Friday, April 9, 2010
Semalam saya  dimaklumkan oleh seorang rakan wartawan bahawa melalui sebuah ceramah  dan telahpun disiarkan oleh Utusan Malaysia bahawa Ezam telahpun memohon  maaf kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu kerana telah membela  Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya yang pertama. Melalui laporan itu Ezam  telah menyatakan bahawa dahulu beliau tidak mengetahui perangi sebenar  Anwar dan sekarang barulah beliau tahu. 
Namun saya ingin supaya perkara ini dijelaskan oleh  Ezam. Apakah perkara sebenar atau perangi sebenar Anwar Ibrahim yang  dimaksudkan oleh Ezam yang dahulu beliau tidak tahu tetapi sekarang  setelah menyertai UMNO beliau membuat pengakuan baru mengetahui perkara  sebenar? Apakah sebenarnya Ezam mahu menjawab cabaran saya dengan  menyebut dengan jelas bahawa beliau percaya Anwar Ibrahim seorang  peliwat? Saya kira Ezam masih lagi berlapik dalam menjelaskan perkara  ini. Dan selagi mana ini tidak dijelaskan dengan terang. Saya percaya  bahawa Ezampun masih lagi 50-50 dalam mempercayai tuduhan yang  dilemparkan kepada Anwar Ibrahim. Ketulenan UMNO Ezam juga boleh  diragui!. Ini seterusnya memberi makna bahawa tuduhan liwat ini tidak  relevan untuk dijadikan hujah bagi menentukan soal prinsip perjuangan  kerana ianya tidak ada kepastian. Apatah lagi kes ini dalam perbicaraan.  
Jika inipun  tidak ada kepastian daripada Ezam, maka hujah menyatakan penghijrahan ke  UMNO itu adalah mungkin kerana tuduhan liwat ini boleh kita sifatkan  sebagai tidak ada asas serta kerelevanannya. Ramai dikalangan anak muda  termasuk mahasiswa di kampus yang sempat saya bertemu jelas menyatakan  ketidaksetujuan dengan hujah kepercayaan kepada kes liwat sebagai asas  untuk menukar haluan politik kepada UMNO/BN. Malah dengan kes liwat yang  dituduh terhadap Anwar Ibrahim ini menyebabkan sokongan anak muda,  mahasiswa dan golongan middle class beralih arah terhadap Pakatan  Rakyat. UMNO/BN dilihat seolah berada dalam sirkulasi konspirasi politik  tuduhan liwat kedua terhadap Anwar Ibrahim.
Saya masih lagi menanti sebutan jelas Ezam  berkaitan soal ini. Apakah perkara sebenar itu yang dimaksudkan olehnya?  Insyalah saya juga akan menjawab kembali jika Ezam berani menyatakan  perkara itu. Wassalam.
Link: http://nazreeyunus.blogspot.com/2010/04/ezam-masih-tidak-menjawab.html
Link: http://nazreeyunus.blogspot.com/2010/04/ezam-masih-tidak-menjawab.html
 
 
 
 
 
 

 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan