| Kekalutan Apco: Anwar mohon campur tangan Agong | ||
| 
 | 
         Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata  beliau telah menulis kepada Yang Di-pertuan Agong untuk memohon Seri  Paduka menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya  membatalkan kontrak Apco dan juga kontak-kontrak lain yang mempunyai  kaitan dengan agen Israel.
|  | 
Anwar juga menekankan kepentingan menamatkan kontrak dengan Apco kerana jika tidak ia akan menjejaskan imej negara dan mengancam keselamatan Malaysia.
Sementara itu, Anwar juga mendedahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bertarikh 11 Ogos 2008 yang memetik kenyataan pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengakui kemungkinan Isreal mempunyai akses kepada maklumat negara.
Pada mesyuarat PAC itu bagi membincangkan prestasi Khazanah Nasional, Azmi melahirkan kebimbangan beliau bahawa maklumat rahsia kerajaan mungkin bocor kepada pihak lain.
Berikut petikan mesyuarat itu:
Pengerusi: Ha!  Perolehan baru ini melibatkan Israel. Ini amat menakutkan kerana orang  ramai mempunyai akses kepada semua maklumat kita. Israel bekerja dengan  Amerika dan mereka yang melaksanakan sistem keselamatan kerana mereka  ingin tahu mengenai semua pihak di seluruh dunia.
Berrdasarkan maklumat itu, Anwar menggesa polis untuk meneruskan siasatan.
"Saya tidak lihat bagaimana Umno boleh terlepas dengan kekalutan Apco ini,” katanya./Malaysiakini
Berrdasarkan maklumat itu, Anwar menggesa polis untuk meneruskan siasatan.
"Saya tidak lihat bagaimana Umno boleh terlepas dengan kekalutan Apco ini,” katanya./Malaysiakini
 
 
 
 
 
 

 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan