RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 10 April 2010

GILIRAN BLOGGER INI PULA MELUTUT PADA MIC

Oleh: WFAUZDIN NS

BEBERAPA hari kebelakangan ini kita melihat suasana seperti menyambut hari raya. Drama maaf bermaafan menjadikan seperti berada di dalam suasana hari raya. Kisah YB Zul Kulim mohon maaf pada Najib dan Rosmah, kisah Ezam sesumpah bersumpah lagi sambil mohon maaf pada penyokong-penyokongnya yang `budus' itu kerana Ezam dahulu katanya amat percaya pada DS Anwar, kemudiannya kisah Noh Omar `melutut' mohon maaf pada MCA dan Gerakan kerana terlepas cakap tentang sejarah lama yang menghiris hati rakan sebantal partinya sendiri. Semua itu kisah atau drama yang sadis tetapi meloyakan.

Beberapa hari lalu, kita mulanya mahu angkat tabik kepada sebuah blog yang kununnya dulu Pro PKR tetapi kini menjadi Gerakan Anti PKR atau dikenali sebagai GAP. Jika kita membaca tulisannya di sini, kelihatan blog ini amat berani demi Melayu dan Islam. Blog tersebut memberi amaran bahawa jika pimpinan tidak memilih Umno sebagai calon di Hulu Selangor, beliau sendiri akan menjadi calon Bebas. Begitu berani dan lantang Penulis tersebut, tetapi bak kata orang `jika kail panjang sejengkal, usah diuji laut yang dalam'. Jadi, jangan perasan sangat wahai GAP.

Akhirnya benar tekaan saya seperti yang pernah saya ulas sebelum ini. Di dalam tulisan terbaru blog yang kununnya ingin mengugut pimpinan Bn sebelum ini, beliau akhirnya tunduk layu. Meskipun pimpinan Bn masih mengekalkan calon dari MIC sebagai calon Bn di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor nanti, tiba-tiba blog GAP ini bersorak menyatakan misinya berjaya. Tulisan terbaru blog berkenaan boleh dibaca di sini. Semasa tulisan ini disiarkan, pimpinan Bn masih kekal dengan keputusan untuk meletakkan calon dari MIC dan bukannya Umno, sedangkan blog GAP pernah berkata jika tidak diletakkan calon Umno beliau akan tampil sebagai calon Bebas sebagai tanda protes. Akhirnya apa yang berlaku? Blog ini akhirnya tunduk melutut jua pada MIC.

Saya pun setuju dengan tindakan blogger tersebut untuk menarik semula ancamannya bertanding sebagai calon Bebas walaupun MIC masih kekal sebagai calon. Sejarah sejak kebelakangan ini banyak menunjukkan Calon Bebas hilang deposit. Mungkin sebab itulah beliau terpaksa menarik balik kata-katanya dan terpaksa menjual maruahnya sendiri. Blogger tersebut memberi alasan bahawa calon yang mungkin dipilih bagi mewakili MIC adalah V.Mugilan. V.Mugilan ini sudah tentulah ahli MIC, tetapi blogger itu menyebut V.Mugilan adalah proksi Umno. Kenapa tidak Blogger itu sahaja menjadi proksi Umno ? Bukankah jika atas nama Umno apatah lagi beliau seorang Melayu akan lebih mudah untung menang?

Sebenarnya `proksi Umno' itu adalah alasan buat Blogger yang penikus itu. Bak kata perpatah, `kerana mulut badan binasa'. Beliau tanpa rasa segan dan malu mengaku telah berjaya dengan ugutannya sebelum ini. Apa yang berjayanya? Kerana V. Mugilan dari MIC itu buat beliau berasa berjaya? Semenjak bila Umno ada proksi dari MIC? Mungkin tidak hairan juga jika ada yang beranggapan APCO itu pun proksi Umno juga. Kalau ada calon dari APCO, mesti Umno boleh berjaya di dalam PRK Hulu Selangor nanti.

Kesimpulannya, jelas pada kita dari pimpinan Umno hingga lah kepada Blogger pro Umno semuanya tidak tetap pendirian apabila berdepan dengan parti komponen Bn. Hidup Melayu, Hidup Islam, Ketuanan Melayu dan berbagai lagi cogan kata mereka semuanya akan menjadi hampas sekelip mata sahaja./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. GAP [gagasan anak petualang] nak menanggok diair yang keroh tak pulak ada ikan,nak gi mancing dilaut, kail yang ada belum tentu boleh selamat disungai yang dengkek.Hendak melaung hidup melayu,hidup islam bak kata TGNA mana ada melayu dipadang mahsyar.Bagi gap ini,adakah didalam kubor nanti gap akan ditanya gap ini melayu atau bukan melayu.memang sah gap akan jadi gugurnya anak petualang.

    BalasPadam
  2. CAKAP BEREDEGAR DEGAR....TAHI TERSANGKUT DI ATAS GELEGAR...

    PIIIIIIIRAHHH.....

    CUBA TUNJUK KAT AKU MANA ADA YG BERNAMA 'MELAYU' BOLEH BERJAYA?.....

    DIMULAKA DENGAN UMNO....'UMNO' ADALAH GABUNGAN PERKATAAN OANG PUTIH BRO.....

    TANAH MELAYU ?...DAH JADI MALAYA....KEMUDIAN MALAYSIA...

    BANK BUMIPUTERA?...DAH JADI CIMB..

    BANK PERTANIAN?...DAH JADI APCO...EH AGRO BANK.....

    KAD PENGENALAN....DAH JADI MYKAD...

    BANYAK LAGILAH....MALAS AKU NAK CAKAP.....

    TINGGAL KTMB JER....ITU PUN ENTAH SAMPAI BILA TAHANNYA.....

    KAH KAH KAH KAH KAH KAH .....

    BalasPadam