya tidak pernah mengambil mereka sebagai penasihat. Najib melakukan yang ini dan lebih-lebih lagi mereka bukan Islam. Mereka ini merupakan pihak yang bekerja untuk Agensi Pertahanan Israel,” katanya./Best1of4.blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan